You are on page 1of 8

PKP 3107

Alat Artikulasi

Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai


peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alatalat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut:

Bibir atas

11

Tengah lidah

Bibir bawah

12

Belakang lidah

Gigi atas

13

Akar lidah

Gigi bawah

14

Epiglotis

Gusi

15

Pita suara

Lelangit keras

16

Rongga tekak

Lelangit lembut

17

Rongga Hidung

Anak tekak

18

Rongga mulut

Hujung lidah

19

Rahang

10

Hadapan lidah

20

Tenggorok

Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
penghasilan bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat
bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan
belakang lidah.
Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang
lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan
bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan
belakang.
Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan
boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat
penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat
deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya
pembahagian-pembahagian ini

Gigi
Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi
bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah
statik dan kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara
dalam penghasilanbunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah
menghasilkan bunyi.

BibirAtasdanBibirBawah
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut.
Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan
juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah)
dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,untuk menghasilkan
bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi
terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir
juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udarayang keluar daripada rongga
mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya,udara disekat di bibir

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras.
Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga
mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan
peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan
sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat
penyekatan

Dapatkan maklumat tentang


fungsi alat artikulasi yang
lain dalam nota fonetik dan
fonologi

You might also like