You are on page 1of 9

BUKU PANDUAN

ISTIADAT
KONVOKESYEN KALI
KETUJUH BELAS
SIDANG PERTAMA 2015

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

PENGENALAN
Sekalung Tahniah kepada anda dan keluarga di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Memandangkan Konvokesyen adalah upacara yang amat bererti kepada anda dan
kaum keluarga, maka pihak Universiti memohon anda untuk bekerjasama sepenuhnya agar majlis yang
penuh istiadat dan bermakna ini dapat berjalan lancar. Semoga Buku Panduan ini dapat membantu anda.

1.

ISTIADAT KONVOKESYEN
Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas UPSI akan diadakan di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton
City, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam dua (2) sidang seperti berikut:
Bil.
1.

Sidang
Satu
(1)
Dua
(2)

2.

3.

Tarikh
2, 3, 4 & 5 Jun 2015
24, 25 & 26 November 2015

Kumpulan Graduan
ISMP bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) UPSI, PPG
UPSI-USM dan PPG UPSI-Kirkby International College (KIC)
Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda, Diploma dan
Diploma Pendidikan

ETIKA PAKAIAN GRADUAN


Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.
Lelaki

:
Berbaju Melayu lengkap bersamping, atau
Lounge suit termasuk seluar panjang berwarna hitam, atau
Baju kemeja berlengan panjang warna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna
hitam dan
Kasut hitam dan sarung kaki hitam. (Kasut sukan tidak dibenarkan)

Wanita :

Baju kurung/Baju kurung moden atau kebaya labuh dengan kain tanpa belah (split). Graduan
mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

Gaun dan skirt hendaklah labuh ke bawah paras lutut.

Blouse tanpa lengan dan kain pario adalah TIDAK DIBENARKAN

Warna pakaian adalah bebas.

Kasut sarung dengan tinggi tumit tidak lebih 1 inci. (Selipar adalah tidak dibenarkan)
Peringatan : Petugas istiadat berhak menghalang mana-mana graduan yang tidak mematuhi etika
pakaian daripada memasuki dewan istiadat.
4.

JADUAL PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN


SIDANG 1 (PPG-UPSI & PPG-Francais UPSI USM & KIC)
GRADUAN

Program
Pensiswazahan
Guru (PPG) - UPSI

TARIKH

MASA

25 hingga 27 Mei 2015


(Isnin Rabu)
Nota: Boleh hadir manamana satu (1) hari

8.30 pagi
12.30 t/hari
2.30 petang 4.30 petang

28 Mei 2015
(Khamis)

8.30 pagi
12.30 t/hari

PROGRAM

LOKASI
PEMINJAMAN

AT34J
AT03J
AT05J
AT07J

AT31J
AT32J
AT33J

Bilik Jubah, Tingkat


1 Dewan Besar,
Kampus Sultan
Azlan Shah, Proton
City

RAPTAI
25 27 Mei 2015
Jam 3.00 petang
Dewan Besar
28 Mei 2015
Jam 3.00 petang
Dewan Besar

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

2.30 petang 4.30 petang

AT14J
AT16J
AT23J

AT50J
AT59J
AT62J
PEMINJAMAN

Program
Pensiswazahan
Guru (PPG)
Francais UPSIUSM & UPSI-KIC

29 Mei 2015 (Jumaat)

8.30 pagi 12.30


t/hari

AT34F

2.30 petang 4.30 petang

Bilik Jubah, Tingkat


1 Dewan Besar,
Kampus Sultan
Azlan Shah, Proton
City

29 Mei 2015
Jam 3.00 petang
Dewan Besar

NOTA PENTING:

5.

a)

Graduan diminta menyelesaikan semua baki hutang yang masih tertunggak sebelum datang mengambil
pakaian akademik. Resit pembayaran hendaklah dikemukakan sebagai bukti pembayaran (Jika berkaitan).

b)

Graduan wajib membayar yuran konvokesyen yang ditetapkan mengikut tempoh masa yang akan
dimaklumkan. Slip pembayaran yuran hendaklah dikemukakan semasa sesi peminjaman pakaian
akademik.

c)

Graduan dikehendaki menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian
Pendidikan Malaysia di laman web http://graduan.moe.gov.my/ dan mencetak Slip Pengesahan Kajian
untuk dikemukakan semasa sesi peminjaman pakaian akademik.

d)

Graduan adalah diingatkan untuk mematuhi giliran pengambilan jubah seperti yang dijadualkan. Panduan
Saiz Jubah boleh dirujuk semasa membuat saiz jubah.

e)

Graduan dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik dan membawanya bersama
perkara a (jika berkaitan), b dan c semasa membuat peminjaman Pakaian Akademik.

f)

Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman pakaian akademik, kecuali dalam
kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan membawa borang
kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian Akademik dan dilampirkan dengan slip bayaran yuran
konvokesyen.

