You are on page 1of 68

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN

PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA


PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN
DAN PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

NURUL AIN BT MARSAN


ROHANA BT MOHAMAD RASHID

2006128587
2006128589

PROJEK DIMAJUKAN KEPADA


FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM
BAGI MEMENUHI KEPERLUAN
KURSUS IMR603 DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
JULAI-DISEMBER 2009

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

ISI KANDUNGAN

Penghargaan.......iii
Singkatan...iv
Abstrak...v
Ralat..vi
1.0 Pendahuluan......1
1.1 Sejarah Pendidikan di Malaysia......2
1.2 Dasar Pendidikan di Malaysia.3
1.3 Falsafah Pendidikan Negara5
1.4 Disiplin di Sekolah..6
2.0 Biodata..7
3.0 Transkrip9
4.0 Senarai Soalan.47
5.0 Log Temubual..55
6.0 Indeks..58
7.0 Bibliografi....61
Lampiran....62

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya
kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan
ini, kami telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada dua orang pensyarah bagi subjek ini, IMR 603Pendokumentasian Sejarah Lisan iaitu Cik Hanis Diyana Bt Kamarudin dan Encik Mohd Nazir B.
Ahmad di atas kesudian mereka membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini. Segala
bimbingan yang diberikan sangat berguna kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Ribuan penghargaan juga kami ucapkan kepada Puan Samilah Binti Jusoh di atas kesudian
beliau meluangkan masa bercerita mengenai pengalaman beliau dalam bidang pendidikan bermula
sebagai guru biasa dan sekarang sebagai Guru Besar. Segala komitmen yang beliau berikan amat
bermakna kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Diharap beliau tidak jemu mencurahkan
bakti dalam membantu kejayaan anak bangsa kita.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu memberi pendapat yang amat berguna kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Segala pendapat dan maklumat yang dikongsi bersama semasa menyiapkan tugasan ini amat kami
hargai.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala maklumat dan bantuan yang
diberikan telah memberi makna yang cukup besar kepada kami. Diharap projek ini dapat memberi
manfaat kepada semua dalam apa jua tujuan.
Sekian, terima kasih..

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SINGKATAN

AADK Agensi Anti Dadah Kebangsaan


AJK Ahli Jawatankuasa
BI Bahasa Inggeris
BM Bahasa Melayu
DCL Declassic Life
H1N1 Influenza A
IAB Institut Aminuddin Baki
ICT Information Communication Technology
IT Information Technology
J-QAF Jawi, Quran dan Fardhu Ain
KGSK Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KTM Keretapi Tanah Melayu
LADAP Latihan Dalam Perkhidmatan
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PIBG Persatuan Ibu Bapa Guru
PJJ Pengajian Jarak Jauh
PPD Pejabat Pendidikan Daerah

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

PTK Penilaian Tahap Kerja


SK Sekolah Kebangsaan
SM Sekolah Menengah
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STAR Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah
SU Setiausaha
UiTM Universiti Teknologi Mara
UMP Universiti Malaysia Pahang
UPM Universiti Putra Malaysia
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

Abstrak: Wawancara bersama Puan Samilah Binti Jusoh ini telah dikendalikan oleh saudari Nurul Ain
Binti Marsan dan saudari Rohana Binti Mohamad Rashid, pelajar semester akhir di Fakulti
Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara, kampus Puncak Perdana, Shah Alam pada 7
September 2009. Lokasi temubual ini diadakan di pejabat beliau, Sekolah Kebangsaan Sungai Merab
Luar. Transkrip ini disediakan mengikut temubual yang dijalankan bersama Puan Samilah Binti Jusoh
berkenaan pengalaman dan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan. Beliau menceritakan
tentang latar belakang, sejarah pendidikan, pengalaman sebagai guru dan seterusnya pengalaman
sebagai Guru Besar bermula dari tahun 1977 hingga 2009. Selain itu, beliau juga memberi
pandangan dan pendapat tentang isu-isu semasa di dalam dunia pendidikan serta nasihat kepada
bakal-bakal pendidik. Beliau juga memberi amanat kepada guru-guru dan murid-murid sebelum
beliau bersara.

Kata kunci: Puan Samilah Binti Jusoh, Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, Pendidikan, Guru
Besar.

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

RALAT
Di dalam transkrip ini, terdapat beberapa ralat atau gangguan yang tidak dapat dielakkan sepanjang
temubual ini berlangsung. Antara ralat dan gangguan ketara adalah seperti berikut:

1. Bunyi telefon
Bunyi telefon tidak dapat dielakkan kerana temubual ini dijalankan di pejabat tokoh.

2. Bunyi hon kenderaan


Bunyi hon kenderaan juga terdengar semasa temubual dijalankan. Ini kerana, pejabat
tokoh berada di tepi jalan.

3. Bunyi gangguan getaran (frekuensi) telefon bimbit


Bunyi gangguan getaran (frekuensi) telefon bimbit juga menggangu kami semasa
kami ingin transkrip temubual ini. Ini adalah kerana semasa sesi temubual, anak
tokoh berada berhampiran dengan kawasan temubual ini dan dia telah menggunakan
telefon bimbitnya.

4. Suara tokoh yang dirakam tanpa sengaja


Terdapat juga suara tokoh yang dirakam tanpa sengaja.

5. Suara orang lain yang dirakam tanpa sengaja.


Semasa sesi temubual berlaku, terdapat ganguan dari orang luar yang berbual dengan
tokoh dan dirakam tanpa sahaja.

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan sistem pendidikan Inggeris.


Pendidikan di Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta,
atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan
sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain
pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi
negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.
Pendidikan di Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu prasekolah,
pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pengajian tinggi. Pendidikan prasekolah
merupakan program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
Pendidikan rendah pula merupakan kursus pengajian pada peringkat rendah yang
direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara
lima hingga tujuh tahun. Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis
Kebangsaan. Pendidikan Menengah merupakan pendidikan yang terdiri daripada pendidikan
Menengah Rendah dan Menengah Atas. Ianya terdiri daripada Sekolah Akademik, Sekolah
Teknik dan Vokasional dan Sekolah Kebangsaan Agama. Manakala pengajian tinggi pula
ialah pengajian di universiti-universiti awam kepada mereka yang berkelayakan menerusi
STPM (Sijil Tinggi Pengajian Malaysia) atau matrikulasi. Kriteria pemilihan tidak jelas
kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan dengan tegas diwujudkan. Selain itu, para pelajar
juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi.
Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar
negera. Sesetengah universiti di luar negara pula membuka cawangan di Malaysia.

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

1.1

2009

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin


yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran


keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin


yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran


keseluruhan

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

Rang Undang Undang Pendidikan 1995


Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan


kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

Pendidikan

prasekolah

sebagai

sebahagian

daripada

sistem

pendidikan

kebangsaan

1.2

Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek
penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju kearah negara yang
maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan
terhadap

pelaksanaan

sistem

pendidikan

negara.

Sistem

pendidikan

yang

dilaksanakan di dalam sesebuah negara penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan
dan sosialisasinya iaitu di mana kanak-kanak di didik untuk menjadi insan yang
berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan
sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu
melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum
di kalangan para pelajar.
Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun
1957. Ummnya terdapat tiga tujuan utama yang terkandung dalam dasar ini. Pertama,
tujuan dasar pendidikan ini diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran

10

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan


kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang
berdisiplin serta mematuhi dan menghormati ibu bapa mereka di mana prinsip ini
sejajar dengan dasar dan polisi untuk mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan
perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Tujuan yang ketiga ialah untuk memastikan
agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan
perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan
sebagai bahasa pengantar yang utama.
Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh
pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai
kemerdekaan. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah
menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara
kaum ini. Antaranya langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan
dasar pendidikan negara ini ialah dengan mewujudkan bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru-guru yang
mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang
sama. Ketiga-tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi
nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi peranan yang sistematik,
kurikulum latihan pengurusan yang seragam dan amalan-amalan pedagogi di bilikbilik darjah yang bersesuaian, maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijayakan
dapat membentuk ciri-ciri tingkah laku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan
tatasusila masyarakat Malaysia.
Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistem
pendidikan kebangsaan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Ia bukan sahaja menjadi
asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan yang amat penting
dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan

11

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

pelaksanaannya tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah.
Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketika dan
kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa. Kadangkala perubahan
haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh
politik dan lain-lain.
Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah
yang jelas. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi
matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk
dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang
dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Sebagai perbandingan, negara
Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal di
peringkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yang terbaik di
dunia. Howard D. Mehlinger (1995) dalam bukunya School Reform in the
Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua
bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan guru dan kedua, pembaharuan pendidikan.
Kesukaran yang kedua iaitu pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat
menyeluruh kerana ianya meliputi isu-isu kurikulum, sistem pendidikan dan
kemajuannya daripada satu tahap kepada tahap yang lain.
1.3

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

kearah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

12

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

1.4

2009

DISIPLIN DI SEKOLAH
Secara umumnya disiplin boleh didefinisikan sebagai suatu sistem hidup yang

ditetapkan oleh sesuatu kumpulan atau badan yang mewujudkan suasana yang teratur dan
tenteramkan supaya perkhidmatan yang memuaskan diperolehi daripada anggota kumpulan.
Disiplin di sekolah merupakan satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
tenteram dan keadaan teratur agar proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan
lancar. Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan mengawal diri pelajar daripada
melanggar undang-undang norma, kebudayaan dan akhlak masyarakat, di samping menanam
nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka membentuk sikap, kepercayaan keimanan,
keteguhan prinsip dan lain-lain asas moral dan etika hidup.

13

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

2.0 BIODATA

Nama Penuh

: Samilah Binti Jusoh

Tarikh Lahir

: 19 April 1954

Tempat Lahir

: Kelantan

Umur

: 55 tahun

Jantina

: Perempuan

Agama

: Islam

Bangsa

: Melayu

Nama Penuh Bapa

: Jusoh Bin Awang

Nama Penuh Ibu

: Halimah Binti Adam

Bilangan adik-beradik

: 6 orang

Status

: Bekahwin

Nama Suami

: Zulhemay Bin Mohd Jidin

Bilangan Anak

: 6 orang

Pendidikan

: Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor, Kelantan


: Sekolah Menengah Jalan Kelang Lama, Klang
: Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah, Klang
: Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai

14

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

Pengalaman Kerja

2009

: Guru
-

Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Datuk,


Banting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau,


Pahang

Sekolah Menengah Kebangsaan Cemomoi, Pahang

Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Serdang

Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bangi

: Guru Besar
-

Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya, Puchong


Petaling

Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar

Jawatan Sekarang

: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar

Anugerah

: Anugerah Khidmat Cemerlang (2002)

Alamat Rumah

: No 16 Jalan 4/4b, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor.

15

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

3.0 TRANSKRIP
KASET 1 BAHAGIAN A
Salam sejahtera berikut merupakan temubual sejarah lisan yang telah dijalankan oleh
saudari Nurul Ain Binti Marsan dan Rohana Binti Mohamad Rashid bersama dengan
Puan Samilah Binti Jusoh mengenai pengalaman dan penglibatan beliau sebagai Guru
Besar. Temubual ini dijalankan di pejabat beliau, Sekolah Kebangsaan Sungai Merab

pada tarikh tujuh haribulan sembilan dua ribu sembilan (7.9.2009) pada pukul dua
belas tengah hari.
RMR: Bilakah dan di manakah Puan dilahirkan?
SJ: Saya dilahirkan pada sembilan belas April sembilan belas lima puluh empat (19
April 1954) di Kelantan.
RMR: Siapakah nama ibu bapa Puan?
SJ: Ibu, Halimah Binti Adam bapa, Jusoh Bin Awang.
RMR: Pekerjaan ibu bapa Puan?
SJ: Ibu hanya suri rumah tangga, bapa pula bekerja dengan KTM sebagai mandur.
RMR: Ibu bapa Puan berasal daripada mana? (bunyi getaran telefon bimbit)
SJ: Mereka berasal dari Kelantan.
RMR: Berapah bilangan adik-beradik Puan?
SJ: Bilangan adik-beradik seramai enam orang, tiga lelaki dan tiga perempuan.
RMR: Puan adalah anak ke berapa di dalam keluarga?

16

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Saya anak ke lima dari enam beradik.


