You are on page 1of 4

JOHOR BAHARU: Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas 14 pertuduhan

menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan lebih RM1 juta bagi syarikat milik isterinya.
Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur, Bachok @ Abdul Samad Abdul Latip, 65, didakwa melakukan kesalahan tersebut
di pejabatnya di sekolah itu di Jalan Jaafar, Benut, Pontian dari Julai 2011 hingga Julai 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan kedudukan
sebagai penjawat awam untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya.
Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak
kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengarahkan kakitangan dan guru sekolah tersebut untuk mengeluarkan 14 baucar dan 14 cek
Maybank Islamic yang berbeza nilai sepanjang tempoh berkenaan.
Tertuduh telah menandatangani baucar dan cek itu untuk membuat bayaran kerja membekal makanan bermasak di asrama sekolah
tersebut kepada Zainab Enterprise yang merupakan syarikat milik isterinya, dengan nilai keseluruhan RM1,120,462.40.
Bachok yang faham dengan setiap pertuduhan meminta dibicarakan.
Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan pasport
tertuduh diserah kepada mahkamah.
Beliau menetapkan 20 Nov ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Ghafar Ab Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Bustaman RK
Menon. Bernama

Guru ponteng sebelum cuti dikenal pasti


KOTA BELUD 1 Jun - Jabatan Pelajaran mengenal pasti terdapat segelintir guru di negeri ini 'ponteng' sekolah untuk
pulang ke kampung masing-masing sebelum cuti sekolah bermula.
Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Muhiddin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari
Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini.
"Jabatan kami sedang menunggu laporan rasmi bertulis daripada jemaah nazir itu sebelum mengambil tindakan yang
perlu sebab guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah mereka sebelum cuti penggal bermula.
"Jadi mulai sekarang Jabatan Pelajaran negeri akan lebih serius dalam menangani kes-kes disiplin (di kalangan guru-guru
dan kakitangan) di semua sekolah di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan program 'Ke Arah
Kecemerlangan Akademik' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai aduan ibu bapa bahawa terdapat sebilangan guru di negeri ini khususnya yang berkhidmat di
pulau-pulau pulang ke kampung sebelum cuti penggal bermula.

Menurut aduan, guru berkenaan dikatakan meninggalkan sekolah mereka seawal 24 Mei sedangkan cuti sekolah bermula
pada 5 Jun.
Muhiddin berkata, jabatan pelajaran sentiasa serius dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan di sekolah-sekolah di
negeri ini dan akan mengambil tindakan tegas terdapat guru yang melanggar disiplin.
"Jika terbukti benar mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira siapa mereka.
"Jika ketidakhadiran mereka memerlukan tindakan disiplin kita akan melakukannya berdasarkan perintah Am
Perkhidmatan Awam sedia ada," katanya.

You might also like