You are on page 1of 12

Tugasan (2): Penulisan Akademik

Berdasarkan satu kes kaunseling individu yang telah dikendalikan oleh guru
kaunseling di sekolah, bincangkan aspek-aspek:
i.

Jelaskan latar belakang klien.

Selepas kami berbincang dengan guru kaunseling di sekolah, kami


mendapati klien tersebut merupakan :
Maklumat
Gelaran
Jantina
Umur
Masalah

Penerangan
A
Lelaki
12 tahun
Kegagalan Mengawal Emosi Kemarahan

Tempoh masalah

(Anger Management)
3 tahun

Anger Management boleh dikenali sebagai Pengurusan Kemarahan.


Kemarahan adalah sebenarnya sesuatu yang normal, salah satu ekspresi
emosi manusia. Namun sekiranya ia berlaku dalam situasi yang tidak
terkawal maka ia pasti akan merosakkan, malah boleh menyebabkan
masalah-masalah lain yang lebih kritikal . Mengikut pakar psikologi, marah
adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer
seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang
terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Marah secara
umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal.
Ahli psikologi Dr. Charles Spielberger mengatakan "kemarahan adalah
suatu keadaan emosional yang berbeza-beza dalam keamatan dari
kesengsaraan jiwa yang ringan sehinggalah peringkat kemarahan yang
terdedah secara melampau dan ganas. Menurut pandangan saya, marah itu
adalah satu emosi yang terbangkit apabila sesuatu yang kita hargai atau
sukai telah dibinasakan oleh orang lain. Marah, sekiranya tidak dikawal akan
membawa kepada perasaan dendam dan lain-lain.
Untuk menyiapkan tugasan, saya telah meminta Guru Kaunseling
untuk berkongsi pengalaman pengurusan kes-kes murid dengan saya. Klien A
merupakan

seorang

murid

yang

menghadapi

masalah

pengurusan

kemarahan. Guru Kaunseling telah menangani kes ini selama 3 tahun sejak
klien A belajar di Tahun 4. Pada masa itu, klien A telah menunjukkan
1

kemarahan yang tidak terkawal apabila dicetus dengan faktor-faktor tertentu.


Akibatnya, klien A akan menjadi marah dan kehilangan waras serta
menunjukan kelakuan yang agressif.
Guru Kaunseling mendapati klien A mempunyai kecenderungan untuk
berkelakuan agressif apabila kemarahan dicetuskan. Sudah beberapa kali
klien A memukul rakan-rakan sekelasnya yang cuma ingin bergurau dengan
dia. Tambahan, klien A mempunyai badan yang bersaiz besar daripada rakanrakannya dan sekiranya dia melakukan kelakuan yang melampau, ini
berkemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan berlaku.
Selepas

beberapa

kali

berlaku

perkara

tersebut,

rakan-rakan

sekelasnya mula mengesan tingkah laku klien A. Mereka telah mendapati


bahawa klien A akan menjadi agressif apabila emosi kemarahan tercetus.
Akhirnya, keadaan berkembang sehingga rakan-rakan sekelasnya mula
berwaspada terhadap klien dan mengelakkan untuk bersembang dengan
klien. Mereka juga melaporkan kes ini kepada pihak pentadbir sekolah.
Akhirnya, masalah klien A ini mula diperhatikan oleh pihak sekolah dan Guru
Kaunseling.
Semasa klien A meneruskan pengajian ke Tahun 5, masalahnya telah
menjadi lebih serius. Dia mula memukul rakan yang mengganggu dan
menggurau dengan dia. Pada suatu hari semasa waktu rehat, kemarahan
klien tercetus dan ini menyebabkan dia telah memukul rakannya dengan tidak
terkawal. Selepas mengetahui insiden ini, Guru Kaunseling dan Guru Disiplin
telah pergi ke kelas klien untuk memberhentikan tingkah laku ganas tersebut.
Klien juga dibawa ke biik guru untuk menjalankan penyiasatan punca
berlakuya insiden tersebut.
Selepas

