You are on page 1of 2

Laporan Aktiviti Bina Insan Guru (BIG) ke-6

Interaksi Dengan Guru Cemerlang


SJK ( C ) Ma Hwa, Kampung Baru Rasah, Seremban

Pada14 Oktober 2014, guru-guru pelatih Unit Bahasa Cina 1 telah


menjalankan BIG ke-6 iaitu Interaksi Dengan Guru Cemerlang di SJK ( C ) Ma
Hwa, Kampung Baru Rasah, Seremban. Guru pelatih dapat diberi peluang untuk
mengenali dan bertemu bual dengan guru cemerlang.
Pada pukul 7:30 pagi, guru pelatih akan berkumpul di garaj bus. Selepas
mengambil kehadiran dan memastikan semua guru pelatih telah berkumpul, bus
bertolak ke SJK (c) Ma Hwa pada pukul 7.45pagi.
Pada pukul 8.10pagi, bus telah sampai ke SJK (c) Ma Hwa. Selepas itu,
guru pelatih telah diiring oleh tutor Encik Chin Kuang Tiu masuk ke sekolah.
Ketibaan kami telah disambut oleh guru-guru dari sekolah tersebut. Pada jam
8.15pagi pula, kami telah dijemput masuk ke dewan sekolah bagi mendengar
taklimat ringkas tentang perjalanan program sepanjang pagi tersebut.
Beberapa aktiviti telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru kali ini.
Aktiviti program pertama ialah mendengar ceramah yang disampaikan oleh
seorang guru cemerlang iaitu Cik Chan Shi Yee yang pernah menerima
anugerah Guru Cemerlang. Dalam sesi ceramah ini, Cik Chan telah berbincang
tentang teknik-teknik, rutin, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak info tentang cara
menjadi seorang guru cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Cina telah
disampaikan melalui ceramah oleh Cik Chan. Selepas tamat sesi ceramah, kami
telah mencari peluang untuk bertemu bua ldengan Cik Chan.
Selepas tamat temu bual dengan guru cemerlang, guru pelatih telah
mengadakan beberapa aktiviti yang menarik kepada murid Tahun 6. Aktiviti
pertama ialah menayang video yang berkaitan tentang menghargai sumber air.
Guru pelatih telah mengadakan sesi soal jawab kepada murid. Bagi murid yang

berjaya menjawab soalan telah mendapatkan hadiah sebagai galakan untuk


mereka. Seterusnya, kami telah mengiring murid menyanyi dan menari. Selepas
itu, sesi permainan telah disediakan untuk murid. Tujuan mengadakan sesi ini
adalah untuk mengurangkan stress murid dalam pembelajaran.
Sebelum tamatnya semua aktiviti program, guru pelatih telah mengambil
gambar sebagai satu kenangan. Guru pelatih juga mengambil peluang untuk
mengambil gambar dengan penolong kanan sekolah dan En. Chin. Guru pelatih
juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Chin,
kerana telah mengiring kami menjayakan program kali ini.
Kira-kira pada pukul 10:00pagi, guru pelatih berkumpul di pintu hadapan
SJK (c) Ma Hwa. Selepas itu, semua guru pelatih diminta naik ke bas dan
kehadiran juga diambil oleh ketua ajk pengangkutan. Kami bertolak pulang ke
IPG Kampus Raja Melewar pada pukul 10:05 pagi dan tiba di sekolah pada
pukul10:30 pagi.

Disediakan oleh,

(LAU YAN)
Naib Setiausaha,
Bina Insan Guru,
IPG Kampus Raja Melewar.
PISMP Ambilan Januari 2012.

You might also like