You are on page 1of 4

Di samping itu, permasalahan stress dalam kalangan guru-guru ini disebabkan

oleh kelemahan dan kekurangan kemudahan serta prasarana di sekolah terutamanya.


Jurang perbezaan di antara sekolah di luar bandar dan sekolah di bandar dari segi
kemudahan dan prasarana ini sememangnya satu isu yang agak lama dan sudah
lapuk. Di sini penulis ingin mengaitkan isu ini dengan pengenalan kepada sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Walaupun sistem ini telah dimansuhkan,
namun penulis ingin merungkai kembali untuk melihat kelemahan dan kesannya
terhadap guru-guru terutamanya. Hal ini kerana, isu yang berlaku kepada sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), boleh berlaku sekali apabila sistem Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APBM) diperkenalkan.
Berbalik kepada isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), guru harus
memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam bagi menyelesaikan tugasan mereka
setiap minggu. Ini tidak diambil kira masa yang digunakan oleh mereka dirumah.
Seorang guru biasanya diberi dua sehingga empat kelas PBS. Walaupun sistem ini
merupakan sesuatu perkara yang amat baik untuk perkembangan sistem pendidikan di
Negara kita, namun bagaimana dengan pelaksanaannya? Adakah Teknologi Maklumat
dan Komunikasi Negara kita sudah mencapai tahap yang sesuai seperti di Negaranegara maju? Bagaimana dengan sekolah-sekolah yang berada jauh di pedalaman
contoh di Sabah dan Sarawak? Apakah kesannya terhadap guru-guru?
Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kebanyakan sekolahsekolah di luar Bandar dan pedalaman kebiasaannya amat mendukacitakan. Malah
perkara yang sama turut berlaku di sesetengah sekolah di Bandar. Dalam sebuah
sekolah yang purata bilangan gurunya ialah 80 orang, namun hanya ada dua atau tiga
desktop sahaja. Oleh itu hampir semua guru menggunakan komputer riba mereka
sendiri untuk menjalankan tugas-tugas seorang guru. Seorang guru seharusnya
dibekalkan satu komputer riba untuk digunakan semasa berada di sekolah. Sekirannya
pemberian komputer riba percuma kepada pelajar mampu dijalankan mengapa tidak
untuk golongan guru yang lebih memerlukan. Hanya profesion perguruan sahaja,
golongan guru terpaksa berkorban lebih wang ringgit atas nama tanggungjawab dan
tugas.

Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan, mereka


terpaksa membuat pinjaman daripada bank untuk membeli sebuah komputer riba bagi
melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka. Harga komputer riba ini
kebiasaannya sekitar RM1500 - RM2000. Purata jangka hayat sebuah komputer riba
adalah empat tahun.
Selain itu, pengenalan kepada sistem ini memerlukan sesebuah sekolah
mempunyai capaian internet tanpa had. Capaian internet ataupun schoolnet yang amat
lemah menyebabkan guru terpaksa melanggan streamyx atau broadband yang
mempunyai had penggunaan data yang tertentu. Bayaran sebulan ialah dari RM48
hingga RM148 sebulan mengikut jenis langganan. Bagaimana pula dengan sekolahsekolah yang berada jauh di pedalaman. Walaupun sekolah-sekolah ini ada disediakan
satelit pemancar yang menyediakan capaian internet, namun ada kalanya capaian itu
tidak berfungsi.
Purata kelajuan internet di Malaysia adalah 4.1Mpbs berbanding Negara jiran
kita iaitu Singapura 61Mpbs. Akibat faktor capaian internet yang lemah dan perlahan ini,
guru terpaksa memperuntukan masa yang terlalu lama untuk mendaftar pencapaian
pelajar dan pengurusan PBS yang lainnya secara atas-talian. Permasalahan yang
berlaku ini menyebabkan guru terpaksa melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah.
Sebagaimana yang pernah didedahkan dalam akhbar, guru terpaksa berjaga sehingga
jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS
Akibat daripada permasalahan ini terjejasnya sistem rumah tangga dan
hubungan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran. Masa yang selama ini
dihargai dengan membelai anak-anak sudah berkurangan dan berlaku pertelingkahan
suami isteri kerana isteri (guru) terpaksa tidur lewat dan mengabaikan anak/suami
kerana PBS. Seperti yang penulis katakan tadi, walaupun sistem ini telah dimansuhkan
dan sistem PBS hanya dijalankan di luar-talian, namun pengenalan sistem Aplikasi
Pangkalan Data Murid menimbulkan persoalan yang sama. Rata-rata golongan masih
mengalami masalah yang sama. Permasalah ini sememangnya mampu memberi stress
kepada guru-guru sekiranya berlanjutan dan kerap kali berlaku.

Sebagai seorang guru, bagaimana kita dapat menangani stress yang dialami
akibat permasalahan ini? Guru merupakan aset utama yang berperanan dalam
menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran
globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai
iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh
tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Tidak
menjadi satu masalah dan bebanan sebagai seorang guru apabila beliau berkorban
masa dan wang ringgit atas nama tanggungjawab. Malah, seorang guru yang ikhlas
dalam melakukan pekerjaannya mampu menangani masalah tersebut dengan lebih
baik berbanding guru yang bersikap sebaliknya. Guru yang ikhlas dalam pekerjaan
tidak menjadikan isu ini sebagai satu masalah. Beliau hanya melihat perkara atau
situasi ini sebagai sesuatu yang boleh diubahkan dan dielakkan dengan hanya
mengubah sikap dan persepsinya.
Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan
maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang
berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Beliau tidak boleh hanya bergantung
kepada maklumat yang dicurahkan dan diberikan semata-mata. Perlu timbul satu
kesedaran bahawa seorang guru harus memperkayakan dirinya dengan benda-benda
baharu dan tidak mengharapkan guru lain seratus peratus.
Sebagai seorang guru saya perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi
terutamanya

dalam

perkembangan

pendidikan

demi

mencapai

matlamat

kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu
berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta
perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan
manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan
dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap
pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah
menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan
menguasai kemahiran

belajar.

Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan Satu Malaysia adalah budaya
inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan saya sebagai guru untuk

mencuba perkara baru dan berinovasi dalam pendidikan perlu dititikberatkan.


Guru perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam
bidang masing-masing. Sehubungan itu sebagai seorang guru saya perlu berani
mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk
menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya
apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Maka gurulah yang
bertanggungjawab untuk mendidik pelajar supaya di masa akan datang lahirkan rakyat
yang berilmu, berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang
cukup mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk
memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera
oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini
membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan
tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada
cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan tekanan amat kritikal atau
diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi
segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang. Perubahan demi perubahan
yang pantas berlaku akan menjadikan kerjayaseorang guru lebih sukar.
Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik,
sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan
dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras atas segala kesalahan yang dilakukan.
Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada
hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah. Perubahan itu perlu
berlaku kerana ia akhirnya nanti memberikesan yang besar kepada sistem pendidikan
yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.
.

You might also like