You are on page 1of 25

PENGENALAN

Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan


minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusia
lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan
berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikirini.
Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta, idea, isi dan
konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya
di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini
mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia
membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat
Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses
pemikiran secara visual dan terkawal.
Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan, Peta minda, Pengurusan
Grafik dan CoRT. Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir
secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak
berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri
daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan
bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai
Pengurusan Lisan.
Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi
perkataan Cognitive Research Trust. Sebenarnya, CoRTmenggalakkan individu untuk
berfikir secara meluas.

1. 0 Pengenalan Kemahiran Berfikir

Metakognisi

Input

Operasi

Data diterima
melalui deria

Metafsir data yang


diperoleh

Ingat Kembali
Ingatan Jangka Pendek
Ingatan Jangka Panjang

Tindak Balas
Metakognisi

Rajah 1 : Proses Pemikiran

Output/Hasil
Aplikasi:
Penggunaan data

1.1 Konsep Kemahiran Berfikir


Berdasarkan huraian konsep pemikiran di atas, kita boleh rumuskanemahiran
berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. seoarng
yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep
atau ideasecara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusa yang tepat untuk
tindakan terarah dan sewajarnya.
Mengikut kajian, terdapat tiga peringkat pemikiran. di peringkat bawah ialah
pemikiran konkrit, diikuti dengan pemikiran absrak, dan peringkat tertinggi ialah
pemikiran kreatif.
Pemikiran konkrit ialah berkaitan denagan kemahiran di peringkat ingatan dan
kefahaman sahaja. Manakala, pemikiran absrak dan kreatif adalah berkaitan dengan
kemahiran kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat, mentafsir dan menilai
data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah. Ia
meliputi kemahiran berbanding dan membezakan, meringkaskan, membuat keputusan,
menganalisis, membuat inferens ataupun menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikiran secara kreatif merupakan kebolehan memperluas dan
mengembang daya imaginasi, kreativi dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru
atau ciptaan yang asli. Ia meliputi kemahiran menjana dan menghasilkan idea yang
inovatif atau ciptaan yang asli seperti mencipta metafora, analogi atau definisi.
Oleh sebab kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan
masalah adalah digunakan untuk semua aktiviti berfikir, sama ada secara krisis serta
kemahiran berfikir secara kreatif. Oleh itu, kedua-dua domain ini haruslah dilihat secara
menyeluruh iaitu sebagai kemahiran berfikir secara krisis dan kreatif (KBKK).

1.2 Definisi Kemahiran Berfikir


Pelbagai definisi telah diutarakan untuk member maksud kemahiran berfikir.
Walau bagaimanapun umumnya kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu kemahiran berfikir krisis dan kemahiran berfikir kreatif. Menurut Beter (1985)
kemahiran berfikir merupakan proses menghakimi nilai, ketulenan dan ketepatan
sesuatu pengetahuan.
Ennis (1985) pula berpendapat bahawa kemahiran berfikir sebagai pemikiran
yang tajam dan munasabah serta difokuskan untuk memastikan apa yang hendak
dibuat atau dipercayai.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1993) mengkelaskan empat kemahiran berfikir
iaitu kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran penyelesaian
masalah dan kemahiran membuat keputusan. Setiap jenis kemahiran berfikir krisis
terdapat sebelas pola iaitu merangkumi:

Kemahiran membuat pengelasan


Menyusun atur
Membanding beza
Menentukan criteria
Menentukan sebab dan akibat
Mengenalpasti andaian
Mengenalpasti kecondongan
Membezakan fakta dan pendapat
Menentukan keutamaan

1.3 Definisi Metakognitif

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak
diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran
mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud,
seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau, dan menilai apa
yang dipelajari.

1.4 Kepentingan Menguasai Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir adalah kemahiran seumur hidup yang perlu dikuasai oleh semua
peringkat kanak-kanak hingga orang dewasa. Di Malaysia kepentingan kemahiran
berfikir telah dimasukkan dalam system pendidikan Negara dan dicatatkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berikut:
Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

kearah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian


dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Berdasarkan

kandungan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

ini,

terbukti

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan kemampuan potensi intelek pelajar


digembeleng secra bersepadu dengan perkembangan rohani, emosi dan fizikal.
Dengan erti kata lain kemahiran intelek iaitu kemahiran berfikir pelajar perlu
dikembangkan selari dengan pembangunan rohani dan fizikal pelajar.
Dengan amalan kemahiran berfikir ini, membolehkan pelajar lebih terbuka dan
berfikiran krisis dan kreatif bagi menghadapi zaman globalisasi yang tiada
sempadannya. Seandainya kemahiran berfikir ini gagal dikuasai, maka mereka tidak

dapat memimpin Negara Malaysia dengan cemerlang pada masa hadapan. Maka,
kepentingan menguasai kemahiran berfikir adalah dihuraikan berikut:

