You are on page 1of 47

Cara sapaan lisan/bertulis

menurut Bahasa Melayu


dengan sopan santun agar
tidak dianggap biadab atau
tidak berbudi bahasa.

Bahasa Melayu
mempunyai sistem sapaan
dan panggilan yang
tersendiri.

Sistem sapaan ini


melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat
dan ganti nama.

KESANTUNAN
BERBAHASA

Kata dan ungkapan


bertatasusila banyak
digunakan dalam keadaan
biasa.

Penggunaan kosa kata


dan ganti nama diberi
perhatian khusus agar
sesuai dengan pangkat,
kedudukan, umur dan
keakraban hubungan.

Dikaitkan juga dengan


penggunaan bahasa haus,
termasuk laras bahasa
istana.
Cth: patik, bersiram dll

KESANTUNAN BAHASA
MELAYU KIAN PUDAR
1

Kesantunan bahasa merupakan


alat untuk menunjukkan
kehalusan budi bahasa dan
peradaban serta untuk menjaga
perasaan orang lain.

Seringkali dipengaruhi oleh


norma-norma budaya masyarakat
tersebut.

Tiga faktor kurang kesantunan bahasa:


i-gangguan emosi
ii-kurang ilmu tentang tatabahasa bahasa Melayu.
iii-kebudayaan masyarakat Melayu.

Akhir-akhir ini ramai orang yang


mempunyai bahasa tetapi tidak
berbahasa yakni tiada
kesantunan bahasa.

Kesantunan orang Melayu akan


terserlah dengan penggunaan
penanda-penanda sopan.
Cth: beradab sebanyak mungkin
kepada si pendengar.

Cara untuk menampilkan kesantunan berbahasa:


i-cara sapaan lisan/bertuis menggunakan Bahasa
Melayu dengan sopan santun.

Penilaian tentang kesantunan


bahasa ditentukan secara mutlak
oleh pihak yang mendengar atau
yang diajak bercakap.

Kita harus mempertahankan


kesantunan bahasa ketika kita
berkomunikasi.

Manusia akan dipandang hina jika


tidak berbudi, dan satu-satu bangsa
akan runtuh jika budinya runtuh.

Orang yang berbudi bahasa ialah orang


yang berbudi melalui bahasa atau
bahasa sebagai budi.

Berbudi bahasa ialah pancaran hati


jernih yang diungkapkan secara baik
dan mesra serta memberikan kesan
baik pula kepada orang lain.

Sayangnya, budi bahasa


dan nilai-nilai murni
sudah semakin terhakis
dalam diri anggota
masyarakat.

INDAH BUDI KERANA


BAHASA

Berbudi bahasa juga


merujuk kepada asas
penggunaan bahasa
yang tepat dan sopan.

Berbudi bahasa bukanlah


menggambarkan sifat lemah sesuatu
bangsa tetapi menggambarkan kekuatan
peribadinya.

Kempen Budi Bshasa dan Nilai-nilai


Murni telah dilancarkan untuk
membentuk masyarakat Malaysia
yang mempunyai semangat bersatu
padu, bertoleransi dan sebagainya.

Penekanan budi bahasa hendaklah


dimulakan di rumah seterusnya sekolah
dan masyarakat.

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

Kesantunan berbahasa ini


melibatkan peri laku kita bertutur
atau berkomunikasi secara lisan.

Baik budi bahasa kita, baik pula budi


bahasa orang yang dilawan
bercakap. Buruk budi bahasa kita,
buruk pulalah
kemungkinannya
Kesalahan
penggunaan
kata-kata
tindak
balas
yang
kita
terima.
sapaan dan rujukan dalam masyarakat

Bahasa Melayu mempunyai


sistem sapaan yang berbeza
daripada bahasa lain.

Apabila kita bertutur, kita


sering tidak menyedari
perkara yang kita
ucapkan.

penutur bahasa Melayu boleh


menimbulkan hubungan tidak harmoni
di antara penutur dan pendengar.

