You are on page 1of 18

PENGENALAN

Panggilan tamadun dalam bahasa Inggeris adalah civilizations yang merujuk kepada
istilah ketamadunan. Perkataan civilize merujuk kepada memperbaiki tingkah laku yang
kasar dan kurang sopan serta menyelaraskannya mengikut keperluan masyarakat. Dalam
erti kata lain, ia merupakan suatu dasar perubahan yang mengeluarkan kehidupan manusia
daripada keadaan primitif, Oxford Latin Dictionary (1983). Selain daripada itu, dalam bahasa
Arab pula terdapat beberapa istilah yang sering diguna pakai bagi menjelaskan konsep
tamadun seperti madaniah, hadarah dan tamaddana. Perkataan peradaban lahir daripada
perkataan tamaddana yang mempunyai dua pengertian, iaitu merujuk kepada pembukaan
bandar baru serta perbuatan memperhaluskan budi pekerti. Namun begitu, hasil daripada
maddana muncul pula perkataan madani yang membawa erti pembangunan perbandaran
serta kehalusan budi pekerti yang terpuji, Chandra Muzaffar (2001).
Menurut perspektif Islam pula, perkataan tamadun merangkumi kebudayaan,
peradaban, kemajuan, sopan santun, kebendaan dan kerohanian. Di mana, manusia tidak
akan mencapai etika ketamadunan sekiranya tidak mempunyai masyarakat yang bermoral.
Di samping itu, kemajuan tamadun Islam tidak terbatas kepada aspek kebendaan sematamata, malah kemajuan tersebut mestilah seiring dengan aspek kerohanian. Hal ini demikian
kerana, tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang dibangunkan atas dasar taqwa
dan keredaan Allah SWT yang melengkapi syarat-syarat serta ciri-ciri yang telah ditetapkan
oleh al-Quran dan Sunah sehingga mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni serta
mendapat keampunan Ilahi
Oleh itu, bagi mengeluarkan manusia daripada kepompong kejahilan mereka perlu
didedahkan dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan supaya dapat mengubah cara hidup
mereka kepada keadaan yang lebih baik. hal ini demikian kerana, ketinggian sesuatu
tamadun diukur melalui tahap pencapaian rohani dan jasmani masyarakat sama ada dari
sudut ilmu pengetahuan yang dimiliki atau kemahiran fizikal yang dikuasai. Sambungan itu,
perkembangan ilmu pengetahuan amat penting dalam mewujudkan ketamadunan sesuatu
bangsa, Osman, Azizan Dan Said (2009).
Dalam menyusuri sejarah perkembangan tamadun dunia tentunya kita telah
mengenalpasti sejauhmanakah peranan nilai kepercayaan serta bidang falsafah dalam
usaha membina dan juga meneguhkan Tamadun itu sendiri.

Sebagai contoh Tamadun

China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Tamadun ini dibina dan
diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam
beberapa bidang tertentu. Melihat kepada perkembangan tamadun China sudah tentu akan

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

memberi satu gambaran yang jelas tentang kehebatan dan kepesatan tamadun itu menjadi
sebuah tamadun yang agung khususnya dalam bidang falsafah dan lain lain lagi
Oleh yang demikian, bagi mengupas sejauh manakah peranan nilai kepercayaan
serta kedudukan serta peranan keluarga dalam tamadun China mampu membina serta
meneguhkan tamadun yang di anggap sebagai tanmadun yang mempunyai kegemilangan
yang membawa

kemajuan dan kemakmuran serta mampu memberi sumbangan kepada

kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini.

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

SOALAN : HURAIKAN SECARA KRITIKAL SEJAUH MANAKAH PERANAN NILAI


KEPERCAYAAN ATAU FALSAFAH DALAM MEMBINA DAN MENEGUHKAN TAMADUN
CHINA.

