You are on page 1of 19

Berfikir secara

kritis dan kreatif


CHIU JIONG CHEE
GAN JIUN LEONG
LAU HUONG KIAT
TAN YEE CHING

Definisi dan tujuan mengajar KBKK


DEFINISI

Pemikiran ialah proses menggunakan minda


untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea
atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar,
bagi
membuat
keputusan
dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi dan metakognisi terhadap proses yang
dialami

TUJUAN
1. Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
2. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir
secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
3. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
4. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru,
kabur dan sempit
5. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya
perkembangan intelek mereka
6. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,
membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat
pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi
pandangan dan kritik.

Apakah komponen utama kemahiran


berfikir(KB)?
Komponen utama KBKK:
1. Berfikir secara kritis
2. Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?


KB secara kritis ialah kecekapan dankeupayaan menggunakan
minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu
idea, menelitikebernasan dan kelemahan sesuatuhujah, dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti.
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan
menggunakan
minda
untuk:
menjanadan
menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar
biasa, pelbagai,dan bernilai sama ada bersifatmaujud, abstrak,
idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna
,pemahaman dan penyelesaian masalahseacara inovatif.

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:


1. membanding dan membeza
2. membuat kategori
3. meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
4. membuat sekuen / urutan
5. menerangkan sebab
6. membuat ramalan
7. mengusul periksa andaian
8. membuat inferens
9. mengesahkan sumber maklumat

1. Membanding dan Membeza


Kemahiran membanding dan membeza merupakan
kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan
dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan
sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.
Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara
dua tokoh. Misalnya antara Tun Abdul Razak dengan
Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti
nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan
piramid, dua peristiwa dan sebagainya.
Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik
Membanding dan Membeza.

2. Membuat Kategori
Kemahiran mengkategori ialah aktiviti mindaN yang
mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai
sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut
ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan.
Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis
dan memilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu
di bawah satu label / tajuk dan sebagainya, anda
sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi
dan mengkategori.

3. Meneliti Bahagian-bahagian Kecil dan Keseluruhan


Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas
bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme
atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian
kecil itu dengan keseluruhahan.
Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada
keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi,
maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas
akan dunia di sekeliling kita.

4. Membuat Sekuen / Urutan


Menyusun benda-benda atau peristiwa atau idea-idea
mengikut satu susunan tertentu berdasarkan sesuatu
kriteria.
Contoh : menyusun nama dan buku alamat. Tujuannya
supaya mudah mencari.
Kriteria susunan adalah dalam bentuk abjad.
Contoh lain: menyusun alat-alat. Tujuannya
menjimatkan ruang dan senang mencari.
Kriteria susunan: mengikut saiz / jenis alat.

bagi

5. Menerangkan Sebab
Kemahiran menerangkan sebab melibatkan kemahiran
menjana idea mengenai kemungkinan sebab-sebab
berlakunya sesuatu perkara, memberikan kemungkinankemungkinan bukti yang menjelaskan sebab berlaku
sesuatu perkara, menyatakan bukti-bukti sebenar yang
mengukuhkan kemungkinan bukti yang dikemukakan tadi
dan akhirnya membuat keputusan untuk menentukan sebab
sebenar berdasarkan bukti.
Contoh soalan: Mengapa berlaku peningkatan kadar
kemalangan jalan raya semasa musim perayaan?

6. Membuat Ramalan
Membuat ramalan ialah kemahiran berfikir yang
membolehkan anda membuat jangkaan terhadap sesuatu
perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan
datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu.
Melalui ramalan, kita dapat:
. Membuat tindakan yang sesuai dengan perkara yang kita
andaikan akan berlaku
. Berikhtiar mengikut kemampuan untuk mengelakkan
peristiwa yang tidak diingini daripada berlaku
. Membuat keputusan awal berdasarkan maklumat dan
bukti yang diperolehi
. Mencari jalan atau ikhtiar untuk mengatasi perkara /
masalah yang dihadapi.

7. Mengusul Periksa Andaian


Kemahiran mengusul periksa andaian bermaksud
memeriksa sesuatu andaian yang kita buat sebelum
bertindak berdasarkan andaian tersebut.
Kemahiran ini dapat memandu kita mempersoal dan
mencari ketepatan sesuatu andaian yang dibuat sebelum
sesuatu tindakan atau keputusan diambil. Ini dapat
mengelakkan kita daripada membuat keputusan yang
merugikan.

8. Membuat Inferens
Membuat inferens berlaku apabila anda tahu fakta-fakta
atau kebenaran yang ada dan anda berminat untuk
mengetahui maklumat lebih lanjut yang boleh diperolehi
melalui fakta-fakta yang ada itu.
Ini bermakna anda berhasrat mencari pengertian yang
tersirat berdasarkan kefahaman anda yang logikal. Di sinilah
manusia mengatasi komputer. Manusia boleh membuat
inferens, sedangkan komputer tidak.

9. Mengesahkan Sumber Maklumat


Kemahiran ini memerlukan individu untuk menilai kredibiliti,
ketepatan dan kebolehpercayaan sumber yang diperolehi
(samada secara langsung ataupun tidak langsung).
Set-set soalan yang sistematik perlu digunakan untuk
menguji elemen-elemen yang boleh menentukan kesahihan
sumber.

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif :


1. mencipta analogi
2. menjana dan menghasilkan idea baru
3. mencipta metafora

1. Mencipta Analogi
Analogi adalah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan
antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciriciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud
tertentu.
Biasanya analogi menggunakan kata bandingan seperti, bagai,
dan umpama untuk membandingkan suatu perkara dengan
perkara atau objek yang lain bagi menyatkan maksud tertentu.

Analog dapat dibahagi kepada dua:


1.Analogi berdasarkan kata bandingan. Contohnya:
Badannya kurus macam lidi
Bangunan di Kuala Lumpur tumbuh bagai cendawan.
Orang itu garang macam harimau.
2.Analogi berdasarkan pasangan kata. Contohnya:
Teliti pasangan kata berikut, pilih jawapan yang betul
Kapal terbang Pramugari
A.
B.
C.
D.

Universiti Mahasiswa
Sekolah Pelajar
Hospital Jururawat
Bas Penumpang

Jawapan yang betul adalah C. Ini adalah kerana pilihan lain tidak
mempunyai persamaan dengan kapal terbang pramugari. Pasangan C
mempunyai persamaan kategori iaitu jururawat dan pramugari merupakan
pekerja kepada institusi masing-masing.

2. Mencipta Metafora
Metafora adalah sejenis bahasa figuratif yang dicipta untuk
menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata
lain. Dengan kata lain kita melihat sesuatu perkara itu sebagai
sesuatu perkara yang lain.
Contoh:
Tikus itu telah lari apabila melihat pengurusnya telah datang.
Harapannya menggunung.
Tikus orang yang takut akan ketuanya
Menggunung tinggi atau besar

You might also like