You are on page 1of 2

PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah Negara yang berdaulat dengan identiti nasional yang
tersendiri. Maka, kita telah ketahui Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri yang
berkait rapat dengan berlatar belakangkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Melayu, Cina, India dan pelbagai lagi etnik yang lain telah saling berhubungan antara satu
sama lain dengan menggunakan bahasa rasmi sebagai bahasa perantaraan untuk mereka
bertutur dengan lebih baik iaitu, Bahasa Melayu. Oleh itu, dengan kesemua kumpulan etnik
yang berbeza dan sedia ada ini telah diberikan kebebasan sendiri untuk mengamalkan cara
hidup masing-masing termasuk dari pelbagai aspek seperti makanan.
Dari segi aspek kepelbagaian makanan ini telah sedikit sebanyak menjadi
pemangkin perpaduan yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai etnik. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan
tersendiri yang beraneka warna mahupun dari segi rasa serta mempunyai sejarah masakan
yang tersendiri untuk diketahui, dipelajari bersama dan bahkan untuk dimiliki bersama.
Oleh sebab itu, Malaysia memiliki aset yang paling berharga dari segi kepelbagaian
makanan yang bukan sahaja dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan bahkan turut
menarik keperhatian dari pelbagai sektor ekonomi yang lain. Sebagai contohnya, Nasi
Lemak kepada asalnya merupakan hidangan sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu
tetapi kini ia telah menjadi pilihan utama bagi semua etnik di Malaysia.
Bukan setakat itu sahaja, makanan kepada kepelbagai jenis dim sum, mi, kuih kepau dan
sebagainya yang juga merupakan makanan kegemaran bagi etnik Cina turut menjadi
kegemaran oleh etnik yang lain sepertinya Melayu, India, dan lain-lain lagi. Begitu juga
makanan tradisional etnik India seperti tosai, vadai, puri, capati turut menjadi kegemaran
rakyat Malaysia.

BIBLIOGRAFI
A. Kanaga, L. A. (2005). Masakan Tradisional India. Petaling Jaya: Uma
publication.
Abdullah, M. R. (2010). Cabaran Integrasi antara Kaum di Mlaysia : Perpektif
Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Journal Hadhari , 84.
Baharuddin, S. A. (2012). Modul Hubungan Etnik. Kuala Selangor: Oxford Fajar
Bakti.
Melissa Ching, A. B. (2000). Budaya Dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajaar
Bakti.
Noriati A. Rashid, B. P. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford
Fajar Bakti.
Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia. (2013-2025). Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

https://www.academia.edu/10110815/kepelbagaian_makanan_etnik_pemangkin_perpaduan
(diakses pada 2/8/2015)
http://ammal90.blogspot.com/2010/08/makanan.html
diakses pada 10/8/2015)
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
(diakses pada 11/8/2015)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/33masakan-dan-makanan/139-kepelbagaian-makanan.html
(diakses pada 25/8/2015)

You might also like