Bagi menunjukkan sejauh mana kesan perkembangan ilmu terhadap tamadun


China, kita boleh lihat dari beberapa sudut pandangan. Menurut Ahmad Bek Kamal, (1990)
menjelaskan pengertian tamadun sebagai penekanan terhadap aspek daya usaha ke arah
mengeluarkan masyarakat daripada suasana hidup liar atau nomad kepada kehidupan yang
lebih sempurna melalui pendidikan dan pembentukan moral. Oleh itu, ketinggian sesuatu
tamadun diukur melalui tahap pencapaian rohani dan jasmani masyarakat sama ada dari
sudut ilmu pengetahuan yang dimiliki atau kemahiran fizikal yang dikuasai. Sambungan itu,
perkembangan ilmu pengetahuan serta nilai kepercayaan dan juga falsafah amat penting
dalam mewujudkan ketamadunan dalam sesuatu bangsa, Osman, Azizan Dan Said (2009).
Bagi kepercayaan masyarakat Tamadun China adalah dengan menganuti pelbagai
aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan juga adat
resam, mereka mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan
kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.
Rajah di bawah menunjukkan nilai kepercayaan menurut ahli falsafah China :

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI PEMIKIRAN FALSAFAH CHINA.

CONFUCIOUS
Ia diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir pada tahun 551 s.m. kepercayaan ini
merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia, nilai
ajarannya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang

TAOISME/DAOISME
Kepercayaan ini dilahirkan oleh Lao Tze dalam hasil tulisan bukunya yang berjudul
The Way and Virtue., ajaran ini menggangap dunia manusia adalah buruk dan menjadi
tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian, ajaran ini juga telah
mendukung aspek dualism iaitu menekankan keserasian melalui konsep Yin dan Yang

LEGALISME
Ajaran ini dihasilkan oleh Hsun- Tzu, melalui ajaran ini mereka tidak menekankan
moral, tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic. Berasaskan
pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang undang yang ketat.
Mengambil kira emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan
ini boleh diatasi dengan pendidikan.

MO TZUAjaran ini dilahirkan oleh Mo-Tzu- pada akhir Dinasti Chou. Ajaran ini menekankan
Universal Love. Dan juga persamaan taraf. Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang
berkebolehan. Ajaran ini menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan,
muzik, dan juga kepercayaan tradisi.

HUMANISME
Ajaran ini merupakan asas kepada falsafah China yang mementingkan soal
kemanusiaan. Ia turut menekankan sifat kasih sayang dan hormat menghormati.
Kepercayaan dan juga agama tamadun China. Penyembahan nenek moyang
Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama pembangunan akhlak, agama Islam,
4
agama Kristian dan Ateisme.

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

KOSMOLOGI KEPERCAYAAN DALAM MASYARAKAT CINA.

TIAN
Terdapat beberapa lagi kepercayaan yang melibatkan alam semesta dalam
masyarakat cina, iaitu Tian. Tian pada umumnya merujuk kepada langit, tetapi bukan
langit yang selalu kita lihat, ia lebih merujuk kepada satu ketinggian, iaitu Syurga. Ia
juga boleh dikatakan merujuk kepada dewa yang dipuja atau di sembah oleh
mereka. Semasa pemerintahan dinasti Chou, Tian merujuk kepada mahluk unggul
yang mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan menentukan nasib dengan
adanya mandate dari syurga yang diperolehi beliau.
Confucius menyatakan bahawa Tian ialah Tuhan terunggul yang menentukan nasib
seseorang. Dalam kitab Tao pula mempunyai makna yang sama dengan Tao.

DI / TI
Konsep Di/Ti merujuk kepada bumi. Jika digabungkan perkataan Tian dan Di, maka
lahirlah konsep alam fizikal. Dalam teori Yin dan Yang, Tian dirujuk kepada proses
penciptaan makhluk dan akan bertindak untuk menjaga dan memeliharanya.

DAO / TAO
Merujuk kepada jalan atau lorong. Jalan yang dimaksudkan adalah cara kelakuan
atau tabiat sama ada baik atau buruk. Kung Fu Tze menganggap Dao sebagai
hukum moral yang perlu dipatuhi oleh seseorang.

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

ORIENTASI SISTEM NILAI KEPERCAYAAN DALAM TAMADUN CHINA.

Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun China


berorientasikan humanism, iaitu manusia di anggap mempunyai kedudukan yang unggul
dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Terdapat banyak sifat khas Tamadun
China dan nilai-nilainya yang akan dinyatakan di bawah daripada humanisme antaranya
transendensi dalaman, sifat secular, moralisme sebagai ideology, personalisme, hubungan
manusia dengan alam semesta, institusi kekeluargaan dan pendidikan di beri keutamaan,
serta keharmonian merupakan nilai utama.
Tamadun China amat berbeza dengan tamadun- tamadun yang lain yang
berorientasikan teisme atau kepercayaan kepada satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan
pemerintah alam. Sungguhpun tamadun tamadun berbeza dari segi orientasi pada
peringkat nilai, manusia dapat berinteraksi dan bekerjasama atas nilai-nilai yang berbentuk
sejagat. Walaupun orang cina menganggap bahawa prinsip prinsip moral serta nilai nilai
murni ( Dao ) berasal daripada maha agung ( Tian ), tetapi manusia sendiri mampu
menjangkau segala kekangan duniawi lalu mencapai kebijaksanaan dan kesuciaan iaitu
transendensi bergantung kepada ikhtiar orang perseorangan transendensi dalaman. Hal ini
dapat di bandingkan dengan tamadun tamadun lain yang berdasarkan teisme dan
mementingkan transendensi luaran.
Humanisme menyebabkan cara hidup masyarakat tamadun Chian bersifat sekular
iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah
dijadikan agenda atau pernah muncul sepanjang sejarah China, sebalinya sistem politik dan
pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi institusi yang lain dipisahkan daripada
agama. Namun bergitu, ini bererti orang cina tidak takut kepada maha agung atau Tian.
Masyarakat dan Negara harus diperintah secara beretika, ini merupakan salah satu
daripada elemen dalam usaha membina dan meneguhkan sesebuah tamadun itu. Kekuatan
kuasa dan kewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, guru dan ketua keluarga berasaskan
moral yang tinggi sebagai ideology. Kerajaan dan sistem politik berpadu dengan akhlak.
Berkhidmat dalam kerajaan bermakna dipertanggungjawabkan mendukung akhlak dan
menjadi pegawai kerajaan berakhlak tinggi. Kepentingan moral bergitu diutamakan sehingga
timbul tanggapan menuntut ilmu yang mendalam tidak bermakna sekiranya tidak berakhlak.

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

Sistem etika konfusianisme berasaskan keluarga merupakan institusi social terulung


dalam tamadun China. Negara merupakan kesinambungan daripada keluarga. Hubungan
luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga. Oleh sebab pegangan
yang kuat dan teguh kepasa humanisme, personalisme dan moralisme maka pendidikan
yang beitradisi panjang akan diberi penghargaan yang tinggi. Golongan birokrat dan
cendekiawan merupakan kelas social yang tertinggi kedudukannya, dan masyarakat
menjunjung tinggi golongan guru dan pekerjaannya. Ibu bapa sedaya upaya berusaha
untuk membiayai anak anak kerana pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobility
social dalam masyarakat cina tradisional.
Melalui kesan perkembangan ilmu yang telah berlaku, telah membawa kepada
tercetusnya ketamadunan di negara China. Di mana, mereka mampu melahirkan ramai ahli
Falsafah yang terdiri daripada pelbagai aliran pemikiran seperti, Confucianisme, Daoisme,
dan Taoisme.