penyiasatan,

Guru

Kaunseling

mendapati

bahawa

kemarahannya tercatus sebab rakanya lawak terhadap dia. Perbuatan ini


menyebabkan klien berasa sangat geram. Pada masa itu, klien hanya boleh
melepaskan geram terhadap rakannya dengan cara melawan rakannya. Oleh
sebab saiz badan klien agak besar dalam kalangan rakan-rakannya, malah
rakan tersebut tidak berani untuk melawan balik. Rakan kelasnya pula serta
merta untuk pergi melaporkan insiden kepada pihak sekolah.
Selepas dibawa ke bilik guru, Guru Kaunseling mula mententeramkan
emosi klien supaya boleh menjalankan penyoalan yang lebih lanjut. Guru
2

kaunseling menyoal tentang perasaan dan pemikirannya semasa dia


bertindak ganas. Guru kaunseling juga mengajar klien cara untuk mengawal
emosi marah tersebut. Klien berjanji dengan Guru Kaunseling bahawa dia
akan cuba menangani masalah emosi kemarahannya. Mereka juga membuat
temu janji untuk tindakan susulan dari semasa ke semasa.
Tetapi selepas beberapa kali ditahan oleh guru, klien masih gagal
untuk mengawal emosi kemarahannya. Dia masih mengulangkan kesalahan
yang sama iaitu melakukan tingkah laku yang agressif semasa emosi
kemarahan tercetus walaupun diberi amaran. Akhirnya, Guru Kaunseling
menyusul perkara tersebut dan membuat kesimpulan bahawa klien A telah
mengalami masalah kegagalan menangani emosi kemarahan.
Guru Kaunseling telah menyusul perkara klien kepada ibu bapanya
dan menjemput mereka datang ke sekolah untuk berbincang kes klien.
Selepas perbincangan dan pemahaman yang lebih dalam tentang masalah
klien, Guru Kaunseling dapati walaupun klien berkecenderungan untuk
menunjukkan tingkah laku agressif, tetapi klien tidak memukul ahli
keluarganya malah sangat menyayangi dan melindungi ahli keluarganya.
Selepas perbincangan dengan ibu bapa, guru kaunseling berpendapat
bahawa klien mempunyai masalah pengurusan kemarahan.
Klien A meneruskan pelajarannya ke Tahun 6. Klien A masih tidak suka
orang lain menyatakan atau membincangkan tentang dia. Jika berbuat
demikian, klien akan berasa marah lalu melakukan tingkah laku yang agressif.
Sebab inilah rakan-rakan klien semakin menjauhi dia. Walaupun klien
menghadapi masalah kesukaran dalam pengurusan kemarahan, tetapi dia
seorang kanak, semua kanak perlu kawan untuk bermain. Apabila klien rasa
kebosanan, klien mula mencari rakan untuk bermain. Sikap klien tersebut
menyebabkan dia tidak digemari oleh rakan. Apabila klien dapati rakan
bersindir dia, dia pun mula melakukan tingkah laku yang agresif terhadap
rakannya.
Masalah klien semakin hari semakin serius. Pada suatu hari, klien
melepas geram dengan tanpa kawalan. Dia telah menjadi lebih agressif
sehingga

tiada

orang

dapat

mendekatinya.

Guru

Kaunseling

cuba

mendekatinya dan cuba mengingatkan dia tentang perjanjian yang mereka


pernah buat, tetapi gagal akhirnya. Klien tidak dapat berfikir secara rasional
3

semasa kemarahan tercetus. Guru kaunseling terpaksa meminta pertolongan


tiga orang guru lelaki untuk cuba memberhentikan perbuatan ganas klien.
Selepas berjaya memberhentikan tingkah laku yang agresif itu, Guru
Kaunseling cuba mententeramkan emosi klien. Guru kaunseling juga
mengajar klien menggunakan pernafasan untuk menenangkan fikiran.
Selepas klien menenangkan emosinya, barulah dia boleh berkomunikasi
dengan biasa.
Perkara ini berulang berlaku walaupun susulan dijalankan. Guru
Kuanseling

telah

berbincang

dengan

ahli

keluarga

klien.

Selepas

perbincangan, ahli keluarga klien bersetuju untuk merujuk masalah klien


kepada doktor kepakaran.

ii.