Berfikir secara kabur tanpa berfikir dengan tanpa organisasi


pemikiran secara sistematik dan eksplisit.
Berfikir sempit kerana tidak berusaha mencari maklumat releven
yang mencukupi untuk menggunakannya berfikir.
Berfikir bercalaru kerana tidak menggunakan semya elemen yang
berkaitan untuk mengorganisasinya secara sistematik.
Berfikir secara terburu-buru kerana menggunakan masa singkat
sahaja untuk mempertimbangkan perkara-perkara secara teliti.

2.0 Pendahuluan

Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke
satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun, di sebalik
kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini
Dasawarsa ini, keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam jiwa manusia
sememangnya tidak lagi dapat dinafikan.
Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai laporan di dada akhbar dan di kaca
televisyen mengenai penemuan bayi di dalam tandas, di tepi longkang, di dalam masjid,
mahupun di dalam tong sampah. Jenayah pembuangan bayi ini sangat berkait rapat
dengan gejala kelahiran anak luar nikah, atau dikenali sebagai anak tidak sah taraf. Hal
ini bermakna, tindakan membuang bayi ini merupakan susulan daripada lahirnya anak
tidak sah taraf.
Saya memilih isu ini kerana hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen,
akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui
mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam
keadaan masih hidup.Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada
satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya
melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek
.Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih
mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi
pembuangan bayi ini.Jadi apakah faktor-faktor dan kesannya berlaku masalah
pembuangan bayi dalam masyarakat ini?Bagaimanakah kita boleh mengatasi isu ini
dengan kaedah yang sesuai?

Huraian
2.2 Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam
7

kalangan remaja di Malaysia.

Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman
agama. . Biasanya golongan remaja yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes
pembuangan bayi.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman
hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan
seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan
sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam
situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk
membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.
Faktor pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi
dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila
mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan
yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara
di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan,
menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,
dan sebagainya.
Faktor ketiga adalah sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja
perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat
menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja
perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya.
Faktor keempat adalah sikap keluarga.Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya
menjadi pendorong bertambahnya gejala social dalam kalangan remaja. Walaupun
tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu
mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi
8

penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluaraga yang hanya
hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia
dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang
mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah
menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli
keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak
dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang
terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang sosial yang pelbagai kini.
Faktor kelima adalah pengaruh Media massa yang menjadi penyumbang kepada
berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa
yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada
segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas
dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan
yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang
tidak baik.

Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru
atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri
remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang
dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka
menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain,
lebih-lebih lagi seks rambang. . Ramai orang dewasa yang bersikap mementingkan diri
sendiri demi melepaskan tekanan dan berseronok menjalankan hubungan seks tanpa
menimbangkan implikasi tindakan mereka itu.

2.3 Kesan-kesan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi
kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama
dan penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yng besar dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku
seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan
kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga
remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat
dan juga kesan kepada negara itu sendiri.
Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat
lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada
dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi,
pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa
melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka
melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada
pihak hospital dan pihak lain.
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan
institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan
dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa
malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak
seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka..
Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang
berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu
dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam
kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam
kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan
sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil
daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan
persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung keskes seperti daripada berlaku.
10

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar
kepada negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung
sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan
yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara
sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini.

2.4 Menyelesaikan masalah isu pembuangan bayi


Definasi
Masalah boleh merupakan kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang
memerlukan penyelesaian akan tetapi penyelesaian itu tidak begitu nyata atau ketara.
Oleh

sebab

itu

seseorang

cuba

menyelesaikan

maslah

dengan

pelbagai

cara.Penyelesaian masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang.


