You are on page 1of 13

AMALI 2

TAJUK AMALI

Bila dikatakan satu sepsis? Taxonomi dan pengekalan aliran kepelbagai


biologi.

PENDAHULUAN

Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan
paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini
ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti
dan ekosistem. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan)
yang berbeza iaitu spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak
bersama dengan jayanya dan spesis morphologi di mana individu-individu pada
kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya.
Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis
individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan
individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini.
Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam
sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat
penting dalam pemuliharaan biodiversiti, tetapi tidak cukup berupaya untuk
membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Ini
menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat.
Taxonomi hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita menamakan semua
perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Sering terdapat perbezaan yang
besar antara individu daripada spesis yang berbeza, dan ia mungkin sukar untuk
memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis
berasingan. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri
morfologi untuk membantu kita. Sebagai contoh, bagaimana ciri-ciri sepunya yang

ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang
sama? Walaubagaimanapun, kaedah bagaimana kita mengelaskan organismaorganisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan
biodiversiti.

KEPUTUSAN

JENIS

CIRI-CIRI SPESIS

SPESIS

SPESIS

JUMAH
BILANGAN
SPESIS

Perut yang buncit


Badan yang

berbintik-bintik
Ada sesungut
Ada ekor kecil
Mempunyai mata

Berbadan

panjang
Mempunyai

sayap
Ada sesungut
Tidak ada kaki

JENIS

CIRI-CIRI SPESIS

SPESIS

SPESIS

JUMAH
BILANGAN
SPESIS

Kepala yang

berbentuk U
Mempunyai

mata
Berekor

Kepala

berbentuk

leper
Tidak ada

mata
berekor

Sesungut

yang

bertompok
Berekor

panjang
Mempunyai

mata

JENIS
SPESIS

CIRI-CIRI SPESIS

SPESIS

JUMAH
BILANGAN

SPESIS

Kepala
berbentuk segi

tiga
Bandannya
2

yang bertitik

titik
Tidak ada

mata
Berekor

Berkuku
panjang dan

tajam
Badannya

yang bercorak
Mempunyai

mata

JENIS
SPESIS

CIRI-CIRI SPESIS

SPESIS

JUMAH
BILANGAN
SPESIS

Kaki yang
berjari tiga

dan bulat
Badannya

yang bercorak
Mempunyai

mata

Kaki yang

berjari dua
Badannya

yang bercorak
Mempunyai

mata

Kaki yang
berjari tiga

dan panjang
Badannya

yang bercorak
Mempunyai

mata

SOALAN-SOALAN
PERBINCANGAN

JUMLAH KESELURUHAN SPESIS :

1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa


moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciriciri tersebut? Kenapa tidak pilih yang lain-lain?

29

Dalam amali ini saya dan ahli kumpulan saya telah dipertanggungjawabkan
untuk mengelaskan moonmorphs ke dalam kumpulan spesisnya. Pada
awalnya kami telah memilih dan menetapkan beberapa ciri yang akan kami
bandingkan semasa meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan
yang sama. Pada asasnya kami telah mengambil perhatian terhadap aspek
fizikal sahaja. Antara ciri-ciri yang kami telah tetapkan ialah bentuk badan,
bentuk ekor, bilangan kaki, corak pada badan, bentuk kepala, bilangan kaki
dan lain-lain lagi. Saya dan ahli kumpulan saya telah menggunakan ciri-ciri ini
kerana kami dapat melihatnya dari luar dan dapat membuat pengelasan
dengan ciri-ciri tersebut. Secara umumnya kita mengelaskan haiwan-haiwan
dengan merujuk kepada ciri-ciri sepunya. Jadi kami pun telah menggunakan
aspek fizikal yang sama dengan moonmorphs yang lain. Cara ini
memudahkan kami untuk mengelaskan moonmorphs ini dengan cepat. Kami
tidak menggunakan aspek dalaman untuk membuat pengelasan mengikut
spesisnya. Hal ini kerana kami tidak dapat melihat aspek dalamnya untuk
membuat pengelasan contohnya genetik atau jantina. Kedua-dua ciri ini tidak
dapat kami lihat melalui gambar yang diberikan semasa mengelas
moonmorphs mengikut spesisnya.
2. Adakah