PRAKATA KESANTUNAN
BAHASA LISAN
SAPAAN DAN RUJUKAN
DALAM BAHASA MELAYU

Sistem sapaan dan rujukan dalam


bahasa Melayu terbahagi kepada
dua:
Kita
perlu mengawal pertuturan kita

Bahasa itu menunjukkan


kebangsawanannya,
iaitu: taraf sosialnya,
taraf pendidikannya, dan
taraf kehalusan budinya.

Lazimnya, seseorang penutur


menggunakan kata-kata sapaan yang
Itulah yang ditunjukkan oleh bahasa yang
menunjukkan keakraban dengan orang
kita gunakan, sama ada orang yang
yang dilawan bertutur.
bertutur itu adalah seorang
yang bangsawan, yakni orang
yang berilmu dan berbudi, atau tidak.

supa
kita tidak melanggar peraturan
i-formal
budi bahasa dalam menggunakan
ii-tidak formal
bahasa.A

37

Budi Bahasa Budaya Kita merupakan satu slogan yang diuar-uarkan oleh
kerajaan dan juga masyarakat Malaysia dalam usaha menyemai budi bahasa di
dalam diri setiap warganegara di negara ini. Pelbagai kempen, aktiviti dan
sebagainya dilakukan oleh badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan dalam
memastikan budi bahasa sentiasa dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) edisi ke-3, cetakan ke-6
2002 di muka surat 180, budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat
baik, perbuatan baik dan kebajikan. Manakala menurut Kamus Dewan edisi ke-4,
budi ditakrifkan sebagai kebajikan, manakala bahasa sebagai lambang yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia.
Budi ialah pekerti yang baik atau akhlak terpuji termasuklah tutur kata dan
budi bahasa yang baik, keikhlasan, kejujuran, kebenaran, pemurah, belas kasihan,
bertimbang rasa, tolong-menolong, berjasa dan berbakti. (Mustafa Haji Daud, 1995:
1). Dr. Sidik Baba (Berita Harian, 4 April 2005) menyatakan berbudi bahasa
bermaksud amalan yang memupuk sikap kesalingan menggunakan bahasa yang
baik, tanda hormat, penghargaan, terima kasih dan faham akan makam atau
martabat seseorang.
Budi bahasa sangat penting di dalam kehidupan seharian kita kerana ia
melambangkan keperibadian seseorang dalam menjalani kehidupan dan juga cara
berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Manusia akan dipandang hina jika tidak
berbudi dan ia digambarkan di dalam pantun Melayu lama sperti contoh:
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Era globalisasi ini, manusia seakan-akan lupa akan tingginya martabat budi
bahasa apabila masing-masing ingin menurut kehendak masing-masing. Seperti
contoh, pengguna jalan raya yang kerap mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan
dan kasar sewaktu berada di jalan raya. Selain itu, sikap tidak mahu bertoleransi
juga menampakkan nilai budi bahasa yang semakin dipandang sepi oleh

38

masyarakat sekarang. Sesungguhnya bahasa yang kasar serta lucah mendatangkan


persepsi yang buruk kepada pihak pendengar terhadap pihak pengucap.
Penggunaan budi bahasa tidak hanya merangkumi cara percakapan
seseorang, tetapi ia juga mencerminkan perbuatan dan juga penampilan seseorang.
Seperti contoh, seorang yang muda memberi tempat duduk di dalam kenderaan
awam kepada seorang yang tua. Tidak perlu berkata-kata, budi bahasa yang
digambarkan melalui perbuatan sudah cukup memberikan persepsi yang baik
kepada si pelaku.
Budi

bahasa

penting

dalam

memartabatkan

sesebuah

bangsa

dan

mencerminkan budaya bangsa itu sendiri. Oleh yang demikian, memelihara budi
bahasa adalah penting dalam usaha memelihara maruah bangsa kita. Budi bahasa
merupakan asas yang baik dalam melahirkan masyarakat yang beradab seterusnya
melahirkan masyarakat yang bertamadun.
Seterusnya, dalam berbudi bahasa, kita mampu menyumbangkan sesuatu
kepada masyarakat sekeliling. Seperti contoh, seorang yang

