You are on page 1of 11

Pengenalan dan pembinaan Tamadun China

Tamadun china merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Tamadun ini
dibina dan diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada
kegemilangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera,
unsur moral, penciptaan dan sains. Kegemilangan ini membawa kemajuan dan
kemakmuran kepada tamadun ini serta memberi sumbangan kepada kehidupan
masyarakat di dunia pada hari ini.

Tamadun china juga menyamai tamadun-tamadun tua yang lain seperti tamadun
Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek. Walaupun
kemunculannya tidak sama namun pencapainya adalah standing dengan
tamadun-tamadun tadi. Sebagai contoh pembinaan Tembok Besar China
merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di dunia. Ia seiringan dengan
Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan Taj Mahal di India.

Tamadun china boleh dibahagikan kepada beberapa tahap pembinaan,


perkembangan dan kejatuhan. Namun tahap-tahap ini bukanlah satu yang selalu
mencapai zaman kegemilangan tapi arus perubahan masa membantu ketahanan
tamadun china dan jadi lebih gemilang.

Zaman pembinaan:
Tahap terawal pembinaan tamadun china. Peringkat ini muncul kerajaankerajaan yang bersilih ganti seperti Dinasti Hsia, Dinasti Shang, Dinasti Chou,
Dinasti Chin dan Dinasti Han. Tahap ini penting dengan kemunculan satu
system politik monarki dan era feudalism. Selain itu, zaman ini juga dikenali
sebagai Zaman Berperang atau Zaman Musim Luruh dan Musim Bunga.
Peperangan dapat dipadamkan apabila muncul Negeri Chin yang dipimpinkan
oleh Shih Huang-ti. Beliau berjaya menyatukan china menerusi military dan
perluasan empayar dan menjalankan dasar tegas dalam soal bahasa, ekonomi,
falsafah dan pentadbiran. Namun Dinasti Chin wujud tidak lama dan berakhir
dengan kemuculan Dinasti Han.
Zaman keagungan:
Dinasti Han merupakan dinasti teragung dalam sejarah
Tamadun China. Hal
ini kerana Dinasti Han dikagumi oleh masyarakat China sehingga mengelarkan
diri mereka sebagai orang Han. Antara pencapaian agung dalam Dinasti ini ialah
bidang pentadbiran kerana mempunyai system pemerintahan yang cekap dan
berkesan bagi seluruh wilayah. Keagungan ini berakhir apabila berlaku
pemberontakan dalaman. Keadaan ini membawa kepada zaman kekacauan dan
perpecahan selama 350 tahun. Walaupun pada awalnya China dapat disatukan

dibawah Dinasti Chin Barat. Namun perpaduan ini gagal bertahan lama atas
sebab pemberontakan yang dilakukan oleh lapan orang putera maharaja dan
serangan orang kasar. Kestabilan dan keamanan di China digangukan dan
zaman ini berakhir apabila Dinasti Sui menyatukan China. Tetapi Zaman
pemerintahan Dinasti Sui adalah singkat kerana Maharaja Yang Ti menjalankan
dasar penindasan ke atas rakyatnya dan timbul pemberontakan dalam negeri.
Dengan itu, Dinasti Tang mengantikannya dan berjaya membina keagungan
Tamadun China. Pencapaian yang dicapai oleh dinasti ini serupa dengan
pencapaian yang dihasil oleh Dinasti Han. Negara China disusun semula dengan
pentadbiran yang teratur. Sistem banci dan kerahan dipulihkan semula.
Manakala Empayar Tang dibesarkan lagi sehingga melebihi keluasan empayar
Zaman Han. Keistimewaan Dinasti Tang adalah zaman keemasan dalam bidang
kesusasteraan Cina.
Zaman peralihan:
Zaman ini merupakan zaman pencerobohan orang gasar ke atas China sehingga
membawa kepada China diperintah oleh orang luar. Dua pemerintahan asing
muncul di Negara China ialah pimpinan orang Mongol dan orang Manchu.
Namun pada masa itu orang cina cuba membebaskan diri daripada penaklukan
asing ini. Dengan itu, Dinasti Ming telah muncul di tengah-tengah dua dinasti
asing dan usaha untuk memulihkan kerajaan dalam keadaan ketenteraman.
Namun demikian akibat daripada kelalaian dan sikap yang tidak menjalankan
interaksi positif akhirnya Tamadun China menghadapi ancaman dari kuasa
Barat pada abad ke-19.
Zaman moden:
Zaman ini dilihat sebagai tahap pencerobohan kuasa asing di China. Hal ini
demikian kerana sikap yang tidak berubah-ubah. Tamadun China hampir
mengalami keruntuhan, namun nilai-nilai lama yang ada pada tamadun ini dan
pengalaman para pemimpin Cina membuatkan tamadun ini kekal hingga hari
ini.
Agama dan falsafah dalam Tamadun China
Falsafah yang terdapat terdapat dalam Tamudun China ialah
1. Konfusianisme
Pengajaran utama Konfusius menekankan pengalaman nilai dan sifat moral yang
mulia,terutamanya mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), ketaatan kepada ibu
bapa (xiao).