RMR: Siapakah nama suami Puan dan apakah pekerjaannya?
SJ: Suami saya bernama Zulhemay Bin Mohamad Jidin dan beliau bekerja sebagai
Penyelia petang [sesi petang] di sebuah sekolah di Kajang.
RMR: Boleh saya tahu sekolah apa? Nama sekolah?
SJ: Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang.
RMR: Bilakah Puan mendirikan rumah tangga?
SJ: Pada tahun sembilan belas lapan puluh (1980).
RMR: Puan mempunyai berapa orang anak?
SJ: Enam orang, dua perempuan empat lelaki.
RMR: Boleh Puan ceritakan sedikit latar belakang pendidikan dan kerjaya anak-anak
Puan?
SJ: Kerjaya anak? Latar belakang pendidikan ini saya sendiri?
RMR: Tidak, anak-anak.
SJ: Oh anak-anak. Latar belakang satu persatu ke setiap orang ke macam mana?
RMR: Setiap orang, daripada yang sulung.
SJ: Yang sulung sehingga Master [Sarjana], yang ke dua masih di UiTM, yang ketiga
di UMP Pahang, ke empat di UPM, ke lima belum lagi bekerja belum lagi
melanjutkan pelajaran ke mana-mana setelah habis SPM dan yang ke enam masih
dalam tingkatan lima.

17

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

NAM: Bolehkah Puan ceritakan kepada kami sejarah pendidikan Puan dari sekolah
rendah hingga menengah?
SJ: Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah? Saya bersekolah rendah di
Kelantan, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Kelantan, sekolah menengah dari
tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Jalan Klang Lama Batu
Enam Jalan Klang Lama, tingkatan enam, enam rendah dan enam atas di STAR
Klang Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah Klang.
NAM: Adakah Puan aktif dalam persatuan semasa Puan masih bersekolah?
SJ: Ya, aktif dalam Persatuan Bahasa dan Persatuan Seni. Persatuan saja [sahaja],
permainan?
NAM: Boleh Puan ceritakan dengan lebih lanjut?
SJ: Selain persatuan akademik, saya juga kira aktif dalam permainan terutama bola
tampar dan badminton sabagai wakil sekolah.
NAM: Adakah semasa berpersatuan Puan telah mula memegang jawatan-jawatan
yang penting?
SJ: Ya, saya memegang jawatan sebagai antaranya sebagai Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari bagi Persatuan Badan Pengawas.
NAM: Pada pendapat Puan, apakah perbezaan pembelajaran sekarang dengan
dahulu?
SJ: Dari segi apa? Pembelajaran dari segi keseluruhan ya? Memanglah banyak
perbezaan. Zaman dahulu ini dahulu dari mana? Masa saya lah? Ok dari segi
kurikulum pun berbeza saya kira sebab dahulu dia tidak begitu banyak
matapelajaran, subjeknya tidak banyak, kemudian kokurikulum pun tidak begitu
banyak dia main letak sahaja apa bendanya tidak banyak sangat ini la kan

18

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

persatuan yang ada jadi berbezalah dengan sekarang ini macam-macam dan
diwajibkan pula.
NAM: Dimanakah Puan menyambung pengajian selepas tamat sekolah menengah?
SJ: Saya terus ke maktab, Maktab Perguruan Bahasa masa itu [semasa itu] di Lembah
Pantai untuk --NAM: Bidang apakah yang telah Puan pilih? (bunyi getaran telefon bimbit)
SJ: Semasa di maktab saya diberi untuk Pendidikan Awal Remaja.Itu bermaksud bila
keluar nanti saya akan mengajar di sekolah menengah awal remaja.
NAM: Adakah Puan meminati bidang yang Puan pilih?
SJ: Hendak kata minat sangat masa itu pun tidak tapi minat itu sebahagian sahaja
tetapi masa itu pun tidak ada pilihan rasanya macam ada sekarang, ambil sahaja
apa peluang yang ada.
NAM: Adakah Puan menerima mana-mana biasiswa atau semuanya atas tangungan
sendiri?
SJ: Memang diberi biasiswa bukan biasiswa dipanggil lebih kurang biasiswa apa
istilahnya ya? Semua ditanggung KPM, Kementerian Pelajaran [KPM]. (bunyi
getaran telefon bimbit)
NAM: Selepas tamat di maktab, adakah Puan menyambung pelajaran ke tahap yang
lebih tinggi? (bunyi getaran telefon bimbit).
SJ: Tidak sebab selepas itu terus berkahwin. (Sambil tersenyum)
NAM: Berapa lamakah Puan mengambil masa untuk tamat pengajian?
SJ: Dua tahun sahaja. Dua tahun di maktab.

19

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

NAM: Boleh Puan ceritakan kenangan manis dan pahit sepanjang Puan menjadi
seorang pelajar?
SJ: Seorang pelajar? Patah balik ke pelajar?
NAM: Maksudnya semasa di maktab.
SJ: Oh, tidak ada banyak sangatlah biasa sahaja seperti normal sahaja. Tidak ada yang
manis sangat tidak ada yang pahit sangat. Biasalah asam garam hidup. Itu sahaja.
NAM: Tidak ada peristiwa yang betul-betul Puan ingat?
SJ: Tidak ada. Biasa sahaja.
NAM: Adakah Puan pernah menerima anugerah semasa Puan bergelar pelajar?
SJ: Anugerah? Anugerah yang macam mana? Ini rasa bukankah --- (sambil bercakap
dengan seseorang)
NAM: Apakah pegangan dan prinsip Puan sebagai pelajar?
SJ: Sebagai seorang pelajar?
NAM: Semasa di maktab.
SJ: Prinsip? (Sambil ketawa). Buat yang terbaik, itu sahaja.
NAM: Pada tahun berapa Puan menamatkan pelajaran dan memulakan alam
pekerjaan?
SJ: Tamat berkursus perguruan tahun sembilan belas tujuh puluh enam (1976) dan
mula bekerja pada tahun sembilan belas tujuh puluh tujuh (1977).
RMR: Boleh Puan ceritakan serba sedikit latar belakang sekolah ini, Sekolah Sungai
Merab?

20

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Sekolah Kebangsaan Sungai Merab mula dibuka pada tahun sembilan belas tiga
puluh enam (1936). Ini antara sekolah yang tertua. Bilangan pelajar masa itu
[semasa itu] hanya lebih kurang dua puluh lebih sahaja.
RMR: Maksudnya di awal pembukaan sekolah ini?
SJ: Di awal pembukaan.
RMR: Berapakah bilangan pelajar di sekolah ini pada masa sekarang?
SJ: Pada masa sekarang bilangan pelajarnya berjumlah dua ratus lima puluh dua
termasuk pra sekolah, dua puluh lima orang.
RMR: Adakah bilangannya meningkat dari tahun ke tahun?
SJ: Ya, bilangannya meningkat sebab peningkatan perumahan, taman-taman
perumahan dan orang pun semakin ramai duduk di Sungai Merab, banyak rumahrumah baru dibina perumahan pun ada beberapa fasa telah dibuat jadi secara tidak
langsung bilangan pelajar pun bertambah.
RMR: Adakah pelajarnya terdiri daripada satu kaum atau pelbagai kaum?
SJ: Pelajar hanya satu kaum sahaja, kaum Melayu Bumiputera.
RMR: Pernahkah sebelum ini Puan berkhidmat di sekolah yang mempunyai pelajar
yang berbilang kaum?
SJ: Ya, semasa di sekolah menengah atau pun sebelum datang ke sekolah ini saya
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya di mana bilangan muridnya
Cina, Melayu dan India hampir sama banyak.
RMR: Pada pandangan Puan, adakah isu perkauman menjadi satu masalah kepada
pihak sekolah?

21

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Isu perkaumanan kalau di sekolah rendah tidak begitu jelas sebab mereka ini
masih anak-anak lagi jadi benda-benda macam itu [seperti itu] tak ini sangat lah
(Isu perkauman tidak serius sangat di sekolah rendah) berbanding dengan sekolah
menengah mungkin ada masalah disiplin.
RMR: Dari segi masalah disiplin sahaja?
SJ: Ya, yang lain tidak ada.
RMR: Bagaimana pula dengan bilangan guru di sekolah ini pada masa sekarang?
SJ: Bilangan guru seramai lima puluh orang, tiga orang guru India yang lain semua
Melayu.
RMR: Adakah bilangan guru perempuan mendominasi bilangan guru di sekolah ini?
SJ: Ya, bilangan guru perempuan memang lebih ramai berbanding dengan guru
lelaki, dari lima puluh orang itu cuma sembilan orang guru lelaki yang selebihnya
semua guru perempuan.
RMR: Apakah pandangan Puan mengenai isu guru lelaki yang semakin berkurangan
pada masa sekarang?
SJ: Apa nak kata mereka ini kurang minat (sambil ketawa kecil) ke arah kerjaya
sebagai guru dan kalau di sekolah rendah pun nampaknya memang guru
perempuan yang lebih ramai dan mungkin bersesuaian dengan mereka sebagai
pendidik bagi murid-murid di peringkat awal.
RMR: Adakah Puan berpuas hati dengan persekitaran sekolah ini?
SJ: Puas hati persekitaran ya, sebab bersekolah di kawasan kampung ini agak lebih
tenang tidak terlalu sibuk sama ada komunitinya atau pun persekitarannya agak
lebih tenang.

22

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

RMR: Adakah sekolah ini pernah memenangi sebarang anugerah?


SJ: Oh banyak, walaupun sekolah kampung tetapi antara yang mendapat pencapaian
tertinggi kalau di daerah Sepang. Kami pernah mendapat pada tahun dua ribu
tujuh (2007) kami mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan UPSR
peratus yang tertinggi. Anugerah itu anugerah kurikulum dan sekolah ini juga
banyak meraih anugerah dari segi ko-akademik dan juga kokurikulum contohnya
walaupun kami tidak ada padang tetapi sekolah ini pernah memenangi johan bola
sepak. Kami tidak ada padang, kemudian johan daerah untuk permainan kabadi,
johan tilawah, johan bercerita di peringkat Selangor malah murid kami ada yang
mendapat tempat yang ke tiga bagi deklamasi sajak peringkat kebangsaan.
RMR: Sekolah itu tidak ada padang, pelajar-pelajar practice [berlatih] di mana?
SJ: Di padang awam sahaja.
RMR: Boleh saya tahu di mana tempat perlawanan padang yang dikatakan sekolah
Puan memenangi?
SJ: Tempat mereka berlatih kah?
RMR: Tidak, tempat mereka menang.
SJ: Menang? Dia bermain di sekolah lain biasanya di Sungai Pelit, kalau bola sepak
pertandingan diadakan di Sekolah Sungai Pelit atau pun Methodist di mana
mereka mempunyai kelengkapan atau padang yang luas.
RMR: Boleh Puan ceritakan pengalaman kerja Puan?
SJ: Pengalaman kerja kalau hendak diikutkan saya ini dah dikira penghujung kerjaya
di mana saya akan mengisi borang pencen, dah ambil pun borang pencen itu.
Kalau hendak ikut pengalaman itu memang banyak sebagai guru biasa, guru
penolong dan sebagai seorang pentadbir memang banyak kalau nak cerita tidak

23

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

cukup masa (sambil ketawa). Agaknya pengalaman yang macam mana yang
hendak itu? Pengalaman sebagai Pengurus Sekolah sebab sekarang istilah Guru
Besar atau pun Pengetua dipanggil Pengurus Sekolah sebab kalau Guru Besar ini
dia cari orang yang besar-besar sahaja (sambil ketawa). Penagalaman contohnya
kami pernah menganjurkan sebagai tuan rumah program MKQ maksudnya Majlis
Khatam Quran bagi peringkat daerah baru-baru ini. Kami sebagai tuan rumah,
semua sekolah di daerah Sepang datang ke sekolah kami untuk acara tersebut dan
memandangkan kami kekurangan tempat kami telah melaksanakannya di masjid
di Sungai Merab. Sebab benda itu tidak boleh dibuat di sekolah tidak cukup
tempat, tidak cukup tempat letak kereta, tidak ada padang, tidak ada dewan, tidak
ada bilik-bilik khas jadi kami telah mendapat kerjasama dari penduduk Sungai
Merab untuk melaksanakannya di masjid di Sungai Merab.
RMR: Apakah jawatan pertama yang Puan sandang dan di mana?
SJ: Jawatan pertama itu sebagai guru biasa dan mula-mula bertugas di Sekolah
Menengah Kebangsaan Teluk Datuk, Banting di mana saya bertugas selama lapan
tahun di sana. (Bunyi getaran telefon bimbit).
RMR: Berapakah umur Puan semasa Puan mula-mula berkhidmat di bidang
pendidikan?
SJ: Umur saya lebih kurang dua puluh tiga tahun masa itu. (Bunyi getaran telefon
bimbit).
RMR: Apakah pekerjaan sebagai pendidik merupakan cita-cita Puan?
SJ: Cita-cita ibu saya (sambil ketawa kecil). Terpaksa ambil juga kemudian barulah
saya jatuh cinta dengan kerjaya ini. (Bunyi getaran telefon bimbit).
RMR: Siapakah yang memberikan galakan dan dorongan untuk Puan menceburi
bidang ini?