BAYARAN
5.1

5.2

Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran yuran konvokesyen mengikut ketetapan
berikut:
5.1.1

Graduan PPG-UPSI :
Sila rujuk
http://konvokesyen.upsi.edu.my/

5.1.2

Graduan PPG-UPSI Francais USM : Sila rujuk Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM
di nombor 04-653 6133 (Cik Yusnani binti Yusof)

5.1.3

Graduan PPG-UPSI Francais KIC : Sila rujuk Kirkby International College (KIC),
di nombor 03-8318 2411 (Pn. Sabariah binti Ibrahim)

Graduan yang

laman

web

konvokesyen

UPSI

di

alamat

tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan

membuat bayaran yuran konvokesyen. Skrol Ijazah tidak akan diserahkan kepada mana-mana
graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

6.

MELAPORKAN DIRI UNTUK PERARAKAN GRADUAN


6.1 Semua bakal graduan diwajibkan melapor diri lengkap dengan pakaian akademik untuk perarakan
graduan di Panggung Percubaan pada hari Konvokesyen mengikut sesi seperti berikut:

Tarikh /
Masa
2 Jun 2015
(Selasa)
2 Jun 2015
(Selasa)
2 Jun 2015
(Selasa)
2 Jun 2015
(Selasa)
3 Jun 2015
(Rabu)
3 Jun 2015
(Rabu)
3 Jun 2015
(Rabu)
3 Jun 2015
(Rabu)
4 Jun 2015
(Khamis)
4 Jun 2015
(Khamis)

1
7.15 pagi
1
7.15 pagi
2
1.30 petang
2
1.30 petang
3
7.15 pagi
3
7.15 pagi
4
1.30 petang
4
1.30 petang
5
7.15 pagi
5
7.15 pagi

4 JUN 2015
(Khamis)

6
1.30 petang

4 JUN 2015
(Khamis)
5 JUN 2015
(Jumaat)
5 JUN 2015
(Jumaat)
5 JUN 2015
(Jumaat)
5 JUN 2015
(Jumaat)

6
1.30 petang
7
7.15 pagi
7
7.15 pagi
8
2.00 petang
8
2.00 petang

Sesi

Pintu
1
2
1
2
1
2
1
2
1
2

2
1
2
1
2

Program
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula A Manaf Mustuki Chan Quee Yee)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Chan Seow Whay Faizah binti Megat Pauzan)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Faizah binti Ramly Indra a/p Balan)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Indrani a/p Palaniappan Latha a/p Vengadesan)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Latif bin Mohamed Jusin Manimegelai...)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Manjula a/p Patchakhily Nasriati...)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Naswadi bin Tapa Norizan binti Ahmad)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Norizan binti Hussein Rohaya binti Embong)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Rohaya binti Mukhtar Siti Fatimah Zakaria)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Siti Fatimah Muda Teo Hwee Ting)
AT03J ISMP (Sains Sukan) dengan Kepujian
AT59J ISMP (Pendidikan Jasmani) dengan Kepujian
AT07J ISMP (Ekonomi Rumah Tangga) dengan Kepujian
AT31J ISMP (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian
AT23J ISMP (Seni) dengan Kepujian
AT14J ISMP (Matematik) dengan Kepujian
AT16J ISMP (Sains) dengan Kepujian
AT33J ISMP (Geografi) dengan Kepujian
AT32J ISMP (Sejarah) dengan Kepujian
AT62J ISMP (Bahasa Tamil) dengan Kepujian
AT50J ISM Bahasa Cina dengan Pendidikan
AT05J ISMP (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Teo Mei Ling Uswaton Hasanah Salleh)
AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
(Nama graduan bermula Uthaya Kumar Krishnan Zuryati Ismail)
AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
PPG UPSI-USM
AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
PPG UPSI-USM
AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
PPG UPSI-KIC
AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
PPG UPSI-KIC

Petunjuk: P1 : Panggung Percubaan Pintu 1

P2 : Panggung Percubaan Pintu 2

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

Nota: Nama Graduan AT34J adalah disusun mengikut turutan abjad. Semakan giliran bergraduat juga boleh
dirujuk di laman web http://akademik.upsi.edu.my/
6.2
Bakal graduan akan disusun mengikut nombor giliran menerima Ijazah (nombor giliran adalah
seperti yang tercatat dalam kad nama). Kad nama akan diberikan kepada setiap bakal graduan
semasa bakal graduan melapor diri di Panggung Percubaan pada Hari Konvokesyen. Kad nama
yang diberi perlu disimpan dengan baik untuk diserahkan kepada petugas semasa anda berdiri
untuk naik ke pentas di dalam dewan bagi menerima ijazah.

