You are on page 1of 1

Laporan Pengacara Majis

Bagi Program Bina Insan Guru Fasa Ke-6 ini, pengacara majlis telah
terdiri daripada dua orang, iaitu saya dan pasangan saya, Katherine Heng
Man Lee. Demi memenuhi objektif dan matlamat yang menekankan interaksi
dengan guru cemerlang serta mengadakan aktiviti bersama murid, sebuah
seminar dan sesi temu buat telah diadakan, berbagai-bagai jenis permainan
kecil telahpun diadakan semasa berinteraksi dengan murid Tahun 6.
Sebelum bertolak ke sekolah tersebut, kami telahpun bertanya tentang
biodata tentang guru cemerlang tersebut dari pihak sekolah. Kami telahpun
menyediakan skrip demi mengelakkan keadaan huru-hara pada hari tersebut.
Kami berasa amat bersyukur kerana dengan adanya persiapan kami yang
lebih awal, kesemua aktiviti berjalan dengan lancar. Sedikit kelemahan yang
didapati adalah kami berasa agak cemas semasa berhadapan dengan murid
sehingga keadaan hilang kawalan seketika kerana mereka tidak faham
peraturan permainan. Cadangan untuk mengatasi kelemahan ini adalah
menggunakan ayat yang lebih singkat dan perkataan yang lebih senang
difahami oleh murid.
Walau bagaimananpun, kesemua aktiviti berjalan dengan lancar. Kami
ingin berterima kasih kepada jawatankuasa untuk melantik kami sebagai
pengacara majlis kerana banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang
kami dapat perolehi melalui program ini. Akhir sekali, kami ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana telah memberi komitmen kepada kami
untuk menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,

_______________
(LIM SHI YING)
Ketua Pengacara Majlis BIG Fasa Ke-6,
IPG Kampus Raja Melewar.

You might also like