You are on page 1of 1
(b) Pendidikan Dewasa berupa proses pembelajaran dalam kalangan dewasa melalui kursus-kursus atau program-progeam pengajian lanjutan sama ada di kolej atau universiti, Peluang meningkatkan ilmu turut berlaku di tempat- tempat kerja yang kerap dirujuk sebagai Lathan Pembangunan Staf (LPS) untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi dalam kerjaya masing-masing. Kalangan dewasa juga boleh meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang diminati dan digemari oleh mereka untuk peningkcatan peribadi. Pembelajaran dalam kalangan dewasa yang telah bersara lebih tertumpu kepada pengajian agama dan pembelajaran ini berlaku di masjid atau surau. Kalangan pesara kerap menghadiri kelas membaca al-Quran dan tajwid, bahasa Arab, terjemahan dan pelbagai bidang agama yang dirasakan tidak berpeluang dipelajari oleh mereka ketika usia muda, Pada tahun 1960-an, Kelas Dewasa telah diusahakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah buta huruf dalam jalangan masyarakat Malaysia. Sasaran pelajar Kelas Dewasa ialah kalangan dewasa yang secara sukarela menghadiri kelas yang diadakan di dewan orang ramai di sesebuah kampung pada sebelah petang untuk belajar mengenal huruf, membaca dan menulis. Guru yang dipertanggungjawabkan telah mengikutt Kursus perguruan di maktab-maktab perguruan di seluruh negara. Usaha kerajaan tersebut berjaya apabila sebahagian besar kalangan dewasa yang buta huruf mampu membaca dan menulis, Pada hari ini, terdapat kelas komputer dianjurkan oleh pertubuhan- pertubuhan tertentu untuk memastikan masyarakat kita celik IT. (c) Pendidikan Berterusan hampir serupa dengan konsep Pendidikan Dewasa yang lebih tertumpu kepada usaha seseorang untuk menyambung pengajiannya ‘di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan, Pendidikan berterusan merupakan peluang kepada seseorang untuk mencapai pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, pendidikan berterusan semakin menarik minat ramai graduan, Biiangan yang memiliki jjazah kedua (Sarjana) dan ijazah ketiga (Ph.D) bertambah pada setiap tahun, lIniversiti- universiti tempatan kini banyak menawarkan program bagi mereka yang mahu meneruskan pengajian secara sambilan pada hujung minggu yang lazimnya bermula pada petang Jumaat hingga hari Ahad. Terdapat pelbagai kaedah dalam pendidikan berterusan, antaranya pembelajaran yang berlaku secara tradisional yakni pembelajaran yang dijalankan di bilik kuliah dan makmal, Pada masa kini, Pembelajaran Jarak Jauh (P)J) yang semakin popular dapat dilaksanakan dengan bantuan rakaman video dan bahan-bahan pengisian CD ROM, program roadcasting, pembelajaran atas talian (OLL), internet serta kursus interaktif atas talian (Online Interactive Courses).

You might also like