24

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Seperti yang saya katakan tadi,ibu saya ibu yang membela.
RMR: Boleh Puan ceritakan di sekolah mana Puan pernah berkhidmat satu-persatu
hingga sekarang?
SJ: Sekolah yang pertama saya sudah sebutkan tadi Sekolah Menengah Kebangsaan
Teluk Datuk, Banting, sekolah yang kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala
Kurau, Pahang, sekolah ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Cemomoi, Pahang
juga sekolah keempat Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, sekolah kelima
Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bangi, keenam Sekolah Kebangsaan Puchong
Jaya, Puchong Petaling dan sekarang Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar.
RMR: Pada tahun berapakah Puan dilantik menjadi Guru Besar dan di mana?
SJ: Pada tahun dua ribu empat (2004) di Sekolah Kebangaan Puchong Jaya.
RMR: Adakah Puan bermula dengan jawatan sebagai seorang guru atau terus sebagai
Guru Besar?
SJ: Sudah ada tadi kan? (Sambil tersenyum) Mestilah dari guru biasa tidak ada yang
terus-terus tidak pernah ada orang terus-terus dilantik sebagai Guru Besar
sebabnya ada tengok [dilihat] pengalaman kita, pengalaman kerja, kelulusan dan
sebagainya untuk naik satu peringkat ke satu peringkat.
RMR: Sudah berapa lamakah Puan memegang jawatan sebagai Guru Besar?
SJ: Sudah masuk tahun ke empat dari tahun dua ribu empat (2004).
RMR: Puan berpindah dari satu sekolah ke satu sekolah lain atas sebab kenaikan
pangkat atau atas permintaan sendiri?
SJ: Dua-dua pun sama. Kenaikan pangkat pun ya, permintaan sendiri pun ya juga.

25

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

RMR: Sehingga sekarang sudah berapa sekolah Puan berkhidmat sebagai Guru
Besar?
SJ: Dua sekolah sahaja, Sekolah Puchong Jaya dan Sekolah Sungai Merab.
RMR: Adakah di antara keluarga Puan yang berkhidmat sebagai pendidik seperti
Puan?
SJ: Tidak ada. Ipar-ipar itu adalah.
RMR: Seperti sedia maklum, isu masalah disiplin pelajar semakin menjadi-jadi pada
masa sekarang. Apakah pendapat Puan tentang isu ini?
SJ: Memang tidak dinafikan tetapi rasanya tidak semua sekolah hanya sekolahsekolah tertentu di kawasan-kawasan tertentu sahaja yang ada masalah disiplin
yang teruk. Kalau ada sekolah itu biasa sahaja di mana lautnya tidak bergelora.
(Bunyi getaran telefon bimbit)
RMR: Siapakah yang patut dipersalahkan, pelajar, sekolah, ibu bapa atau masyarakat
dalam isu ini?
SJ: Kalau nak [hendak] ikut salah, semua salah. Pelajar pun ada, pihak sekolah pun
ada, ibu bapa lagi banyak rasanya, masyarakat pun terlibat sama menyumbang ke
arah disiplin pelajar.
RMR: Adakah masalah-masalah ini terjadi di sekolah Puan?
SJ: Sebab saya di sekolah rendah, tidak banyak sangat. Kalau ada biasa sahaja gaduh
kecil-kecil sahaja antara budak-budak sekolah yang mana mereka ini masih kecilkecil lagi jadi kalau bergaduh itu tidak ada teruk sampai menggunakan senjata,
tidak lah biasa sahaja.
RMR: Bagaimana Puan menangani masalah ini?

26

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Menanganinya sama ada kita bagi [beri] nasihat, kalau yang lebih sikit kita denda,
hantar ke kaunselor, pergi ke guru disiplin dan sebagainya sebab bagi saya
sekolah rendah ini tidak teruk sangat. Sekolah rendah ditempat saya bertugas ini
tidak teruk sangat.
RMR: Kalau macam kesalahan bergaduh selalu denda yang macam mana yang
dikenakan?
SJ: Tidak semestinya denda tengoklah cara dia bergaduh itu. Kalau boleh kita nasihat,
nasihatlah. Selalunya kita nasihat, selepas itu suruh dia berbaik, bagitahu
[memberitahu], tanya dahulu salah siapa yang mulakan, selesai macam itu sahaja.
RMR: Adakah campur tangan ibu bapa memberi impak kepada pengurusan sekolah?
SJ: Tengok keadaan juga, biasanya kalau dia teruk sangat atau pun benda itu berulang
nampak dia serius sikit memang kita panggil ibu bapa berbincang supaya dia tahu
apa masalah anak dia sebab kadang-kadang murid-murid ini, mereka ini ada lebih
dari satu watak mungkin di rumah watak dia lain, di sekolah watak dia lain
dengan ibu bapa lain wataknya dengan guru lain wataknya jadi ada masa kita
panggil juga ibu bapa dia tengok keadaan, tengok apa kesalahan dia buat, apa
masalah yang dia hadapi.
RMR: Isu saman oleh ibu bapa pelajar terhadap pihak sekolah selalu kita dengar dan
sering tersiar di dada akhbar. Apakah pandangan Puan tentang perkara ini?
SJ: Saman? Saman ini macam mana ya? Banyak sangatkah saman? Rasa tidak juga
kan. Tengoklah, itu terpulang kepada dia tengok kesalahan dia kalau perlu dia
saman, dia saman. Kalau perlu masuk mahkamah dan sebagainya kena [perlu]
siasat dahulu sebenarnya kalau nak saman semua.
RMR: Tetapi setakat ini adakah kes saman di sekolah Puan?

27

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Oh, tidak ada langsung yang penting kita kerjasama dengan komuiniti,
masyarakat situ dan seperti yang saya cakap selalu sekolah rendah dia tidak ada
masalah banyak.
RMR: Sebagaimana yang kita tahu PIBG adalah satu persatuan yang penting bagi
sesebuah sekolah. Jadi apakah peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG
dalam memajukan sekolah?
SJ: Ya, PIBG. Memang sekolah rata-ratanya ada PIBG di mana mereka ini memang
memainkan peranan sebagai tangan kanan juga bagi sesebuah sekolah di mana
banyak peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG ini terutamanya dalam
mengumpul dana untuk menjalankan sesuatu aktiviti sebab apa sahaja aktiviti
yang kita nak buat, kecil atau pun besar semuanya memerlukan duit. Jadi
peruntukan yang kerajaan bagi [beri] biasanya tidak mencukupi. Kalau kita nak
banyak aktiviti untuk murid kita kena [perlu] banyak duit. Selain daripada
mengumpul dana atau mencari dana, menyumbang dana untuk sekolah PIBG juga
menyumbang aktiviti-aktiviti lain contohnya kita nak adakan peperiksaan,
kemudian kita nak buat solat hajat memang kita minta kerjasama PIBG untuk
sukan, untuk hari anugerah dan sebagainya. Ini memang PIBG memainkan
peranan sebab yang terlibat pun anak-anak mereka juga.
RMR: Adakah masalah-masalah ini mempengaruhi kehidupan Puan bersama
keluarga? (Kesalahan soalan, ke soalan seterusnya)
RMR: Sebagaimana yang umum tahu tugas sebagai Guru Besar atau pun Pengurus
Sekolah sangat berat dan sibuk, jadi bagaimanakah Puan membahagikan masa
Puan antara kerjaya dan keluarga?
SJ: Membahagikan masa, masa kerja kita kerja yang selebihnya untuk keluarga. Ada
masanya kena [perlu] ambil cuti sebab sebagai Pengurus Sekolah cuti bukan
macam guru biasa, dia cuti tahun. Kalau guru biasa cuti sekolah mereka bercuti

28

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

tetapi kalau sebagai Pengurus Sekolah kerja sebagai biasa waktu pejabat dan
kalau nak guna masa sepenuhnya kena [perlu] ambil cuti.
RMR: Adakah sekarang Puan masih mengajar subjek atau hanya terlibat dalam
bidang pentadbiran?
SJ: Pengurus Sekolah wajib mengajar, jadi sama ada Guru Besar atau Pengetua,
mereka ada waktu yang dikhaskan lebih kurang lima atau pun enam waktu
seminggu mesti masuk kelas,mengajar.
RMR: Boleh saya tahu Puan mengajar subjek apa di sekolah ini?
SJ: Saya mengajar Kajian Tempatan.
RMR: Pada pendapat Puan adakah patut seseorang Pengurus Sekolah itu terlibat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
SJ: Memang patut sebab kalau kita tidak masuk kelas kita tidak rapat, tidak mesra
dengan murid. Kita kena [perlu] tahu juga murid walaupun sekejap kita masuk
kita harus mendekati diri dengan murid.
RMR: Sejajar dengan Wawasan Dua Puluh Dua Puluh (2020), _____ _____ _____
_____ _____?

TAMAT KASET 1 BAHAGIAN A: KASET 1 BAHAGIAN B


SJ: Pendedahan dalam bidang teknologi maklumat bukan saya bukan sahaja

saya,

sebenarnya saya menjalankan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian


Pelajaran. Dimana memang pendedahan ini wajib diberi di semua sekolah,
semua murid di Malaysia ini memang ada jadual khas, ada alat-alat khas dan
sebagainya memang lengkap.

29

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

RMR: Apakah usaha dan langkah-langkah pihak sekolah Puan dalam hal tersebut?
SJ: Hal macam mana? Untuk teknologi maklumat ini? Seperti yang saya kata kita
sudah dibekalkan dengan segala peralatan dan sudah dibekalkan dengan jadual.
Jadi kita laksanakan sahaja.
RMR: Sebagai Pengurus Sekolah adakah Puan menganggap aktiviti kokurikulum
penting kepada pelajar?
SJ: Ya. Penting. Maknanya saya bersetuju dengan dasar kerajaan aktiviti kokurikulum
ini memang penting untuk pelajar. Dimana di situlah mereka akan bergaul, belajar
bekerjasama, belajar menghormati dengan orang lain dalam aktiviti kokurikulum
dan banyak lagi yang boleh mereka garapkan dalam kokurikulum ini.
RMR: Bagaimanakah Puan menangani pelajar yang bermasalah dalam bidang
akademik?
SJ: Dalam bidang akademik. Macam-macam. Pertamanya kita adakan kelas
tambahan, tuisyen khas bukan sahaja pihak sekolah malah pihak kerajaan pun ada
sediakan dipanggil SBT, Sistem Bantuan Tuisyen eh Skim Bantuan Tuisyen.
Memang kerajaan sediakan bayaran dan sebagainya murid-murid yang lemah dan
tidak berkemampuan memang dibagi [diberi] tuisyen percuma. Guru itu dibayar
oleh kerajaan kemudian bincang juga dengan ibu bapa dia masalah keciciran
kalau dikira keciciran murid-murid ini dari segi akademik. Bukan keciciran
sekolah, keciciran akademik dia lemah.
RMR: Apakah falsafah pendidikan yang Puan pegang selaku Pengurus Sekolah?
SJ: Falsafah Pendidikan Negara itu adalah. Falsafah saya kerja dengan ikhlas.
RMR: Adakah Puan boleh berkomunikasi menggunakan bahasa ketiga?

30

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Bahasa ketiga? Selain BM dan BI? Maksudnya Tamil, Cina? Tidak boleh.
Sepatah dua boleh. (Sambil tersenyum).
RMR: Adakah Puan rasakan bahasa ketiga amat penting di alam pekerjaan?
SJ: Di alam pekerjaan? Tengoklah apa pekerjaan yang diceburi tapi pada pendapat
saya, makin banyak bahasa yang kita kuasai, makin cerahlah masa depan.
Potensi dia lebih banyak.
RMR: Apakah nasihat Puan pada anak-anak muda sekarang yang ingin menceburi
alam pekerjaan?
SJ: Pertamanya, kalau hendak sebut alam pekerjaan itu, biarlah bersesuaian, kena
bersesuaian dengan kelulusan dia dan kena bersedia, kena ikhlas, komited,
dedikasi.
RMR: Adakah Puan akan bersara pada umur 56 tahun?
SJ: InsyaAllah.
RMR: Setelah bersara, Puan ingin terlibat dalam bidang apa?
SJ: Mungkin belajar berniaga sebab sembilan peratus dari rezeki adalah dalam
perniagaan. Mungkin saya antara yang terlibat dengan sembilan peratus itu.
RMR: Boleh saya tahu, perniagaan dalam bidang, perniagaan yang macam mana yang
Puan hendak meniaga itu?
SJ: Setakat ini saya mula berkecimpung, mula berminat dalam jualan langsung.
NAM: Adakah Puan pernah mendapat anugerah selama berkhidmat dalam bidang
perguruan ini?
SJ: Ada. Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun dua ribu dua (2002). Pingat jasa
tidak ada.

