You are on page 1of 4

SENARAI PERIBAHASA (PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU

TEKS TINGKATAN 1 hingga 3


BIL
1

PERUMPAMAAN/
PEPATAH
Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

Alang-alang berminyak biar licin

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

Alang-alang menyeluk pekasam, Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah


biar sampai ke pangkal lengan
diperoleh hasil daripadanya.

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji
di air mati kehausan
besar (beristerikan atau bersuamikan orang
kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya
dan makmur.

Bagai air mencari jenisnya

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak


berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal
jerih payah.

Bagai ayam disambar helang

Mati tanpa sakit.

Bagai cendawan tumbuh selepas Terlalu banyak pada sesuatu masa.


hujan
Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama
padan seperti cincin dengan permata.

MAKNA

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup Hidup dalam kemelaratan.


segan mati tidak mahu
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan
orang.

10

Bagai layang-layang putus tali

Tiada
berpedoman.
@
sudah
harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11

Bagai menatang minyak yang penuh

Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12

Bagai minyak dengan air

Orang baik kalau duduk dengan orang jahat


tidak akan menjadi jahat.

13

Bagai murai dicabut ekor

Orang yang suka bercakap.


Perempuan yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh
oleh suara Nadiah yang becok bagai murai dicabut ekor.

14
15

Bagai pucuk dilancarkan


Amat cepat.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; Perangai anak biasanya mengikut orang yang

putus

16
17
18

bagaimana
contoh
begitulah
gubahannya
Baik membawa resmi padi daripada
resmi lalang
Belayar sambil memapan, merapat
sambil belayar
Belum duduk sudah berlunjur

mengasuhnya.
Tidak sombong; rendah diri.
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
tercapai.
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki,
sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19

Berat mata memandang berat lagi Betapa berat kita melihat kesusahan yang
bahu memikul
dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
itu pada orang yang menanggungnya.

20

Berjagung-jagung dahulu sementara Sementara menunggu apa yang baik, lakukan


padi masak
juga perkara-perkara yang berfaedah.

21

Biar jatuh terletak, jangan jatuh Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum
terhempas
diberhentikan dengan tidak terhormat.

22

Biar mati anak jangan mati adat

Adat yang tidak boleh dilanggar.

23

Biar putih tulang jangan putih mata

Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24

Carik-carik bulu ayam , lama- Perselisihan faham antara saudara-mara dan


kelamaan bercantum juga
adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan
berbaik semula.

25

Diam-diam ubi berisi; diam-diam Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
besi berkarat
daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26

Diibaratkan
sebagai
ditumpil, lemah dianduh

27

Dimana ada kemahuan, disitu ada Seseorang yang bercita-cita


jalan
berusaha untuk mencapainya.

28

Genggam bara api biar sampai jadi Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,
arang
hendaklah
sabar
sehingga
mencapai
kejayaannya.

29

Harimau mati meninggalkan belang; Orang baik meninggalkan nama baik, orang
manusia mati meninggalkan nama
jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan
budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30

Hendak belajar berenang dapatkan


itik, hendak belajar memanjat
dapatkan tupai
Hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih
Ibarat burung, mata terlepas badan
terkurung

31
32

33

condong Memberi pertolongan kepada orang-orang di


dalam kesusahan.
tinggi

akan

Hendak
mengetahui
sesuatu
perkara
bertanyalah kepada orang yang mahir tentang
sesuatu perkara itu.
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis
itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

Jika ada kemenyan sebesar lutut Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang

34

pun, jika tidak dibakar tidak akan lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu
berbau
sahaja.
Kalau tak berada-ada tak akan Tentu
ada
sebab
yang
tersembunyi
tempua bersarang rendah
menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap
kejadian meninggalkan kesan.

35

Kalau tiada rotan akar pun berguna

36

Kalau tidak dipecahkan


manakan dapat sagunya

37

Kalau tidak kerana angin tidak akan Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebabpokok bergoyang
sebabnya.

38

Perempuan serasan, lelaki pemalu

Pegangan hidup yang tidak serupa.

39

Sebagai gembala diberi keris

Orang yang mendapat sesuatu yang tidak


berguna.

40
41

Sekali membuka pura, dua tiga Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
hilang berbayar
tercapai.
Semacam besar pacak daripada tiang Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42

Seperti air dalam dulang

Negeri yang aman sentosa.

43

Seperti api di dalam sekam

Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam


atau tanpa disedari

44

Seperti aur dengan tebing

Dua orang yang berkawan rapat dan saling


membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup
menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur
dengan tebing.

45

Seperti aur ditarik songsang

Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan


kerana sudah tersalah jalan.

46

Seperti embun dihujung rumput

Tidak kekal

47

Seperti harimau menyembunyikan Orang yang menyembunyikan kelebihannya.


kukunya
Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu
pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar
itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir
kerana kedegilannya.

48

Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak


dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

ruyung Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak


berusaha.

49

Seperti lintah menghisap darah

Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan


cara lemah lembut.
Selalu bergerak dengan cepat.

50

Seperti lipas kudung

51

Ular menyusur akar tidak akan Orang besar yang merendahkan diri tidak akan
hilang bisanya
jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan

orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular


menyusur akal takkan hilang bisanya.
52

Yang dikejar tak


dikendong berciciran

dapat

yang Terlalu tamak untuk mencari keuntungan


hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang
sudah dimiliki.

You might also like