You are on page 1of 2

Soalan 1 : Nyatakan maksud pendemokrasian pendidikan.

Jawapan : Pendemokrasian pendidikan bermaksud setiap individu diberi peluang dan


hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan baik dari segi kurikulum, lokasi sekolah
sama ada luar bandar atau bandar, fizikal seseorang murid tanpa mengira jantina,
kaum, agama dan latar belakang.

Soalan 2 : Sejauh manakah sistem pendidikan kebangsaan dapat merealisasikan


matlamat pendemokrasian pendidikan?
Jawapan : Sistem pendidikan kebangsaan dapat merealisasikan matlamat
pendemokrasian pendidikan melalui peringkat persekolahan iaitu prasekolah, sekolah
rendah dan sekolah menengah. Fasa persekolah ini dapat membantu membasmi
beberapa masalah seperti masalah buta huruf dalam kalangan murid, memberi
pendidikan kepada masyarakat luar bandar, merapatkan jurang pencapaian akademik
yang berpunca daripada perbezaan kelas social, perbezaan sosialisasi Bahasa dan
perbezaan lokasi luar bandar.

Soalan 3 : Realiti perpaduan kaum dalam kalangan pelajar di sekolah masih


berada pada tahap yang sederhana. Terangkan peranan guru untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah.
Jawapan :
-

Melaksanakan majlis sambutan perayaan bagi semua kaum bersama-sama.


Merentasi kurikulum sejarah dalam pengajaran seperti menjelaskan punca
berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Guru mengambil daya usaha dalam menunjukkan nilai-nilai murni dalam manamana program sosial seperti RIMUP di sekolah.
Menunjukkan nilai murni di dalam bilik darjah, memahami keadaan sosial muridmurid, menunjukkan sifat mesra kepada semua murid

Soalan 4 : Mengapa pembinaan negara bangsa penting dalam perubahan


pendidikan negara?
Jawapan :
-

Membentuk sebuah negara yang bersatu padu


Agar tiada isu perkauman dibangkitkan
Semua bangsa berpeluang menikmati pendidikan secara sama rata

Melahirkan warganegara yang berfikir secara kritikal, mengaplikasikan ilmu


dalam kehidupan, melahirkan sumber manusia yang berfikir secara globalisasi

Soalan 5 : Sekolah adalah institusi asas yang sangat penting dalam pembinaan
modal insan. Bincangkan.
Jawapan :
-

Modal insan adalah penting dalam memajukan negara


Memperkasakan peranan guru melalui kursus bagi menyediakan guru dengan
kaedah pengajaran terkini
Aktiviti ko-kurikulum bagi membangunkan potensi yang ada dalam murid selain
daripada kurikulum bilik darjah
Menyemai nilai murni di dalam jiwa murid melalui mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral bagi memantapkan akidah

You might also like