You are on page 1of 57

Elektrik statik cas elektrik yang pegun atau

tidak bergerak
Kajian elektrik statik disebut elektrostatik.
Terdapat dua jenis cas elektrik statik, iaitu cas
positif dan cas negatif.
Cas positif terdiri daripada proton. Proton
tidak boleh bergerak.
Cas negatif terdiri daripada elektron.
Pemindahan elektron berlaku apabila dua
bahan yang berlainan digosokkan bersamasama.

1)

2)

3)

4)

5)

Cas positif dan cas negatif mempunyai


keupayaan untuk menarik dan menolak cascas yang lain.
Cas yang sama jenis menolak antara satu
sama lain.
Cas yang berlainan jenis menarik antara satu
sama lain.
Daya tolakan dan daya tarikan yang wujud
antara cas elektitrik ini disebut daya
elektrostatik.
Daya elektrostatik ialah sejenis daya yang
disebabkan oleh cas-cas elektrik statik.

Cas elektrik statik dapat dihasilkan pada


objek yang neutral dengan menggosokkannya
dengan satu bahan yang lain seperti kain
berbulu atau kain sutera.
Apabila dua bahan berlainan digosok,
pemindahan elektron berlaku. Salah satu
bahan menerima elektron manakala satu lagi
kehilangan elektron.
Bahan yang menerima elektron menjadi bercas
negatif kerana mempunyai lebih banyak
elektron daripada proton.

Bahan yang kehilangan elektron menjadi


bercas positif kerana mempunyai lebih
banyak proton daripada elektron.
Satu objek adalah neutral jika bilangan cas
positif (proton) dan cas negatif (elektron)
adalah sama.
Bahan dicas positif

Bahan dicas negatif

Kaca

Kain sutera

Selulosa asetat

Kain sutera, kain bulu

Kain sutera

Getah keras

Getah (belon)

Nilon

Kain bulu

Getah (belon), politena

Bahan yang dicas positif dan negatif

Elektroskop digunakan
untuk mengesan cas
elektrik yang kecil atau
cas-cas elektrik statik.
Bahan yang bercas
dapat dikesan dengan
menggunakan
elektroskop

Elektroskop terdiri daripada


satu kotak logam dengan
tingkap kaca.
Ceper logamnya
disambung kepada rod
logam.
Sehelai kerajang emas
dilekatkan di bahagian
bawah rod logam itu.
Penebat mencegah cas-cas
daripada mengalir dari rod
logam ke kotak logam.

Sebelum digunakan, elektroskop perlu


dibumikan dengan menyentuh ceper logamnya
dengan jari. Hal ini bertujuan untuk
meneutralkan elektroskop.
Apabila bahan yang bercas dibawa dekat
kepada ceper logam elektroskop, kerajang
emasnya akan mencapah.
Apabila bahan yang tidak bercas (neutral)
dibawa dekat kepada ceper logam elektroskop,
kerajang emasnya tidak akan mencapah.

Pengeseran antara dua bahan


menghasilkan cas elektrik. Oleh itu,
cas elektrik dapat dihasilkan dimanamana sahaja.

Kejadian kilat

Palam pencucuh
Percikan bunga api
terhasil apabila enjin kereta
dihidupkan.
Cas-cas elektrik melompat
melintasi ruang bunga api
pada palam pencucuh untuk
menghasilkan bunga api.
Bunga api ini menyebabkan
bahan api terbakar untuk
menghasilkan tenaga.

Menyikat rambut
Rambut kering akan
berdiri tegak atau akan
tertarik ke arah sikat
pada hari kering.
Hal ini disebabkan
rambut menjadi bercas
apabila bergeser dengan
sikat.

Pemetik api
elektronik
Cas elektrik terhasi
apabila pemetik api
elektronik dipetik untuk
menghasilkan bunga api.
Bunga api ini kemudian
akan menyalakan gas.

Pakaian nilon
Bunyi bergeser kedengaran
apabila kita menanggalkan
pakaian nilon pada hari kering.
Hal ini disebabkan cas
elektrik statik terhasil apabila
pakaian nilon bergeser dengan
badan kita.

