You are on page 1of 20

PERANAN TEKNOLOGI

DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
MATEMATIK.

Dalam alaf baru ini, perkembangan teknologi maklumat semakin pesat


dan mencabar.
Fenomena ini turut mencorakkan sistem pendidikan negara khususnya
pelajaran matematik.
Jika dahulu masyarakat beranggapan bahawa matematik adalah untuk
pengiraan sahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh
matematik meliputi pelbagai aktiviti seperti pemprosesan data,
membuat keputusan dan berkomunikasi dalam situasi harian.
Justeru itu, pendidikan negara sedang menuju ke arah penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pengaplikasiannya
dalam bidang pendidikan memainkan peranan penting dalam memberi
nafas baru kepada institusi pembentukan dan perkembangan insan yang
berintelek.

Menurut Means (1994), teknologi boleh dikategorikan kepada empat


kegunaan yang utama iaitu sebagai tutor, untuk meneroka, sebagai
alat dan untuk berkomunikasi.
Teknologi adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik kerana ia mempengaruhi matematik yang diajar dan
meningkatkan pembelajaran pelajar (NCTM, 2000).
Noraini Idris (2001) lebih lanjut menjelaskan bahawa kehadiran
teknologi terutamanya teknologi elektronik seperti kalkukator dan
computer telah menukar fungsi pengajaran dan pembelajaran
matematik kerana ia membekalkan satu tapak bagi mempercepat dan
mempelbagaikan aktiviti dan bentuk persembahan.

Menurut Kimmins dan Bouldin (1996) teknologi boleh memainkan


sekurang-kurangnya empat peranan dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik.
Pertama, teknologi boleh membantu perkembangan konsep dan
kemahiran matematik.
Dengan menggunakan teknologi, pelajar didedahkan dengan
perwakilan yang pelbagai, meningkatkan keupayaan visualisasi,
meningkatkan peluang untuk membina pengetahuan matematik
dan memberi peluang untuk mereka melakukan diagnosis,
pemulihan dan penilaian.

Kedua, teknologi juga boleh membantu dalam penyelesaian masalah


matematik.
Pelajar akan lebih fokus kepada proses penyelesaian masalah
bukan aspek pengiraan semata-mata. Teknologi membantu
meningkatkan keupayaan untuk pelajar meneyelesaikan masalah
yan glebih realistic. Juga memberi peluang kepada pelajar untuk
memeperkembangkan kemahiran pemodelan matematik seperti
simulasi.
Ketiga, teknologi membantu dalam penaakulan matematik.
Melalui data yang dikutip pelajar boleh membuat telahan
(conjecture) dan mengaplikasi penaakulan induktif. Teknologi
juga boleh memberi motivasi kepada pelajar untuk berfikir
secara logic dalam melakukan sesuatu tugasan.

Keempat, teknologi membantu komunikasi dalam matematik.


Teknologi meningkatkan motivasi pelajar untuk berkomunikasi
secara matematik dan keupayaan menggunakan idea matematik
sama ada secara lisan atau bertulis. Komunikasi boleh
diwujudkan melalui pengggunaan perisian pemprosesan dan
perisian persembahan bagi menulis dan membuat persembahan
laporan yang menggunakan simbol matematik, jadual dan graf.

KALKULATOR GRAFIK

Penggunaan kalkulator grafik di dalam kelas direka bentuk supaya


ia boleh digunakan sebagai alat menyokong pengajaran matematik.
Penggunaan kalkulator grafik membolehkan pengajar memandu
pelajar menyelesaikan masalah dengan cara membuat visualisasi
tentang konsep yang penting.
Penggunaan kalkulator grafik boleh meningkatkan dan menguatkan
pemahaman pelajar terhadap konsep matematik.
Teknologi ini membantu pelajar menemui konsep asas, hukum dan
corak dengan sendiri dan membuat aplikasi dunia sebenar di dalam
kelas matematik.

Kalkulator grafik memberi kemudahan kepada pelajar untuk


bergerak daripada numeric kepada grafik dan perwakilan simbolik
bagi menyelesaikan menggunakan perwakilan pelbagai.
Penggunaan kalkulator grafik ini sebagai alat membuat penerokaan
akan mengukuhkan lagi pemahaman pelajar.
Kalkulator grafik mengubah kaedah pengajaran matematik di kelas
yang mana sebelum ini hanya memberi tumpuan kepada apa yang
guru berikan.
Kalkulator grafik memberi peluang kepada pelajar berinteraksi
secara visual dengan matematik.