2. Buddhisme China
Asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang
merupakanakar kepada pelbagai masalah manusia.
Hawa nafsu dapat dihindarkan melalui Jalan Lapan Lapis yang mengadungi 8 aspek penting
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi
pemahaman yang betul (right understanding) dan permikiran yang betul (right thought) ;
kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul (right speech), tindakan
yang betul (right action) dan cara hidup yang betul ( right livelihood) ; dan ketiga, sila
(moral) yang meliputi usaha yang betul (betul effort), pertimbangan yang betul (right
mindfulness), dan tumpuan yang betul (right concentration).
3. Daoisme
pengajarannya ialah menjaga keharmonian manusia dengan alam.
4. Moisme
Penekanankan masyarakat dan politik yang baik berdasarkan pengaruh alam.
5. Legalisme
Pendahuluan- Merupakan salah satu tamdun yang tertua di dunia.- Tamadun China
bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).- Budaya yang lahir di dua kawasan ini
dikenali sebagai The Painted Culture dan The Black Pottery Culture. Latarbelakang
Perkembangan Tamadun
Chinaa) Zaman Permulaan- Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia,
Shang dan Chou.- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal.- Peperangan merupakan
ciri utama pada tahap ini.- Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The
Hundred Schools of Thought.
b) Zaman Pertengahan/keagungan- Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan
Tang.- Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun
China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang sains, kesusasteraan, pentadbiran,
agama dan sebagainya. c) Zaman Peralihan- Zaman ini merujuk kepada
kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas
China.- Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar.- Abad ke-13,
China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song.China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- Abad ke-15,
China sekali lagi diperintah oleh orang asing orang Manchu.
d) Zaman Moden- Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada
China.- Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina.- 1839-1842
China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu.- Barat memperkenalkan konsep
Most Favored Nation>China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan Gerakan Menguatkan Diri
(1861-1895) dan Reformasi Seratus Hari (1898) tetapi gagal.
SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH Kepercayaan Masyarakat
China- Menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan

kepercayaan tradisi dan adat resam.- Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang
dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.- Agama orang Cina
lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan pegajaran ahli falsafah seperti Buddha,
Confucious dan Lao Tze.
Kosmologi Cina a. Tian- Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga.
Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan
hidup seseorang.
b. Di/Ti- Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di
bertindak sebagai penjaga/pemelihara.
c. Dao/Tao- Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan.
Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang. d.
Konsep Yin dan Yang- Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan
pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki aktif, panas,
cerah,kering, keras.- Dalam bentuk fizikal Yang langit dan Yin bumi.
e. Konsep The Golden Mean atau Chung- Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai,
tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan. f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung- Merujuk
kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan serta cara mendapatkan
keseronokan yang maksima.
KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH
CHINA
Confucious- Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m.- Merupakan
pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia.- Ajarannnya
mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek
moyang. Taoisme/Daoisme- Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya The Way and
Virtue>- Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab
mereka untuk mengembalikan keharmonian.- Mendukung aspek dualisme menekankan
keserasian melalui konsep Yin dan Yang.
Legalisme- Dihasilkan oleh Hsun-Tzu.- Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi
merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic.- Pembinaan sesebuah
pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat.- Emosi dan keinginan manusia
mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan. Mo-TzuDilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou.- Menekankan universal love dan
persamaan taraf.- Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan.Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi.
Humanisme- Merupakan asas falsafah
China dan mementingkan soal kemanusiaan.- Menekankan sifat kasih saying dan hormat
menghormati. Kepercayaan dan agama orang Cina penyembahan nenek moyang,
Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama Pembangunan Akhlak, agama Islam, Kristian
dan Ateisme.
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CINA

