You are on page 1of 8

TajuK: Muzik Tradisional Sabah Dan

Sarawak
KANDUNGAN BLOG:
(KLIK SUB TAJUK)
PROFIL AHLI KUMPULAN
GAMBAR AHLI KUMPULAN

SEJARAH MUZIK TRADISIONAL SABAH DAN SARAWAK

ALAT MUZIK SABAH DAN SARAWAK

CARA PERMAINAN

JENIS-JENIS TARIAN SABAH DAN SARAWAK

VIDEO: ALAT MUZIK DAN TARIAN

VIDEO: PEMBENTANGAN

POWERPOINT (PPT)

T H U R S D A Y, O C T O B E R 7 , 2 0 1 0

ALAT MUZIK SABAH DAN SARAWAK


Pengenalan Alat Muzik Sabah
Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni
kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara
tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh
lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus
sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum lelaki
umumnya main gong bercombol besar dan gendang dan kaum wanita
kulintangan dan gong leper. Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat
daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada sumber semulajadi.Sebagai
contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak diperbuat daripada
buluh. Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada
kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan
menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis
gentian pokok palma.
Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada:
1. Kordofon (tongkungon, sundatang atau gagayan)
2. Erofon (turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
3. Idiofon (togunggak, gong, kulintangan)
4. Membranofon (gendang atau tontog).
1. Kordofon
Tongkungon

Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan
Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh
yang besar.
Sundatang Atau Gagayan
Pengenalan:
Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.
Diperbuat dari:
Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan
prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan
untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu
nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi:
Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam
dahulu sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas
kematian seseorang dari keluarga
Seseorang dari keluarga terdekat.
2. Erofon
Suling
Seruling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling
yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang
mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat
menenangkan.
Turali

Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi
masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini
ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat
tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah low pitch manakala makin pendek
alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi pitch. Alat ini
diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia
mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup,
maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah.
Sompoton

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di
kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan
rapat dengan khene sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.

Diperbuat daripada:
Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari
jenis sumbiling yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat
dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam
dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk.
Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga
untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan
dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk
memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil
plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan
bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Cara Bermain:

Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan
membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga
kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih
panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar
dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga
menggunakan teknik menghembus serta menyedut untuk menghasilkan bunyi
menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang
telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan
berharmoni. Sompoton juga menggunakan system free reed yang tunggal
sebagai bahan bunyinya seperti juga alat Engkururai di Sarawak.
Fungsi:
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan
persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu,
sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik
ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan
juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara
berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain
seperti bungkau dan marakas.
Bungkau
Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit
luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang
hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat bungkau yang baik. Alat
ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan
sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh
membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh
diperolehi dengan memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila
tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk
tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di
tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran
kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya
di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi
yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah
mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan
dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan
bersih.
3. Idiofon
Tongunggak
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di
kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon
bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau
perarakan di pesta-pesta. Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam
(togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum.
Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan
setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.
Gong
Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya
diperbuat daripada gansa dan besi. Ianya dimainkan di dalam persembahan
muzik Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena
permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.

Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan


masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama
untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah
dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian,
upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak
akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk
dari kepingan besi bergalvani yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular
mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar,
ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.
Kulintangan
Pengenalan
Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang
berukuran
kecil.
Diperbuat dari:
Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
Cara bermain
Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara
umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila
sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar
sebagai mitagunggu.
Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan
pada tapak kayu
ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan
biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari
jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai',
'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'. Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati
berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam
bentuk ensemble. Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan
'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak
untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh
generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi
lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya
mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong
cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu
rendah.
4. Membranofon
Rebana
Rebana ialah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi
tarian dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai Adai-Adai oleh
masyarakat melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan
sipitang.
Gendang atau Tontog
Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur
tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk
badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang.
Instrumen ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang
berbeza.
Alat Muzik Sarawak
ENGKERURAI /EROFON

Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun tidak
ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai
merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika
ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkandalam bahan cetak.
Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum.
Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu.
Berada dalam keadaan bertentangan dengan leher labu.
lndu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan.
Buluh yang bertentangan dengan indu ialah pemanchor.
Di sebelah kanan indu ialah ngingit.
Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti indu
bunyi ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu
Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah
ranggong.
Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong.
Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu seperti di bawah :
1. Tebah Lantang
2. Kenjan Keterubah
3. Kenjan Kadua
4. Saka Dua
5. Baling
6. Alun Panjai
7. Entak Kepayang
8. Seri Dayong
9. Kenyah
10. Keliute
11. Indu Gu

Cara Bermain- Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan
menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya
dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip
yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada
yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
SAPE/SAPEH KORDOFON
Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga luteyang berleher pendek
dan talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya
meranti yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan
sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering
di sebut sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla

bagi suku kaum kayan dan kenyah. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan
serta mngiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan
yang sering dikaitkan dengan gead huntingmengilut lagenda mereka dan kini
tidak lagi diamalkan.
Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempunyai
bulangan talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat
tali. Kini, tali sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat
awal mereka menggunakan tali sabut dari Sago. Dalam konteks persembahan
talinya dilaras mengikut system muzik barat. Salah satu dari system berkenaan
adalah seperti
Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano.
Tali dua : dilaras bersama dengan nada c satu oktaf rendah dari middle c
Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third
dibawah middle c
Tali empat : dilaras bersama dengan nada F iaitu perfect fourth diatas middle c.

Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan


penghasilkan melodi hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali
selebihnya berfungsi sebagai drone yang dimainkan dalam
keadaan terbuka(in open string) pada derap terakhir bagi setiap
keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi
badanya dengan sokongan oleh penugkat tali (brige) yang
bersifat moveable untuk tujuan penalaannya mengikut konteks
lagu yang ingin dipersembahkan

ENGKEROMONG/ IDIOFON
Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobed-gong atau gong
berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada tembaga . alat ini dikatakan

alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara . Engkeromong begitu terkenal
dikalangan suku kaum iban dan sering digunakan dalam ensamble untuk mengiringi tarian
ngajat. Dalam konteks persembahan , engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu
barisan yang mnegandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang
spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut
untuk menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu
in step wise , menaik dan menurun.
Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang berukuran besar iaitu
dikenlai sebagai badai . Alat ini menyerupai alat tetawak yang terdapat di negeri Kelantan
dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan bagi masyarakat iban.

GENDANG WANITA/ BERMUKUM MEMBRANOFON


Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya bebentuk seperti pasu
dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya daripada batang kelapa
ataupun sago.
Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing dan disirat
dengan tali rotan . Gendang ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita yang dikenali
sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis persembahan nyanyian rakyat
yang dikenali sebagai bermukum di kalangan masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini
hampir serupa dengan dondang sayang dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam
persembahan bermukum ketua kumpulan gendang wanita akan bermainkan rebana juga
ditakrifkan sebagai gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk bertingkah .
pemain gendang ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan
teruna melalui jual pantun sambil berjoget.
Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai benduk dan
dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan orang islam.
Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka dikenlai
sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada permukaanya
mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing. Kaum kenyah yang berada
di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh di Sarawak terdapat gendang satu
muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna pakai oleh masayarakat melayu.

You might also like