31

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

NAM: Apakah dan bilakah anugerah pertama yang Puan terima?


SJ: Itulah. Pada tahun dua ribu dua (2002). Itu sahaja. Untuk peribadi bukan untuk
sekolah.
NAM: Secara peribadi, apakah definisi perguruan pada pendapat Puan?
SJ: Definisi perguruan? Kalau saya senang sahaja. Kerjaya sebagai seorang pendidik.
Sebab pendidik ini dia luas (bunyi getaran telefon bimbit). Dia bukan setakat
mengajar dalam kelas sahaja. Dia melibatkan luar kelas sekali.
NAM: Sebelum berkhidmat sebagai Guru Besar adakah Puan dihantar untuk
menjalani apa-apa kursus kelayakan? (Bunyi getaran telefon bimbit)
SJ: Ya. Bila dilantik biasanya seseorang Guru Besar atau Pengetua pun sama juga
dimana akan dihantar berkursus selalunya di IAB selama sebulan. Di situ diberi
yang asas untuk kita menjalankan tugas sebagai Pengurus Sekolah. Ada lapan
bidang yang penting untuk organisasi sekolah yang terpaksa kita buat lapan
bidang.
NAM: Boleh Puan terangkan apa lapan bidang itu?
SJ: (Bunyi getaran telefon bimbit) Mana tadi? Pendedahan tentang lapan perkara
yang harus diuruskan. Antaranya pengurusan kewangan, pengurusan pejabat,
pengurusan akademik, pengurusan kokurikulum, komuniti, hal ehwal murid dan
seterusnya.
NAM: Boleh Puan terangkan apakah tugas-tugas seorang Guru Besar?
SJ: Tugasnya macam saya sebut tadi. Banyak. Dia tidak terhad kepada menjaga guru,
menjaga murid sahaja. Banyak benda lain lagi. Kewangan pun itu tugas Guru
Besar juga. Menguruskan pejabat dan sebagainya.

32

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

NAM: Adakah pemilihan untuk menjadi Guru Besar ini tertumpu kepada kelayakankelayakan tertentu sahaja?
SJ: Ya. Sebab tidak semua orang boleh jadi Guru Besar atau pun dilantik, bukan
boleh jadi. Mungkin ada yang boleh jadi tapi kelayakannya bergantung kepada
kelayakan ikhtisas atau pun akademik berapa lama dia pernah bertugas, apakah
kekananan dia, seniority [pangkat yang lebih tinggi].
NAM: Berapa lama dia bertugas untuk melayakkan dia menjadi Guru Besar seperti
yang Puan kata tadi?
SJ: Itu terpulang pada kelayakan dia. Ada orang dia cepat naik. Hendak-hendak
[tambah-tambah] sekarang dia ada peperiksaan dan sebagainya, PTK. Tidak
lulus PTK pun tidak boleh jadi Guru Besar.
NAM: Apa pendapat Puan apabila ramai graduan sekarang yang tidak mendapat
pekerjaan menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan mereka?
SJ: Kadang yang ini, nak [hendak] kata tidak boleh pun tidak tentu juga. Sebab ada
orang ini pada awalnya dia tidak minat, tapi bila dia sudah menceburi, sudah
mendalami, mungkin dia akan suka walaupun dia tidak minat. Tengoklah. Itu
atas individu itu sendiri. Sebab saya pernah jumpa juga semasa dahulu. Saya
sendiri pun kalau ikutkan memang tidak berapa suka tapi bila kita sudah
mendalami, kita dah faham, kita dah tahu apa tugas kita, dah tahu bekerja, kita
rasa suka sebab kita tidak tahu yang lain, kita tahu yang ini sahaja.
NAM: Apakah persediaan yang perlu ada untuk memegang jawatan sebagai Guru
Besar ini?
SJ: Pertamanya kelulusan. Itulah yang penting, kelulusan.
NAM: Adakah bidang ini mencabar bagi pendapat Puan?

33

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Boleh dikatakan mencabar juga sebab kita bekerja ada masanya, ada ketikanya,
ada tempatnya mungkin ada masalah lebih, jadi kira mencabar jugalah untuk
menyelesai masalah (bunyi motosikal).
NAM: Apakah cabaran dan dugaan yang Puan hadapi sebagai seorang Guru Besar?
SJ: Cabaran yang utama untuk mengekalkan prestasi. Kalau kita dapat sesuatu
anugerah ataupun pengiktirafan --- Cabaran dan dugaan dia pertamanya untuk
mengekalkan prestasi sekiranya kita mendapat sesuatu pengiktirafan. Misalnya
seperti yang saya kata kami pernah mendapat kedudukan yang tertinggi sebagai
sekolah yang mendapat peratus tertinggi dalam UPSR. Jadi nak [hendak]
mengekalkan itu sebab semua orang pandang, semua orang pandang dan disebutsebut jadi nak [hendak] mengekalkan itu satu cabaran juga. Kena [hendaklah]
bekerja keras dan kami juga pernah selepas itu keputusannya jatuh jadi itulah
dengar desas-desus masyarakat dan sebagainya.
NAM: Pada pendapat Puan apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang
pendidik yang berjaya?
SJ: Mesti komited. Komited, mesti utamanya kena [hendaklah] sayang, kena
[hendaklah] suka pada pelajar, cinta kepada kerjaya tersebut. Sebab kalau
pelajaran itu ataupun kelulusan itu kita boleh cari. Sekarang pun guru-guru yang
guru maktab ini mereka ramai yang memajukan diri dengan terlibat dengan PJJ
ini. Jadi pendidikan tidak menjadi masalah. Jadi untuk ini kena [hendaklah]
mencintai profesion ini barulah boleh berjaya sebagai seorang pendidik.
NAM: Bagaimana Puan memimpin pengurusan bawahan Puan supaya mereka dapat
melakukan tugas dengan (bunyi hon kenderaan) baik?
SJ: Kalau saya berbaik sangka, kerja dengan ikhlas maknanya kita jadikan dia kawan.
Tidak adalah arahan yang ataupun tugas yang kita suruh dia buat itu kita buat
secara kasar ke kita nak [hendak] bagitahu [memberitahu] dia atau nak [hendak]

34

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

suruh dia jalankan. Sentiasa ingatkan bahawa rezeki itu yang kita nak [hendak]
bagi [beri] anak-anak itu kita kena [hendaklah] inilah bekerja dengan ikhlas.
Sentiasa tekankan yang itu.
NAM: Adakah terdapat sebarang masalah komunikasi dengan pengurusan bawahan?
SJ: Tidak ada masalah.
NAM: Bagaimana Puan menguruskan arahan-arahan yang diberikan daripada pihak
atasan?
SJ: Arahan yang diberi dari pihak atasan? Menguruskan macam mana itu? Kena
[hendaklah] mengikut arahan dialah. Biasanya kalau sesuatu arahan yang di bagi
[beri] itu, dia akan bagi [beri] date [tarikh] tertentu. Jadi kita kena [hendaklah]
buat mengikut inilah. Misal yang dikata ok dia nak [hendak] benda-benda ini
dalam masa seminggu. Jadi kita kena [hendaklah] selesaikanlah dalam masa
sebelum seminggu itu mengikut peraturan.
NAM: Bagaimana yang dimaksudkan dengan kelancaran sesebuah pentadbiran?
SJ: Kelancaran itu apabila tidak berlaku sebarang masalah. Tidak ada masalah
lancarlah (tersenyum).
NAM: Pada pandangan Puan adakah kelancaran sesebuah pentadbiran bergantung
kepada struktur pentadbirannya?
SJ: Sebenarnya kelancaran bergantung pada banyak benda. Bukan setakat pentadbiran
itu sahaja. Kadang kalau pentadbiran itu ok benda lain pula tidak ok kan?
NAM: Apakah perbezaan yang paling besar antara sistem pembelajaran pada zaman
dahulu dan sekarang?
SJ: Sama kan? (terbatuk)

35

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

NAM: Adakah sistem pendidikan di Malaysia relevan untuk masa sekarang jika
dibandingkan dengan negara maju yang lain?
SJ: Ya. Kira relevan jugalah kalau banding dengan negara-negara maju yang lain.
Kitalah kena [hendaklah] ikut rentaklah.
NAM: Adakah Puan berpuas hati dengan sistem pendidikan di Malaysia?
SJ: Ya. Pada dasarnya ya.
NAM: Jika diberi peluang, apakah yang akan Puan ubah untuk memperbaiki sistem
pendidikan di Malaysia?
SJ: (Ketawa) Jika diberi peluang? Memang tidak akan ada peluang lah itu ya? Bagi
saya tidak adalah. Tidak ada apa perlu nak [hendak] diubah sebab yang membuat
dasar yang menggubal semua itu memang orang-orang dah cerdik pandai dah.
Mereka tahu apa yang perlu untuk sistem pendidikan di Malaysia.
NAM: Apakah harapan Puan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Merab
pada masa akan datang?
SJ: Harapan saya memang tingi. Agar semua murid dapat apa yang ingin kami
berikan dari segi akademik dan dari segi sahsiah mereka. Bila dia keluar, bila dia
masuk dengan kosong, bila dia pulang penuh dengan ilmu di dada sama ada untuk
diri dia sendiri dan juga untuk bangsa dan agamanya.
RMR: Boleh Puan terangkan apakah Falsafah Pendidikan Negara?
SJ: Falsafah Pendidikan Negara atau Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi,
pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

36

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara. Itu falsafah.
RMR: Boleh Puan terangkan visi dan misi sekolah ini?
SJ: Visi sekolah, berpadu tenaga untuk merealisasikan murid cemerlang, gemilang
dan terbilang. Misinya pula ingin melahirkan insan berilmu dan berkeperibadian
mulia.
RMR: Boleh Puan terangkan dengan lebih lanjut tentang visi dan misi sekolah ini?
SJ: Ulang balik kah?
RMR: Tidak, macam terangkan apa disebalik itu.
SJ: Berpadu tenaga itu maksudnya semua kakitangan di sekolah ini berpadu tenaga
sebab kita menginginkan bila murid itu keluar dari sekolah ini dia menjadi murid
yang cemerlang dari semua aspek. Sama ada dari segi akademik dia dan dari segi
sahsiah dia. Maksud cemerlang di situ itu merangkumi semua. Sebab itu kami
ambil yang ringkas sahaja.
RMR: Apakah piagam sekolah ini?
SJ: Piagam sekolah. Piagam sekolah SKSML Sekolah Kebangsaan Sungai Merab
Luar. Pertama guru sentiasa prihatin untuk mengatasi masalah yang dihadapi
oleh murid, guru dan masyarakat. Kedua kemesraan, kasih sayang antara murid,
guru dan masyarakat adalah landasan ke arah masyarakat penyayang. Ketiga
sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran kecemerlangan pelajar ke tahap
maksima selaras dengan slogan sekolah Ilmu Suluh Hidup. Keempat
mendorong murid, guru dan kakitangan sekolah agar sentiasa berkeyakinan Kita

37

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

Boleh. Laluan getir dan mencabar sanggup ditempuh, InsyaAllah kita akan
berjaya.
RMR: Tentang prasarana di sekolah ini, saya difahamkan rupanya sekolah ini sudah
lama. Adakah Puan berpuas hati dengan prasarana di sekolah ini?
SJ: Nak [hendak] kata puas hati itu memanglah kurang berpuas hati tetapi kita kena
[hendaklah] faham bahawa sekolah yang lama ini banyak kalau nak [hendak]
ikutkan kami banyak kekurangan. Ada sekolah lain yang lebih teruk lagi. Kalau
kita lihat bahawa saya ada menyebutkan bahawa kita tidak ada padang ini
disebabkan bila pertambahan penduduk, ada bangunan yang di bangunkan
memakan ruang padang tersebut. Bila ada peruntukan ataupun ada juga
bangunan yang dibuat secara gotong-royong, ada yang disumbangkan oleh
kerajaan. Jadi mereka naikkan sahaja bangunan itu tanpa mengambil kira apa?
Maknanya terpaksa mengorbankan kawasan lapang yang saya sebut padang. Jadi
mana ada tempat dikira boleh naik bangunan, dinaikkan sahaja. Itu menyebabkan
ruang untuk murid bermain, berkumpul, sudah tidak ada.
RMR: Jika diberi peluang apakah penambahbaikan yang ingin Puan lakukan terhadap
prasarana sekolah ini?
SJ: Oh, kalau diberi peluang? Memanglah kami inginkan sebuah bangunan yang baru
yang lengkap dengan bilik-bilik khas, kantin, surau, bilik sakit dan sebagainya.
Sebab kalau di lihat sekarang kantin tidak begitu dapat menampung murid-murid
yang ramai sebab pada asalnya kantin yang dibuat hanyalah sekitar murid - yang
boleh menampung murid lebih kurang seratus lebih sahaja sebab dahulu tapi
memandangkan beberapa kali ganda sudah murid ini bertambah dan kantin tidak
bertambah keluasannya menyebabkan kami terpaksa mengadakan rehat dua kali
dan murid terpaksa bersesak-sesak. Ada juga yang makan di kaki lima bilik guru.
Maknanya tidak cukup tempat.

