You are on page 1of 2

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemasan penghasilan tembikar teknik


lingkaran menggunakan kaedah penceritaan dalam kalangan murid tahun 4 Amanah di
sebuah sekolah di daerah Rantau Panjang, Kelantan semasa sesi pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian tindakan yang berasaskan model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992). Hasil kajian ini dianalisis dengan kaedah kualitatif dan dihurai secara deskriptif.
Tindakan-tindakan yang digunakan dalam kajian ini antaranya ialah dengan
menggunakan tindakan Pancake, Ular dan Acuan Mangkuk. Instrumen yang
digunakan ialah pemerhatian, rakaman video dan foto serta analisis dokumen manakala,
senarai semak digunakan untuk mengukuhkan lagi data utama. Dapatan kajian
menunjukkan berlakunya peningkatan dalam kemasan penghasilan tembikar teknik
lingkaran melalui analisis dokumen yang telah dilakukan. Setelah ketiga-tiga tindakan
dilakukan, hasil kajian menunjukkan berlaku peningkatan dalam kemasan penghasilan
tembikar teknik lingkaran oleh keempat-empat sampel kajian. Hasil kajian juga
mendapati minat murid terhadap aktiviti membuat tembikar teknik lingkaran semakin
meningkat.

ABSTRACT
This study is conducted to improve the mastery of .....................................................
among the students of Year 4 Amanah in one of the schools in Rantau Panjang district,
Kelantan. It is conducted during teaching and learning process of Pendidikan Seni
Visual. The research model used is based on Kurt Lewin (1946) and Laidlaw (1992).
The result have been analised by using qualitative method and have been justified
descriptively. The interventions used are Pancake, Ular and Acuan Mangkuk. The
instruments used are observation, rakaman video dan foto serta analisis dokumen while
check list have been used to strengthen the main data. The findings show there is an
improvement in the mastery of . Through analisis dokumen
that have been done. After the three interventions have been conducted, the results show
there is an improvement in the mastery of .. among those four
participants. The finding also found that the level of interest among the participants is
increased when this activity is conducted.

You might also like