You are on page 1of 13

1

School Of Management And Supervision


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERBINCANGAN TOPIK

Tajuk :
PERANAN SEKOLAH DALAM TRANSFORMASI PENGETAHUAN,
KEMAHIRAN DAN NILAI-NILAI

Nama : Mahyuddin bin Wasoh @ Mohamad Isa


No. Matrik : 816127
Nama Pensyarah : Dr. Rafisah Osman
Kod/Nama Kursus : SGDU5033

1.0

PENGENALAN
Globalisasi memberikan kesan yang sangat besar kepada dunia hari

ini. Ia melibatkan perpindahan maklumat dan teknologi merentas


sempadan dunia. Tidak kira di mana sahaja manusia berada asalkan
terdapat akses internet mereka dapat berhubung antara satu sama lain
dalam masa yang singkat. Pendek kata segalanya berada di hujung jari.
Mengikut analisis yang dikeluarkan oleh Ericsson Consumer Lab di Asia
Tenggara dan Oceania mengatakan bahawa Penembusan telefon pintar di
Malaysia dalam kalangan para pengguna harian Internet, telah meningkat
daripada 47 peratus pada 2012 kepada 63 peratus tahun ini (2013).
Dunia pendidikan juga tidak terlepas dari ledakan dunia tanpa
sempadan ini. Perubahan demi perubahan dalam organisasi berlaku
dalam arus pendidikan negara hanya semata-mata untuk memenuhi
tuntutan perubahan semasa. Jika perubahan ini tidak dilakukan sudah
tentu negara akan menghasilkan generasi yang ketinggalan dalam segala
bidang seperti ekonomi, pendidikan, politik, keselamatan dan sebagainya
lagi. Akibatnya negara bukan maju ke hadapan bahkan mundur ke
belakang.

Terbaru

pihak

kerajaan

telah

memperkenalkan

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dengan pelan ini


arus pendidikan negara melangkah setapak lagi ke arah mencapai negara
maju dalam pendidikan. Transformasi pendidikan ini melibatkan tiga
gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula
tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu
lagi

cabaran

kontemporari

buat

menghadapi cabaran abad ke-21.

dunia

pendidikan

Malaysia

bagi

Dengan

perubahan yang berlaku ini maka banyak perkara perlu

diambil perhatian oleh pihak kerajaan bagi merialisasikan harapan dan


hasrat negara bagi mencapai kemajuan yang diimpikan seperti latihan
perguruan

yang

mencukupi,

sistem

pembelajaran

murid

komprehensif dan terkini, cara pengajaran baru dan moden,

yang

Sokongan

masyarakat dan ibubapa dan menanamkan unsur keagamaan dan akhlak


dalam pendidikan.
2.0

PERBINCANGAN

Sekolah sebagai satu sistem terbuka

amat menitikberatkan input,

penggunaan input dan output dalam pendidikan. Input yang dimaksudkan


ialah seperti penyediaan latihan guru yang mencukupi, bahan-bahan
sokongan yang diperlukan, pemantapan jatidiri dan akhlak yang tinggi,
sistem pembelajaran yang berkesan dan terkini, contoh teladan dan
budaya dari organisasi lain dalam ruang lingkup yang sama yakni sistem
dari sekolah lain dan juga sokongan dari pihak luar seperti ibubapa,
masyarakat dan ahli politik. Input ini pula perlu diaplikasikan dengan
sebaik mungkin dan sepenuhnya agar menghasilkan output berguna yakni
murid yang sempurna sebagai ahli masyarakat yang memenuhi keperluan
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) seperti yang digariskan oleh
kerajaan.

2.1 LATIHAN GURU


Guru sebagai penggerak pendidikan perlu diberikan pemerkasaan
dari semasa ke semasa. Mereka merupakan pemberi input kepada
murid

perlulah

mempunyai

kemahiran

yang

selayaknya.