38

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

RMR: Boleh saya tahu sekolah ini ada berapa sesi?


SJ: Sekolah ini hanya satu sesi sahaja. Satu sesi hanya cukup-cukup untuk kelas
pembelajaran sahaja. Jadi kami tidak ada bilik-bilik khas. Dewan pun hanya
kelas yang dibuka sahaja, dua kelas. Kemudian perpustakaan pun hanyalah dua
kelas sahaja. Jadi bilik-bilik khas lain tidak ada. Kecuali kalau dikira bilik khas,
makmal sains, pusat sumber dan bilik J-QAF sahaja. Yang lain tidak ada.
RMR: Bagaimana pula dengan makmal komputer?
SJ: Makmal komputer ada. Satu kelas sahaja.
RMR: Berapakah bilangan bangunan di sekolah ini?
SJ: Bangunan. Bangunan bertingkat satu tingkat ada tiga, bangunan dua tingkat dua,
tiga tingkat satu.
RMR: Adakah Guru Besar ini mempunyai persatuan yang tersendiri?
SJ: Boleh saya sambung tentang tadi satu sesi kami cuma ada dua puluh tiga kelas
termasuk pra. Mengenai persatuan Guru Besar, ada. Ada di peringkat daerah ada,
di peringkat negeri ada dan di peringkat kebangsaan pun ada dinamakan Majlis
Guru Besar. Kalau daerah, daerah. Kalau negeri, negeri. Begitu juga kalau di
peringkat kebangsaan.
RMR: Boleh Puan ceritakan serba sedikit tentang persatuan Guru Besar ini?
SJ: Persatuan ataupun Majlis Guru Besar ini tujuannya adalah untuk macam
persatuan-persatuan lain juga kebanyakannya adalah untuk mengeratkan lagi
silaturrahim sesama ahli. Bertukar-tukar pendapat dan juga menjaga kebajikan
ahlinya.
RMR: Adakah Puan memegang sebarang jawatan dalam persatuan ini?

39

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Saya hanya AJK biasa di peringkat daerah sahaja.


RMR: Boleh saya tahu siapakah yang menjadi Pengerusi dalam persatuan ini?
SJ: Pengerusi kalau untuk negeri seorang Guru Besar dari daerah Sabak Bernam,
Encik Halim Yazid dan di peringkat daerah Guru Besar dari Sekolah Kebangsaan
Bandar Baru Salak Tinggi.
RMR: Siapakah rakan sekerja yang paling rapat dengan Puan sepanjang Puan
bergelar Guru Besar ini?
SJ: Rakan sekerja ini di sekolah ini ataupun di luar sekolah maksudnya?
RMR: Di sekolah ini.
SJ: Di sekolah ini sudah tentulah dengan pembantu Guru Penolong Kanan. Ketigatiga Guru Penolong Kanan. Saya ada Guru Penolong Kanan Akademik atau
Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum. Terrmasuk juga dengan Pembantu Tadbir. Kami sering berhubung
rapat, berbincang bersama, mencapai keputusan bersama ataupun menyelesaikan
masalah bersama. Kalau rakan Guru Besar, ada juga selain daripada Majlis Guru
Besar itu kami selalu berbincang yang selalu, yang paling rapat yang kami sering
bertukar pendapat, bertukar apa-apa sahaja dengan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Datuk Abu Bakar Baginda. Memang selalu bersama.
RMR: Boleh Puan sebut salah seorang nama Guru Besar yang Puan rapat?
SJ: Oh, salah seorang itulah Cikgu Norizan Abu Bakar dari Datuk Abu Bakar
Baginda. Sekolah Datuk Abu Bakar Baginda.
RMR: Bagaimana pula dengan pelajar? Adakah pelajar yang paling rapat dengan
Puan?

40

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Paling rapat itu susah nak [hendak] kata sebab sebagai Guru Besar biasanya kalau
murid-murid ini dia tidak berapa berani. Cuma yang murid yang menonjol yang
apa-apa sahaja penglibatan memang dialah sama ada akademik, ko-akademik.
Ada seorang murid memang kalau keputusannya memang tidak pernah jatuh dan
dia aktif seperti yang saya kata tadi, apa sahaja pertandingan yang dia masuk dia
mesti mencipta nama sampai ke peringkat kebangsaan iaitu Abul Munzer bin
Muhammad Isa. A-B-U-L (sambil mengeja) Mun Z-E-R (sambil mengeja)
Muhammad Isa dan beliau merupakan - dia merupakan murid harapan kami untuk
mencipta nama di sekolah ini.
RMR: Sekarang dia berada di?
SJ: Tahun Enam.

TAMAT KASET 1 BAHAGIAN A: KASET 2 BAHAGIAN A


RMR: Sebagai Guru Besar apakah pengalaman paling manis yang pernah Puan lalui?
SJ: Paling manis itu banyak juga. Apabila murid ataupun sekolah ini mendapat
kejayaan dalam apa jua yang diiktiraf.
RMR: Apakah pengiktirafan tersebut yang Puan telah katakan tadi?
SJ: Ok. Pengiktirafannya antaranya ialah kami dianugerahkan Sekolah Harapan
Gemilang pada tahun dua ribu lapan (2008). Kami juga memenangi pertandingan
choral speaking [pengucapan koir] bagi peringkat negeri pun ada, peringkat
daerah tentulah johan. Sebagai johan dihantar ke peringkat negeri. Kemudian
UPSR _____ cemerlang pada tahun dua ribu tujuh (2007), kemudian sepak takraw
lagi satu. Kalau dalam kokurikulum selain bola sepak, kami sering mendapat
johan dalam sepak takraw dan juga mini olimpik, Tunas Mini Olimpik. Kemudian

41

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

adalah lagi timang-timang takraw. Takraw dan timang-timang takraw lain. Adalah
lagi. Saya pun sudah tidak berapa ingat.
NAM: Pengurusan sesebuah pentadbiran di sekolah berdasarkan apa?
SJ: Kita berdasarkan pekeliling-pekeliling ataupun arahan-arahan yang diturunkan
atau dikeluarkan oleh KPM. Kemudian dia ada bagi [beri] garis panduan untuk
kita menjalankan tugas. Dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
Maknanya kita tidak boleh nak [hendak] buat sesuka hati. Kena [hendaklah] sama
dan kena [hendaklah] ikut. Kalau kita tidak ikut kita dianggap sudah melanggar
dasar dan ini menjadi satu kesalahan kalau kita melanggar dasar. Apa yang telah
ditetapkan kita kena [hendaklah] ikut. Biasanya arahan-arahan ini dia keluarkan
sama ada yang lama, masih diguna pakai ataupun kalau ada pembaharuan dia
akan turun melalui surat-surat pekeliling dan kita kena [hendaklah] patuh suratsurat tersebut dan sebagai Pengurus Sekolah memang telah pun di buat satu garis
panduan untuk Guru Besar atau Pengurus Sekolah menjalankan tugas. Ia
dipanggil sebagai fail meja dan manual prosedur kerja.
NAM: Adakah sekolah ini pernah menghadapi masalah alam sekitar?
SJ: Masalah alam sekitar. Kalau awal, awal pembinaan dahulu kalau mengikut
sejarahnya, cerita orang-orang lama kawasan sekolah ini - sekolah ini di bina
dalam kawasan berpaya. Bermakna kalau musim hujan dia akan banjir. Tapi
perubahan yang berlaku apabila perumahan semakin banyak dibuat, saliransaliran telah diperbaiki, masalah itu sudah tiada. Cuma ada satu lagi iaitu sekolah
ini merupakan laluan angin. Bila angin itu kuat memang bumbung tercabut,
lubang dan untuk tahun ini sahaja sudah dua kali sudah peristiwa berlaku dimana
bumbung - bumbung sekolah dan rumah-rumah di sekitar telah diterbangkan
oleh angin dan sudah tentulah bila bumbung tidak ada angin disertai dengan
hujan sudah tentulah bocor.

42

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

NAM: Bagaimana pula dengan masalah fizikal?


SJ: Lebih kurang itu juga. Tadi sudah cerita, sekolah ini lama, maknanya ada bendabenda yang sudah reput, sudah usang, lantai pun sudah berlubang. Tapi bila
benda ini berlaku kita akan laporkan ke pihak atasan dan kalau yang serius itu
mereka akan bertindak serta-merta. Macam bumbung yang tercabut tadi, kita call
[telefon] sahaja, bagitahu [beritahu] sahaja tanpa menunggu surat pun mereka
akan datang untuk baiki. Sebab itu kalau perhatikan komputer kami, alat-alat
yang menggunakan elektrik kami tutup dengan plastik. Bukan kata apa, tidak.
Bimbang kalau benda-benda itu berlaku macam hari itu, habis. Bila bumbung
tercabut air akan menitik ataupun mencurah terus ke peralatan elektrik. Semua
rosak. Jadi terpaksa kami tutup dengan plastik.
NAM: Sepanjang tahun ini, boleh Puan nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
sekolah ini?
SJ: Oh, banyak. Aktiviti itu banyak sebab kalau aktiviti kita bahagikan kepada tiga.
Pertamanya kurikulum sendiri, akademik yang kedua kokurikulum dan ketiga koakademik dan bahagian hal ehwal murid dan aktiviti ini kita rancang dari awal.
Biasanya sebelum cuti sekolah kita akan minta guru-guru penyelaras, guru
panitia, ketua-ketua persatuan akan memberi perancangan untuk tahun hadapan.
Jadi, mereka akan bagi [beri], mereka berbincang sesama ahli, mereka akan bagi
[beri] perancangan itu, kita akan susun dan kita bukukan. Kita susun dan atur
program itu supaya tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan lancar dan
biasanya kita bukukan kita panggil takwim atau perancangan pengurusan untuk --. Setiap tahun memang kita buat.
NAM: Boleh Puan nyatakan antara aktiviti tersebut?
SJ: Antaranya. Antara - Ada aktiviti yang memang wajib dilasanakan contohnya
peperiksaan, peperiksaan mesyuarat-mesyuarat panitia, permainan, pertandingan-

43

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

pertandingan. Macam program J-QAF --- Program motivasi untuk pengawas,


untuk murid-murid tahun enam, untuk murid-murid lain juga program maju diri,
untuk guru-guru, program perkembangan staf, mesyuarat agung PIBG, sukan sukan peringkat sekolah, peringkat daerah kemudian sambutan-sambutan
keagamaan dan macam-macam. Program AADK dadah, perkhemahan unit-unit
beruniform, macam program J-QAF kem bestari solat, kita kena [hendaklah]
buat empat kali setahun. Itu peruntukan semua diturunkan oleh kerajaan.
Kemudian hari akademik - hari untuk ibu bapa datang hari terbuka untuk
mengambil keputusan peperiksaan anak mereka kemudian program LADAP.
LADAP ini Latihan Dalam Perkhidmatan maknanya kursus untuk guru-guru pun
kami buat. Sambutan hari guru, sambutan bulan kemerdekaan, kemudian teknikteknik menjawab soalan, kelas-kelasa tambahan, solat hajat dan macam-macam
lagi. Sebenarnya kalau nak [hendak] kira banyak.
NAM: Bagaimanakah sambutan hari merdeka di sekolah ini pada tahun ini?
SJ: Ok. Memandangkan kita dalam bulan kemerdekaan lagi. Jadi tahun ini sambutan
sederhana sahaja memandangkan sambutannya pada bulan puasa dan juga negara
di landa dengan wabak H1N1 jadi kami kumpulkan murid-murid itu tidak lama,
sekejap sahaja. Cuma buat acara-acara yang penting sepertimana ucapan Guru
Besar membaca perutusan dari menteri kemudian menyanyikan lagu-lagu
patriotik sambil mengibarkan bendera. Itu sahaja. Kemudian, itu semasa
pelancaran. Kemudian pengisiannya kami juga buat dalam kelas pada masa-masa
tertentu seperti peraduan mewarna, kuiz, peraduan mengarang, kemudian
melukis tadi sudah sebut? Belum? Pertandingan mewarna bukan melukis,
mewarna bagi budak-budak kecil maknanya tahap satu. Mewarna, mencipta
sajak, eh bukan mencipta. Mendeklamasikan sajak. Itu sahaja dan kita bahagibahagi bukan semua murid ambil itu. Tahap satu lain, tahap dua lain dan untuk
penutupnya kita akan buat pada selepas UPSR nanti pun masih dalam bulan
puasa juga. Jadi kita tidak buat acara-acara yang banyak menggunakan tenaga.