kaya

boleh

menyumbangkan hartanya kepada orang miskin yang memerlukan. Dengan itu,


bukan sahaja seorang kaya itu telah berbudi tetapi juga telah membantu
meningkatkan taraf hidup si miskin serba sedikit.
Asas budi bahasa boleh dikatakan bermula daripada asas ajaran agama.
Setiap agama menuntut penganutnya untuk berbudi bahasa kepada semua
golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit. Islam
menuntut penganutnya untuk memberikan salam setiap kali bertemu, apabila ingin
masuk ke sesuatu tempat mahupun untuk memulakan percakapan. Di samping itu
juga, setiap budi yang ditaburkan oleh masyarakat mendapat habuan iaitu pahala
selain diingati oleh masyarakat.
Berbudi bahasa juga merujuk kepada asas penggunaan bahasa yang tepat
dan sopan. Masyarakat yang menggunakan bahasa yang lemah lembut serta tidak
kasar mampu menawan hati masyarakat yang lain untuk menghormati dan
mengingati budi tersebut sepanjang masa. Bahasa yang digunakan hendaklah
sopan, mengandungi maksud yang baik serta dilafazkan menggunakan nada suara
yang halus dan lemah lembut.
39

Selain itu, berbudi bahasa penting dalam memastikan seseorang itu diingati
oleh sesebuah masyarakat yang lain. Bak kata pepatah, Harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Manusia yang berbudi
bahasa akan tetap dikenang oleh masyarakat walaupun dia telah tiada di atas muka
bumi. Berbudi bukanlah untuk meminta balasan di atas budi yang telah dilakukan
namun berbudi dengan niat ikhlas dan ingin membantu. Ini menunjukan
keperibadian yang elok pekerti telah disemai di dalam jiwa seseorang individu.
Penggunaan budi bahasa boleh disemai melalui rumah, sekolah mahupun
melalui komuniti setempat. Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak untuk
lebih bersifat berbudi bahasa terhadap masyarakat sekeliling. Di era teknologi kini,
tidak mustahil lagi sekiranya anak-anak tidak lagi mempunyai budi bahasa walaupun
terhadap orang tua sendiri. Rumahku Syurgaku sepatutnya diterapkan dengan
lebih mendalam kepada anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak akan lebih
menghargai masyarakat terdekat iaitu ahli keluarga sendiri dan seterusnya
masyarakat di luar sana. Kini, budi bahasa semakin pudar di dalam institusi
kekeluargaan. Ibu bapa yang sentiasa kesibukan dalam menguruskan kerjaya lantas
membiarkan anak-anak dididik dan diasuh oleh pembantu yang kadang-kadang
tidak langsung mengutamakan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Disebabkan
itu, kurangnya kesefahaman di antara ibu bapa dan anak-anak.
Melalui sekolah, budi bahasa boleh digunakan setiap masa dan ketika.
Seperti contoh, amalan memberi salam kepada guru, tidak membuang sampah di
merata-rata tempat dan sebagainya. Guru memainkan peranan dalam menerapkan
budi bahasa murid di sekolah seharusnya menjadi role model yang sesuai untuk
ditiru oleh murid-murid. Sekiranya guru tidak mempunyai budi bahasa yang tinggi,
bagaimana murid ingin berbudi bahasa? Lantaran kekurangan budi bahasa dalam
kalangan murid-murid, guru selalu menerima akibat dan menjadi mangsa
ketidakpuasan hati murid. Amalan buli dan gangsterisme juga semakin berleluasa di
sekolah disebabkan kurangnya penerapan budi bahasa di sekolah. Seperti contoh,
kematian seorang pelajar akibat dipukul beramai-ramai oleh rakan, di Negeri
Sembilan menunjukkan betapa kurangnya didikan budi bahasa dalam diri pelajarpelajar tersebut. Sekiranya, budi bahasa disemai dalam diri mereka, amalan
gangsterisme ini tidak mungkin akan berlaku di mana-mana sekolah di Malaysia.