Menyelesaikan masalah merupakan suatu proses untuk menangani sesuautu situasi
bermasalah.Wrekelgram (1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu
usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Van Dijk dan
Kintsch(1983) pula berpendapat penyelesaian maslah berlaku apabila ia melibatkan
langkah-langkah serta operasi mental.
Objektif Menyelesaikan Masalah

Membolehkan kita membuat penyelesaian terbaik

Mengelakkan kita daripada bartindak terburu-buru

Menerokai dan mempertimbangkan banyak pilihan

Membolehkan individu berfikir secara sistematik dan rasional

Membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor
dan kesan akibatnya

Membuat refleksi sebelum melaksanakan sesuautu tindakan

ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN


11

Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara
tersusun/sistematis ialah:
1. Peta Minda
2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan

Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah dengan kemahiran berfikir


Menyedari masalah isu
pembuangan bayi

Memahami masalah

Meneroka pilihan-pilihan
penyelesaian

Mininjau kesan akibat


pilihan

Memilih pilihan terbaik


sebagai penyelesaian
Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:

Peta minda

Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah

Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung
gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan

12

tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Pelbagai langkah boleh diambil untuk
menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.
Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak
mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja.
Langkah kedua adalah,didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada
anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan
iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang
tidak baik.
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi
remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Kementerian Pelajaran telah diberi
tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program
dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di
peringkat sekolah.
Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan
pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program
motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat
berguna dan bermakna.
Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program
motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara
kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang
pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja.

3.0 PENGENALAN CORT


13

Edward De Bono (1993) telah mengunakan pendekatan CoRT Thinking


Proggrame dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanakkanak.Teori ini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut
peringkat umur dan kebolehan diri kanak-kanak.Menurutnya lagi, kreativiti seseorang
individu wujud di dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu itu sendiri.

Alat-alat berfikir menjadikan kita seorang pemikir yang kreatif dan kritis iaitu
mampu untuk berfikir secara sistematik, berpandangan jauh serta dapat menyelesaikan
pelbagai masalah .Dalam kemahiran berfikir terdapat, alat-alat yang boleh digunakan
untuk berfikir.Penggunaan alat-alat berfikir ini dapat membantu dalam perkembangan
dan kecerdasan kanak-kanak pada masa kini. Edward De Bono telah memperkenalkan
Program CoRT(Cognitive Research Trust) yang dibahagikan kepada 6 bahagian utama
iaitu:

6
5
4

A
3l
a
t
c
o
r
t

Rajah 3 Jenis-jenis alat cort

14

3.1 CoRT I (Keluasan)

CoRT I merupakan asas kepada Program CoRT dan bertujuan untuk memperluaskan
pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis.Dalam CoRT I terdapat
tujuh alat berfikir yang dapat membantu seseorang memperluaskan daya persepsi. Alatalat tersebut adalah:
C&S

FIP

APC

PERANCANGAN KEPUTUSAN PERATURAN


T INDAKAN

AGO

PMI

CAF

OPV

Rajah 4 Tujuh alat berfikir cort 1

Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi
perkataan Cognitive Research Trust. Sebenarnya, CoRTmenggalakkan individu untuk
berfikir secara meluas.

15

Jadual 3.1 Tujuh teknik asas CoRT 1


Alat

Fungsi

Subjek Mata

Kegunaan

Pelajaran

i) PMI

Meluaskan fikiran

Untuk menangani

(Plus,minus,interesting)

tentang situasi.

idea dari segi

Geografi

baik,buruk,menarik

Elakkan reaksi

kelebihan

Kajian Tempatan

ii) CAF

beremosi.
Meninjau semua

Mengambil kira

(Cinsiders All Factor)

aspek situasi dengan

semua faktor yang

Bahasa Melayu

lengkap dan

terlibat

Bahasa English

menyeluruh .Elakkan

Sains

iii)C&S(consequence

faktor yang terlupa.


Menjangka apa yang Meralamkan kesan

&sequel)

akan berlaku selepas dan akibat yang

Bahasa Melayu

Sesuatu

Bahasa English

cadangan berturutan

dijalankan.Meramal
kesan dan akibat bagi
iv) AGO

keputusan tersebut.
Sentiasa menupukan Tujuan , matlamat

(Aims,Goals,Objectives

perhatian

tujuan

terhadap dan objektif

asal

supaya

matlamat

Kemahiran Hidup

tercapai.Elakkan
perkara

yang

tidak

dibenarkan.
vi)FIP (First Important Mengambil kira

Memberi

Prioriti)

perkara-perkara yang

keutamaan kepada

Ekonomi

penting .Menentukkan

yang terpenting

Tangga

prioriti .Elakkan

Bahasa Melayu

perkara yang tidak


vii) Alternatives

Rumah

patut diutamakan.
Memikiran beberapa Pilihan-pilihan

16

dan

Possibiltes Choise

perkara

dengan kemungkinan

srentak .Menentukan
viii) OPV (Other
Peoples Views)

pilihan yang terbaik .


Mengambil kira
pandangan orang lain
sebelum membuat
keputusan yang
terlalu memfokuskan
diri.