Konduktor kilat

Bumbung bangunan tinggi biasanya


dipasang dengan konduktor kilat untuk
melindungi daripada disambat oleh
kilat.
Hujung konduktor kilat yang
bercabang dan tajam mengalirkan cas
elektrik pada awan ke bumi
(dibumikan).
Satu hujung lagi pada konduktor kilat
ditanam di dalam tanah untuk
mengalirkan cas elektrik daripada awan
ke bumi tanpa merosakkan bangunan.

Lori tangki minyak


Lori tangki minyak menjadi
bercas elektrik statik apabila
bergerak kerana bergeser
dengan zarah udara.
Tambahan pula, tayar getah
menghalang cas daripada
mengalir ke bumi.
Oleh itu, rantai logam
dipasang di bahagian bawah
lori untuk mengalirkan cas ke
bumi apabila rantai logam itu
menyentuh jalan raya.
Hal ini mengelakkan bunga
api daripada terhasil yang
mungkin menyebabkan
kebakaran.

Kapal terbang

Kapal

terbang akan
memperoleh cas elektrik
yang tinggi apabila bergeser
dengan udara semasa
terbang.
Tayar yang dibuat khas
akan mengalirkan cas elektrik
ke bumi apabila kapal
terbang mendarat.

Sel kimia

Dinamo basikal
Dinamo mengubah
tenaga kinetik
kepada tenaga
elektrik

Tenaga kimia
diubah kepada
tenaga elektrik
dalam sel-sel
kimia.

Sumber
tenaga
elektrik
Sel suria

Termokupel

Tenaga suria
diubah kepada
tenaga elektrik

Arus terhasil
apabila
haba
dikenakan

Cas-cas elektrik (elektron) yang bergerak


menghasilkan arus elektrik.
Arus elektrik membolehkan alat elektrik seperti
televisyen, peti sejuk dan kipas angin
berfungsi.
Arus elektrik terhasil apabila elektron-elektron
mengalir dalam satu arah tertentu dalam suatu
konduktor.
Arus elektrik adalah kadar pengaliran cas-cas
negatif atau elektron melalui suatu konduktor.

Arus elektrik juga ditakrifkan sebagai kuantiti


cas yang mengalir melalui suatu konduktor
dalam masa satu saat.
Penjana Van de Graaff adalah satu alat yang
dapat menghasilkan cas-cas elektrik (cas
elektrostatik) yang bervoltan sangat tinggi pada
kubahnya.

Penjana Van de Graaf

Apabila penjana
dihidupkan, tali getah
berpusing dan bergeser
dengan kedua-dua roda.
Kubah menjadi bercas.
Kubah penjana lazimnya
bercas positif (kubah
penjana boleh dicas positif
atau negatif)
Kubah yang kering dapat
memegang cas-casnya
dengan lebih lama.

Voltan adalah tenaga elektrik yang diperlukan


untuk membolehkan elektron mengalir dari
satu titik ke titik yang lain dalam konduktor.
Voltan menghasilkan daya yang menolak
elektron-elektron bergerak melalui suatu litar
untuk menghasilkan arus elektrik.
Sel kering atau bateri mempunyai voltan.

Elektron yang mengalir melalui suatu konduktor


sentiasa mengalami halangan.
Sifat bahan yang menentang pengaliran elektron
atau cas-cas elektrik disebut rintangan.
Bahan yang rintangannya tinggi hanya
membenarkan arus yang kecil mengalir
melaluinya.
Sesetengah konduktor mempunyai rintangan
yang tinggi terhadap arus yang mengalir
menerusinya. Konduktor jenis ini disebut
perintang.

Rintangan pada suatu konduktor, misalnya dawai,


bergantung pada:
a) Panjang konduktor
Semakin panjang konduktor, semakin tinggi
rintangannya.
b) Diameter atau tebalnya konduktor
Semakin besar diameter konduktor, semakin
rendah rintangannya.
c) Jenis konduktor
Konduktor yang berlainan jenis mempunyai
rintangan yang berbeza
Logam kuprum dan aluminium yang luas
digunakan sebagai wayar elektrik adalah antara
logam yang mempunyai rintangan yang rendah.