7.

6.3

Bakal graduan kategori OKU atau yang mengalami masalah kesihatan seperti kurang upaya,
mengandung, dalam tempoh berpantang dan bermasalah untuk beratur atau berjalan dipohon
untuk memaklumkan ketidakupayaan tersebut kepada Urus Setia Istiadat Konvokesyen melalui
emel safinaz@upsi.edu.my atau boleh juga memaklumkan kepada pegawai yang bertugas di
Panggung Percubaan Kampus Sultan Azlan Shah pada hari konvokesyen.

6.4

Bagi graduan sesi petang, sila pastikan anda melaporkan diri sebelum menunaikan solat zohor
(Masjid Kampus Proton City). Selesai solat, para graduan dikehendaki segera ke Panggung
Percubaan dan masuk ke dalam barisan mengikut susunan yang ditetapkan. Para graduan yang
lewat kembali dalam barisan perarakan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

6.5

Graduan tidak dibenarkan membawa apa-apa beg ke dalam Panggung Percubaan. Sehubungan
itu, segala urusan peribadi hendaklah diselesaikan sebelum mendaftar diri.

PERARAKAN GRADUAN MASUK KE DEWAN


Bakal graduan akan bergerak dalam barisan Perarakan Graduan dari Panggung Percubaan ke Dewan Besar
pada masa yang ditetapkan seperti berikut:
TARIKH

SESI

MASA

2 Jun 2015
(Selasa)

9.10 pagi

2.20 petang

3 Jun 2015
(Rabu)

8.35 pagi

2.20 petang

4 Jun 2015
(Khamis)

8.35 pagi

2.20 petang

5 Jun 2015
(Jumaat

8.35 pagi

2.45 petang

Jawatankuasa Istiadat Mempunyai Kuasa Untuk Tidak Membenarkan Graduan Yang Tidak Mematuhi
Masa Dan Etika Pakaian Yang Ditetapkan Daripada Menyertai Istiadat Konvokesyen UPSI.
BAKAL GRADUAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR DEWAN SEHINGGA ISTIADAT KONVOKESYEN SELESAI.

8.

PANDUAN DAN TATACARA MENERIMA IJAZAH


8.1

Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian
Akademik di Panggung Percubaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan (Rujuk perkara
6.1).

8.2

Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda dengan nombor giliran masingmasing sama ada di Panggung Percubaan mahupun di Dewan Besar. Nombor giliran adalah
tercatat dalam Kad Nama anda. (Rujuk perkara 6.2).

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

8.3

Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan penganugerahan Doktor
Falsafah/ Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan.

8.4

Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima


Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan. Bakal graduan akan
bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Para graduan diminta mematuhi semua arahan
pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

8.5

Apabila nama graduan diumumkan;


i)
graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro Canselor.
ii)
tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).
iii)
terima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan
dengan kedua belah tangan.
iv)
beri ucapan Menjunjung Kasih Tuanku kepada Tuanku Canselor dan Terima kasih
kepada Pro Canselor.
v)
undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali
ke tempat duduk asal.

8.6 Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.

9.

PERARAKAN GRADUAN KELUAR DEWAN


Semua bakal graduan akan bergerak dalam barisan untuk meninggalkan dewan sebaik sahaja juruacara
mengumumkan Perarakan Graduan Keluar Dewan.

10.

JEMPUTAN KEPADA TETAMU GRADUAN


Semua bakal graduan hanya diberi sekeping kad jemputan untuk 3 orang tetamu sahaja. Kanak-kanak
berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kad Jemputan dan pelekat
kenderaan akan diserahkan kepada graduan semasa membuat pinjaman pakaian akademik.
Peraturan Istiadat dan Etika Pakaian tetamu graduan ada dijelaskan di dalam kad jemputan. Tetamu
graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang ditetapkan boleh dihalang dari masuk ke dalam
dewan.

11.

GAMBAR
Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh
Universiti. Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar yang telah siap diproses selepas konvokesyen.
Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat
berlangsung, kecuali dari tempat duduk masing-masing.

12.

PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK


12.1

Graduan hendaklah memulangkan pakaian akademik selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas
selesai Istiadat Konvokesyen bagi program masing-masing mengikut masa dan tempat seperti
berikut:
GRADUAN

Semua Graduan

TARIKH

2 12 Jun 2015

TEMPAT

Auditorium Utama
Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah, Tanjong Malim

MASA
8.30 pagi - 12.30 tengahari
dan
2.15 petang - 4.30 petang
(kecuali hari Jumaat kaunter dibuka
pada jam 2.45 petang)

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

12.2

Denda akan dikenakan dalam kes-kes berikut:

BIL.

