You are on page 1of 2

13,359 pelajar terlibat salah laku

disiplin berat
07 November 2014 2:14 AM
21 0 Google +1

KOTA KINABALU 6 Nov. Kementerian Pendidikan merekodkan


sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau
yang berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun
ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof
berkata, kesalahan yang dilakukan kumpulan pelajar tersebut
melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah,
vandalisme dan kes buli.
Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 4,568 murid
terlibat dalam kes yang berunsur jenayah, termasuk melakukan
kegiatan jenayah berat seperti gangsterisme yang membawa
kepada siasatan pihak polis.
Kita sememangnya memandang serius dalam semua kes yang
melibatkan masalah disiplin pelajar sama ada ia jenayah
gengsterisme, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan
buli.
Pihak kementerian konsisten dalam mengenakan tindakan
terhadap sekolah atau asrama yang gagal menangani isu
seumpama ini.
Tiada kompromi dengan perkara ini, malah tindakan tegas
dikenakan kepada mana-mana pelajar terlibat termasuk
dibuang sekolah atau asrama, sementara bagi kes yang di
bawah pihak polis kita serahkan kepada pihak berwajib itu
untuk melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya, katanya
dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Khair berkata, daripada jumlah keseluruhan
kes salah laku disiplin berat atau berunsur jenayah bagi tempoh
setengah tahun ini, kes buli melibatkan 1,314 pelajar di sekolah
atau asrama.
Walau bagaimanapun katanya, jumlah murid yang terlibat
dalam kes buli bagi tempoh tersebut mencatat penurunan,

berbanding 2012 sebanyak 2,282 orang dan sebanyak 1,445


orang pada 2013 untuk tempoh sama.
Tegasnya, bagi menangani masalah dan disiplin pelajar, setiap
asrama sekolah di negara ini khususnya di bawah kementerian
telah ditetapkan untuk mempunyai senarai warden yang
bertugas bagi memantau aktiviti harian murid.
Jelanya, kumpulan guru yang bertindak sebagai warden telah
diberikan prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi
sebarang masalah disiplin termasuk kemungkinan terjadinya
kes buli.
SOP memang sudah ada dari segi bagaimana tindakan akan
dilakukan, cara hendak menguruskan kes kesalahan dan
seterusnya melaporkan insiden yang berlaku. Kita ada operasi
1, 3, 7 iaitu hari pertama melaporkan kejadian, dalam masa
tiga hari sudah tahu apa yang telah berlaku dan selepas tujuh
hari laporan lengkap harus diserahkan, katanya.
Tambahnya, bagi mengatasi masalah disiplin pelajar dan
membentuk jati diri baik dalam kalangan pelajar, setiap sekolah
menyediakan dua program kaunseling iaitu Pengurusan Disiplin
Murid yang melibatkan guru disiplin dan Khidmat Kaunseling.
Sementara itu, katanya, cadangan memasang kamera litar
tertutup (CCTV) memang sudah ada terutama di kawasan
sekolah bagi menjaga keselamatan harta benda, namun tidak
di dalam bilik asrama kerana ada segelintir ibu bapa yang tidak
bersetuju dengan tindakan itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/13-359-pelajar-terlibat-salah-laku-disiplin-berat1.21677#sthash.pJr5FIjl.dpuf

You might also like