Tambahan pula, mereka adalah penawar kepada kesejahteraan hidup

masyarakat china dan menjadi tampuk pemerintahan dalam membantu pemimpin tempatan
dan maharaja dalam mentadbir sesebuah negeri.
Confucius melalui penulisan dua buah bukunya iaitu Klasik Confucius dan Lu Yu
atau Analekta, memberi penekanan yang serius terhadap hubungan biologi antara
keluarga dan hubungan bukan biologi antara masyarakat dan pemerintah. Penekanan
ajaran Confucius terhadap isu moral ini, telah menjadikannya sebagai asas dalam
pengukuhan politik untuk membentuk masyarakat China yang lebih berdisiplin serta
melancarkan lagi sistem perjalanan hal ehwal kerajaan. Tuntasnya, Confucius ahli falsafah
China ini telah mengeluarkan sebanyak lima buah buku untuk dijadikan panduan
masyarakat, antaranya ialah: Book of Odes, Book of History, Book of Rites, Spring and
Autumn Annals dan Book of Music.
Aliran falsafah yang ke-2 pula adalah Taoisme, falsafah yang dihasilkan oleh Lao Tzu
dalam bukunya The Way and virtue. Penulisan beliau yang mengkritik semua pandangan
manusia terhadap kemewahan dunia. Sebaliknya, beliau memberi penekanan terhadap
kehidupan yang sederhana, jujur dan bertindak sesuai mengikut tuntutan alam. Mo zi pula,
merupakan ahli falsafah China yang muncul pada akhir zaman Dinasti Zhou. Falsafah beliau
lebih memberi penekanan kepada Universal Love atau cinta sejagat di mana setiap individu
harus mencintai individu lain sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Pada masa yang
sama, ia turut memberi penekanan kepada konsep jimat cermat cermat dan melarang
manusia menjalani kehidupan secara bermewah mewahan.

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA


SOALAN : BERDASARKAN KEDUDUKAN DAN PERANAN KELUARGA DALAM
TAMADUN CHINA, BINCANGKAN SEJAUH MANA INSTITUSI KELUARGA MEMAINKAN
PERANAN DALAM PERKEMBANGAN DAN PENERUSAN SESUATU TAMADUN
KHASNYA TAMADUN ISLAM ITU SENDIRI.

Semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik ini amat penting
dalam sebuah masyarakat yang bertamadun Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza
namun

pandangan

hampir

sama

dalam

membicarakan

hal

kekeluargaan

dan

kemasyarakatan. Walaupun sistem kekeluargaan masyarakat dalam tamadun China


tradisional dan organisasinya pernah mengalami pelbagai perubahan, namun asas sistem
keluarga memusatkan kuasa bapa ( patriarchy ) dan nisab bapa ( patrilineat ) tetap
berkekalan dan berlanjutan selama beberapa ribu tahun. Sistem kekeluargaan tradisional
cina berasaskan kuasa bapa ini telah diserap masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan
social dan mendatangkan impak yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaa
cina dan pembawakan ( temperament ) bangsa cina.

CIRI CIRI INSTITUSI KELUARGA TAMADUN CHINA

Antara ciri ciri masyarakat tamadun cina dalam institusi keluarga adalah dengan
memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan cina termasuk waris sebelah bapa dan
pemerintah yang memusatkan kuasa bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan
suami isteri yang berjauhan, mereka mementingkan anak lelaki berbanding anak
perempuan, mereka juga mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga,
penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan nama ( mingfen ) dan
kedudukan sosial, serta kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan mengagungagungkan zaman silam mereka.Pembentukan masyarakat dalam Tamadun China itu sendiri
banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka - kuasa bapa atau lelaki adalah penting
Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat
Cina sistem kelas dalam amsyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran.
Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam
hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam
matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t.
Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia

(konsep li) iaitu anak patuh pada ibu bapa, adik patuh pada abang, Isteri patuh pada suami,
murid patuh pada guru dan rakyat patuh pada raja. manakala agama Islam juga menyeru
kepada perkara yang sama pentingkan kekeluargaan berdasarkan al-Quran hubungan
anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab.
Tamadun China berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai
kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta.Humanisme
menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi
dengan urusan

keagamaan. Keabsahan kuasa dan mewibawaan maharaja, menteri,

pemimpin, guru dan ketua keluarga berasaskan moral yang tinggi sebagai ideologi. Manusia
dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di ( langit dan bumi ). Manusia
dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam semesta. Sistem etika
Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang institusi sosial tang terulung dalam tamadun
China. Ibubapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak-anak kerana pelajaran
merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.
Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan
moralisme.