40

Kita tidak pernah disekat dalam menggunakan budi bahasa walau di mana
sekalipun kita berada. Seperti contoh, sebagai pengguna jalan raya, kita haruslah
mengamalkan sikap bertoleransi dan bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya
yang lain. Usah menggunakan bahasa yang kasar serta tidak sopan sebaliknya
bersabar dan bertolak ansur adalah cara yang terbaik dalam menunjukkan kita
seorang individu yang berbudi bahasa. Pelbagai masalah yang berlaku di jalan raya
sebenarnya berpunca daripada sikap pengguna yang tidak berbudi bahasa dan tidak
menghormati hak-hak pengguna yang lain. Selain itu juga sikap tidak mahu
mengalah dan mahu menunjukkan kepakaran dan kemahiran masing-maisng
menjadi punca pertelagahan yang berlaku di jalan raya yang seterusnya menjadi
punca kecelakaan.
Dengan wujudnya Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah
dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad
Badawi, ia mampu menarik minat masyarakat Malaysia untuk lebih mementingkan
dan menggunakan budi bahasa dengan lebih kerap dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya, asas kejayaan sesebuah negara juga bergantung kepada sikap
masyarakat negara itu sendiri. Sesebuah negara tidak akan maju sekiranya
masyarakat saling bersaing sesama sendiri dan tidak mengamalkan budi bahasa
antara satu sama lain. Kejayaan yang diraih oleh negara mampu bertahan lama
sekiranya masyarakatnya mengamalkan sikap berbudi bahasa dan baik pekerti
antara satu sama lain.
Sesungguhnya budi bahasa boleh disemai dengan lebih awal kepada anakanak bangsa dalam membantu memartabatkan bangsa Malaysia itu sendiri.
Masyarakat seharusnya berganding bahu dan bersama-sama menggunakan budi
bahasa tak kira di mana jua kita berada. Hal ini kerana, budi bahasa menjadikan kita
sebagai individu yang lebih beradab dan bertamadun.

Daripada segi kesantunan pula, Lakoff (1975) mendefinisikan sebagai


perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi Fraser dan
Nolan (1981), kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur
dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
Dalam konteks kesantunan berbahasa, Asmah Hj Omar (2000) berpendapat ia
41

berkait rapat dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan


kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
Menurut Amar Jauhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah
kesopanan dankehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama
ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib,
sopan santun danmengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya,
bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu
mesej atau perasaan,seperti ibarat kata bijak pandai:
Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.
Mengikut Pelita Brunei, Sastera Dan Budaya, tatabahasa atau tatacara
berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang
menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali
dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang baik
menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya. Kesantunan
bahasa juga ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa.
Kesantunan bahasa sering kali dilihat dalam interaksi antara individu yang
berkomunikasi.
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sering diperkatakan sebagai bahasa
yang indah, sopan dan mendatangkan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang
mendengar. Selain itu juga, kesantunan yang dipertonjolkan oleh orang-orang
Melayu dapat diihat melalui penggunaan penanda yang sopan kepada masyarakat.
Menurut Asmah Hj Omar (2002), semakin banyak penanda santuun yang digunakan
dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesantunan si penutur.
Konsep kesantunan ini bukan hanya terbatas kepada aspek berbahasa dan
perlakuan semata-mata. Ia juga mengambil kira tentang keikhlasan. Tutur kata yang
sopan dan indah mungkin menggambarkan kesantunan bahasa yang dimiliki oleh
seseorang individu namun perlakuannya belum pasti menyerlahkan keikhlasannya.
Bak kata orang dahulu, Rambut sama hitam, hati lain-lain.