44

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

NAM: Bagaimana dengan sambutan setiap aktiviti tersebut?


SJ: Aktiviti yang ketiga-tiga bahagian tadi itu?
NAM: Ya
SJ: Sambutan itu memanglah kena [hendaklah] --- Sebab kita kena [hendaklah] buat
betul-betul. Sambutan itu pun memang kena [hendaklah] positif sebab setiap
aktiviti kita kena [hendaklah] buat laporan, buatkan dokumentasi dan hantar ke
PPD. Jadi kita tidak boleh buat sambil lewa. Kita kena [hendaklah] buat betulbetul dan buat laporan hantar ke PPD. Jadi PPD nak [hendak] memastikan yang
setiap program yang kita rancang itu berjalan dengan baik.
NAM: Sekarang, seperti yang sedia maklum negara kita dilanda wabak H1N1. Apakah
tindakan sekolah ini tentang isu ini?
SJ: Untuk mencegah. Pertamanya kita memang pesan pada murid-murid sekiranya
mereka ada tanda-tanda itu sama ada demam dan sebagainya. Tanda-tanda
wabak tersebut memang kita minta mereka supaya tidak hadir ke sekolah.
Terutamanya tidak hadir ke sekolah dan itu urusan ibu bapa mereka untuk
membawa mereka untuk dapatkan rawatan. Kalau yang --- Ada juga antara
mereka yang demam datang ke sekolah. Memang pihak sekolah dengan
kerjasama PIBG memberikan mereka topeng mulut hidung itu secara percuma
untuk pertama kali. Sebab kita juga tidak mampu untuk tiap-tiap hari nak
[hendak] bagi [beri]. Murid ramai dan benda itu pun harga pun boleh tahan juga.
Kalau tujuh ratus orang tujuh ratus ringgit sehari. Mana nak [hendak] cari duit?
Dan pihak PPD juga ada membekalkan topeng-topeng dan juga jangka suhu.
Jangka suhu kan? Dan itu pun kita akan guna seandainya murid itu kita nampak
dia sakit. Kalau murid sihat kita tidak bagi [beri] dan penerangan memang diberi
dalam perhimpunan (telefon berbunyi) melalui risalah dari semasa ke semasa
(telefon berbunyi).

45

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

NAM: Adakah kes ini terdapat di sekolah ini?


SJ: Oh, tidak ada (telefon berbunyi). Tidak ada. Cuma demam-demam biasa sahaja.
NAM: Adakah sekolah ini menerima guru-guru pelatih untuk menjalankan praktikal
mereka?
SJ: Ya. Sering. Setahun berapa kali kumpulan-kumpulan yang berlainan datang dan
disebabkan sekolah ini sangat hampir dengan IPGM, Institut Perguruan apa yang
dekat sekali ini? Islam dan yang jauh pula Institut Perguruan _____ Bahasa
IPGM, Bahasa _____ pun ada datang dan datang ialah sekali datang sampai
sepuluh orang dan kita sentiasa menerima dengan tangan terbuka sebab bakalbakal guru ini kalau tidak kita terima, besok tidak ada pengalaman dia. Kalau
tidak ada pengalaman, bila dia keluar mengajar maknanya ke alam nyata
memang susahlah bagi mereka. Jadi kita memang menerima dan bila mereka
datang pada awalnya memang kita akan bagi [beri] suai kenal. Memang kita bagi
[beri] suai kenal tentang budaya sekolah ini, tentang staf-staf di sini dan
sebagainya.
NAM: Berapa lama suai kenal itu dijalankan?
SJ: Oh, suai kenal itu sekejap aje [sahaja] jumpa sekejap je [sahaja] dalam setengah
ke satu jam saje [sahaja]. Kita cuma terangkan budaya sekolah sahaja dengan
berkenalan dengan kakitangan di sini supaya mereka itu tidak kekok, mesra dan
tidak ada rasa malu-malu nak [hendak] bertugas dan sebagainya.
NAM: Bagaimana penerimaan sekolah ini terhadap mereka?
SJ: Bagus, kami suka juga sebab disamping dia menerima ilmu kadang mereka
datang dengan ilmu-ilmu yang baru atau teknik-teknik yang baru sebab mereka
belajar, dari semasa ke semasa itu memang ada peningkatan teknik- teknik
pengajaran yang baru, idea-idea yang baru inovasi dan sebagainya dan mereka

46

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

juga selalunya balik akan meninggalkan buah tangan biasanya mereka akan buat
sesuatu projek untuk sekolah yang biasanya mural dan sebagainya.
NAM: Setakat ini adakah Puan berpuas hati dengan guru-guru pelatih tersebut?
SJ: Ya, saya berpuas hati. Setakat ini memang mereka itu bagus. Mana-mana yang
datang pun kesemuanya bagus.
NAM: Apakah pandangan Puan tentang guru-guru pelatih tersebut?
SJ: Guru pelatih ke guru baru? Guru pelatih? Ok, semua ok.
NAM: Sekolah ini sudah semestinya sentiasa menerima guru baru untuk berkhidmat di
sekolah ini. Bagaimana tanggapan Puan terhadap mereka?
SJ: Tidak ada guru baru setiap tahun sebab boleh dikatakan sekolah ini cukup gurugurunya dan mereka pun tinggal tidak jauh dari sekolah jadi tidak ada mereka itu
sering nak berpindah. Jadi apabila staf sudah cukup tidak adalah orang baru
datang Cuma setakat saya belajar di sini eh eh belajar pulak (salah sebutan)
bekerja di sini hanya beberapa orang dan mereka itu sebab sama ada guru pelatih
atau guru tetap pada awalnya memang kami akan bagi suai kenal dahulu. Jadi
tiada apa sangat semua bagus.
NAM: Puan berpuas hati dengan mereka?
SJ: Ya, puas hati yang penting dia kerja bagus.
RMR: Apakah pandangan Puan tentang pelajar dahulu dan sekarang?
SJ: Pelajar dahulu dan sekarang ini kena [perlu] tengok dua kategori sama ada murid
sekolah rendah ataupun pelajar di sekolah menengah. Saya rasa benda itu berbeza
kalau di sekolah rendah lain, sekolah menengah lain. Saya rasa perbezaannya
kalau dahulu murid ini tidak begitu hiperaktif, dia lebih jujur bukan kata sekarang
tidak jujur tetapi sekarang sudah macam-macam pengaruh. Dahulu tidah banyak

47

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

yang ditengok, tidak banyak yang dapat ditiru maknanya mereka ini lebih baik
dari segi ini. Mereka tidak pandai ponteng ada setengah itu tidak tahu pun istilah
ponteng pergi sekolah, kemudian balik rumah mengaji itu sahaja tidak ada macam
berbanding dengan sekarang mereka ini banyak ruang banyak benda-benda yang
lain lagi yang boleh mempengaruhi peribadi mereka itu selain daripada datang
sekolah ada di antara mereka itu mendapat pengaruh kawan untuk membuat
aktiviti-aktiviti lain. Itu sahaja.
RMR: Puan lebih gemar mengajar di sekolah rendah ataupun menengah?
SJ: Di sekolah menengah saya sebagai guru biasa dan saya terlibat sepenuh masa
dengan P&P, di sekolah rendah saya sebagai pentadbir. Kedua-duanya berbeza.
Kalau mengajar di sekolah rendah ini tengok tahap mana kita masuk, kalau saya
memang saya ditugaskan atau mendapat jadual untuk Tahun Enam jadi mereka ini
sudah tahu. Pernah juga saya mendapat atau ditugaskan mengajar Darjah Dua
sedangkan saya baru sahaja turun dari sekolah menengah memang kejutan budaya
sikit sebab di sekolah menengah kita tidak perlu ajar budak itu pegang pensel,
mengeja dan sebagainya. Kita terus bagi [beri] isi pelajaran. Jadi kalau di sekolah
rendah ini kita nak [hendak] kena [perlu] mula dari awal terutama bagi mereka
yang tidak tahu membaca dan menulis lagi belum pandai lagi. Jadi nak [hendak]
kata suka tidak suka itu kedua-duanya ada suka dan dukanya.
RMR: Selain matapelajaran Kajian Tempatan yang Puan ajar sekarang apakah
matapelajaran yang Puan pernah ajar?
SJ: Pernah ajar? Seni. Biasanya sebagai Guru Besar jarang sangat yang dibagi [diberi]
matapelajaran teras sebab kami ini boleh dikatakan sibuk ada masanya terpaksa
keluar, keluar mesyuarat sana sini dan sebagainya ataupun kursus dan sebagainya
jadi kalau ambil matapelajaran teras itu rasa kesianlah pada murid. Kalau kursus
setakat pergi pagi balik petang tidak apa lagi kalau kena [perlu] dua tiga hari
ataupun seminggu memang menjejaskan prestasi murid juga. Jadi kebanyakan

48

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

Guru Besar memang dibagi [diberi] subjek-subjek yang ringan dan yang biasanya
yang tidak melibatkan peperiksaan.
RMR: Bagaimanakah hubungan sekolah dengan masyarakat sekeliling?
SJ: Hubungannya bagus, biasanya kalau sekolah ada buat aktiviti atau program
kerjasama dengan PIBG insyaAllah setakat ini ada hubungan yang baik. Kalau
contohnya kita buat gotong-royong insyaAllah mereka akan datang sekarang pun
PIBG membantu untuk membuat pelbagai projek untuk sekolah.
RMR: Bagaimana pula dengan hubungan Puan dengan jiran di tempat tinggal Puan?
SJ: Oh jiran, baik alhamdulillah.
RMR: Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat tinggal Puan?
SJ: Biasanya, sebab kawasan tempat tinggal saya itu ramai yang bekerja jadi kami
memang ada persatuan, Persatuan Penduduk dan kebanyakan aktiviti itu
melibatkan keagamaan dan juga perayaan. Misalnya aktiviti solat hajat yang baru
lepas kami adakan untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan, semua
peperiksaan. Biasanya jamuan, mesyuarat, aktiviti yang macam itulah. Kalau
jamuan raya itu memang tidak miss [lepas].
RMR: Di manakah perjumpaan tersebut selalu diadakan?
SJ: Kalau mesyuarat-mesyuarat itu kami bergilir-gilir adakan di rumah-rumah AJK,
bergilir-gilir. Kalau kali ini di rumah pengerusi, mesyuarat sekali lagi di rumah
SU ataupun ahli-ahli yang lain siapa yang volunteer [sukarela] yang nak
[hendak] menggunakan rumah mereka. Tetapi kalau acara-acara itu jamuan, solat
hajat dan sebagainya memang kita akan buat di kawasan lapang di padang
ataupun ada gelanggang serbaguna di situ kami sewa khemah, kerusi, meja dan
sebagainya.

49

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

RMR: Bagaimana hubungan sekolah ini dengan bekas-bekas pelajar?


SJ: Bekas pelajar? Ada juga bekas-bekas pelajar datang membantu kalau kita adakan
aktiviti-aktiviti yang besar contohnya sukan. Ramai murid-murid, bekas-bekas
pelajar yang sudah pun ke sekolah menengah, apabila ada aktiviti yang macam
itu mereka akan tolong membantu sebagai AJK.
RMR: Ada atau tidak bekas pelajar ini kembali berkhidmat disekolah ini?
SJ: Ada, kita ada setakat ini Cuma seorang sahaja, seorang lagi sudah berpindah, dia
bekas pelajar sini apabila dia tamat kursus merantau juga selama setahun dua
ataupun beberapa tahun kemudian kembali bertugas di sini iaitu cikgu Mohamad
Nor Jailani bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris dan guru IT, penyelaras ICT.
RMR: Secara peribadi bagaimanakah Puan memberi galakan kepada murid-murid?
SJ: Selalunya galakan memberi hadiah sahaja. Murid-murid yang akan mengambil
peperiksaan UPSR memang saya iklankan dari awal siapa yang dapat lima A
dalam setiap ujian mereka saya suruh datang ke pejabat dan tuntut hadiah.
Memang saya sediakan hadiah secara peribadi.
RMR: Selalunya hadiah apa yang diberikan?
SJ: Hadiah itu tidak adalah barang yang mahal sam ada pensel ataupun buku nota
yang fancy [beraneka warna] sikit, budak-budak suka macam itu. Tetapi bagi
saya nilai hadiah dan rupa hadiah itu tidak penting, yang penting dari siapa dia
dapat hadiah itu. Dia akan bangga, dia akan tunjuk dekat [kepada] kawan-kawan
dia Guru Besar bagi [beri] hadiah. Dia akan --- kalau orang yang sama macam
Abul tadi dia kumpul hadiah itu. Saya pun memang selalu beritahu murid-murid
itu awak kumpul seberapa banyak hadiah dari saya tengok siapa yang paling
banyak dan mereka memang berlumba nak [handak] dapatkan hadiah itu.