PERANAN INSTITUSI KELURGA DI DALAM TAMADUN ISLAM


Di antara dasar dasar yang menjadi tapak tegaknya masyarakat dalam tamadun
islam ialah sistem kekeluargaan. Kekeluargaan adalah asas dan sumber kekuatan
masyarakat. Ini kerana masyarakat ini terdiri dari unit unit keluarga umpama sel sel yang
membentuk tubuh badan manusia. Jika latar belakang keluarga yang baik, nescaya
masyarakat pun turut menjadi baik. Namun sebaliknya akan berlaku jika keluarga itu rosak
maka masyarakat yang dilahirkan akan turut menjadi rosak. Konteks keluarga itu sendiri
mempunyai nilai definisi yang tersendiri. Menurut kamus dewan bermaksud, yang berkaitan
dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga, ianya
berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan oleh perkahwinan. Ini jelas
menunjukkan bahawa pembinaan institusi keluarga mempunyai hubungkaitnya dengan
perkahwinan sebagai titik mula membina keluarga.
Allah SWT telah menurunkan undang undang keluarga islam sebagai panduan
kepada seluruh institusi keluarga. Ia diklasifikasikan sebagai fukaha di dalam kitab kitab
fikah sebagai munakahat yang bermaksud nikah kahwin. Institusi keluarga dapat
memelihara akhlak, tata susila dan kemudian manusia melalui ikatan perkahwinan.
Seterusnya ia mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan peribadi individu
9

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

kerana peribadi yang baik akan membentuk keluarga yang baik, dari keluarga yang baik
akan terus melahirkan masyarakat yang baik dan seterusnya menjadi tonggak sebuah
negara yang cemerlang di bawah keredhaan Allah SWT. Segala ilmu ini perlu dipelajari oleh
setiap individu muslim sebelum mendirikan rumah tangga.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DALAM KELUARGA MENURUT ISLAM


Dalam konteks menunaikan tanggungjawab dalam keluarga, agama islam melihat ia
menjadi peranan utama ibu bapa dan ia dilihat sebagai tanggungjawab dua hala iaitu ibu
bapa terhadap anak dan anak terhadap ibu bapa mereka.
Rajah dibawah menunjukkan tanggungjawab ibubapa mengikut perspektif islam :

Sementara itu tanggungjawab anak terhadap ibubapa merangkumi mentaati ibubapa


dalam semua perkara selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam, menyahut seruan dan
panggilan mereka dan segera hadir apabila diperlukan serta jangan sesekalii meninggikan
suara apabila bercapak dengan kedua duanya, anak anak perlu selalu berdoa untuk
kedua dua ibubapa mereka sama ada ketika hidup mahupun sesudah meninggal dunia.
Dan selalu menyebut segala kebaikan ibubapa dan melupakan segala kesilapan dan
kekurangan.
Dalam tamadun Islam, peranan keluarga memainkan peranan penting dalam
sesebuah tamadun di mana hubungan yang baik dengan Allah (hablumminaLlah) dan
hubungan yang baik sesama manusia (hablumminannas). Hablumminannas diikat dengan
ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah

10

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

kecuali orang yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak
antara sesame manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran,
sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga.
Hubungan yang baik sesame manusia amat perlu dijaga, malah andainya seorang Islam
tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai
hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga.
Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak
asasi manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa,
harta benda dan maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai
kemanusiaan. Aspek kekeluargaan dan masyarakat diterima oleh hamper semua tamadun
didunia. Tamadun Islam meletakkan institusi keluarga sebagai asas pembentukan sebuah
masyarakat. Apabila masyarakat baik, maka wujudlah ummah dan negara yang baik.
Sumber

