You are on page 1of 21

BAHAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN
BUKAN ELEKTRONIK
Amirah Najihah bt Abdul Azis
p6j

Membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dan boleh


mengurangkan rasa bosan terhadap pengajaran guru.

Atan Long (1980) berpendapat semakin banyak pancaindera yang


digunakan semakin berkesan pembelajaran itu.

Antara bahan media bukan elektronik ialah carta, kad gambar, kad
imbasan, kad ayat, buku dan surat khabar.

Benda-benda maujud seperti penggunaan boneka, buah-buahan


dan alat-alat tulis boleh digunakan untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan alatan mengajar adalah sebahagian daripada


kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada muridmuridnya. (Noraziah Abdul Hamid, 1985).
Dapat memperkembangkan kemahiran murid-murid berfikir secara
kreatif dan kritis.

Bagi murid-murid yang lemah, aktiviti ini dapat membantu mereka


dalam menguasai kemahiran bahasa kerana mereka belajar
melalui bermain.
Dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran bertutur,
membaca, menulis, mendengar dan menaakul.

Contoh Aktiviti Literasi Bahasa

PERMAINAN BAHASA

Menurut Siti Hajar (1996), permainan bahasa


merupakan aktiviti yang dirancang dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Membantu murid-murid menguasai beberapa
kemahiran seperti mendengar, bertutur, menulis
dan membaca.
Pemilihan aktiviti perlu diukur setaraf dengan
kebolehan murid-murid agar tidak menjadikan
permainan itu hambar, mengecewakan dan
menimbulkan rasa bosan.

Faedah Permainan Bahasa


Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dalam
melaksanakan aktiviti yang diberikan.
Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan
dalam kelas.
Menggalakkan komunikasi yang baik dan berkesan dalam
kalangan murid-murid.
Meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, menulis dan membaca.
Menggalakkan murid-murid berfikir secara kritis dan
kreatif.
Menarik minat murid-murid agar sentiasa gembira
semasa belajar dan tidak bersikap pasif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat Permainan
Mewujudkan suasana pembelajaran yang santai tanpa
memberi tekanan kepada murid-murid.
Melahirkan murid-murid yang kreatif dan inovatif dalam
melakukan sesuatu tugasan yang diberi.
Melahirkan murid yang mempunyai sikap kepimpinan dan
disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang
dipertanggungjawabkan.
Memupuk semangat kerja bepersatuan dan saling
membantu.
Memberi motivasi kepada pelajar agar berani berdaya
saing dalam menghadapi kehidupan.

Objektif
Proses P&P berlaku dalam suasana yang
menyeronokkan.
Murid-murid dapat menguasai kemahiran bertutur,
mendengar, mendengar dan menulis dengan baik.
Mewujudkan kerjasama yang baik dalam kumpulan.
Menggalakkan penyertaan semua murid-murid dalam
setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Murid-murid dapat menguasai kemahiran bahasa
sambil bermain.

Pemintal Lidah
Pelaksana: Guru
Tujuan: Melatih murid menyebut perkataan yang hampir
sama bunyinya.
Perkataan: Sama dari segi bunyi, berbeza dari segi
konsonan, vokal dan maksud.
Kesan:
Murid dapat menghafal.
Murid dapat menyebut sesuatu dengan tepat.
Faedah:
Guru dapat membantu murid yang menghadapi masalah
membunyikan fonem.
Kesimpulannya: Latihan ini adalah latihan asas mendengar,
membaca dan bertutur yang berkesan kepada murid.

Contoh Pemintal Lidah


Kelemahan menyebut fonem /c/
Chah cari cincin cicir celah laci
Kelemahan menyebut fonem /j/
Johan jemput Joyah jalan-jalan jumpa Jothi
Kelemahan menyebut fonem /k/
Kuku kiri kaki kakak kena ketuk kayu keras
Kelemahan menyebut fonem /r/
Hari raya Ramlah ramai-ramai pergi ronda-ronda
rumah rakan.

Pasangan Minimal
Tujuan:
Melatih murid menyebut perkataan yang hampir sama
sebutan bunyinya tetapi maknanya berlainan.
Struktur perkataan:
- Sama bilangan suku kata.
-Fonem berbeza
Faedah:
- Murid kurang mahir dapat dikenalpasti dan dilatih
berulangkali.
- Membantu murid yang pendiam, malu, dan tidak yakin
dalam bertutur.
- Suasana pembelajaran bertambah seronok.
Contoh : curi - duri
kari jari

BAHAN PENGAJARAN LAKONAN

Jenis-jenis lakonan
Lakonan bisu

Lakonan berseni kata dan menggunakan pergerakan


Lakonan menggunakan patung

Lakonan Bisu
Merupakan pergerakan anggota badan tanpa suara
mengikut arahan yang diberikan oleh guru.
Murid yang melakonkan watak perlu memikirkan
pergerakan yang betul, tepat dan sesuai agar mudah
diteka oleh murid lain.
Murid yang menonton pula memikirkan aksi lakonan yang
dibuat itu dan meneka perbuatan yang dilakonkan oleh
rakan mereka.
Contoh : Haiwan peliharaan kucing, anjing, ikan, arnab,
kambing, ayam dan itik.

Lakonan Berseni Kata dan


Menggunakan Pergerakan
Kamarudin Hj. Husin (1985) membahagikan
lakonan ini kepada dua iaitu:
- lakonan yang tidak bersahaja
- lakonan yang bersahaja

Lakonan Yang Tidak Bersahaja

- Merupakan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid


selepas mendengar sesuatu cerita atau kejadian.
- Misalnya: guru bercerita tentang kemalangan jalan
raya kemudian murid diminta melakonkan kejadian
tersebut.

Lakonan Yang Bersahaja


Merupakan lakonan bukan spontan.
Lakonan ini berpandukan jalan cerita yang terdapat
dalam buku cerita.
Guru akan menyediakan skrip cerita.
Guru membiarkan murid-murid melakonkan watak
tanpa sebarang gangguan.
Setelah selesai lakonan, guru membetulkan kesilapan
murid dengan memberi teguran positif dan membina.
Adalah lebih baik jika guru menyediakan alatan yang
sesuai untuk menghidupkan lakonan seperti topeng.

Lakonan Menggunakan Patung


Digunakan oleh guru untuk memperkenalkan topik,
memahami isi pelajaran dan menyudahkan sesuatu
pengajaran itu.
Jenis-jenis patung:
a) patung kayu contohnya gambar haiwan, buahbuahan atau manusia. gambar ini akan diwarnakan
dan digunting. Kemudian lekatkan pada kayu
menggunakan gam.
b) patung tali murid-murid yang menjadi patung,
digerakkan dengan kuasa tali yang diikatkan
kepadanya.

TERIMA KASIH

You might also like