Pilih salah satu teori kaunseling yang dipelajari, kaitkan dan


analisa faktor-faktor yang menyumbang kepada pemasalahan
klien.

Teori
Psikoanalitik
Teori
Berpusat
Klien

Terapi Elektik

Teori Analisis
Transaksional

Teori-Teori
Kaunseling

Teori Gestalt

Terpi Tingkah
Laku

Terapi Realiti
Terapi
RasionalEmotif(RET)

Guru Kaunseling telah menyusulkan kes ini dengan menyatakan


punca-punca berlakunya. Punca peristiwa ini dijejaskan oleh dua faktor
utama, iaitu faktor kendiri dan faktor persekitaran.

Kendiri

Persekitaran

Faktor
Faktor pertama yang menjejas klien islah faktor kendiri. Faktor kendiri
seperti karakter klien dan respons klien kepada rangsangan tingkah laku dan
persekitaran telah menentukan sikap klien terhadap rangsangan luar. Sikap
klien sangat sensitif, maka dia sangat peka terhadap tindakan orang lain
terhadap diri sendiri. Jika dia merasai orang lain sedang mengutuknya dan
5

menjauhkan dia, dia akan berasa sangat marah dan jika gagal mengawal
emosi kemarahannya, maka dia akan bertindak dengan agresif.
Klien juga terjejas dengan faktor persekitaran. Contoh faktor
persekitaran datang daripada ibu bapa, rakan sebaya dan media massa.
Dalam perbincangan, saya dapati klien sangat menyayangi dan melindungi
ahli keluarganya. Jika terdapat orang lain mengumpat tentang ahli keluarga,
maka dia akan kehilangan kesabaran dan bertindak ganas. Rakan sebaya
juga

merupakan

salah

satu

faktor

yeng

mengakibatkan

kegagalan

pengurusan kemarahan klien. Interaksi antara klien dan murid akan


merupakan kunci utama. Hal ini kerana klien akan bertindak kasar terhadap
rakannya jika mereka menunjukkan sikap tidak bertolak ansur, tidak
menghormati dan mengurau terhadap klien. Faktor akhir ialah faktor media
massa. Pada zaman ini, television menjadi alat komunikasi yang utama dalam
kehidupan kita. Kita menerima maklumat terbaru dari program television.
Walaupun television memberi kita maklumat terkini, tetapi unsur-unsur yang
tidak sihat seperti keganasan juga tersebar melalui program television yang
tertentu terutamanya dari wayang. Kanak-kanak tidak tahu membeza unsurunsur

yang

positif

dan

negatif.

Jadi,

kanak-kanak

mungkin

rasa

menyelesaikan masalah dengan keganasan adalah perbuatan seorang wira.


Bagi kes ini, mungkin klien terserap unsur keganasan semasa menonton
wayang-wayang dan ini menyebabkan dia cenderung terhadap penggunaan
keganasan untuk menyelesaikan masalahnya.
Untuk menyelesai masalah emosi klien, saya telah memilih Teori Terapi
Tingkah Laku, atau dikenali sebagai Behavioris. Behaviorisme melihat
kecelaruan

psokologi

pengubahsuaian

selepas

sebagai

akibat

pembelajaran.

ketidakbolehan
Behaviorisme

membuat

mengandaikan

bahawa semua tingkah laku dipelajari dari persekitaran dan tanda-tanda yang
diperoleh adala melalui pelaziman klasik dan operan. Teori ini dianggap
sebagai kognitif kerana ia mengambil kira peristiwa yang berkaitan dengan
pemikiran dan perasaan. Kini, teori ini menjadi asas kepada psikoterapi yang
dikenali sebagai Cognitive-Behavioral Therapy or CBT.
Berdasarkan kepada teori yang dinyatakan di atas, klien dipercayai
telah mempelajari tingkah laku daripada sekitar untuk bertindak kasar. Apabila
klien berasa marah, klien hanya akan dijejas oleh pemikirannya yang
6