masyarakat baik adalah al-Quran, Sunnah Rasul-Nya dan ijtihad para

ulama.Tamadun Islam menetapkan darjat manusia semua adalah sama di sisi Allah SWT.
Kelebihan seseorang dalah ketaqwaannya kepada Allah SWT dan juga pemilikan ilmu
pengetahuan yang bermanfaat .Oleh kerana itu, tidak ada kelebihan orang Arab dari orang
ajam (bukan Arab).
Tuntutan berkahwin bersifat universal dan dapat diterima oleh semua bangsa dan
tamadun.Antara faedah atau kepentingan perkahwinan menurut Islam (Abdul Basit Abdul
Rahman,2012:113) ialah memberi ketenangan dan kerehatan jiwa, jalan yang unggul untuk
menjaga kesucian diri, cara untuk meneruskan keturunan, menerap kasih sayang antara ahli
keluarga dan masyarakat, menjaga kesucian keturunan, menyempurnakan sifat kelakian
dan kewanitaan dan mewujudkan rasa tanggungjawab. Jadi di sini jelas, semua anggota
dalam

sistem kekeluargaan

mempunyai

tanggungjawab,

misalnya

tamadun Islam

meletakkan tanggungjawab anak supaya berbuat baik kepada ibubapa, patuh, taat,
lemahlembut, mengasihi, ambilberat, beradab dan berakhlak mulia kepada mereka.
Kekeluargaan dalam tamadun Islam pula berasaskan kepada fahaman ajaran Islam.
Hubungan yang terjalin antara ahli keluarga begitu erat. Ibu, bapa, anak-anak dan sanak
saudara menjalankan tugas dan memahami tanggungjawab masing-masing. Fahaman
mengenai setiap tanggungjawab amat berkait rapat dengan ajaran agama Islam. Oleh yang
demikian jelas menunjukkan nilai kekeluargaan yang terdapat di dalam tamadun china itu
sendiri hamper menyamai dengan institusi keluarga di dalam tamadun islam, di mana kedua
dua tamadun ini menitikberatkan keibu bapaan dan meletakkan mereka di tempat yang
tinggi dalam institusi keluarga.

11

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

SOALAN :

SEBAGAI INDIVIDU YANG AKAN TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM

DUNIA PENDIDIKAN, JELASKAN PERANAN DAN USAHA ANDA DALAM MEMBINA JATI
DIRI DI KALANGAN WARGA PENDIDIK

Bagi menghadapi globalisasi pendidikan, sebagai seorang warga pendidik yang berkualiti
tentunya jati diri pendidik menjadi tunjang utama dalam diri sebagai persiapan untuk melahirkan

12

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

modal insan yang cemerlang . Oleh itu, sebagai bakal warga pendidik pada masa akan datang,
saya turut memainkan peranan penting dalam usaha membina jati diri

di kalangan warga

pendidik. Antara peranan dan usaha yang telah saya mainkan adalah seperti berikut.

MENGHADIRKAN DIRI DENGAN PELBAGAI BENTUK PROGRAM ILMIAH


Sebagai seorang warga pendidik tentunya mereka perlu menambah ilmu pengetahuan
sebagai langkah untuk membina jati diri sebagai warga pendidik yang berilmu. usaha
saya yang berikutnya adalah cuba menghadirkan diri dengan pelbagai bentuk program
ilmiah yang sering di adakan di peringkat Institut Pendidikan Guru. Hal ini demikian
kerana, untuk mendapat ilmu pengetahuan bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah
semasa sesi kuliah disampaikan oleh para pensyarah atau sesi pembentangan yang
diperbincangkan oleh guru pelatih, akan tetapi ia turut berlaku dengan penyertaan diri
melalui program-program rasmi

yang sering di adakan di peringkat Institut Pendidikan

Guru. Seperti program Usrah perdana, talam muhibah, sambutan maulidurrasul dan
sebagainya. Demikian kerana, dengan menghadirkan diri saya ke program tersebut
adalah sebagai pelengkap kepada program yang dilaksanakan. Pada masa yang sama,
untuk menjadikan program itu lebih meriah dan mencapai objektif yang diharapkan, iaitu
berkongsi ilmu pengetahuan dan mewujudkan budaya ilmu di kalangan pendidik.