50

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

Memang hadiah itu tidak mahal, saya pun tidak mampu nak mahal-mahal sebab
ada kalanya mereka ramai juga.
NAM: Untuk menjaga kesihatan apakah yang Puan amalkan?
SJ: Diet seimbang pun ya tetapi ada masanya tergelincir juga. Kemudian saya
mengamalkan makanan kesihatan yang berasaskan herba yang dirumus mengikut
piawaian yang diluluskan oleh kementerian kesihatan.
NAM: Boleh kami tahu apakah produk yang Puan amalkan?
SJ: Oh produk. Nak tahu produk kena [perlu] jadi ahli (sambil ketawa kecil). Saya
mengamalkan produk DCL di mana dia menggunakan seratus peratus bahan
herba tidak ada bahan-bahan kimia dan produk ini pun saya baru amalkan.
InsyaAllah rasanya dia bersesuaian dengan badan saya.
NAM: Sudah lamakah Puan menggunakan produk ini?
SJ: Baru juga dalam beberapa bulan ini dan nampaknya seperti yang saya kata
bersesuaian dengan badan. Masalah kesihatan pun semakin berkurangan dan
saya akan terus amalkan produk ini.
NAM: Seperti yang Puan telah katakan tadi, Puan akan bersara pada umur 56 tahun,
bilakah agaknya?
SJ: Oh bilakah agaknya, lebih kurang tahun hadapan saya akan mencapai umur lima
puluh enam pada bulan April. Biasanya orang bersara mengikut tarikh lahir.

TAMAT KASET 2 BAHAGIAN A: KASET 2 BAHAGIAN B


NAM: Puan akan bersara pada umur 56 tahun, agaknya bila Puan akan bersara?

51

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Umur lima puluh enam saya mencapai pada tahun hadapan bulan April, jadi
insyaAllah saya akan bersara pada tahun hadapan itu seandainya diluluskan
permohonan saya itu.
NAM: Setelah Puan bersara adakah Puan masih berminat untuk meneruskan kerjaya
ini?
SJ: (Sambil ketawa) Rasanya tidak tetapi seandainya setelah bersara, seandainya saya
rasa teringin untuk berkecimpung dalam pengajaran ini lagi mengajar, saya boleh
memohon melalui KGSK iaitu Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan di mana
kumpulan ini merupakan kumpulan guru-guru pencen. Apabila kita menjadi ahli
KGSK kita layak untuk menjadi sebagai guru ganti kalau nak mengajar. Guru
ganti contohnya kalau ada guru yang pergi kursus kita dibenarkan mengajar dan
diberi gaji. Sambilan maksudnya.
NAM: Apakah amanat yang ingin Puan sampaikan sebelum Puan bersara?
SJ: Amanat kepada siapa?
NAM: Sekolah.
SJ: Sekolah, oh. Amanat kepada guru-guru ataupun murid. Kepada guru menjalankan
tugas dengan dedikasi dan ikhlas, kepada murid belajar bersungguh-sungguh dan
ikut kata guru sebab setiap guru dia akan mengajar benda yang baik, guru yang
baik akan mengajar benda yang baik. Jadi ikutlah cakap guru dan hormati orang
yang lebih tua. Itu sahaja kalau kepada murid.
NAM: Baiklah, apakah kata-kata akhir Puan sebelum kami mengakhiri temubual ini?
SJ: Kepada anda berdua, saya ucapkan semoga berjaya dalam tugasan ini dan
mendapat markah yang terbaik.
NAM: Terima kasih Puan.

52

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SJ: Sama-sama

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Samilah Binti Jusoh dengan sesi temubual itu
tadi. Demikian tadi mengenai pengalaman Puan Samilah Binti Jusoh sebagai Guru
Besar. Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian
beliau memberi maklumat mengenai peristiwa yang berlaku. Semoga hasil rakaman
ini akan memberi manfaat kepada pendengar, penyelidik dan juga generasi akan
datang. Sekian terima kasih.

TAMAT KASET 2 BAHAGIAN B

53

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

4.0 SENARAI SOALAN


Latar Belakang
1.

Bilakah dan di manakah Puan dilahirkan?

2.

Siapakah nama ibu bapa Puan?

3.

Pekerjaan ibu bapa Puan?

4.

Ibu bapa Puan berasal dari mana?

5.

Berapakah bilangan adik beradik Puan?

6.

Puan adalah anak ke berapa di dalam keluarga?

7.

Siapakah nama suami Puan dan apakan pekerjaannya?

8.

Boleh saya tahu sekolah apa? Nama sekolah?

9.

Bilakah Puan mendirikan rumah tangga?

10.

Puan mempunyai berapa orang anak?

11.

Boleh Puan ceritakan sedikit latar belakang pendidikan dan kerjaya anak-anak Puan?

Pendidikan Awal
12.

Bolehkah Puan ceritakan kepada kami sejarah pendidikan Puan dari sekolah rendah
hingga menengah?

13.

Adakah Puan aktif dalam persatuan semasa Puan masih bersekolah?

14.

Boleh Puan ceritakan dengan lebih lanjut?

15.

Adakah semasa berpersatuan ini Puan telah mula memegang jawatan-jawatan yang
penting?

16.

Pada pendapat Puan, apakah perbezaan pembelajaran sekarang dengan dahulu?

17.

Dimanakah Puan menyambung pengajian selepas tamat sekolah menengah?

18.

Bidang apakah yang telah Puan pilih?

19.

Adakah Puan meminati bidang yang Puan pilih?

20.

Adakah Puan menerima mana-mana biasiswa atau semuanya atas tangungan sendiri?

54

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

21.

2009

Setelah tamat di maktab, adakah Puan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih
tinggi?

22.

Berapa lamakah Puan mengambil masa untuk tamat pengajian?

23.

Bolehkah Puan ceritakan kenangan manis dan pahit sepanjang Puan menjadi pelajar?

24.

Adakah Puan pernah menerima anugerah semasa Puan bergelar pelajar?

25.

Apakah pegangan dan prinsip Puan sebagai pelajar?

26.

Pada tahun berapa Puan menamatkan pelajaran dan memulakan alam pekerjaan?

Latar Belakang Kerjaya


27.

Boleh Puan ceritakan serba sedikit latar belakang sekolah ini, Sekolah Sungai Merab?

28.

Berapakah bilangan pelajar di sekolah ini pada masa sekarang?

29.

Adakah bilangannya meningkat dari tahun ke tahun?

30.

Adakah pelajarnya terdiri daripada satu kaum atau pelbagai kaum?

31.

Pernahkah sebelum ini Puan berkhidmat di sekolah yang mempunyai pelajar yang
berbilang kaum?

32.

Pada pandangan Puan, adakah isu perkauman menjadi satu masalah kepada ihak
sekolah?

33.

Bagaimana pula dengan bilangan guru di sekolah ini pada masa sekarang?

34.

Adakah bilangan guru perempuan mendominasi bilangan guru di sekolah ini?

35.

Apakah pandangan Puan mengenai isu guru lelaki yang semakin berkurangan pada
masa sekarang?

36.

Adakah Puan berpuas hati dengan persekitaran sekolah ini?

37.

Adakah sekolah ini pernah memenangi sebarang anugerah?

38.

Boleh Puan ceritakan pengalaman kerja Puan?

39.

Apakah jawatan pertama yang Puan sandang dan di mana?

40.

Berapakah umur Puan semasa Puan mula-mula berkhidmat di bidang pendidikan?

41.

Apakah pekerjaan sebagai pendidik merupakan cita-cita Puan?

42.

Siapakah yang memberikan galakan dan dorongan untuk Puan menceburi bidang ini?

55

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

43.

2009

Boleh Puan ceritakan di sekolah mana Puan pernah berkhidmat satu-persatu hingga
sekarang?

44.

Pada tahun berapakah Puan dilantik menjadi Guru Besar dan di mana?

45.

Adakah Puan bermula dengan jawatan sebagai seorang guru atau terus sebagai Guru
Besar?

46.

Apakah jawatan Puan sebelum menjawat jawatan sebagai Guru Besar?

47.

Sudah berapa lamakah Puan memegang jawatan sebagai Guru Besar?

48.

Puan berpindah dari satu sekolah ke satu sekolah lain atas sebab kenaikan pangkat atau
atas permintaan sendiri?

49.

Sehingga sekarang sudah berapa sekolah Puan berkhidmat sebagai Guru Besar?

50.

Adakah di antara keluarga Puan yang berkhidmat sebagai pendidik seperti Puan?

51.

Seperti sedia maklum, isu masalah disiplin pelajar semakin menjadi-jadi pada masa
sekarang. Apakah pendapat Puan tentang isu ini?

52.

Siapakah yang patut dipersalahkan, pelajar, sekolah, ibu bapa atau masyarakat dalam
isu ini?

53.

Adakah masalah-masalah ini terjadi di sekolah Puan?

54.

Bagaimana Puan menangani masalah ini?

55.

Kalau macam kesalahan bergaduh selalu denda yang macam mana yang dikenakan?

56.

Adakah campur tangan ibu bapa memberi impak kepada pengurusan sekolah?

57.

Isu saman oleh ibu bapa pelajar terhadap pihak sekolah selalu kita dengar dan sering
tersiar di dada akhbar. Apakah pandangan Puan tentang perkara ini?

58.

Sebagaimana yang kita tahu PIBG adalah satu persatuan yang penting bagi sesebuah
sekolah. Jadi apakah peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG dalam memajukan
sekolah?

59.

Adakah masalah-masalah ini mempengaruhi kehidupan Puan bersama keluarga?

60.

Sebagaimana yang umum tahu tugas sebagai Guru Besar sangat berat dan sibuk, jadi
bagaimanakah Puan membahagikan masa Puan antara kerjaya dan keluarga?

61.

Adakah sekarang Puan masih mengajar subjek atau hanya terlibat dengan bidang
pentadbiran?

56

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

62.

Boleh saya tahu Puan mengajar subjek apa di sekolah ini?

63.

Pada pendapat Puan adakah patut seseorang Guru Besar itu terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah?

64.

Sejajar dengan Wawasan 2020, adakah Puan memberi pendedahan dalam bidang
teknologi maklumat kepada pelajar-pelajar di sekolah Puan?

65.

Apakah usaha dan langkah-langkah pihak sekolah Puan dalam hal tersebut?

66.

Sebagai Pengurus Sekolah adakah Puan menganggap aktiviti kokurikulum penting


kepada pelajar?

67.

Bagaimanakah Puan menangani pelajar yang bermasalah dalam bidang akademik?

68.

Apakah falsafah pendidikan yang Puan pegang selaku Pengurus Sekolah?

69.

Adakah Puan boleh berkomunikasi menggunakan bahasa ketiga?

70.

Adakah Puan rasakan bahasa ketiga amat penting di alam pekerjaan?

71.

Apakah nasihat Puan pada anak-anak muda sekarang yang ingin menceburi alam
pekerjaan?

72.

Adakah Puan akan bersara pada umur 56 tahun?

73.

Setelah bersara, Puan ingin terlibat dalam bidang apa?

74.

Boleh saya tahu, perniagaan dalam bidang, perniagaan yang macam mana yang Puan
hendak meniaga itu?

Pingat Jasa/Anugerah
75.

Adakah Puan pernah mendapat anugerah selama berkhidnat dalam bidang perguruan
ini

76.

Apakah dan bilakah anugerah pertama yang Puan terima?

Mengenai Perguruan (Sebagai Guru Besar)


77.

Secara peribadi, apakah definisi perguruan pada pendapat Puan?

57

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

78.

2009

Sebelum berkhidmat sebagai Guru Besar adakah Puan dihantar untuk menjalani apaapa kursus kelayakan?

79.