- Sistem social masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan,


keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan.- Asas
utama hubungan social ini ialah konsep jen-ching tanggungjawab seseorang kepada
keluarga dan masyarakat.- Perkara paling jelas dalam sistem social masyarakat Cina ialah
pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima Hubungan iaitu:a. Hubungan
antara suami dengan isterib. Hubungan bapa dengan anakc. Hubungan adik beradikd.
Hubungan pemerintah dan rakyate. Hubungan antara kawan-kawan
Konsep-konsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat Cina
a. Konsep Ren/Jen- Dalam Analects of Confucious ( Lun-Yu), menjelaskan bahawa Filial
Piety (Hsiao) dan Fraternal Submission (ti) adalah asas kepada kasih sayang dan peri
kemanusiaan. - Confucious menjelaskan Jen love man- Mencius menjelaskan Jen
kebaikan dalaman manusia.- Neo-Confucianisme menganggap Jen mendisplinkan diri
seseorang.- Glongan ortodoks menganggap Jen kunci sebuah kerajaan yang baik. Moral
yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah. b. Konsep Junzi- Junzi membawa maksud
personality yang ideal berbudi bahasa, bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan.
SAINS DAN TEKNOLOGI
CHINA - Asas penting perkembangan sains dan teknologi
China ialaha. Konsep Yin dan Yangb. Teori Lima Unsur
Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China a) Bidang PerubatanBermula sejak kurun ke-2 masehi.- Karya perubatan yang terkenal a. Inner Cannon
(Nei Ching) rekod teori-teori perubatan
China. b. Yellow Emperors Classic of Internal Medicine teori dan falsafah
perubatan
China klasik kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman. c. Treaties on Diseases
Caused by Cold Factors ditulis oleh Chang Chung Ching. d. Material Medica
ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hamper 2,000
jenis perubatan.
b) Bidang Matematik- Dua karya matematik yang terkenal a.
Chou Pei Suan King mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying. b. Chiu
Chan Suan Shu mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori
matematik.- Ahli matematik
China yang terkenal 1. Liu Hiu 2. Li Zhi 3. Li Shanlan
c) Bidang Astronomi- Dinasti Chou pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, komet
dan penggunaan gnomon dan clepsydra. Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan
Teknologi
1. Alkimia
2. kompas
3. serbuk letupan
4. kertas
5. percetakan

6. seismoskop
ISLAM DI
CHINA- Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam
dipercayai telah datang ke
China pada abad ke-17.- Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri
daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek, Baoan dan
Tartar.- Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di
China. Catatan-catatan Tentang Islam di China- Kehadiran 4 orang pendakwah di
China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu:
1.
1. Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
2. Kai-su (Qais bin Hudhafah).
3. Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
4. Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).
- Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik khalifah Bani
Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang).Pada tahun 1224, seorang Islam Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti
Yuan.- Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari
Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah
Yunnan.- Syed Ali Akhbar yang mendiami
Peking (
Beijing) sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh
China.
Pembesar dan Ulama Islam di China- Cheng Ho- Ma Huan menghasilkan buku
Ying Yai Syeng Ian.- Liu Zhi penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi
Muhammad dan lain-lain. Karya beliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku ini
mengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan
Allah.- Ma Hua-Lung pemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikan Chin-chi-pu
sebagai pusat perkembangan Islam.
Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi a. Bidang Perubatan - Banyak
bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke
China. - Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun. - Buku Hui
Yao (kaedah perubatan Muslim). - Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan. Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan sehnyang chiejin tan. - Bai
yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi Huaxi da
yao fa. - Ma yinsheng (1899-1984) pakar doctor wanita. - Yang tuan shen (1898-1953)
mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui. - Buku perubatan mata Bu Chi Fad an
Ben Chao Kan Mu menggunakan kaedah perubatan Islam.
b. Bidang Astronomi dan Matematik- Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke
China yang dikenali sebagai xiyi Lishu.- Penggunaan calendar Islam.- Penciptaan peralatan
astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola

langit, alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan. c. Bidang Ketenteraan- Afendi
Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi.
d. Bidang Ilmu Pengetahuan- Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran,
taman, perkuburan dan seni bina Islam. e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik
Pelayaran- Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik dan
Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran dan pembinaan
kapal.- Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan
kaedah mengukur kedalaman air laut.
KesimpulanTamadun
China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika dibandingkan dengan tamaduntamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh
kepada negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam. Ini melihat kepada
sabda Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi tuntutlah ilmu sehingga ke negeri
China. Soalan PBL
1. Pada pendapat anda, apakah elemen yang paling penting dalam tamadun China?
2. Apakah kelebihan yang ada pada tamadun China jika dibandingkan dengan tamadun
Asia yang lain?
3. Bincangkan mengapakah Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umatnya agar
menuntut ilmu walaupun sehingga ke negeri China. Mengapa tidak negara Arab, India
atau Amerika?
RujukanAzhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd.
Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000.
Gernet, Jacques, A History of Chinese Civilization,
London:Cambridge
University Press, 1996.
Morton,
W.Scott, China: Its History and Culture,
New York, McGraw Hill, 1995. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai
Letchumanan, Tamadun Dunia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999.
Osman Bakar, Calssifiacation of Knowledge in Islam: A Study in Islamic Philosophy of
Science,
Kuala Lumpur:Inst.For Political Research. Wang, Gungwu, The Chineseness of
China, Selected Essays,
Hong Kong:Oxford
University Press, 1991.