Ini

memandangkan 60 peratus guru yang ada sekarang dijangka kekal


dalam perkhidmatan selama hampir 20 tahun lagi. Maka usaha
meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka adalah amat
penting dan perlu dititikberatkan.
Keseriusan dalam membangunkan aspek pendidikan negara ini
mencerminkan bahawa betapa aspek profesion perguruan dalam
sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam
pembangunan terutama dalam memastikan mencapai status negara
maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Kita tidak mahu apa yang dirancang dalam tempoh masa tiga belas
tahun ini hanya cantik di atas kertas sahaja tetapi apa yang kita
mahukan adalah komitmen daripada semua pihak dalam memajukan
transformasi sektor pendidikan ini berjalan dengan lancar.
Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini, kita tidak boleh berdiam
diri dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Perubahan
yang

berlaku

bukan

sekadar

menambah

kakitangan

guru

dan

menambahbaik kemudahan yang sedia ada tetapi perlu memahami


dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah peranan
guru yang paling utama dalam memberikan input kepada pelajarnya.
Gelombang

pertama

(2013-2015)

yang

melihat

kepada

pemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Islam turut memandang


tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu,
kemahiran dan sahsiah pelajar.
Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion perguruan
dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah

s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah


kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl:
125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika kamu
mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga
daripada dunia dan segala isinya".
Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang
diutarakan

ini,

mengajar

Seorang

jelas

menunjukkan

khususnya

pendidik

akan

dalam

mestilah

keutamaan-keutamaan

profesion

menyedari

akan

perguruan.

hakikat

bahawa

pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti


dilaksanakan.

Ini

kerana

kecemerlangan

pendidikan

banyak

bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru berkualiti
merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan
pencapaian murid.
Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran
berterusan serta laluan kerjaya yang lebih luas perlu diberikan
perhatian

selain

dapat

meningkatkan

lagi

mutu

P&P

dalam

perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat secara


tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi
pelajarnya.
Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan kajian yang dijalankan di
Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an yang
menunjukkan relatif guru berpendidikan tinggi dapat meningkatkan

pencapaian murid sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun


berbanding guru berprestasi rendah.
Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak P&P yang
berkualiti
pendidikan

dan

efektif

sekolah.

turut

sama

Keadaan

ini

meningkatkan
secara

pembangunan

berterusan

dapat

merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok sesuai


dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas.
Sebaliknya, pengajaran tidak akan menjadi menarik minat pelajar
apabila guru lebih bergantung kepada kaedah syarahan berbentuk
pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran mereka.
Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru
perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin mereka sampaikan menarik
minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk
formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti dan peranan
utama terletak pada tanggungjawab guru. Tambahan pula guru
sekarang berdepan dengan cabaran untuk menguasai ilmu IT agar
dapat menggunakannya di dalam kelas semasa mengajar. Dengan
adanya ilmu IT barulah murid dapat menyediakan diri dengan baik
untuk masa akan datang. Inilah transformasi negara yang dikehendaki
yang dapat dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara.

2.2 SISTEM PEMBELAJARAN BARU UNTUK MURID


Murid sekolah sekarang amat signifikan dengan ICT. Lihat sahaja
dalam

FaceBook

dan

seumpamanya

jika

dikaji

terdapat

ramai

pengguna seusia pelajar sekolah samaada di peringkat rendah atau

menengah. Masing-masing mempunyai akaun sendiri. Kedai-kedai


internet tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di bandar-bandar
besar, pekan-pekan kecil dan ada juga di desa-desa. Boleh dikatakan
80% murid sekolah mengetahui tentang komputer jika dibandingkan 10
tahun lalu.
Sekolah perlu mengintegrasikan penggunaan ICT dalam kelas
sebagai cara baru menyampaikan ilmu. Ini kerana murid lebih dekat
dengan komputer dan mereka lebih berminat dengan dunia komputer.
Bagi mereka komputer adalah cara baru yang sangat diminati. Tanya
sahaja di mana mereka akan belajar maka dengan serentak semuanya
mahukan pembelajaran di bilik ICT.
Untuk mencapai tujuan ini maka lebih ramai guru yang pakar dalam
ICT diperlukan. Mereka perlu diberikan latihan yang secukupnya.
Perubahan juga perlu dilakukan untuk menjadikan pembelajaran ICT
dapat dilaksanakan dengan efektif iaitu dengan menggubal kurikulum
yang sesuai, penjadualan belajar yang memasukan konsep ICT di
dalamnya dan juga perolehan sumber ICT yang mencukupi disamping
sikap

ambil

berat

guru.