MEMBENTUK SEMANGAT JATI DIRI DAN DAYA SAING DALAM MENIMBA ILMU
PENDIDIKAN
Sebagai seorang individu yang terlibat secara langsung di dalam dunia pendidikan, saya
haruslah membentuk semangat jati diri dan daya saing dalam menambah ilmu
pendidikan yang lebih tinggi dari sebelum ini. Hal ini akan kita dapat menarik minat rakan
pendidik bagi mengikuti semangat yang ada pada kita bagi menimbal ilmu dan
seterusnya membina budaya ilmu di dalam diri mereka. Contohnya, semangat yang kita
perlu tunjukkan ialah melanjutkan pelajaran kepada yang lebih tinggi yakni bagi
menambah ilmu yang kita ada. Kita boleh belajar semasa cuti dan hujung minggu di
mana-mana institusi di dalam bidang perguruan. Cabaran pada masa sekarang sangat
memerlukan pendidik yang mempunyai ilmu yang tinggi bagi mendidik anak-anak bangsa
yang ada. Secara tidak langsung, para pendidik yang lain telah melihat semangat kita
dalam menambah ilmu dan mereka juga mengikuti jejak langkah kita. Oleh itu,kitalah
sebagai contoh dan ikutan mereka dalam membina budaya ilmu di dalam diri mereka

13

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

dengan melanjutkan pelajaran kepada yang lebih tinggi yakni pendidikan sepanjang
hayat.

BERUSAHA MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH SEBAGAI PENDIDIK KEPADA


NEGARA DAN BANGSA
Sebagai seorang guru, kita perlulah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan
dengan menyebarkan cita dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga
Rukun Negara dengan jelas, mendidik anak bangsa menjadi warga Negara yang taat
setia, bertanggungjawab serta berguna. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
rakyat Malaysia yang proaktif dan bersepadu. Mengeratkan persefahaman dan
bekerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru serta ibu bapa muridnya. Memberi
sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Bersopan santun dan bertingkah laku
dalam segala aktiviti sosial. Sebagai seorang guru, perlulah menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi seperti mematuhi masa, mengutamakan kebajikan murid daripada diri
sendiri, sentiasa bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa sebarang diskriminisi.
Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid murid. Akaunbiliti guru terhadap
diri sendiri ialah dengan menjaga kesihatan rohani dan jasmani, mereka juga perlu bijak
dalam menguruskan kewangan, perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa. Mengisi masa lapang secara berhemah seperti
bersukan.

MENJADI WARGA PENDIDIK YANG BERINTELEKTUAL


Sebagai seorang guru tentunya perlu mempunyai dan menanamkan sifat ingin tahu akan
kebolehan interlek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap
ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri
dalam dunia pendidikan yang sering berubah ubah, baik dari segi sukatan kurikulum
mahupun kaedah mengajar. Sebagai seorang pendidik tentunya mempunyai penampilan
dan imej yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata yang terjaga.
Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan
berkesan. Seorang guru perlu berusaha meningkatkan kemahiran fizikal seperti mahir
dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana- mana unit beruniform bertujuan untuk melatih
pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukkan jati diri
pelajar dan seterusnya jati diri guru itu sendiri. Seorang guru juga perlu berusaha

14

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

meningkatkan kualiti dari segi emosi, ini merangkumi aspek aspek emosi seperti
sentiasa menghayati nilai nilai murni, norma dan etika perkhidmatan, mereka juga perlu
mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankantugasnya iaitu menganggap pergi
ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai satu ibadah tanpa
sebarang alasan.

SENTIASA MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEDAGOGI


Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru dan juga
pemantapan jati diri sebagai seorang warga pendidik. Ini kerana mengajar merupakan
tugas utama guru kepada pelajar. Oleh itu kita semestinya menguasai pengetahuan
tentang teori teori pembelajaran yang mutakhir. Diantara teori teori pembelajaran
tersebut ialah teori pembelajaran behavioral, teori pembelajaran sosial kognitif, teori
pembelajaran kognitif, teori pembelajaran humanis dan teori pembelajaran konstruktivis.
Juga terdapat model model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Seorang guru juga perlu
sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan dengan
menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal, seorang guru yang mempunyai jati
juga perlu mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar,
ibubapa masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Serta berdaya tahan dalam
menghadapi cabarab professional dari semasa ke semasa. Berpengetahuan dan
berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya,
disamping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.