mendorong klien untuk bertindak kasar. Sikap yang terbentuk akibat


persekitarannya telah mengannggukan dia untuk membuat keputusan
semasa emosi kemarahan.
Saya tekah memilih teori ini untuk menangani kes ini sebab klien selalu
melakukan tingkah laku yang di luar dugaan semasa kegagalan pengurusan
kemarahannya. Jadi, tingkah laku yang positif ini harusah diutamakan dan
perlu dibentuk dalam karakter klien. Mengikut teori kognitif tingkah laku, orang
yang marah mempunyai cara berfikir yang berbeza dari orang yang tidak
marah. Klien mungkin mengganggap bahawa marah merupakan cara yang
menunjukkan perasaannya. Klien juga mengganggap marah dan bertindak
kasar merupakan satu perlindungan bagi diri sendiri dan menjadikan diri lebih
hebat dan selamat. Tetapi, orang yang marah sering membuat interpretasi
yang salah dan negatif. Pemikiran ini telah menjuruskan mereka untuk
beranggapan bahawa sesuatu situasi itu adalah lebih teruk daripada perkara
yang sebenarnya. Selain itu, interpretasi yang salah juga mungkin
menyebabkan mereka melakukan tindakan yang salah seperti gaduh.
Selepas berbincang dengan klien, saya dapati klien akan berasa kesal
selepas bertindak kasar terhadap rakannya, tetapi sampai masa dia berasa
marah, dia tidak dapat mengawal kemarahannya sehingga bertindak kasar.
Klien akan kehilangan kawal untuk memukul rakannya sehingga kemarahan
dia reda. Masalah ini telah menyebabkan klien sering pandang rendah
terhadap diri sendiri.
Menurut ahli-ahli terapi, pemikiran dan perasaan adalah sukar untuk
diukur. Oleh itu, tumpuan seharusnya ditumpukan kepada tingkah laku klien.
Bandura telah menekankan bahawa fokus ke atas rangsangan dan tindak
balas adalah terlalu mudah untuk menerangkan kerumitan pemikiran dan
tingkah laku manusia. Mereka juga percaya bahawa tingkah laku yang
dysfunctional adalah disebabkan oleh pemikiran yang dysfunctional dan
pemikiran dibentuk oleh kepercayaan individu. Merujuk ke atas, kita boleh
menyataka kepercayaan menentukan cara seorang individu bertindak. Oleh
itu, untuk membentuk kepercayaan yang positif dalam karakter klien, klien
boleh dipujuk untuk berfikir secara konstruktif dan tidak berfikiran secara
negatif.
Bandura juga menyatakan peranan kognisi ke atas pembelajaran.
7

Proses kognisi akan terbentuk melalui pemerhatian terhadap model-model


tertentu. Selepas pemerhatian, pemerhati boleh menggunakan simbol-simbol
tertentu untuk mewakili tingkah laku yang dilakukan oleh model. Pendapat
Bandura ini terkandung dalam konsep penentuan recipocal (recipocal
determinism). Bagi kes ini, klien telah menyatakan bahawa dia ternampak
guru merotankan murid-murid yang nakal apabila marah. Jadi, dia tidak rasa
salah untuk bertindak kasar. Tetapi selepas analisa daripada Guru
Kaunseling, klien telah memahami bahawa guru merotan murid-murid yang
nakal bertujuan untuk meneguh tingkah laku yang tidak baik, bukanlah untuk
melepaskan geram.
Kesimpulannya, klien yang mengalami kegagalan mengawal tingkah
laku apabila marah telah menunjukkan kecelaruan psikologi dia. Semasa
klien berasa marah, klien gagal membuat keputusan yang rasional untuk
bertindak. Dia hanya mahu bertindak ganas untuk melegakan kemarahannya.
Jadi, kecelaruan psikologi ini perlu bantuan guru untuk membimbing klien
menyelesaikan. Guru telah membuat beberapa senarai untuk menguji perkara
yang akan menyebabkan kemarahan klien dan menjadikan klien bertindak
ganas. Guru telah membuat rumusan tentang tingkah laku dan kegagalan
mengawal emosi adalah masalah klien yang perlu ditangani dengan segara
melalui bantuan kepakaran seperti doktor psikologi. Jadi, berdasarkan kepada
kenyataan di atas, saya berpendapat bahawa terapi Tingkah laku ini adalah
berguna dalam mengubati kecelaruan dengan psikologi yang tidak terkawal
terutamanya seperti ketidakupayaan untuk mengawal kemarahan.
iii.