ICT

juga

mempunyai

kelebihan

dan

kelemahannya. Antara kelebihannya ialah objektif pembelajaran lebih


luas, murid dapat belajar secara kendiri, maklumbalas dapat diperoleh
dengan segera dan simulasi pembelajaran juga segera. Kelemahannya
pula ialah guru tidak celik komputer samaada tidak cukup latihan atau
tidak mahu belajar.
Untuk memastikan ICT dapat diintegerasikan dalam pendidikan bilik
darjah,

Pihak

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

perlu

mengambil

peranan yang lebih efektif ke arah mengatasi masalah yang timbul


dengan mengadakan program latihan pembangunan berterusan untuk
guru dalam ICT dan menyediakan prasarana yang mencukupi di
sekolah agar Pengajaran dan Pembelajaran berjalan lancar tanpa
halangan.

2.3 STAIL KEKELUARGAAN DAN PENDIDIKANNYA.


Keluarga merupakan input luaran ke arah menghasilkan ahli
masyarakat yang seimbang. Keluarga merupakan entiti rapat kepada
seseorang individu dalam membentuk gaya hidupnya. Maksud sebuah
Hadis Nabi SAW mengatakan bahawa ibubapa yang bertanggungjawab
mencorakan anaknya samaada menjadi majusi, nasrani ataupun
yahudi. Anak ibarat kain putih yang bersih tanpa noda.

Jika betul

sarangnya maka betullah hasilnya dan jika salah sarangnya maka


hasilnya adalah mendukacitakan.
Keluarga zaman dahulu lebih menampakan peranan bukan sahaja
ahli dalam sebuah keluarga malah ahli komuniti juga saling mengambil
tahu antara satu sama lain. Ianya menjadi satu budaya dalam
sesebuah komuniti. Berbeza dengan keluarga zaman sekarang yang
hanya mementingkan diri sendiri bahkan kebanyakan ibubapa tidak
tahu pun ke mana anak remajanya pergi.
Masyarakat dahulu menjadikan orang-orang tua sebagai pakar rujuk
seperti dalam menyelesaikan konflik antara ahli komuniti. Demikian
kerana pengalaman mereka yang luas dapat memberikan panduan
kepada anak-anak muda. Ibu bapa sedaya upaya memeberi nasihat

kepada anak-anak agar melakuakan perkara yang betul sahaja. Adat


dan agama dalam masyarakat dijadikan panduan oleh ahlinya agar
menjadi insan berguna yang tidak melanggar adab kesopanan budaya
bangsa. Adat menekankan sikap rendah diri dan saling hormat
menghormati antara satu sama lain. Anak-anak muda pada ketika itu
agak tertutup berbanding hari ini. Keadaan tersebut menjadikan
mereka terpelihara dari melakukan perkara-perkara terlarang. Anakanak dara tidak keluar rumah sesuka hati tanpa kebenaran ibubapa
dan ibubapa pula sangat mengambil berat ke mana anak mereka pergi.
Adat ini bergerak seiring dengan kehendak agama. Ahli masyarakat
akan memastikan hukum agama tidak dilanggar sesuka hati.
Ringkasnya ibubapa zaman sekarang perlu menjadikan budaya
kekeluargaan zaman dahulu sebagai panduan. Kita tidak boleh hanya
memandang terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Nabi SAW
pernah bersabda dalam sebuah hadis Baginda yang mengatakan
dengan maksudnya bahawa zaman yang paling baik ialah zaman
Baginda SAW sendiri

dan selepas itu zaman taabiin dan selepas itu

saman tabi taabiin. Jadi kita sebagai umat islam haruslah menoleh
kembali kepada tiga zaman tersebut jika inginkan sebuah keluarga
yang harmoni dan bahagia sekaligus menyumbang kepada melahirkan
rakyat Malaysia yang berdaya saing di peringkat global.