Menurut Hennessy et al. (2001) teknologi kalkulator grafik


boleh mempercepatkan proses membuat graf (graphing
process), dan membolehkan pelajar menganalisis dan
merefleksi hubungan antara data secara senang disusun dan
diolah dalam pelbagai cara yang menyokong pelajar meneroka
sesuatu masalah (Clements, 2000) pupils are guaranteed
correct representations of their input data (Sivasubramaniam,
2000).

PENGGUNAAN INTERNET

Penggunaan internet dan World Wide Web adalah inovasi


terkini dalam pendidikan matematik.
Ia mula diperkenalkan pada tahun 1993. Pada masa ini
internet merupakan salah satu sumber bagi pengajaran dan
pembelajaran matematik.
Terdapat berjuta-juta laman web dalam rangkaian internet
yang berkenaan dengan pendidikan matematik dari
peringkat prasekolah hingga ke peringkat tinggi.
Melalui internet pelajar boleh mengakses dan memuat turun
maklumat, perisian, permainan dan melibatkan diri dengan
aktiviti interaktif.

Selain itu guru juga boleh memperoleh ringkasan mengajar


sesuatu tajuk matematik, bahan kurikulum matematik, kertas
kerja persidangan, sejarah matematik dan pelbagai isu yang
berkenaan dengan pengajaran matematik.
Data ini dapat diakses dengan serta-merta untuk membolehkan
pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik.
Penggunaan internet menyokong pembelajaran melepasi had
sempadan kelas.

Internet mewujudkan komuniti pembelajaran yang boleh


berhubung antara satu sama lain. Ini menyokong
pembelajaran yang memberi penekanan kepada
pembelajaran sebagai satu aktiviti sosial selain daripada
aktiviti yang berbentuk individu.
Komunikasi melalui internet boleh berbentuk e-mel,
papan bulletin, forum, laman web atau persidangan video.
Maklumat dan bahan yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran matematik yang banyak terdapat di
internet boleh diakses oleh para guru dan juga para
pelajar.


PENGGUNAAN KOMPUTER

Lim Chap Sam et al. (2003) menegaskan bahawa komputer dapat


digunakan sebagai alat bantu mengajar matematik dalam dua aspek.
Pertama, komputer dapat meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran matematik. Khasnya, komputer
dapat meningkatkan motivasi guru dan pelajar.
Kedua, penggunaan computer juga dapat membina konsep
matematik dengan lebih berkesan.
Menurut Clements (2000) penggunaan program komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik menggalakkan pelajar
mencuba idea-idea baru, membuat telahan (conjecture) dan
melakukan penerokaan kerana computer berupaya memberikan
maklum balas yang serta-merta.

Seterusnya, bagi perisian multimedia yang interaktif, sifatnya amat


memotivasikan pelajar dan mendorong pelajar tersebut untuk
meningkatkan pencapaiannya (Moseley et al. 1999)
Antara alat yang membantu pelajar belajar dan mengaplikasi
matematik termasuklah : hamparan elektronik (seperti Excel),
perisian grafik (seperti Graphmatica), perisian geometri (seperti
Geometers Sketchpad) dan applet matematik.
Juga pemprosesan perkataan yang mempunyai keupayaan menulis
simbol matematik (seperti Equation Editor) dan perisian untuk
persembahan (seperti Power Point) adalah amat berguna bagi
menghasilkan bahan yang berkualiti tinggi.

Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman, 1994) kemasyhuran


komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer
memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang
lain.
Antara keistimewaan komputer adalah seperti berikut :
Hubungan Interaktif Komputer boleh mewujudkan hubungan antara
rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996)
computer dapat mewujudkan inspirasi dan meningkatkan minat.
Pengulangan Komputer membolehkan pengguna mengulangi pelajaran
apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran matematik dan
memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan, kebebasan dan kreativiti
daripada para pelajar amat diperlukan (Clements, 1994)
Maklum Balas dan Peneguhan Media computer membolehkan pelajar
memperolehi maklum balas terhadap pelajaran matematik secara sertamerta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang
diberi apabila pelajar memberi jawapan.

KESIMPULAN

Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan


perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan
teknologi secara efektif dan efisien.
Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan
antaranya kekurangan masa untuk menyediakan bahan pengajaran
yang melibatkan integrasi teknologi (Preston et al. 2000) dan tiada
pengetahuan tentang aspek teknikal yang membolehkan guru
menyelesaikan masalah yang berkaitan komputer (VanFossen,
1999), ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk
menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat
menggantikan kedudukan guru dalam erti yang luas.

You might also like