semua

individu

dalam

satu

spesis

mesti

serupa

keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh


diterima dalam satu spesis?
Tidak perlu semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya.
Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini sesuatu spesis boleh didefinisikan
melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza iaitu spesis biologi dimana
individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya dan spesis
morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada
morphologinya atau binaan biokimianya. Spesies adalah konsep taksonomi
yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang
sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Contohnya jika kita
merujuk kepada pengelasan yang telah disiapkan terdapat beberapa perkara
yang boleh diperhatikan seperti moonmorphs nombor 2 dan moonmorphs
nombor 5 adalah dikategorikan dalam kumpulan yang sama atas sesuatu ciri
yang sepunya. Ciri yang dimaksudkan disini adalah bintiknya pada badan.

Akan tetapi bilangan bintik-bintik pada badannya tidak sama antara satu sama
lain. Hal ini memberitahu kita bahawa walaupun cirinya sama tetapi ada juga
beberapa aspek yang spesifik membezakan sepsis tersebut.

3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima
tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda
menerima tahap variasi yang terlalu rendah?
Jika tahap variasi individu yang tinggi didapati dalam kes ini, moonmorphs
akan dapat dikumpulkan secara khusus dan moonmorphs juga akan
dibahagikan kepada pelbagai jenis subspesis. Jika saya menerima tahap
variasi individu yang sangat rendah, moonmorphs pula hanya akan dapat
dikumpulkan dan dikelaskan mengikut ciri- ciri asas dan umum sahaja. Jadi
moonmorphs akan hanya dikumpulkan ke dalam beberapa subspesis yang
berbeza sahaja. Sebagai contohnya, jika sesuatu spesis itu menerima tahap
variasi individu yang tinggi, maka untuk satu spesis itu hanya seekor akan
mewakilinya tetapi sekiranya spesis itu menerima variasi yang terlalu rendah,
maka satu spesis itu akan mempunyai bilangan haiwan yang banyak
mewakilinya.

4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu


spesies kepada dua atau lebih spesies baru.
Terlebih dahulu mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan para
taksonomis. Para taksonomis adalah ahli biologi yang pakar dalam
pengendalian

spesis.

Mereka

mengenal

pasti,

mengumpul

dan

menggolongkan spesis kepada beberapa kategori yang tertentu. Mereka


boleh membahagikan sesuatu kumpulan spesis kepada dua atau lebih
dengan pelbagai cara yang saintifik. Terdapat beberapa cara yang tertentu
untuk membuat pembahgian sepsis kepada dua atau lebih sepsis yang baru.
Antaranya ialah spesis morphologi. Kaedah ini digunakan apabila individuindividu

pada

kelihatannya

sama

pada

morphologinya

atau

binaan

biokimianya. Kaedah yang seterusnya spesis biologi dan kaedah ini

digunakan dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan


jayanya.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari


sesuatu spesis terjadi?
Variasi ialah perbezaan sifat yang wujud di antara individu dalam spesis yang
sama. Perbezaan sifat dalam individu antara spesis yang sama mungkin tidak
begitu ketara tetapi masih boleh dibezakan antara satu sama lain. Pertama
sekali terdapat dua jenis variasi. Antarannya ialah variasi selanjar dan variasi
tidak selanjar. Tambahan pula terdapat dua faktor yang menyebabkan variasi
iaitu faktor genetik dan faktor persekitaran. Dalam faktor persekitaran,
persekitaran boleh mempengaruhi fenotip dengan berinteraksi dengan faktor
genetik yang menentukan ciri. Variasi yang tidak boleh diwarisi dikenali
sebagai variasi persekitaran Pada tumbuhan, variasi disebabkan oleh faktor
persekitaran seperti keamatan cahaya, pH tanah, kesuburan tanah, iklim dan
bekalan air. Pada manusia, variasi disebabkan oleh faktor persekitaran
seperti iklim, gizi makanan, kemalangan, gaya hidup, kebudayaan, senaman,
pendidikan dan pengalaman.
Seterusnya adalah faktor genetik. Variasi yang disebabkan oleh faktor genetik
tidak boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Variasi genetik ini disebabkan oleh
perubahan kandunagn genetik dan boleh diwarisi. Faktor genetik yang boleh
menyebabkan variasi adalah penyusunan rawak kromosom homolog,
penggabungan semula genetik secara pindah silang dan persenyawaan
rawak.Penyusunan rawak kromosom homolog

