You are on page 1of 6

Teknologi mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik. Buat masa ini, penggunaan matematik telah bertambah dengan luasnya dalam lapisan
masyarakat. Jika dahulu masyarakat beranggapan bahawa matematik adalah untuk pengiraan
sahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh matematik meliputi pelbagai aktiviti
seperti pemprosesan data, membuat keputusan dan berkomunikasi dalam situasi harian.
Justeru itu, dalam era teknologi terkini, penggunaan alat teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran perlu diperluas.( Noraini Idris, 2002). Teknologi boleh memainkan
peranan meningkatkan pemikiran peringkat tinggi denga menjadi alat bagi meninjau dan
membuat penemuan dalam matematik. Teknologi memberi ruang kepada pelajar untuk membuat
refleksi dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar. Selain itu, teknologi
dapat membantu menjalankan prosedur biasa secara tepat dan tepat, dnegan itu memberi banyak
ruang untuk konseptualisasi dan modeling (NCTM, 2000). Untuk itu, NCTM menganjurkan tiga
kepentingan teknologi dalam pengajaran matematik, iaitu:

Teknologi meningkatkan keupayaan pembelajaran matematik

Teknologi menyokong pengajaran matematik berkesan.

Teknologi mempengaruhi matematik yang diajar.

PERANAN

TEKNOLOGI

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

MATEMATIK.
Dalam alaf baru ini, perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan mencabar.
Fenomena ini turut mencorakkan sistem pendidikan negara khususnya pelajaran matematik. Jika
dahulu masyarakat beranggapan bahawa matematik adalah untuk pengiraan sahaja, tetapi pada
masa kini peranan yang dimainkan oleh matematik meliputi pelbagai aktiviti seperti
pemprosesan data, membuat keputusan dan berkomunikasi dalam situasi harian. Justeru itu,

pendidikan negara sedang menuju ke arah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dan pengaplikasiannya dalam bidang pendidikan memainkan peranan penting dalam
memberi nafas baru kepada institusi pembentukan dan perkembangan insan yang berintelek.
Menurut Means (1994), teknologi boleh dikategorikan kepada empat kegunaan yang
utama iaitu sebagai tutor, untuk meneroka, sebagai alat dan untuk berkomunikasi. Teknologi
adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia mempengaruhi
matematik yang diajar dan meningkatkan pembelajaran pelajar (NCTM, 2000). Noraini Idris
(2001) lebih lanjut menjelaskan bahawa kehadiran teknologi terutamanya teknologi elektronik
seperti kalkukator dan computer telah menukar fungsi pengajaran dan pembelajaran matematik
kerana ia membekalkan satu tapak bagi mempercepat dan mempelbagaikan aktiviti dan bentuk
persembahan.
Menurut Kimmins dan Bouldin (1996) teknologi boleh memainkan sekurang-kurangnya
empat peranan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Pertama, teknologi boleh membantu perkembangan konsep dan kemahiran matematik.
Dengan menggunakan teknologi, pelajar didedahkan dengan perwakilan yang pelbagai,
meningkatkan keupayaan visualisasi, meningkatkan peluang untuk membina pengetahuan
matematik dan memberi peluang untuk mereka melakukan diagnosis, pemulihan dan penilaian.
Kedua, teknologi juga boleh membantu dalam penyelesaian masalah matematik. Pelajar
akan lebih fokus kepada proses penyelesaian masalah bukan aspek pengiraan semata-mata.
Teknologi membantu meningkatkan keupayaan untuk pelajar meneyelesaikan masalah yan
glebih realistic. Juga memberi peluang kepada pelajar untuk memeperkembangkan kemahiran
pemodelan matematik seperti simulasi.
Ketiga, teknologi membantu dalam penaakulan matematik. Melalui data yang dikutip
pelajar boleh membuat telahan (conjecture) dan mengaplikasi penaakulan induktif. Teknologi
juga boleh memberi motivasi kepada pelajar untuk berfikir secara logic dalam melakukan
sesuatu tugasan.
Keempat, teknologi membantu komunikasi dalam matematik. Teknologi meningkatkan
motivasi pelajar untuk berkomunikasi secara matematik dan keupayaan menggunakan idea

matematik sama ada secara lisan atau bertulis. Komunikasi boleh diwujudkan melalui
pengggunaan perisian pemprosesan dan perisian persembahan bagi menulis dan membuat
persembahan laporan yang menggunakan symbol matematik, jadual dan graf.

KALKULATOR GRAFIK
Penggunaan kalkulator grafik di dalam kelas direka bentuk supaya ia boleh digunakan sebagai
alat menyokong pengajaran matematik. Penggunaan kalkulator grafik membolehkan pengajar
memandu pelajar menyelesaikan masalah dengan cara membuat visualisasi tentang konsep yang
penting. Penggunaan kalkulator grafik boleh meningkatkan dan menguatkan pemahaman pelajar
terhadap konsep matematik.
Teknologi ini membantu pelajar menemui konsep asas, hukum dan corak dengan sendiri
dan membuat aplikasi dunia sebenar di dalam kelas matematik. Kalkulator grafik memberi
kemudahan kepada pelajar untuk bergerak daripada numeric kepada grafik dan perwakilan

simbolik bagi menyelesaikan menggunakan perwakilan pelbagai. Contohnya, dalm topic fungsi
membolehkan pelajar mengaitkan symbol dengan graf. Penggunaan kalkulator grafik ini sebagai
alat membuat penerokaan akan mengukuhkan lagi pemahaman pelajar. Kalkulator grafik
mengubah kaedah pengajaran matematik di kelas yang mana sebelum ini hanya memberi
tumpuan kepada apa yang guru berikan.
Kalkulator grafik memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara visual dengan
matematik. Menurut Hennessy et al. (2001) teknologi kalkulator grafik boleh mempercepatkan
proses membuat graf (graphing process), dan membolehkan pelajar menganalisis dan merefleksi
hubungan antara data secara senang disusun dan diolah dalam pelbagai cara yang menyokong
pelajar meneroka sesuatu masalah (Clements, 2000) pupils are guaranteed correct representations
of their input data (Sivasubramaniam, 2000).