Lewat pulang Pakaian Akademik (kadar sehari lewat)

2.

Denda rosak/hilang jubah

400.00

300.00

3.

Denda rosak/hilang mortar board (topi)

80.00

70.00

4.

Denda rosak/hilang hood

50.00

40.00

5.

Denda rosak/hilang semua pakaian akademik

450.00

350.00

Sekiranya anda tidak dapat memulangkan Pakaian Akademik dalam tempoh yang ditetapkan, di
atas sebab-sebab tertentu anda boleh mewakilkan kepada orang lain untuk memulangkannya
dengan menggunakan borang kebenaran kepada wakil untuk memulangkan Pakaian Akademik.

PENGAMBILAN TRANSKRIP DAN IJAZAH


13.1

Bagi graduan PPG-UPSI yang belum mengambil Transkrip, ianya akan diserahkan bersama Ijazah
selepas urusan pemulangan pakaian akademik.

13.2

Bagi graduan PPG-Francais UPSI-USM dan UPSI-KIC, Transkrip boleh diambil masing-masing di
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), USM dan KIC manakala Ijazah pula akan diserahkan
selepas urusan pemulangan pakaian akademik. Sebarang masalah berhubung pengambilan
transkrip boleh hubungi PPIP, USM di nombor 04-6536133 dan KIC, di nombor 03-8318 2411.

13.3

Graduan yang tidak hadir Istiadat Konvokesyen boleh memberi kebenaran kepada Universiti untuk
urusan pos dengan mengisi dan mengemukakan Borang Kebenaran Mengambil Ijazah yang
disertakan dengan slip bayaran yuran konvokesyen dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan
Graduan melalui emel atau pos ke alamat Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. Urusan pos akan dibuat selepas
Istiadat Konvokesyen berakhir.

13.4

Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan
mengambil ijazah. Graduan yang masih berhutang dengan Universiti juga tidak dibenar
mengambil ijazah masing-masing.

13.5

Transkrip akademik dan ijazah hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah dan transkrip
akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos atau dituntut melalui wakil yang
mengambilnya.

13.6

Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang
atau rosak dengan kadar berikut :
BIL.

14.

KADAR (RM)
SARJANA MUDA /
IJAZAH LANJUTAN
DIPLOMA
10.00
10.00

1.

12.3

13.

PERKARA

PERKARA

KADAR (RM)

Bayaran Salinan Transkrip

10.00

Bayaran Salinan Ijazah

60.00

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (ONLINE)


Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diarahkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan Graduan.

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

Pada Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas 2015 semua graduan diwajibkan melengkapkan maklumat
Kajian Pengesanan Graduan melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my yang akan dibuka satu (1)
bulan sebelum tarikh konvokesyen.
Graduan adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa cetakan slip
pengesahan kajian semasa mendaftar untuk membuat peminjaman Pakaian Akademik. Graduan yang gagal
melengkapkan maklumat ini tidak dibenarkan mengambil Pakaian Akademik (Jubah).

15.

PERTANYAAN
Pertanyaan dan urusan mengenai konvokesyen bolehlah dirujukkan kepada pegawai-pegawai berikut:
15.1

Kehadiran, Pakaian Akademik, Transkrip dan Ijazah


Pn. Safinaz binti Salim
Penolong Pendaftar (Pengijazahan)
Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI
Email
: safinaz@upsi.edu.my
Tel
: 05-450 6314
En. Mohd Zaid bin Tahir/Pn. Siti Khairatul Azwa binti Mohd Farok
Pembantu Tadbir (Pengijazahan)
Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI
Email
: zaidtahir@upsi.edu.my/azwa83@upsi.edu.my
Tel
: 05-450 6994

15.2

Gambar
Maklumat syarikat fotografi akan dimaklumkan semasa sesi peminjaman pakaian akademik.

15.3

Alumni
Cik Nurul Nadiah binti Ishak
Penolong Pendaftar
Pusat Perhubungan Alumni
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI
Email
: nadiah.ishak@upsi.edu.my
Tel
: 05-450 5325

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

NOTA

Segala bentuk borang boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Konvokesyen di
alamat url http://konvokesyen.upsi.edu.my

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah betul sewaktu buku ini dicetak.
Pihak Universiti berhak menambah, meminda dan membetulkan mana-mana
kandungan tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada graduan.

You might also like