You are on page 1of 9

TAJUK

Dusun Pak Long

Ciri-ciri Buah Durian


kulit

isi

akar

Objektif
Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1.

memahami maklumat dalam


bahan multimedia Dusun Pak
Long dengan tepat.

2.

membina dan menulis ayat


majmuk.

DUSUN PAK LONG


Adam
: Pak Long, mengapakah buah durian digelar Raja Buah?
Pak Long : Buah durian digelar Raja Buah kerana baunya yang harum
dan rasanya yang lazat.
Adam
: Mengapakah buah ini diberi nama durian?
Pak Long : Buah ini diberi nama durian kerana kulitnya berduri.
Adam
: Mengapakah pokok durian mempunyai akar tunjang, Pak
Long?
Pak Long : Pokok durian mempunyai akar tunjang kerana ia dapat
menguatkan pokok.
Adam : Mengapakah anak pokok durian memerlukan air yang
cukup?
Pak Long : Anak pokok durian memerlukan air yang cukup
supaya pokok itu lebih subur.

Soalan 1

Apakah jenis buah-buahan tempatan yang kamu tahu ?


Soalan 2

Mengapakah buah durian disukai ramai?


Soalan 3

Apakah makanan yang dapat dihasilkan daripada


buah durian?

KATA HUBUNG

Kenal pasti kata hubung dalam


Dialog Dusun Pak Long

KATA HUBUNG

Kata hubung yang terdapat di dalam dialog.

supaya

kerana

dan

LATIHAN PENGAYAAN

Bina ayat berdasarkan kata hubung di bawah.

supaya

kerana

dan

LATIHAN PEMULIHAN

Isi tempat kosong berdasarkan kata hubung yang sesuai.


1. Ibu ___________ ayah pergi ke dusun
rambutan.
2. Pokok durian yang ditanam oleh Pak Ali tidak
subur __________ tidak cukup baja.
3. Kita perlu membasuh tangan sebelum makan
_________ tangan kita bersih.
4. Pak Manan mempunyai kebun durian ______
langsat.
5. Pokok durian itu tumbang ________ angin
ribut terlalu kencang.

kerana

dan

supaya

You might also like