2.4 MENANAMKAN NILAI AGAMA PADA SEMUA PERINGKAT


Walaupun globalisasi sangat diperlukan pada masa ini demi
mendepani cabaran semasa, nilai agama tetap relevan dalam amalan

10

kehidupan harian tidak kira dalam apa jua aspek sekalipun. Dalam
cabaran transformasi pendidikan, peranan agama tetap menjadi
keutamaan paling atas. Tanpa nilai agama seorang guru tidak akan
mengajar dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Tanpa agama
pihak atasan tidak akan melakukan tugas dengan jujur. Tanpa nilai
agama murid tidak akan berusaha menjadi pelajar terbaik dari segi
JERI. Tanpa nilai agama juga ibubapa akan mengabaikan anak-anaknya
dengan menyerahkan proses mendidik sebulatnya kepada pihak
sekolah.
Dengan agama segalanya akan berjalan lancar tanpa disuruh
kerana masing-masing sudah faham dengan taggungjawab yang
diamanahkan. Hal ini dapat dilunaskan dengan hanya satu cara iaitu
menanamkan pendidikan fardhu ain sedari awal lagi di dalam sistem
pendidikan arus perdana samaada di peringkat rendah mahupun di
peringkat

menengah.

Pihak

kerajaan

haruslah

dari

dahulu

lagi

menjadikan mata pelajaran agama islam wajib lulus dalam peperiksaan


penting seperti UPSR dan SPM. Dengan tindakan ini akan menjadikan
semua lapisan dalam organisasi pendidikan lebiih berintegeriti dan
berakhlak mulia. Hal ini kerana segala tindak tanduk mereka akan
mengambil kira pahala dan dosa dan juga syurga dan neraka.
Kesimpulannya agama amat penting dalam memastiakan kejayaan
transformasi yang diharapkan. Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis
dengan maksudnya : Dua perkara jika kamu sentiasa berpegang
dengannya, kamu sekali-kali tidak akan sesat selama-lamanya iaitulah
Al-quran dan Sunnahku.

11

3.0

PENUTUP

Di sini dapat disimpulkan bahawa cabaran perubahan dalam organisasi


tidak akan menjejaskan sekolah arus perdana di Malaysia. Dengan
statusnya sebagai sistem sosial terbuka maka tidak hairanlah apa saja
perubahan yang berlaku mampu diatasi malah ianya boleh dianggap satu
keperluan kerana perkembangan kehidupan manusia sentiasa bertambah.
Maka sekolah sebagai penyedia sumber manusia berkualiti kepada negara
akan terkehadapan dalam memastikan era globalisasi kini dapat diratah
dan dihadamkan dengan sebaik mungkin.
Yang penting dalam mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia
seperti yang dilaungkan oleh pihak kerajaan, semua pihak mesti
menyahut dengan tindakan seperti yang disarankan dalam perbincangan
di atas. Jika tidak transformasi yang digariskan hanya akan menjadi
lakaran yang sia-sia tanpa memahat sejarah dalam pembentukan
manusia. Masih belum terlambat untuk kita bertindak membetulkan
keadaan sosial masyarakat Malaysia yang nampak pincang kebelakangan
ini.
Kerjasama dari semua pihak dari atas ke bawah, secara langsung dan
tidak langsung amatlah ditagih ke arah mencapai negara maju tanpa
meminggirkan

nilai-nilai

agama

yang

murni.

Demikian

kita

akan

mewariskan negara yang tercinta ini kepada generasi yang selayaknya


pada masa hadapan.

12

RUJUKAN
Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya. 2008. Sejarah Sikap Pemeliharaan KanakKanak: Stail
Kekeluargaan,Pendidikan Kekeluargaan. Fakulti Pendidikan UTM
Johor.
Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling, . 2005. Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional :
Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Seminar
Pendidikan 15 Oktober 2005. Fakulti Pendidikan UTM.
Mona Masood, Nor Azilah Ngah.

Keperluan Latihan Dalam Bahan

Pengajaran ICT Dalam


Kalangan

Guru-Guru

Sekolah

Menengah

Di

Malaysia.

1st

International Malaysian
Educational Technology Convention. Pusat Teknologi Pengajaran Dan
Multimedia
USM.
Rahmad Sukor Ab. Samad, Mahzan Arshad, Siti Awa Abu Bakar, Abdul Jalil
Othman.
Organisasi Pendidikan Sebagai Satu Sistem Sosial : Antara Matlamat
Dan Fungsi. Masalah Pendidikan, 31 (1). Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya.
Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh.
Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa
dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah (Family Context
and Its Relationship with Parental Involvement in Their Childrens
Education in Secondary Schools)
Web
%204new.pdf

http://www.ukm.my/jurfpend/jurnal%202012/JP36(1)%20Chap

13

You might also like