You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS SEMASA PERHIMPUNAN

MINGGUAN SEKOLAH (TO ADDRESS CONCERNS ABOUT


LEARNING ENVIRONMENT)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan selamat pagi
Terima kasih saudara pengacara majlis
Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, guru, pemimpin pelajar
dan pelajar yang dikasihi sekalian,
Saya, Cikgu ______________ bersama Cikgu ____________________ ialah guru bertugas sepanjang minggu
kelapan persekolahan yang lalu lalu, iaitu mulai dari hari Isnin, 24.2.2014 hingga Jumaat, 28.2.2014. Hari ini,
Isnin 3.3.14 bersamaan 1 Jamadil Awwal 1435 Hijriyyah, izinkan saya menyampaikan laporan ringkas guru
bertugas mingguan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar SMK St. Michael,
Ipoh yang telah memberi kerjasama secara optimum sepanjang minggu yang lalu. Guru bertugas yang
mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap pagi sebelum pelajar bergerak ke kelas masing-masing
berasa sangat puas hati dengan pergerakan yang begitu lancar. Dari segi itu, Michaelian layak diberi
penarafan A+.
Secara amnya, guru bertugas mingguan berperanan untuk membantu pihak sekolah dalam kapasiti yang
seadanya untuk mencapai matlamat keseluruhan sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran.
Berasaskan hitungan konservatif, sejak darjah satu, Michaelian telah mendengar laporan guru bertugas
mingguan melebihi 250 kali. Walaupun barangkali, perkara yang sama diulang dan diulang lagi, demikianlah
dunia pendidikan di sekolah.
Laporan tentang tahap kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan sekolah, disiplin dan sahsiah
sebagai contoh, pada hakikatnya menuju satu matlamat, iaitu iklim dan budaya sekolah, atau persekitaran
pembelajaran yang produktif, selesa dan terbaik. Pada akhirnya, ikhtiar semua pihak yang mendambakan
kecemerlangan yang tulen akan berjalan lancar dan sifar gangguan, kecuali untuk kes terpencil sahaja. Pada
pengamatan guru bertugas minggu kelapan yang lalu, dalam sesetengah perkara, SMK St. Michael, Ipoh
memang layak diangkat sebagai penanda aras kecemerlangan dalam konteks persekitaran pembelajaran yang
dihasratkan.
Guru dan pelajar yang dihormati,
Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang
untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat
cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran
penilaian kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan kertas berkenaan. Terima kasih
atas kepekaan kalian. Penarafan kebersihan A-.
Keceriaan bilik darjah pula berkait rapat dengan sistem rasa, persepsi atau tanggapan sepintas lalu.
Maksudnya, sebaik sahaja melangkah ke sesebuah bilik darjah, aura atau getaran pembelajaran akan dapat
dirasai, sama ada hebat, biasa atau lenyap. Guru bertugas mencadangkan supaya suatu garis panduan ringkas
tentang keceriaan bilik darjah dapat disediakan bagi meningkatkan penarafan di tahap B+ sepanjang minggu
kelapan yang lalu.
Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati baik dan terkawal. Hampir 99 peratus pelajar berjaya tiba di
perkarangan sekolah sebelum pukul 7.25 pagi. Guru bertugas difahamkan bahawa kumpulan satu peratus
pelajar lagi bakal diberi pendedahan kaunseling tentang pengurusan kendiri (personal grooming) dalam
tempoh yang terdekat.

Masalah ketepatan waktu lebih ketara selepas rehat apabila segelintir pelajar lewat masuk ke kelas. Perkara
itu telah diberi teguran banyak kali, terutama oleh guru disiplin. Mohon semua pelajar mengambil ingatan
tentang ketepatan waktu kembali ke kelas selepas rehat walaupun harus mengejar waktu di kantin sekolah.
Selain itu, pada pagi Jumaat, Encik Chong telah menegaskan tentang tindakan akan diambil terhadap pelajar
yang sengaja berlegar-legar di koridor kelas ketika pelajar sepatutnya berada di dalam kelas. Cara memakai
tali leher dan kekemasan baju juga telah diberi teguran berulang kali. Diharap Michaelian mengambil berat
tentang penampilan yang kacak dan segak seperti yang disarankan.
Seterusnya tentang sahsiah yang sepatutnya menjadi suatu kelebihan atau x-factor kepada pelajar sekolah
premier terkemuka seperti sekolah kita ini. Budaya memberi salam, menyapa guru dan menghormati guru
hendaknya dapat diserlahkan dengan lebih ketara dari masa ke masa. Walaupun saiz fizikal pelajar lebih
besar dan gagah, berilah laluan kepada guru apabila berselisih, bercakap dengan penuh adab sopan dan
tulus. Paling kurang, sebutlah satu patah kata 'cikgu' setiap kali berselisih dengan guru. Saya juga ingin
menraik perhatian bahawa dalam ujaran bahasa Melayu, kata ganti nama 'kamu' tidak sesuai digunakan
kepada insan yang lebih dewasa, termasuk guru.
Tuan

puan

dan

Michaelian

yang

dimuliakan,

Pemarkahan kebersihan dan keceriaan kelas dilakukan oleh sekumpulan panel khas dan keputusan yang bakal
diumumkan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak dapat dilayan. Bagi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah pusingan kebersihan dan keceriaan kelas, saya mempersilakan Drs. Rajendran Naidu a/l
Kannayar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk tampil ke pentas.
Kedudukan

pemenang

kebersihan

dan

keceriaan

kelas

Tingkatan
3:
Naib
johan
Tingkatan
4:
Naib
johan
Tingkatan
5:
Naib
johan
Prauniversiti tingkatan 6 Atas: Naib johan ______, johan _____

minggu
______,
______,
______,

ke-8

adalah

seperti

johan
johan
johan

berikut:
_____
_____
_____

Terima kasih Drs. Rajendran Naidu. Tahniah kepada pemenang.