Kemahiran Hidup
Kajian Tempatan

Mendapatkan
pilihan orang lain

Bahasa Melayu
Bahasa English

3.2 Huraian cort 1


CAF
CAF (Consider All Factor) bermaksud mempertimbangkan faktor-faktor lain.CAF boleh
menjadikan persepsi kita lebih luas dan telus.Kita tidak sekadar memfokuskan hanya
kepada faktor-faktor yang berdekatan dengan kita, tetapi juga terhadap perkara lain
seperti ekonomi, politik dan sosial.Hal ini sangat penting kepada semua pihak.Tujuan
untuk meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh.Mengelak
daripada terlupa faktor penting.
Kaedah : Murid-murid senaraikan seberapa banyak yang mungkin idea tentang sesuatu
perkara .Idea-idea yang disarankan itu perlulah difikirkan daripada pelbagai sudut dan
perspektif.Tegasnya, sesuatu peraturan yang hendak dibentuk,dirombak dan digubal
perlu mengambil kira semua faktor yang sesuai dengan peraturan tersebut dan ia
merangkumi faktor-faktor seperti:
Agama
Kepercayaan, etika dan nilai
Ekonomi dan Politik
Sosiobudaya
Sebelum kita menyelesaikan masalah , kita hendaklah tahu apakah masalahnya
terlebih dahulu.kedua, keperluan atau membuat perkaitan. Alat ini
17

diguna untuk

mengenalpasti keperluan-keperluan dalam sesuatu perkara.Dengan alat ini kita dapat


tentukan mana yang penting dan tidak .Seterusnya proses kognitif penilaian Alat ini
dapat digunakan untuk membuat analisis terhadap sesuatu perkara samada berfungsi,
berkesan, menyakinkan dan sebagainya.Dengan alat ini kita boleh mengesan unsurunsur yang boleh mendatangkan kebaikan.kepada kita.
Dalam membina perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak pada masa kini maka
amatlah sesuai Program CoRT(Cognitive Research Trust) oleh Edward De Bono ini
diperkenalkan.
Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam
CoRT dan setiap alat mempunayi kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir
yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya.

RUMUSAN

18

Sebagai rumusan, Kemahiran Berfikir harus dikuasai oleh setiap individu kerana
kemahiran ini amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana kemahiran ini
sentiasa

diperlukan

dan

diaplikasikan

dalam

kehidupan

seharian

manusia.

Contohnya,untuk memasak, manusia berfikir untuk memasak menu yang dapat


memenuhi citarasa mereka.
Perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam
kalangan pelajar terutamanya sangat penting bagi membolehkan mereka menyedari
keupayaan dan keperluan untuk memikirkan kekayaan alam secara aktif.Kemahiran
Berfikir yang terbahagi kepada dua iaitu secara Kreatif dan Kritis haruslah diaplikasikan
dengan bijak oleh seseorang individu atau pelajar kerana pemikiran ini haruslah
diseimbangkan demi mencapai puncak tertinggi dalam kehidupan.
Kemahiran berfikir ini haruslah disepadukan untuk menilai kemunasabahan
setiap pilihan supaya pilihan tersebut tidak menghampakan kemudiannya. Hal ini
kerana keputusan yang dibuatharuslah relevan dalam menyelesaikan sesuatu konflik
yang berlaku.Kepentingan-kepentingan Kemahiran Berfikir telah jelas menunjukkan
bahawa KBKK yang bijak dapat menyediakan generasi kini untuk menghadapi
kehidupan yang mencabar dalam dunia yang berteknologi tinggi dan pelbagai budaya.
Kepesatan teknologi danpembangunan yang kian meningkat sangat memerlukan
pelajar untuk menguasai Kemahiran Berfikir dalam proses kehidupan mereka dari
peringakat sekolah rendah keperingkat sekolah menengah, kemudian ke peringkat
universiti dan kemudiannya alam pekerjaan atau alam kedewasaan.
Alat-alat kemahiran berfikir telah dicipta bagi membantu cara kita berfikir. Alat ini
mestilah digunakan dalam proses pemikiran kita agar apa yang difikirkan oleh kita
lebihtepat dari segala segi dan menepati keperluan pemikiran dan idea kita. Alat-alat ini
sangat membantu kita dalam proses berfikir dan dalam masa yang sama, melatih daya
pemikiran kita.
Oleh itu, setiap tindakan dan perkara yang dilaksanakan akan menjadi lebih
efektif dan tidak menghampakan.