Boleh Puan terangkan apa lapan bidang itu?

80.

Boleh Puan terangkan apakah tugas-tugas seorang Guru Besar?

81.

Adakah pemilihan untuk menjadi Guru Besar ini tertumpu kepada kelayakan-kelayakan
tertentu sahaja?

82.

Berapa lama dia bertugas untuk melayakkan dia menjadi Guru Besar seperti yang Puan
kata tadi?

83.

Apa pendapat Puan apabila ramai graduan sekarang yang tidak mendapat pekerjaan
menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan mereka?

84.

Apakah persediaan yang perlu ada untuk memegang jawatan sebagai Guru Besar ini?

85.

Adakah bidang ini mencabar bagi pendapat Puan?

86.

Apakah cabaran dan dugaan yang Puan hadapi sebagai seorang Guru Besar?

87.

Pada pendapat Puan apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang pendidik
yang berjaya?

88.

Bagaimana Puan memimpin pengurusan bawahan Puan supaya mereka dapat


melakukan tugas dengan baik?

89.

Adakah terdapat sebarang masalah komunikasi dengan pengurusan bawahan?

90.

Bagaimana Puan menguruskan arahan-arahan yang diberikan daripada pihak atasan?

91.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan kelancaran sesebuah pentadbiran?

92.

Pada pandangan Puan, adakah kelancaran sesebuah pentadbiran bergantung kepada


struktur pentadbirannya?

93.

Apakah perbezaan yang paling besar antara sistem pembelajaran pada zaman dahulu
dan sekarang?

94.

Adakah sistem pendidikan di Malaysia relevan untuk masa sekarang jika dibandingkan
dengan negara maju yang lain?

95.

Adakah Puan berpuas hati dengan sistem pendidikan di Malaysia?

96.

Jika diberi peluang, apakah yang akan Puan ubah untuk memperbaiki sistem
pendidikan di Malaysia?

58

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

97.

2009

Apakah harapan Puan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Merab pada masa akan
datang?

98. Boleh Puan terangkan apakah Falsafah Pendidikan Negara?


99. Boleh Puan terangjan visi dan misi sekolah ini?
100. Boleh Puan terangkan dengan lebih lanjut tentang visi dan misi sekolah ini?
101. Apakah piagam sekolah ini?
102. Tentang prasarana di sekolah ini, saya difahamkan rupanya sekolah ini sudah lama.
Adakah Puan berpuas hati dengan prasarana di sekolah ini?
103. Jika diberi peluang, apakah penambahbaikan yang ingin Puan lakukan terhadap
prasarana sekolah ini?
104. Boleh saya tahu sekolah ini ada berapa sesi?
105. Bagaimana pula dengan makmal komputer?
106. Berapakah bilangan bangunan di sekolah ini?
107. Adakah Guru Besar ini mempunyai persatuan yang tersendiri?
108. Boleh Puan ceritakan serba sedikit tentang persatuan Guru Besar ini?
109. Adakah Puan memegang sebarang jawatan dalam persatuan ini?
110. Boleh saya tahu siapakah yang menjadi Pengerusi dalam persatuan ini?
111. Siapakah rakan sekerja yang paling rapat dengan Puan sepanjang Puan bergelar Guru
Besar ini?
112. Boleh Puan sebut salah seorang nama Guru Besar yang Puan rapat?
113. Bagaimana pula dengan pelajar? Adakah pelajar yang paling rapat dengan Puan?
114. Sekarang dia berada di?
115. Sebagai Guru Besar apakah pengalaman paling manis yang pernah Puan lalui?
116. Apakah pengiktirafan tersebut yang Puan telah katakan tadi?
117. Pengurusan sesebuah pentadbiran di sekolah berdasarkan apa?
118. Adakah sekolah ini pernah menghadapi masalah alam sekitar?
119. Bagaimana pula dengan masalah fizikal?
120. Sepanjang tahun ini, boleh Puan nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah
ini?

59

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

121. Boleh Puan nyatakan antara aktiviti tersebut?


122. Bagaimanakah sambutan hari merdeka di sekolah ini pada tahun ini?
123. Bagaimana dengan sambutan setiap aktiviti tersebut?
124. Sekarang, seperti yang sedia maklum negara kita dilanda wabak H1N1. Apakah
tindakan sekolah ini tentang isu ini?
125. Adakah kes ini terdapat di sekolah ini?
126. Adakah sekolah ini menerima guru-guru pelatih untuk menjalankan praktikal mereka?
127. Berapa lama suai kenal itu dijalankan?
128. Bagaimana penerimaan sekolah ini terhadap mereka?
129. Setakat ini adakah Puan berpuas hati dengan guru-guru pelatih tersebut?
130. Apakah pandangan Puan tentang guru-guru pelatih tersebut?
131. Sekolah ini sudah semestinya sentiasa menerima guru baru untuk berkhidmat di
sekolah ini. Bagaimana tanggapan Puan terhadap mereka?
132. Puan berpuas hati dengan mereka?
133. Apakah pandangan Puan tentang pelajar dahulu dan sekarang?
134. Puan lebih gemar mengajar di sekolah rendah ataupun menengah?
135. Selain matapelajaran Kajian Tempatan yang Puan ajar sekarang apakah matapelajaran
yang Puan pernah ajar?
136. Bagaimanakah hubungan sekolah dengan masyarakat sekeliling?
137. Bagaimana pula dengan hubungan Puan dengan jiran di tempat tinggal Puan?
138. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat tinggal Puan?
139. Di manakah perjumpaan tersebut selalu diadakan?
140. Bagaimana hubungan sekolah ini dengan bekas-bekas pelajar?
141. Ada atau tidak bekas pelajar ini kembali berkhidmat disekolah ini?
142. Secara peribadi bagaimanakah Puan memberi galakan kepada murid-murid?
143. Selalunya hadiah apa yang diberikan?
144. Untuk menjaga kesihatan apakah yang Puan amalkan?
145. Boleh kami tahu apakah produk yang Puan amalkan?
146. Sudah lamakah Puan menggunakan produk ini?

60

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

147. Seperti yang Puan telah katakan tadi, Puan akan bersara pada umur 56 tahun, bilakah
agaknya?
148. Puan akan bersara pada umur 56 tahun, agaknya bila Puan akan bersara?
149. Setelah Puan bersara adakah Puan masih berminat untuk meneruskan kerjaya ini?
150. Apakah amanat yang ingin Puan sampaikan sebelum Puan bersara?
151. Baiklah, apakah kata-kata akhir Puan sebelum kami mengakhiri temubual ini?

61

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

5.0 LOG TEMUBUAL


KASET 1 BAHAGIAN A

0.47

Latar belakang

Tarikh Lahir : 19 April 1954


Tempat Lahir : Kelantan

3.41

Sejarah pendidikan awal

SK Pengkalan Kubor, Kelantan


SM Jalan Klang Lama
Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah
Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai

8.00

Biasiswa

10.20 Latar Belakang Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

Sekolah Kebangsaan Sungai Merab


Dibuka pada tahun 1936

17.42 Pengalaman kerjaya

Sebagai guru biasa


Sebagai guru penolong
Sebagai Guru Besar

19.37 Jawatan pertama

Guru biasa
SMK Teluk Datuk, Banting

20.48 Sejarah pekerjaan

SMK Teluk Datuk, Banting


SMK Kuala Kurau, Pahang
SMK Cemomoi, Pahang
SMK Serdang
SK Jalan Empat, Bangi

62

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

SK Puchong Jaya, Puchong


21.48 Sejarah kerjaya sebagai Guru Besar

Tahun 2004
SK Puchong Jaya
4 tahun

23.22 Isu- isu di sekolah

Masalah disiplin
Langkah- langkah
Denda
PIBG

KASET 1 BAHAGIAN B

5.30

Anugerah semasa berkhidmat di

Anugerah Khidmat Cemerlang (2002)

bidang perguruan

12.12 Pengalaman sebagai Guru Besar

Cabaran
Ciri- ciri pendidik
Pentadbiran

20.09 Mengenai sekolah

Misi
Visi
Piagam Sekolah
Prasarana sekolah

26.55 Persatuan

Majlis Guru Besar


En. Halim Yazid

63

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

KASET 2 BAHAGIAN A

0.15

Pengalaman manis

0.36

Pengiktirafan

Sekolah Harapan Gemilang (2008)


Johan Pertandingan Choral Speaking
Anugerah Peratus UPSR Tertinggi
Johan Sepak Takraw
Johan Mini Olimpik

3.40

Masalah

Masalah alam sekitar


Masalah fizikal

6.17

Aktiviti- aktiviti sekolah

Peperiksaan
Permainan
Pertandingan
Sambutan Hari Merdeka

13.09 Isu masa kini

HINI
Langkah pencegahan

KASET 2 BAHAGIAN B

0.09

Bersara

April 2009

1.56

Amanat

Amanat kepada guru


Amanat kepada murid

64

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

6.0 INDEKS
A
AADK, 37
Abul Munzeer b. Muhammad Isa, 34
AJK, 32, 42, 43
Anugerah, 8, 13, 15, 16, 21, 24, 27, 48, 50, 56, 57
Anugerah Khidmat Cemerlang, 8, 24, 56
B
BI, 23
BM, 23
C
Cikgu Mohamad Nor Jailani, 43
Cikgu Norizan Abu Bakar, 33
Cina, 14, 23
D
DCL, 44
Disiplin, 2, 6, 14, 15, 19, 49, 56
E
Encik Halim Yazid, 33
F
Falsafah Pendidikan Negara, 3, 5, 23, 29, 52
G
Guru Besar, 8, 9, 16, 18, 21, 22, 25, 26, 27, 32, 33, 34, 35, 37, 41, 43, 46, 49, 50, 51, 52, 55,
56
H
H1N1, 37, 38, 53
I
IAB, 25
Ibu Bapa, 4, 9, 19, 20, 23, 37, 38, 47, 49
ICT, 43
IPGM, 39
India, 14, 15
IT, 43

65

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

J
J-QAF, 32, 36, 37

K
Kajian Tempatan, 22, 41, 53
KGSK, 45
KPM, 12, 35
KTM, 9
L
LADAP, 37
M
Master, 10
Maktab Perguruan Bahasa, 7, 12, 55
Melayu, 4, 7, 14, 15
Melayu Bumiputera, 14
Methodist, 16
MKQ, 16
P
P&P, 41
Pelajar, 1, 3, 4, 6, 12, 13, 14, 16, 19, 20, 23, 27, 30, 33, 40, 42, 43, 48, 49, 50, 52, 53
Pendidik, 15, 17, 19, 25, 27, 49, 51, 56
Pengetua, 16, 22, 25
Pengurus Sekolah, 16, 21, 22, 23, 25, 35, 50
Pentadbiran, 22, 28, 35, 49, 51, 52, 56
PIBG, 21, 37, 38, 42, 49, 56
PJJ, 27
PTK, 26
S
SBT, 23
Sekolah Datuk Abu Bakar Baginda, 33
Sekolah Harapan Gemilang, 34, 57
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, 33
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor, 7, 11
Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya, 8, 14, 18
Sekolah Kebangsaan Sungai Merab, 8, 9, 14, 18, 30
Sekolah Sungai Pelit, 16
Sepang , 16, 17
Sekolah Menengah Jalan Kelang Lama, 7,11

66

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

Sekolah Menengah Jalan Reko, 10


Sekolah Menengah Teluk Datuk, 17
SPM, 10
STAR, 11
SU, 42
U
UiTM, 10
UMP, 10
UPM, 10
UPSR, 16, 27, 34, 37, 43, 57

67

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PUAN SAMILAH BT JUSOH MENGENAI PENGALAMAN DAN


PENGLIBATAN BELIAU SEBAGAI GURU BESAR

2009

7.0 BIBLIOGRAFI

(2009). Tugas guru besar. Retrieved July 23, 2009 from:


http://skdarau.tripod.com/tugasgb.html
(2007). Persatuan kebangsaan pelajar islam Malaysia. Beza guru dahulu dan sekarang.
Retrieved July 23, 2009 from: http://www.pkpim.net/favicon.ico
(2008). Sejarah pendidikan di Malaysia. Retrieved October 6, 2009 from:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=10
57% 3Aseja rah-pendidikan-di-malaysia&catid=36%3Amengenaipendidikan&Itemid=10
(2009). Pendidikan Malaysia. Wikipedia Bahasa Melayu ,ensiklopedia bebas. Retrieved
October 6, 2009 from: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_Malaysia
Puan Samilah Bt. Jusoh ( 2009, September 7) Interviewed by Rohana Bt. Mohamad Rashid.
Shah Alam: Universiti Teknologi Mara

68

You might also like