Sebagai mengakhiri laporan guru bertugas minggu ke-8, izinkan saya mengulang semula ungkapan hukamak:
Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Pelajar cemerlang selalu berkata:
Bolehkah saya bantu?; pelajar biasa-biasa berkata: itu bukan kerja aku. Pelajar cemerlang berkata: Masalah
itu sukar, tetapi boleh diatasi; pelajar biasa-biasa mengatakan: Masalah itu boleh diatasi tetapi sukar.
Semoga Michaelian sentiasa tergolong sebagai pelajar cemerlang.
Sekian, salah dan silap mohon dimaafkan. Wassalam.
Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 9:50 AM

Ass
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru
kanan, rakan guru, pemimpin pelajar dan serta seluruh warga SKBPT
yang
dikasihi
sekalian.
Selain tugas rutin, pada minggu lalu saya cikgu Jumadil bersama seorang lagi
rakan sejawat saya iaitu cikgu Rasiah Atak telah diamanahkan untuk menjadi
guru bertugas memantau dan merekod keadaan persekitaran sekolah.
sepanjang minggu lalu. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini bagi
mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada majoriti atau
sebahagian besar warga SK Batu Payong Tawau yang telah berusaha
menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik.
Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas sepanjang
minggu lalu, proses pembelajaran telah berjalan lancar. Tingkah laku melencong
juga didapati tidak lagi dominan dalam kalangan pelajar. Cuma beberapa aspek
tertentu perlu diperbaiki lagi agar budaya positif sekolah menampakkan
pencapaian yang baik di masa-masa akan datang.
~Kehadiran murid~
Sepanjang minggu lalu, kehadiran murid ke sekolah ini agak baik, cuma dalam
hari-hari tertentu menunjukkan sedikit penurunan akibat faktor cuaca yang
tidak menentu. Faktor hujan yang berterusan sepanjang hari menyebabkan
sebilangan murid terutama yang berjalan kaki ke sekolah tidak dapat
menghadirkan
diri
ataupun
terpaksa
datang
lewat
ke
sekolah.
(Majoriti murid di sekolah ini adalah datangnya daripada pejalan kaki yang
tinggal
berhampiran
dengan
kawasan
sekolah).
Beberapa pelajar juga khasnya daripada tahun 5 dan 6 telah terpliih untuk
mewakili sekolah dalam sukan MSSDT selama dua hari iaitu pada 8 dan 9hb
Febuari (Rabu dan Khamis) di Stadium Kompleks Tawau.
~Disiplin, dan Keselamatan~
Beberapa murid khususnya murid tahap 1 telah ditegur ekoran tindakan
mereka bermain dalam keadaan hujan. Akibatnya, pakaian dan kasut mereka
basah kuyup sekaligus telah menyukarkan mereka untuk belajar dalam kelas
dalam
keadaan
yang
selesa.
Hal ini dibimbangi akan mengakibatkan murid jatuh sakit. Pada minggu lalu

juga, hanya seorang murid tahun 6 sahaja yang datang membuat aduan akibat
keadaan kesihatannya yang kurang baik. Hasil keizinan daripada Penolong
Kanan 1, murid tersebut telah dibenarkan pulang bersama ibunya yang datang
mengambil
di
sekolah.
~Sikap dan siasah~
"Budaya salam menyalam" sebelum ini pernah disebut dalam perhimpunan
lalu. Namun terdapat beberapa pelajar yang masih belum mempraktikkan
sepenuhnya amalan ini. Murid yang terserempak dengan mana-mana guru di
sekitar kawasan sekolah hanya pandang dan lihat sahaja tanpa memberi salam
atau
hormat
kepada
guru
yang
mendidik
mereka.
Semoga amalan salam ini kembali dihidupkan bagi membentuk generasi
yang berbudi bahasa. Terima kasih diucapkan kepada mana-mana murid yang
berusaha proaktif membantu guru-guru mereka mengangkat barang-barang ke
tempat yang dituju. Semoga amalan ini akan menjadi ikutan murid-murid lain.
~Kebersihan~
Aspek kebersihan kelas juga perlu ditingkatkan lagi memandangkan terdapat
beberapa kelas walaupun tempat telah disediakan tong sampah, namun kertas
dan plastik masih lagi bertebaruan di bawah meja. Semasa pulang sekolah,
adalah diharapkan semua murid untuk mengangkat kerusi masing-masing ke
atas meja bagi memperlihatkan ikilm kelas yang teratur dan kondusif.
Sekian sahaja laporan kami selaku guru bertugas untuk minggu ini. Sekali lagi
saya ucapkan terima kasih kepada semua warga SKBPT yang selama ini
berusaha untuk mencapai objektif yang telah digariskan oleh dasar pendidikan
negara. Teruskan tradisi kecemerlangan SKBPT. Buktikan kepada diri sendiri,
orang lain dan dunia luar, SKBPT sentiasa boleh diharap dan boleh dipercayai.
Akhir kata, kami selaku guru bertugas minggu lalu ingin mengambil
kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul yang akan
disambut pada esok hari. Banyakkan amalan sunat dan senitiasa berselawat ke
atas nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w. Sibukkan diri dengan amal kebaikan
dan kebajikan. Mudah-mudahan Allah memberkati kita, Insya-Allah.
Sekian. W

You might also like