You are on page 1of 1

ABSTRAK

TAJUK: IMBANGAN AKAUN SEMASA DI MALAYSIA DARI TAHUN 2005


HINGGA TAHUN 2012 AKAUN DAGANGAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kadar pertumbuhan akaun dagangan dalam
akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012 serta menganalisis arah aliran akaun
semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
data sekunder yang boleh diperolehi dari laman web Kementerian Kewangan Malaysia,
Jabatan Perangkaan Malaysia, Unit Perangkaan Ekonomi, buku-buku rujukan ekonomi
dalam pasaran dan sebagainya. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
peratusan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Kaedah ini penting kerana
melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai definisi,
konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka
bentuk kajian. Dalam kajian ini, penyelidik dapat mencari bahawa arah aliran imbangan
akaun semasa dan kadar pertumbuhan yang tertinggi dan terendah berbanding daripada
tahun 2005 hingga tahun 2012. Bagi arah aliran imbangan akaun semasa, peratusan
perubahan akaun semasa yang tertinggi ialah 28.60% pada tahun 2008 manakala
peratusan perubahan yang terendah ialah negatif 44.01% pada tahun 2012. Kadar
pertumbuhan yang tertinggi ialah 30.23% pada tahun 2008 manakala kadar pertumbuhan
yang terendah ialah negatif 17.62% pada tahun 2009. Peningkatan dan penurunan kadar
pertumbuhan imbangan akaun dagangan adalah disebabkan oleh krisis ekonomi global
semasa seperti krisis kewangan Asia. Imbangan akaun semasa pada masa depan mungkin
menurun lagi dan mungkin menjadi defisit manakala akaun dagangan akan semakin
meningkat pada masa depan. Sebagai kesimpulannya, hasil daripada kajian ini dapat
menambah ilmu pengetahuan penyelidik yang menjalankan kajian ini.

You might also like