7.2.8 Keluarga dan Masyarakat Cina


Walaupun sistem kekeluargaan masyarakat Cina tradisional dan organisasinya
pernah mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang
memusatkan kuasa bapa (patriachy) dan nisab bapa (patrilineat) tetap
berkekalan dan berlanjutan selama beberapa ribu tahun. Sistem kekeluargaan
tradisional Cina berasaskan kuasa bapa ini telah terserap masuk ke dalam
pelbagai aspek kehidupan sosial dan mendatangkan impak yang mendalam
terhadap arah perkembangan kebudayaan Cina dan pembawaan (temperament)
bangsa Cina.
Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan
Cina termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang memusatkan kuasa
bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan,
mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan, mementingkan
pertalian darah dan kaum kerabat keluarga, penguasaan masyarakat
berdasarkan pendidikan yang membezakan nama (mingfen) dan kedudukan
sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan mengagungagungkan zaman silam.

Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun Cina


Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun
Cina berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai
kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta.
Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilainya, yang akan dinyatakan di
bawah adalah hasil daripada humanisme antaranya transendensi dalaman, sifat
sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan
alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan, serta
keharmonian merupakan nilai utama. Tamadun Cina amat berbeza daripada
tamadun- tamadun lain yang berorientasikan teisme atau kepercayaan kepada
satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan pemerintah alam. Sungguhpun
tamadun-tamadun berbeza dari segi orientasi pada peringkat nilai, manusia
dapat berinteraksi dan bekerjasama atas nilai-nilai yang berbentuk sejagat.
Walaupun orang Cina menganggap bahawa prmsip-prinsip moral serta nilai-nilai
murni (Dao) berasal daripada Maha Agung (Tian), tetapi manusia sendiri mampu
menjangkau segala kekangan duniawi lalu mencapai kebijaksanaan dan kesucian
iaitu transendensi bergantung kepada ikhtiar orang perseorangan - transendensi
dalaman. Hal ini dapat dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain yang
berdasarkan teisme dan mementingkan transendensi luaran.
Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu
memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah
dijadikan agenda atau pernah muncul sepanjang sejarah China, sebaliknya
sisrem politik dan pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi-institusi yang

lain dipisahkan daripada agama. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak
ada rasa takut kepada Maha Agung atau Tian.
Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika. Keabsahan kuasa dan
kewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, guru dan ketua keluarga berasaskan
moral yang tinggi sebagai ideologi. Kerajaan dan sistem politik berpadu dengan
akhlak. Berkhidmat dalam kerajaan bermakna dipertanggungjawabkan
mendukung akhlak dan menjadi pegawai kerajaan berakhlak tinggi. Kepentingan
moral begitu dipentingkan sehingga timbul tanggapan menuntut ilmu yang
mendalam tidak bermakna sekiranya tidak berakhlak.
Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri
untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan
akhlak. Dalam proses pembinaan diri ini antara aspek yang perlu diberi
penekanan ialah disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri. Orang
perseorangan mestilah mempunyai batin atau dalaman yang murni dan niat
yang ikhlas. Adalah nyata bahawa yang mencirikan minda orang Cina ialah
personalisme (penyendirian) dan bukannya egoisme atau individualisme yang
agresif.
Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di (langit dan
bumi). Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam
semesta. Manusia harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam
semesta supaya tercapai kesatuan antara kedua-duanya.
Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi
sosial yang terulung dalam tamadun Cina. Negara merupakan lanjutan daripada
keluarga. Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam
keluarga.
Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh kepada humanisme, personalisme
dan moralisme maka pendidikan yang beitradisi panjang diberi penghargaan
yang tinggi. Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang
tertinggi kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan
pekerjaannya. Ibu bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak- anak
kerana pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam
masyarakat Cina tradisional.
Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada
hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok,
keluarga, komumti atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia
dengan alam semesta. Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang
bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.

Falsafah dan Agama Cina


Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspekaspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran
Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada
tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang
terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan

pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai


perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/;) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao).
Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia
(junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme
telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh
yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat
yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan
keanfan (zhi).
Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di
India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun
Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara
China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga
menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga
ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap
berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang
merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun,
dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan
Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan
melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha
Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang
meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding) dan pemikiran yang
betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan
yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup
yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang
betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan
yang betui (Right Concentration).
Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang
dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang
berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action)
atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme
terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao
(daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing
merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana
kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada
pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu
jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan
yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan (inexpressible).
Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan
bersatu dengannya.
Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam
pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam
sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan
mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan
aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang
konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran
Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini
bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.

Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan
dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme
mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap
rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh
Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi
mutlak di negara China.

You might also like