Jika anda sebagai kaunselor yang mengurus kes tersebut,


bincangkan matlamat sesi dan beri justifikasi anda.

C a ra
B e r t in d a k

Berdialog dengan klien


Menggalakkan klien
menghadapi masalahnya
Membina hubungan erat
Mengajar cara untuk
meluah perasaan
Tukar peranan
Membuat kontrak

Jika saya sebagai kaunselor yang menguruskan kes ini, saya akan
mengadakan aktiviti berdialog dengan klien A. Matlamat aktiviti berdialog ini
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka
mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Semasa menjalankan dialog,
saya akan memahami sebab klien A melakukan perbuatan ganas tersebut.
Selain itu, saya juga akan memberitahu murid A terhadap tanggungjawab
yang harus ditanggung terhadap mangsa-mangsa yang dicederakan olehnya.
Klien A bertindak ganas sebab dia tidak sedar tentang tanggungjawabnya
jikalau tercedera orang lain. Bagi klien A, dia anggap jika melakukan sesuatu
perbuatan jahat, dia tidak perlu memikul sebarang tanggungjawab sebab
orang lain seperti ibu bapa dan guru-guru di sekolah akan menolongnya untuk
menguruskan hal tersebut. Sebaliknya jika klien A sedar bahawa dia perlu
menanggung kesalahan yang dibuat, maka dia akan berfikir dahulu sebelum
bertindak ganas.
Apabila seseorang klien melahirkan satu perasaan yang menyakitkan
dirinya, maka dia kelihatan akan cuba lari dari perasaan tersebut. Oleh itu,
kaunselor boleh menggalakkan kliennya untuk terus meneroka perasaan
yang menyakitinya supaya dapat terus merasai dan terus mengalaminya.
Dalam sesi ini, saya akan meminta klien A berani untuk menghadapi masalah
perasaan yang tidak diingini iaitu kemarahan. Saya akan menjelaskan
9

bahawa setiap orang memiliki perasaan yang berbeza-beza dan tidak menjadi
kesalahan jika mempunyai perasaan marah, takut dan lain-lain lagi. jikalau
klien dapat menguruskan kemarahannya dengan baik, maka klien boleh
mempunyai

kehidupan

yang

normal.

Semasa

proses

klien

merasa

kemarahannya, saya akan mewujudkan keadaan yang akan akan mencetus


kemarahan klien A. Saya akan membimbing klien mengurus emosinya
supaya dia boleh berfikir positif dan bertindak rational. Saya juga akan
memberitahu klien A jika dia gagal mengawal perasaan marahnya, maka ia
akan menghalang dia daripada mencapai kejayaan dalam kehidupannya
pada masa depan. Sekiranya murid A dapat menghadapi perasaan marah
dan dapat dikawal dengan baik, maka murid A dianggap sebagai seorang
yang sempurna dalam kehidupannya.
Sebagai seorang kaunselor, saya akan cuba mendekati klien A supaya
dapat menjadi kawan baik klien A. Mula-mulanya, saya akan mewujudkan
perhubungan yang mesra antara saya dengan klien. Kemudian, saya akan
cuba meminta klien A untuk mengatakan tentang masalah diri sendiri.
Sekiranya murid A sanggup berkongsi masalah dengan saya, saya akan cuba
menganalisasi masalahnya dengan klien untuk mendapat keyakinan daripada
klien. Kemudian, saya akan membimbing klien A untuk berani menghadapi
perasaan kemarahannya. Saya juga akan mengajar klien A cara-cara yang
betul dan berkesan untuk meluahkan perasaannya seperti berbincang dengan
guru kaunselor, menggongsi perasaan dalaman dengan kawan baik,
menenangkan hati dengan bernafas dalam dan sebagainya. Saya juga
mengambil