PENGGUNAAN INTERNET
Penggunaan internet dan World Wide Web adalah inovasi terkini dalam pendidikan
matematik. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1993. Pada masa ini internet merupakan salah satu
sumber bagi pengajaran dan pembelajaran matematik. Terdapat berjuta-juta laman web dalam
rangkaian internet yang berkenaan dengan pendidikan matematik dari peringkat prasekolah
hingga ke peringkat tinggi. Melalui internet anda boleh mengakses dan memuat turun maklumat,
perisian, permainan dan melibatkan diri dengan aktiviti interaktif.
Selain itu guru juga boleh memperoleh ringkasan mengajar sesuatu tajuk matematik,
bahan kurikulum matematik, kertas kerja persidangan, sejarah matematik dan pelbagai isu yang
berkenaan dengan pengajaran matematik. Data ini dapat diakses dengan serta-merta untuk
membolehkan pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik. Enjin pencari yang
disediakan seperti Yahoo (http://www.yahoo.com) , Google (http://www.google.com), Infoseek
(http://www.infoseek.com) dan lain-lain lagi amat membantu dalam mencari apa yang diingini.
Penggunaan internet menyokong pembelajaran melepasi had sempadan kelas. Internet
mewujudkan komuniti pembelajaran yang boleh berhubung antara satu sama lain. Ini
menyokong pembelajaran yang memberi penekanan kepada pembelajaran sebagai satu aktiviti

sosial selain daripada aktiviti yang berbentuk individu. Komunikasi melalui internet boleh
berbentuk e-mel, papan bulletin, forum, laman web atau persidangan video. Maklumat dan bahan
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran matematik yang banyak terdapat di internet
boleh diakses oleh para guru dan juga para pelajar.
Sebagai contoh laman web Quiz Online, yang mana melalui penggunaan kuiz secara
online para pelajar boleh mendapat maklum balas secara langsung yang berkaitan dengan topic
sesuatu pengajaran.

PENGGUNAAN KOMPUTER
Lim Chap Sam et al. (2003) menegaskan bahawa komputer dapat digunakan sebagai alat
bantu mengajar matematik dalam dua aspek. Pertama, komputer dapat meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Khasnya, komputer dapat
meningkatkan motivasi guru dan pelajar. Kedua, penggunaan computer juga dapat membina
konsep matematik dengan lebih berkesan.
Menurut Clements (2000) penggunaan program computer dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik menggalakkan pelajar mencuba idea-idea baru, membuat telahan
(conjecture) dan melakukan penerokaan kerana computer berupaya memberikan maklum balas
yang serta-merta. Seterusnya, bagi perisian multimedia yang interaktif, sifatnya amat
memotivasikan pelajar dan mendorong pelajar tersebut untuk meningkatkan pencapaiannya
(Moseley et al. 1999)
Antara alat yang membantu pelajar belajar dan mengaplikasi matematik termasuklah :
hamparan elektronik (seperti Excel), perisian grafik (seperti Graphmatica), perisian geometri
(seperti Geometers Sketchpad) dan applet matematik. Juga pemprosesan perkataan yang
mempunyai keupayaan menulis simbol matematik (seperti Equation Editor) dan perisian untuk
persembahan (seperti Power Point) adalah amat berguna bagi menghasilkan bahan yang
berkualiti tinggi.

Contoh penggunaan Geometers Sketchpad. Perisian ini boleh dimuat turun secara
percuma bagi tujuan penilai dan penilaian dan boleh digunakan selama 60 hari. Rancangan
mengajar Geometers Sketchpad boleh didapati di internet.
Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman, 1994) kemasyhuran computer menjadi popular
sebagai media pembelajaran kerana computer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh
media pembelajaran yang lain. Antara keistimewaan komputer adalah seperti berikut :
1. Hubungan Interaktif Komputer boleh mewujudkan hubungan antara rangsangan dengan
jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) computer dapat mewujudkan inspirasi dan
meningkatkan minat.
2. Pengulangan Komputer membolehkan pengguna mengulangi pelajaran apabila perlu
untuk memperkuatkan lagi pembelajaran matematik dan memperbaiki lagi ingatan.
Dalam pengulangan, kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar amat diperlukan
(Clements, 1994)
3. Maklum Balas dan Peneguhan Media computer membolehkan pelajar memperolehi
maklum balas terhadap pelajaran matematik secara serta- merta dan boleh memotivasikan
pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberi jawapan.

KESIMPULAN
Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu
memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi
menghadapi pelbagai halangan seperti kekurangan masa untuk menyediakan bahan pengajaran
yang melibatkan integrasi teknologi (Preston et al. 2000), tiada pengetahuan tentang aspek
teknikal yang membolehkan guru menyelesaikan masalah yang berkaitan komputer (VanFossen,
1999) dan sebagainya, ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Harus diingat bahawa teknologi merupakan
hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan
kedudukan guru dalam erti yang luas.

You might also like