You are on page 1of 2

Pengenalan

Sejak kebelakangan ini ,kita sering dikejutkan dengan keganasan para


pelajarsekolah yang kian meningkat dan membimbangkan. Masalah disiplin yang
membimbangkan dunia pendidikan selama ini masih belum dapat diselesaikan
malah ia semakin menjadi dan mencemaskan.Perdana menteri kita sendiri
sudah mengatakan bahawa masalah disiplin dinegara kita kini sebenarnya sudah
berada di tahap yang kritikal dan perlu dibendung dengan seberapa segera.
Berikutan ini pihak-pihak bertanggung jawab khususnya Kementerian
Pendidikan, sekolah dan ibu bapa harus berusaha memikirkan
danmelaksanakan langkah-langkah yang konkrit bagi menyelesaikan masalah
ini.
Kita dapat melihat setiap sekolah yang ada di rantau Asia ini mahupun
dipelusuk dunia ini 80 peratus daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh
setiap sekolah ialah masalah disiplin iaitu gejala salah laku pelajar yang serius.
Kemerosotan disiplin pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah perlu
dipandang serius oleh semua pihak agar ia tidak berlanjutan. Malah sikap
terbuka sesetengah sekolah yang mendedahkan kes salah laku pelajar mereka,
perlu dipuji dan dicontohi. Jika disorok sampai bilapun masalah ini tidak dapat
diselesaikan.
Kejadian salah laku pelajar agak membimbangkan ini merupakan
penyebab kepada kemerosotan disiplin pelajar di kalangan pelajar. Banyak
laporan tentang kesalahan-kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar
disiarkan di akhbar-akhbar.Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak
ragam, seperti dating lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta
guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya
melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki dan boleh
dikatakan pelajar ini pelajar nakal. Tetapi lain pula halnya dengan memukul guru,
mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak dan
banyak lagi yang belum didedahkan

Menurut Unit Disiplin Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia


yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia , terdapat 53 jenis
salah laku yang membabitkan pelajar sekolah. Terdapat sebanyak 4,035,876 kes
salah laku berlaku di sekolah rendah dan menegah.
Menurut Novandri Hasan Basri (2000), rentaan permasalahan anak-anak
ini bertambah apabila di bangku sekolah. Kerap kali berlaku masalah disiplin dan
juga lemah dalam pelajaran di kalangan mereka. Akibatnya mereka ini sering
dihukum dan gagal dalam peperiksaan yang seterusnya akan menyebakan ibu
bapa berasa malu, bertambah berang ataupun terus tawar hati. Sikap ini pula
akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengawal atau memberi
perhatian terhadap hal elwal dan segala aktiviti anak-anak mereka.
Feldman & Weinberger (1994) menerangkan bahawa penampilan sikap negatif
oleh pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah ini. Ada ibu bapa suka
melepaskan geram kepada anak-anak atau meninggalkan anak dengan
pengasuh serta mengamalkan pilih kasih. Segala kerenah ini menjadi ikutan
anaknya. Anak menjadi mangsa, terbiar, tekanan dan radikal.
Kesimpulannya,masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid di
Negara kita sudah berada di tahap yang membimbangkan.Masalah disiplin
dalam kalangan murid perlulah diatasi dengan kadar segera kerana murid adalah
bakal peneraju masa depan negara kitaSelain itu,murid murid tidak akan dapat
belajar dengan selesa dan berkesan jika masalah disiplin sentiasa berlaku dalam
sekeliling mereka.

You might also like