You are on page 1of 5

Apa itu Insurans?

Apabila anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada


syarikat insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang
akan berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila
berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadap anda.
Apakah jenis-jenis insurans?
Terdapat berbagai-bagai jenis insurans untuk melindungi anda dari semua jenis
risiko seperti insurans nyawa, insurans kenderaan dan insurans kebakaran.

Semua jenis insurans termasuk insurans motor bertujuan menolong anda


mengurangkan atau menampung kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu
kecelakaan. Oleh itu, sebuah polisi insurans sebenarnya merupakan sesuatu
kontrak di antara pihak syarikat insurans dan pihak pengguna bahawa pampasan
akan dibayar jika kecelakaan atau kemalangan yang disebutkan di dalam polisi
itu berlaku. Walau bagaimanapun, pampasan hanya akan dibuat bergantung
kepada premium yang dibayar.

Insurans Nyawa

Tujuan insurans nyawa ialah untuk memberi jaminan kewangan kepada anakanak dan tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika
beliau meninggal dunia. Insurans penggal memberi perlindungan insurans untuk
beberapa tahun yang ditetapkan (term). Jika pemegang polisi meninggal dunia
dalam tempoh itu, keluarga beliau akan mendapat jumlah yang diinsuranskan.
Tetapi jika pemegang polisi tidak meninggal dunia dalam jangka masa yang
ditetapkan itu, beliau tidak akan mendapat apa-apa dari syarikat insurans
berkenaan. Keistimewaan insurans penggal adalah premium yang dibayar adalah
lebih rendah berbanding dengan insurans lain.

Untuk jenis insurans yang lain seperti insurans endowmen, polisinya ialah untuk
jangka waktu tertentu. Pemegang polisi akan menerima jumlah yang
diinsuranskan pada akhir tempoh yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang polisi meninggal dunia sebelum
tempoh yang ditetapkan, keluarganya berhak menerima bayaran daripada polisi
tersebut. Bagi polisi insurans nyawa seumur hidup, pemegang polisi membayar
premium untuk seumur hidup. Apabila pernegang polisi meninggal dunia,
keluarga beliau akan menerima kesemua jumlah wang yang diinsuranskan. Jika
pemegang polisi menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30 tahun, sebelum
kematiannya seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan mendapat
balik sejumlah wang yang tertentu - iaitu jumlah yang beliau telah bayar campur

dengan sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang insurans


berkenaan.

Jenis insurans yang akan memberi faedah adalah satu polisi yang dapat memberi
perlindungan maksimum dengan kos yang minimum.

Untuk maklumat lanjut tentang insurans hubungi :

1. Persatuan Insurans Am Malaysia


Tingkat 3, Wisma PIAM
150 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

2. Persatuan Insurans Nyawa Malaysia


49, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.

Panduan Untulk Membeli Insurans

Pastikan ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am


Malaysia (PIAM).

Bacalah polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang


terkandung di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau
rakan-rakan yang mungkin telah mengambil polisi yang sama.

Pastikan semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas


dalam perjanjian.

Insurans Motor

Perlindungan insurans motor ialah satu kemestian bagi semua kenderaan yang
digunakan di jalanraya.
la adalah untuk menjamin supaya pemandu-pemandu dilindungi daripada liabiliti
(tangungan) yang mungkin wujud jika berlaku sesuatu kemalangan. Jenis
insurans kenderaan yang biasa ialah Polisi Pihak Ketiga dan Polisi Komprehensif.
Perlindungan lain bolehlah diperolehi mengikut pilihan pemegang polisi.

Apa itu Polisi pihak ketiga (third party)/polisi komprehensif?

Polisi pihak ketiga /(Third Party Policy) - jika anda memandu kereta dan
melanggar kereta milik B, di bawah insurans pihak ketiga, syarikat insurans anda
hanya akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan terhadap
kecederaan, kematian pemandu atau penumpang kereta B dan juga kepada
kereta B sahaja.

Polisi Komprehensif
Jika perkara yang sama berlaku dan anda memegang polisi insurans
komprehensif, anda adalah dilindungi daripada liabiliti yang wujud akibat
kematian atau kecederaan anggota badan pemandu atau penumpang dan kereta
B serta kerosakan yang berlaku ke atas kereta anda. Syarikat insurans juga akan
membayar gantirugi kepada anda sekiranya kereta anda hilang, dicuri ataupun
musnah akibat kebakaran.

