You are on page 1of 1

Karangan : Aku sebuah kereta

Pendahuluan :
Aku sebuah kereta nasional Malaysia .Namaku Myvi EZi premium yang kuasa
1300cc Automatic.Aku diperbuat daripada kaca ,plastic,komponen-komponen
elektronik ,kepingan aluminuim,besi .Badanku berwarna metallic putih .Aku juga
dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan ,radio ,bag udara keselamatan .Aku
dihasilkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd yang terletak di Perindustrian
Rawang,Selangor.
Isi-isi Penting :
Setelah siap dibuat,Aku diperiksa dengan teliti kemudian dipandu uji untuk
memastikan keselamtan. Selepas itu ,aku bersama rakan rakan lain telah diangkut
sebuah trek yang besar sedia menunggu luar kilang untuk dihantar ke kedai
peredaran Perodua Cawangan Butterworth.Pulau Pinang.
Setibanya di sana, aku diletakkan tanda harga lalu dipamerkan di ruangan
pameran. Disana, aku berpeluang berkenalan dengan model kereta yang berlainan
misalnya Viva ,Kancil ,Alza ,Kenari ,Kelisa dan sebagainya.
Setelah dipamerkan beberapa minggu datangnya seorang pemuda ke sana.Dia
memberitahu kepada jurujual bahawa dia penuh minat atasku.Selepas aku pandu
uji .Dia mengambil keputusan untuk membeliku dengan harga RM53799.00 iaitu
wang muka 10% dan bakinya dengan pinjaman wang dari Hong Leong Berhad
selama 5tahun secara ansuran .
Tuan aku memandu aku ke tempat kerja .Rupa-rupa tuanku bekerja sebagai
seorang jurutera di syarikat pembinaan yang terkenal .Tuan aku juga seorang yang
bertanggungjawab dan rajin.Walaupun dia sibuk dengan kerjayanya tetapi dia
meluangkan masa untuk membawa sekeluarganya bersiar-siar . seminggu sekali
aku dicuci supaya kelihatan sentiasa bersih lagi berkilat.
Kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari ,Pada suatu hari
tuan aku memandu aku dalam perjalanan pulang ke rumah .Dalam perjalanan
sebuah lori yang hilang kawalan telah merempuh aku dan aku telah terbabas lalu
menghempas ke sebatang tiang jalan .Aduh,sakit nya sendi dan badanku
remuk .Tuan aku pula tersepit dalam badanku .Badannya berlumuran darah dan
tidak sedarkan diri.Aku terasa nafasku semakin sesak dan nadiku semakin
lemah.Tiba-tiba aku mencium bau petrol dan tidak kemudian aku terbakar lalu
meletup .Tuan aku juga terkorban dalam kemalangan itu.Beginilah nasibku yang
malang sebagai sebuah kereta.