Dalam sel kering, arus dihasilkan apabila


elektron mengalir dari terminal negatif ke
terminal positif pada sel melalui wayar.
Namun demikian, arah pengaliran arus adalah
berlawanan dengan arah pengaliran elektron.
Arus elektrik mengalir dari terminal positif sel
ke terminal negatif sel.

Arah pengaliran arus


elektrik

Arus elektrik yang mengalir dari suatu sumber tenaga


elektrik dapat disukat dengan menggunakan ammeter.
Unit sukatan bagi arus adalah ampere (A).
Ammeter disambungkan secara bersiri dalam litar
semasa menyukat arus.
Jika jarum ammeter tidak bergerak tiada arus
mengalir dalam litar.
Terminal positif ammeter perlu disambung kepada
terminal positif sumber elektrik dalam litar elektrik.
Terminal negatif ammeter perlu disambung kepada
terminal negatif.

Unit sukatan bagi arus


elektrik

1 ampere (A) = 1000 miliampere (mA)


1 miliampere (mA) = 1000 mikroampere (A)

Voltan dapat disukat dengan menggunakan


voltmeter.
Unit sukatan bagi voltan adalah volt (V).
Voltmeter disambungkan secara selari dalam
litar semasa menyukat voltan.
Terminal positif voltmeter perlu disambung
kepada terminal positif sumber elektrik dalam
litar elektrik.

Rintangan disukat dalam unit ohm.


Simbol adalah .
Perintang adalah suatu alat yang digunakan
untuk mengurangkan arus elektrik yang
mengalir dalam litar.
Semakin besar nilai ohm pada suatu perintang,
semakin besar rintangannya.

Hukum Ohm
Arus yang mengalir melalui
satu konduktor berkadar
terus dengan voltan.
Semakin besar voltan,
semakin tinggi arus elektrik.
Rintangan (R) = Voltan (V)
Arus (A)
V = IR

Contoh
pengiraan

1. Hitungkan voltan, jika


arus yang mengalir dalam
litar ialah 2A dan
rintangannya ialah 3?
V = IR
=2x3
=6 V
2. Berapakah arus yang
mengalir dalam satu litar
jika perintang yang
digunakan ialah 2 dan
voltan ialah 3V?
I=V/R
=3/2
=1.5 A

Litar bersiri

Litar selari

Komponen elektrik
disambungkan dari
hujung ke hujung

Komponen elektrik
disambungkan sebelah
menyebelah

Susunan litar
elektrik

Litar bersiri

Litar selari

Arus mengalir dalam


satu saluran sahaja

Jumlah arus dalam litar


adalah sama jumlah arus
yang melalui setiap
komponen.

Arus elektrik

I = I 1 = I2

I = I1 + I 2

Litar bersiri

Litar selari

Voltan
Semakin banyak sel
Nilai voltan yang merentas
disambungkan, semakin setiap mentol adalah sama
besar arus yang
dengan voltan yang
mengalir.
dibekalkan oleh sumber
Jumlah voltan adalah
elektrik.
sama dengan hasil
tambah voltan setiap
sel.
V = V1 = V2
V = V1 + V2

Litar bersiri

Litar selari

Rintangan
Jumlah rintangan adalah
Hubungan antara setiap
sama hasil tambah
rintangan dalam litar ialah:
semua rintangan dalam
litar.
1 = 1 + 1
R = R1 + R2
R R 1 R2

Jenis litar

Litar selari

Arus yang mengalir

Jika salah satu

dalam litar adalah


sama, jadi mentol
menyala dengan
kecerahan yang
sama.
Semua komponen
dikawal dengan
menggunakan satu
suis.
Arus didalam litar
bertambah jika lebih
banyak sel
disambungkan.

mentol terbakar,
mentol yang lain
masih bernyala
Setiap mentol
menerima voltan yang
sama yang dibekalkan
oleh sumber elektrik

Kelebihan

Litar bersiri

Jenis litar

Litar selari

Jika satu mentol

Arus yang mengalir

terbakar, mentol yang


lain tidak akan
bernyala.
Jika lebih banyak
mentol
disambungkan,
rintangan semakin
bertambah dan
menyebabkan arus
yang mengalir
berkurangan.

dalam litar adalah


sama walaupun lebih
banyak sel
disambungkan.

