You are on page 1of 2

Tajuk 3 : Pelbagai Fungsi Lukisan

Perkataan lukisan dalam Bahasa Inggeris ialah drawing yang asalnya dari dua bahasa iaitu
German dan Latin. Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang
menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada
sesuatu permukaan. Istilah daripada kamus The Oxford menyatakan bahawa The art of
representing by line, delineation without color or with a single color. Ia bermaksud lukisan
ialah garisan yang membentuk imej yang tidak menggunakan warna atau menggunakan
warna yang terhad.

Lukisan mempunyai enam fungsi seperti berikut :


1)
2)
3)
4)
5)
6)

Mengumpul dan menyampaikan maklumat


Berkomunikasi
Luahan idea dan emosi
Bentuk dan makna
Ilustrasi
Dokumentasi budaya dan sejarah

Fungsi pertama lukisan ialah mengumpulkan dan menyampaikan maklumat. Setiap lukisan
mempunyai maknanya yang hendak disampaikan. Sebelum menghasilkan sebuah lukisan,
pelukis perlu menentukan tajuknya dan mengumpulkan maklumat mengenai tajuknya.
Pelukis akan meneliti keadaaan sekelilingnya dan merekod perakam perisitiwa dengan cara
melukis sebagai cara kumpul maklumat. Sebagai contohnya, karya Amron Omar yang
bertajuk Silat telah menyampaikan kegemilangan seni mempertahankan diri bagi bangsa
Melayu, iaitu seni silat. Seni silat merupakan salah satu adat dan tradisi orang Melayu yang
penuh bermakna.

Silat, Amron Omar, Arang pada kertas


Keduanya, lukisan berfungsi sebagai alat berkomunikasi. Orang ramai dapat memahami
maksud yang hendak disampaikan oleh pelukis melalui lukisan. Komunikasi visual ini akan
menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara berterusan. Hasilan seni ini menjadi

bahasa visual serta dapat difahami oleh semua masyarakat di dunia. Misalnya, posterposter yang ditampal, memberikan info-info yang berguna seperti Jauhi Dadah, Jaga
Kebersihan, Cintalah Alam dan Satu Malaysia.
Ketiganya, lukisan berfungsi sebagai luahan idea dan emosi seseorang pelukis. Idea dan
emosi ini diterjemahkan dalam bentuk visual. Bagi kanak-kanak, aktiviti melukis dapat
memberi kepuasan dalam meluahkan apa yang dilihat dan dialami dalam bentuk visual.
Lukisan kanak-kanak dihasilkan menggambarkan luahan emosi dan mempunyai makna
yang tersendiri. Lukisan seorang ibu yang memegang tangan seorang anak sambil
tersenyum, menggambarkan satu kehidupan berkeluarga yang harmoni dan ceria.
Keempatya, lukisan berfungsi sebagai bentuk dan makna. Lukisan yang mempunyai makna
mengenai sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat. Sebagai contohnya, lambang
bintang dan bulan sebagai simbol agama islam. Bintang berbucu lima menandakan Rukun
Islam terdapat lima perkara.
Kelimanya, lukisan berfungsi sebagai ilustrasi yang menggambarkan dekoratif dan unsur
hiasan. Ilustrasi akan memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara
terperinci. Ia juga akan menyampaikan kritikan atau penerangan, bahan atau subjek dengan
lebih jelas. Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakam lagenda dan peristiwa
bersejarah.
Keenamnya, lukisan berfungsi sebagai dokumentasi budaya dan sejarah. Melalui lukisan
orang ramai dapat mempelajari budaya sesuatu masyarakat. Lukisan juga boleh dikaitkan
dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui
gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan
dokumentasi sejarah. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk Unforgettable Fire yang
dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945,
menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. Selain itu, lukisan gua
merupakan sebuah bukti sejarah kemampuan manusia pada zaman prasejarah mampu
mencurahkan ekspresinya ke dalam sebuah lukisan. Pada dinding zaman Mesir purba,
lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu
penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang
gemilang.

Azizah

&

Norul

Azmah.

(2012).

http://anapgsr.blogspot.com/2012/09/fungsi-lukisan.html.

Fungsi

Lukisan.

Daripada

You might also like