Apa yang patut anda lakukan semasa mengisi Borang Cadangan?

Semasa mengisi Borang Cadangan, anda mestilah menyatakan segala fakta


material yang dikehendaki setakat yang anda ketahui. Fakta-fakta material ini
akan mempengaruhi syarikat insurans sama ada akan menerima atau menolak
cadangan anda ataupun mengenakan bayaran tambahan. Di dalam Insurans
Kehidupan atau Nyawa, fakta-fakta mengenai kesihatan dan pekerjaan anda
merupakan fakta material.

Bagi insurans motor pula, rekod kemalangan, pengubahsuaian yang dilakukan ke


atas kenderaan, umur kenderaan serta umur, pengalaman dan pekerjaan pemilik
kenderaan adalah fakta material.

Apa yang terjadi jika ejen insurans melakukan kesilapan atau mengisi
maklumat yang tidak benar?

Sekalipun perkara ini berlaku bukan disebabkan kesilapan anda, Syarikat


Insurans boleh menolak kontrak. Oleh yang demikian, anda hendaklah sentiasa
membaca apa yang ditulis atau diisi secara teliti sebelum menandatangani
borang cadangan insurans motor.

Apa dia Nota Lindungan (Cover Note)?

Setelah anda membayar premium, ejen akan mengeluarkan nota


perlindungan (covernote)sebagai perlindungan sementara sebelum syarikat
insurans memutuskan sama ada untuk membatalkan atau menerima cadangan

anda. la akan tamat sama ada selepas tarikh tamat nota berkenaan atau apabila
cadangan anda ditolak atau bila polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans.

Pastikan anda mendapat satu salinan nota perlindungan yang dilengkapi dengan
segala keterangan mengenai perlindungan insurans motor seperti jumlah
diinsuranskan, premium, ekses dan tempoh perlindungan selepas membayar
premium kepada ejen insurans.

Sila hubungi syarikat insurans anda sekiranya anda tidak menerima polisi
insurans selepas 30 hari.

Apa yang patut anda lakukan sernasa mernpertimbangkan untulk


membeli polisi?

1 . Sentiasa membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat polisi.

2. Jangan membeli polisi insurans hanya kerana desakan dari ejen insurans.
Lakukan hanya apabila anda sudah mengetahui apakah sebenarnya polisi
berkenaan dan jika anda memerlukannya. Walau bagaimanapun, di bawah
undang-undang, anda perlu memiliki insurans kenderaan bermotor.

3. Apabila anda sudah memiliki polisi tertentu anda mestilah sentiasa menepati
bayaran premium yang ditentukan.
4. Jika anda mengambil terlalu banyak polisi, syarikat insurans mungkin akan
meraguinya dan mungkin akan membatalkan polisi anda.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda ditimpa kemalangan

Buat laporan kepada pihak polis dalam masa 24 jam mengenai kemalangan
berkenaan.

Maklumkan syarikat insurans anda secara bertulis dengan secepat mungkin


segala butir-butir mengenai kerosakan ataupun kehilangan yang berlaku
denganmenyertakan laporan polis. Tempoh masa yang munasabah untuk
melaporkan kepada syarikat insurans adalah 14 hari. Walau bagimanapun, untuk
kes-kes yang melibatkan kecederaan anggota badan, di mana pemegang polisi
dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, mereka hendaklah melaporkan
kepada syarikat insurans sebaik sahaja berupaya untuk berbuat demikian. Jika
ada kes, pihak lain mendakwa anda dan anda menerima saman ke Mahkamah,
jangan sekali-kali mengaku salah tetapi maklumkan perkara ini kepada syarikat

insurans anda. Jika anda tidak berbuat demikian, syarikat insurans mungkin tidak
akan bertanggungjawab mempertahankan kepentingan anda apabila ada
tuntutan terhadap anda atau tuntutan ke atas kerosakan kenderaan orang lain.

Perkara Yang Perlu Diingat

Adakah anda memiliki polisi insurans kenderaan bermotor atau polisi insurans
nyawa? Sudahkah anda membaca terma dan syaratsyarat polisi berkenaan?
Adakah anda mengetahui bahawa anda terikat kepada berbagai terma dan
syarat?
Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.

You might also like