Kekurangan

Sel kering

Membekalkan
Membekalkan
tenaga
tenaga
elektrik
elektrik

Mentol

Menyala
Menyala
apabila
arus
apabila
mengalirarus
mengalir

Perintang
tetap

Mengurangka
nMengurangka
pengaliran
n
pengaliran
arus
dalam
arus
litardalam
litar

Voltmeter

Menyukat
Menyukat
voltan.
voltan.
Unitnya
volt
Unitnya volt

Ammeter

Menyukat arus.
Menyukat
arus.
Unitnya
ampere
Unitnya ampere

Fuse

Melebur apabila
Melebur
apabila
arus
berlebihan
arus
berlebihan
mengalir
mengalir
malaluinya
malaluinya

Magnet mempunyai dua kutub iaitu, kutub utara dan kutub selatan.

Kutub magnet yang sama akan menolak antara satu sama lain
manakala kutub yang berbeza akan menarik antara satu sama lain.

Medan magnet ialah kawasan yang mengelilingi magnet di mana


daya-daya magnet bertindak. Medan magnet tidak boleh dilihat, tetapi
kesannya boleh diperhatikan dengan menggunakan serbuk besi dan
kompas.

Arah garis daya magnet dapat ditentukan dengan menggunakan


kompas. Medan magnet memesongkan jarum pada kompas.
Magnet yang kuat mempunyai garis daya magnet yang lebih rapat.

Titik neutral dalam


medan magnet adalah
kawasan di mana:
Kesan magnet
tidak dapat dirasai
Tidak ada garis
daya magnet
Tidak
mempengaruhi
jarum kompas

Keelektromagnetan ialah kajian tentang hubungan antara


kelektrikan dengan kemagnetan.
Elektromagnet ialah konduktor yang mempunyai sifat yang
sama seperti magnet apabila arus eletrik mangalir melaluinya
Elektromagnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan
kutub selatan.
Jenis kutub elektromagnet bergantung kepada arah arus
elektrik yang mengalir melaluinya.
Keelektromagnetan iaitu kesan magnet yang dihasilkan
oleh arus dalam satu konduktor.
Wayar lurus yang membawa arus mempunyai medan
magnet bulat yang mengelilinginya.
Kemagnetan suatu elektromagnet akan hilang jika arus
elektrik yang mengalir melaluinya dihentikan.
Elektromagnet digunakan dalam alat-alat seperti telefon,
loceng elektrik, kren elektromagnet.

Elektromagnet terdiri daripada satu solenoid


(gegelung dawai) yang dililit mengelilingi satu
teras besi jati.
Teras besi jati berfungsi untuk memperkuatkan
kemagnetan solenoid.
Besi jati digunakan kerana lebih senang
dimagnetkan dan lebih senang menghilangkan
kemagnetannya apabila arus elektrik berhenti
mengalir melaluinya.

Apabila arus elektrik dialirkan, besi jati menjadi


sebatang magnet. Tapi, kemagnetan hilang
apabila arus elektrik terputus.
Kekuatan medan magnet pada elektromagnet
dapat ditingkatkan dengan:
a)
b)
c)

Menambah bilangan lilitan solenoid


Membesarkan arus elektrik yang mengalir
Mengurangkan diameter solenoid.

Apabila suis dihidupkan, arus elektrik mengalir menerusi


litar.
Elektromagnet pada loceng menarik armatur dan pemukul
bersama-sama menyebabkan pemukul itu mengetuk loceng.
Bunyi terhasil.
Pada masa yang sama, litar dipukulkan pada titik sentuhan.
Arus elektrik berhenti mengalir dan kemagnetan
elektromagnet hilang. Armatur ditarik balik ke kedudukan
asalnya oleh spring dan menyentuh titik sentuh sekali lagi.
Elektromagnet menarik armatur semula dan pemukul
mengetuk loceng semula.
Proses ini berulang untuk menghasilkan bunyi dering pada
loceng elektrik.

You might also like