REFLEKSI
19

Yang pertamanya, bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya, saya


Sumitha A/P Mathivallan pelajar pengkhususan PPISMP Pemulihan Semester 2 telah
berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang
halangan.
Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan
pelbagai maklumat dan informasi mengenai ilmu kemahiran berfikir seperti, Apakah
itu yang dimaksudkan dengan alat cort? Apakah pula jenis-jenis alat cort?. Memang
tidak dapat dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi saya.
Di samping itu juga, saya juga dapat memahami dan mengetahui kaedah
penyediaan peta minda, sekaligus mengadaptasi peta minda dalam menyiapkan
tugasan kerja kursus ini. Pengetahuan dan kemahiran membina peta minda amatlah
diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah
dan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah membantu
untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru.
Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak
membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan
kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam
menghadapi mehnah dan tribulasi di zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat
membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu,
masalah masyarakat, Negara dan dunia, sekaligus akan melahirkan jiwa-jiwa kental
dan sabar dalam menghadapi masalah.

Di samping itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakam
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada pensyarah Kemahiran

20

Berfikir saya, En.Fauzi bin Hasan, dan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu saya dari segi aspek sokongan moral dan buah fikiran yang bernas dalam
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa
baik kalian.
Tuntasnya, saya dapat simpulkan bahawa tugasan seperti ini amat berguna
kepada saya sebagai seorang bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari
masa ke semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan datang.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi seribu makna buat orang yang hanya mampu
melihatnya dengan mata hati bukan dengan luaran sahaja. Maka amat rugilah saya
sekiranya tidak menjadikan tugasan ini sebagai satu pengalaman mahupun motivasi
dalam menjadikan kehidupan seharian saya lebih baik dari masa ke semasa.
Akhirnya, saya berharap hasil tugasan ini dapat diterima oleh semua orang dan
akan dijadikan sebagai rujukan. Sekian.

Refleksi tugasan

21

Salam sejahtera kepada pensyarah pembimbing semoga berada dalam keadaan


sihat dan sejahtera hendaknya Nama saya Tamil Selvi A/P Ramasami, guru pelatih
unit Pemulihan- PPISMP 2012 SEM 2.Saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya menyiapkan kerja kursus
pendek.
Saya berasa gembira semasa tugasan ini diberikan kerana ini merupakan kerja
khusus yang menarik. Saya mendapat penerangan tentang cara-cara untuk
menyiapkan tugasan ini daripada pensyarah pembimbing. Saya Berjaya menyiapkan
tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pihak pensyarah pembimbing hasil ajar
pensyarah pembimbing.Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri
saya dengan pelbagai maklumat dan informasi mengenai ilmu kemahiran berfikir.
Apakah itu yang dimaksudkan dengan alat cort? Apakah pula jenis-jenis alat cort?.
Memang tidak dapat dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi saya.
Selain itu, saya juga ada mengakses internet dan memuat turun maklumatmaklumat penting mengenai topik yang telah diberikan oleh saya.Semua maklumat
yang diperoleh, telah dianalisis dan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam penulisan
saya ini bagi memberikan kefahaman yang luas kepada saya dan rakan yang
lain.Justifikasinya, perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan
ini ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing. Di
samping itu, saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting
dengan lebih sistematik dan strategik. Melalui cara inilah kita dapat mengurangkan
budaya plagiarisme yang sentiasa menyelubungi setiap pelajar institusi pengajian
tinggi. Oleh hal yang demikian,kaedah ini sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi
akan datang agar mereka dapat merasainya seperti yang saya rasai.
Pengetahuan dan kemahiran membina peta minda amatlah diperlukan bagi
memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah dan di institusi
pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah membantu untuk
menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru.

22

Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak membantu
saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah
pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam
menghadapi mehnah dan tribulasi di zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat
membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu,
masalah masyarakat, Negara dan dunia, sekaligus akan melahirkan jiwa-jiwa kental
dan sabar dalam mengahdapi masalah
.Akhirnya, saya berharap hasil tugasan ini dapat diterima oleh semua orang dan
akan dijadikan sebagai rujukan.Sekian, terima kasih.

23

Bibliografi

Buku
1. Mohd. Nashuha Jamidin et al. (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Ainon Mohd &Abdullah Hassan (1999).Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif.Kuala
Lumpur:Utusan Publications &Distributors Sdn.bhd

Internet
3. Mengakses pada 02 September 2012,daripada laman web
http://mahirkbkk.tripod.com/index.htm#Definisi
4. Mengakses pada 04 September 2012,daripada laman web
http://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/
5. Mengakses pada 08 September 2012,daripada laman web
http://nordin171.blogspot.com/2008/10/definisi-metakognitif.html
6. Mengakses pada 11 September 2012,daripada laman web

24

T
A
M
A
T
25

You might also like