kesempatan

untuk

menasihati

klien

supaya

tidak

memendamkan perasaannya sepanjang masa sebab sekiranya masalah


dipendamkan dalam hati, kita

akan terasa ketidakselesaan dan lama

kelamaan berkemungkinan besar akan menyebabkan pelbagai penyakit


seperti penyakit sakit jiwa dan penyakit mental.
Selain itu, saya juga akan membimbing klien A untuk memahami
situasi orang lain dengan cara menukar peranan. Saya akan mengarah klien
A untuk menukar peranan dengan mangsa-mangsanya yang tercedera sebab
tindakan ganas klien. Melalui aktiviti tukar peranan ini, klien A boleh
memahami perasaan rakan-rakannya yang dipukul oleh klien A. saya juga
akan menyurug klien cuba merasa kesakitan yang ditimpa oleh mangsa10

mangsa pada bahagian badan yang tercedera. Sekiranya murid A memahami


perasaan tersebut, dia akan insaf terhadap perbuatannya dan akan cuba
memikir perasaan orang lian sebelum bertindak ganas.
Akhir sekali, saya akan meminta klien A bersama-sama untuk
membuat satu kontrak. Tujuan membuat kontrak adalah untuk mendisiplinkan
klien A supaya tidak menggulangi tingkah laku yang ganas tersebut. Semasa
menentukan syarat-syarat kontrak, saya akan meminta pendapat klien A
supaya syarat-syarat yang dikuatkuasakan adalah adil dan tanpa paksaan.
Selepas penentuan syarat-syarat, saya akan menyenaraikan syarat-syarat
dalam kotrak dan disertai dengan dendaan yang akan dikenakan jikalau klien
A melanggar syarat-syarat tertentu. Kemudian, saya akan menyediakan 2 set
kontrak dan meminta klien A untuk menandatangani di atas kontrak tersebut.
1 set kontrak akan diberi kepada klien sebagai pengingatan, san 1 set lagi
disimpan oleh saya sebagai bukti. Malalui cara ini, saya bukan sahaja boleh
mendisiplinkan klien, tetapi juga dapat memupuk sifat tanggungjawabnya.
Sekiranya klien A melanggar mana-mana satu syarat yang telah disenaraikan
dalam kontrak, maka dia hendak menerima dendaan seperti yang disertai
bersama kontrak dan tidak boleh melawannya. Dengan menggunakan cara
ini, klien A akan berfikir dahulu sebelum bertindak ganas.

11

4.0 PENUTUP
Pembangunan dan perkembangan yang

sedang

dialami

oleh

Negara telah mengundang pelbagai perubahan serta kesan sampingan


kepada masyarakat. Perkembangan dan kemajuan telah menimbulkan
pelbagai

kesan

sosiopsikologikal

kepada

masyarakat.

Oleh itu,

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang sangat


penting supaya dapat membantu kita dalam pengurusan kehidupan serta
mencari kesejahteraan dan keseimbangan dalam kehidupan.
Pada zaman terkini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah
diperkenalkan dan diterapkan dalam sistem pendidikan Negara. Bimbingan
dan Kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik
berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional.
Proses menolong ini melibatkan interaksi sekurang-kurangnya dua orang.
Dalam terma kaunseling, orang yang menolong digelar kaunselor dan orang
yang ditolong digelar klien. Kaunselor bertindak membantu klien meneroka
aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah baginya.
Menjadi seorang kaunselor bukanlah satu kerja yang senang. Seorang
kaunselor perlu menguasai kemahiran-kemahiran yang tertentu dan tahu
mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.
Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan, maka ia
mengakibatkan kehilangan keyakinan dan kepercayaan klien terhadap
kaunselor.
Selain menguasai kemahiran-kemahiran, seorang kaunselor juga
harus mempunyai personaliti yang positif. Kaunselor perlu mempuyai
personality yang positif supaya klien boleh berasa mesra semasa proses
bimbingan dan kaunseling dijalankan. Contoh-contoh personaliti positif yang
harus dipegang oleh seorang kaunselor ialah mesra, jujur, prihatin, berempati
dan lain-lain lagi.
Sebagai kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
memainkan peranan yang penting dalam sekolah. Setiap guru haruslah
menguasai kemahiran kaunseling yang asas supaya guru boleh mengatasi
masalah murid-murid sebelum masalah tersebut berkembang besar.

12

You might also like