RUMUSAN
Ketamadunan sesebuah bangsa diukur melalui tahap pencapaian dalam memajukan
masyarakat taklukannya daripada kepompong kejahilan. Di mana, masyarakat harus
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta ketinggian nilai kerohanian supaya nilai-nilai
ketamadunan dapat dicapai. Hal ini demikian kerana, kegemilangan sesebuah tamadun
dinilai melalui tahap pencapaian masyarakat dalam memenuhi tuntutan-tuntutan yang

15

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

diperlukan. Sebagai contoh, kesan perkembangan ilmu pada zaman Andalusia telah mampu
mewujudkan ketamadunan China dan ketamadunan India sehingga kekal pada hari ini.
Buktinya lagi, hasil penterjemahan terhadap karya-karya penulisan Islam telah membawa
perubahan kepada tamadun Eropah dengan melenyapkan terus zaman kegelapan Eropah
serta membuka mata masyarakatnya mengenai kepentingan ilmu dalam pembangunan
semasa.
Namun begitu, sejarah keagungan Tamadun China sejak zaman klasik sehingga
moden membuktikan kewibawaan Tamadun China merentas masa dan daerah. Interaksi ini
telah memberi kesan positif kepada tamadun itu sendiri. Secara tidak langsung ini
membuktikan bahawa penguasaan pelbagai disiplin kehidupan telah memantapkan
pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun dan reality ini dapat dilihat dalam semua
tamadun dunia. Walaubagaimanapun Tamadun islam tetap menjadi dasaar dalam
pembinaan dan keutuhan tamadun umat yang sejagat. Jika dikaji dari sudut nilai
kepercayaan dan falsafah di dalam tamadun china tentunya meransang pembinaan sebuah
tamadun yang hebat. Dari sudut institusi keluarga pula memperlihatkan persamaan dari
semua agama kerana mengangkat ibubapa, kaum lelaki sebagai insan yang tertinggi dalam
keluarga itu sendiri.
Selain daripada itu, selaku bakal warga pendidik pada masa akan datang, kita
seharusnya cakna dan mengambil penekanan yang serius terhadap pembangunan kanakkanak supaya dapat melahirkan generasi baru yang lebih bijak serta pandai di samping
bersifat kreatif, kritis dan berinovasi tinggi. Dengan memainkan peranan penting dalam
mewujudkan sifat jati diri dengan memberi pengajaran serta

galakkan menerokai ilmu

pengetahuan walau di mana kita berada. Hal ini demikian kerana, jati diri seorang warga
pendidik

merupakan segala kunci dalam merealisasikan sesuatu matlamat yang

diharapkan. Sama ada matlamat yang ingin dicapai oleh individu atau ingin yang ingin
dicapai oleh sesebuah bangsa dalam mewujudkan ketamadunan dalam tamadun tersebut.
Melalui ilmu juga dapat mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan suasana
negara yang aman tanpa ada sebarang permasalahan dan permusuhan di antara satu sama
lain.
RUJUKAN

Ahmad Zaki Abd. Latiff (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Shah Alam, Oxford
Fajar

Sdn. Bhd.

16

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

Azhar hj. Mat Aros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Shah Alam, Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Abd. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Skudai: Penerbit UTM

Azromihana azmi. (2009). Kecergasan emosi. Diakses pada 15 Ogos 2013. Daripada
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html

Mahdi Shuid et. al (2006) Tamadun Islam, Petaling Jaya, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mahmood Nazar Mohamed. (2001). Pengantar psikologi: satu pengenalan asas kepada
jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka

Mok Soon Sang. (2010), Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd: Puchong.

Mok Soon Sang. (2010). Siri Kemahiran Generik: Kompetensi Kecergasan Emosi.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd: Puchong.

Ruslan Ahmad. (2011). Kecergasan emosi. Diakses pada 15 Ogos 2013. Daripada
http://lifegotstory.blogspot.com/2011/03/kecerdasan-emosi.html

17

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

18

2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

You might also like