Penyusunan rawak kromosom berlaku semasa metafasa I meiosis, apabila


kromosom homolog disusun secara rawak pada khatulistiwa sel. Semasa
anafasa I, kromosom homolog berpisah menghasilkan gamet dengan
pelbagai kombinasi kromosom. Variasi gamet yang sangat luas dengan
pelbagai kombinasi kromosom akan menghasilkan gamet yang mempunyai
kandungan genetik yang berbeza, seterusnya menyebabkan variasi.

Penggabungan semula genetik secara pindah silang

Semasa profasa I meiosis, kromatid pada kromosom homolog bersilang pada


titik tertentu yang dipanggil kiasma. Apabila kromatid terputus pada kiasma,
pindah silang berlaku, iaitu ada pertukaran antara segmen kromatid
menyebabkan penggabungan semula genetik. Kandungan genetik dalam
kromosom diubah dan gamet dengan kandungan genetik yang berbeza
dihasilkan dan seterusnya menyebabkan variasi.

Persenyawaan rawak

Melalui penyusunan

rawak kromosom homolog semasa metafasa I dan

penggabungan semula genetik semasa pindah silang dalam profasa I, variasi


sperma

dan

ovum

dengan

pelbagai

kandungan

genetik

dihasilkan.

Persenyawaan berlaku secara rawak antara variasi gamet yang luas dengan
kandungan genetik yang berbeza menghasilkan variasi.

6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies?


Spesies MoonMorphs dikenali sebagai morphospesies disebabkan spesies
tersebut

dikumpulkan

berdasarkan

ciri-ciri

persamaan

yang

boleh

diperhatikan di antara MoonMorphs . Morphospesies adalah satu kaedah


tradisi yang digunakan sejak dahulu bagi

mengelaskan sesuatu spesies.

Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan


spesies adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada
spesies-spesies lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira
dalam kaedah pengelasan ini. Konsep morphospesies merujuk kepada
penggunaan perbezaan dalam ciri- ciri morfologi untuk membezakan spesies.

Perbezaan melalui morfologi ini boleh dirujuk kepada bentuk, struktur dan
konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti
struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian
seperti tulang dan organ-organ.

7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan sepsis
biologi.
Spesis yang saya pilih tidak dari kalangan spesis biologi kerana spesis biologi
adalah spesis di mana individu-individu berupaya membiak bersama dengan
jayanya. Bukan itu sahaja, pengelasan biologi merupakan kaedah taksonomi
saintifik yang digunakan untuk pengumpulan dan pengelasan organisma
dalam kategori organisma seperti genus atau spesis. Pengelasan ini telah
disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama
(common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem
molekular,yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah
mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun,
maklumat molekular hanya merupakan pelengkap atau tambahan kepada
sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam
pengelasan saintifik. Seterusnya, spesis yang saya telah kelas merupakan
bukan spesis biologikal kerana tidak ada sebarang maklumat yang berkaitan
dengan pembiakan seperti jantina, DNA, genetik juga habitat spesis tersebut.
Spesis MoonMorphs ini dikelaskan secara morfologi adalah kerana ciri-ciri
yang hanya boleh dilihat secara luaran dan sepunya sahaja. Spesis ini
dikelaskan secara melihat kepada sifat-sifat fizikalnya seperti bentuk
abdomen, bentuk kepala, mata, sesungut dan ekor spesis itu sendiri, kaki
spesis, mata spesis, jenis kuku spesis, corak pada badan, sayap dan lain-lain
lagi. Kesemua bukti tersebut membuktikan kepada kita bahawa pengelasan
spesis tersebut tidak dari kalangan sepsis biologi dan hanya berfokus
kepada sepsis morphologinya dimana individu-individu pada kelihatannya
sama pada morphologinya atau binaan biokimianya.
Kesimpulan
:

Spesies boleh dikelaskan dengan berbagai kaedah. Pengelasan boleh


dilakukan merujuk kepada maklumat yang diperolehi sama lengkap atau
tidak. Jika lengkap seperti DNA atau jantina spesies yang dikelaskan boleh
dikategorikan sebagai spesies biologikal. Jika tidak spesies itu boleh
dikelaskan berdasarkan cara yang mudah iaitu melalui ciri fizikal sepunya
yang dimilikinya.

Rujukan
Dr. Hamdan Mohd. Nor., Wahida Abdullah., & Choo Yan Tong. (2008).
Focus Super Hot STPM Biology. Bangi, Selangor : Penerbitan Pelangi
Sdn.Bhd.
Jeya Arunasalam., & Lee Ching. (2008). SPM Bilingual Biology. Diperoleh dari
https://books.google.com.my/books?
id=9SyeTCuuxwgC&pg=PA380&lpg=PA380&dq=faktor+variasi&source
=bl&ots=npx6zHolyb&sig=lm14-

Mh05v0tpTUoZBuhUipPr50&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=
faktor%20variasi&f=false
G. W. Yeat. (2007). Biology SPM. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd
No author. (2008). Concept of spesies. Diakses pada 26 Julai 2015 daripada
http://www.sjgarchive.org/library/harvard_course/New_Lab4.pdf

You might also like

  • Pokok Neem Amali 4
    Pokok Neem Amali 4
    Document5 pages
    Pokok Neem Amali 4
    shangkaran manickam
    No ratings yet
  • Shangkar Pke
    Shangkar Pke
    Document1 page
    Shangkar Pke
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Amali 1
    Amali 1
    Document7 pages
    Amali 1
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • AMALI 2 Rohini
    AMALI 2 Rohini
    Document5 pages
    AMALI 2 Rohini
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Divder Tajuk
    Divder Tajuk
    Document7 pages
    Divder Tajuk
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • RPH Minggu Exam
    RPH Minggu Exam
    Document1 page
    RPH Minggu Exam
    Shangkaran Manickam
    100% (1)
  • Sangaran
    Sangaran
    Document1 page
    Sangaran
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Tajuk Abm
    Tajuk Abm
    Document3 pages
    Tajuk Abm
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Salam Sejahtera 2
    Salam Sejahtera 2
    Document10 pages
    Salam Sejahtera 2
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • DISLEKSIA
    DISLEKSIA
    Document9 pages
    DISLEKSIA
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Hukum Ohm
    Hukum Ohm
    Document9 pages
    Hukum Ohm
    Muhammad Fathuddin
    No ratings yet
  • Ppik 3 Pic
    Ppik 3 Pic
    Document1 page
    Ppik 3 Pic
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Hub Etnik Kesan 13 Mei
    Hub Etnik Kesan 13 Mei
    Document6 pages
    Hub Etnik Kesan 13 Mei
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Hub Etnik Kesan 13 Mei
    Hub Etnik Kesan 13 Mei
    Document6 pages
    Hub Etnik Kesan 13 Mei
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Muka Depan PKK
    Muka Depan PKK
    Document1 page
    Muka Depan PKK
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • ம கப ப
    ம கப ப
    Document1 page
    ம கப ப
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • DISLEKSIA
    DISLEKSIA
    Document9 pages
    DISLEKSIA
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Tajuk
    Tajuk
    Document1 page
    Tajuk
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Amali 4
    Amali 4
    Document6 pages
    Amali 4
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Salam Sejahtera 2
    Salam Sejahtera 2
    Document6 pages
    Salam Sejahtera 2
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Divider
    Divider
    Document4 pages
    Divider
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Amali 5
    Amali 5
    Document6 pages
    Amali 5
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet
  • Amali 4
    Amali 4
    Document6 pages
    Amali 4
    Shangkaran Manickam
    No ratings yet