42

Kesantunan bahasa ini amat bersesuaian dengan imej orang Melayu yang
dianggap pemalu, lemah lembut dan prihatin terhadap orang lain. Namun,
kesantunan bahasa ini bersikap khusus dalam sesebuah masyarakat yakni tidak
semestinya bahasa yang dituturkan oleh masyarakat India sama kesantunannya
dengan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melayu. Sesebuah masyarakat
mungkin memandang sesuatu perkara sebagai sopan manakala masyarakat yang
lain adalah sebaliknya.
Di akhir-akhir ini, kesantunan dalam berbahasa semakin dipandang enteng
oleh masyarakat. Tidak ramai yang mempunyai kesantunan bahasa dalam
percakapan baik yang tua mahupun yang muda. Seperti contoh, layanan pekerjapekerja yang berkhidmat di kaunter barisan hadapan (customer service) dan juga
jabatan-jabatan yang melibatkan kekuasaan seperti polis dan sebagainya. Jikalau
dulu, pelanggan diutamakan dan bahasa yang dituturkan sangat dijaga. Namun kini,
hanya sesetengah pihak sahaja yang memberikan layanan yang elok serta
mempunyai kesantunan bahasa dalam percakapan. Kini, cara pertuturan yang
sangat kasar serta bermasam muka dalam melayani kerenah pelanggan.
Mereka yang menggunakan kata carutan atau sumpahan boleh berlaku pada
dua tahap iaitu secara sedar atau sengaja semasa bercakap untuk tujuan tertentu
seperti ingin menyakiti hati atau menghina atau menghina sesuatu pihak, menjadi
agresif serta perlihatkan sikap tertentu terhadap pihak yang dicemukan itu. Tahap
yang kedua ialah secara tidak sedar atau tidak sengaja yang mengakibatkan
npengucapan kata kotor secara spontan, di tahap ini berlaku semasa seseorang itu
menghadapi tekanan emosi seperti dimalukan di khalayak, atau sewaktu melatah
dalam kalangan masayarakat Melayu (Abdull Sukor Shaari et-al, 2003).
Dalam kesantunan bahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
panggilan yang tersendiri. Cara sapaan ini sama ada lisan mahupun bertulis
menurut Bahasa Melayu dengan penuh sopan santun agar tidak dianggap sebagai
biadab dan tidak berbudi bahasa. Sistem sapaan ini melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat serta ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama
dalam kesantunan bahasa diberi perhatian khusus agar sesuai dengan pangkat,
kedudukan, umur dan sebagainya. Kesantunan bahasa ini merangkumi pemilihan

43

kata yang sesuai dengan situasi, hubungan antara penutur dan pendengar serta
topik yang dibincangkan.
Selain itu juga, kesantunan bahasa menggunakan nada yang rendah dan
lembut dan juga gerak laku yang lemah lembut. Tiada kata sindirin, ejekan serta
cacian dalam konteks kesantunan bahasa ini. Kesantunan bahasa juga berkait rapat
dengan penggunaan bahasa halus, seperti laras bahasa istana. Contohnya, patik,
beta, tuanku dan sebagainya. Kata dan ungkapan yang bertatasusila banyak
digunakan dalam keadaan biasa. Seperti contoh, apabila kita berkomunikasi dengan
seseorang yang sebaya dengan orang tua kita, kata panggilan yang menunjukkan
kesantunan bahasa ialah dengan menggunakan Pak atau Mak dan kita
hendaklah menambah gelaran tersebut menjadi Pak Cik dan Mak Cik.
Kesantunan bahasa juga turut digunakan dalam membentuk hubungan yang
akrab serta harmoni dalam kalangan ahli keluarga. Selalunya, sistem sapaan yang
melibatkan ahli keluarga adalah sistem sapaan yang tidak formal. Lazimnya, apabila
seseorang penutur menggunakan kata sapaan yang tidak formal, ia menunjukkan
tahap keakraban antara penutur dan juga pendengar. Selain itu juga, terdapat katakata sapaan yang formal yang umum dipakai termasuk kepada mereka yang
bergelar, sama ada bergelar warisan atau bergelar anugerah. Seperti contoh, kata
sapaan Tuan menunjukkan seseorang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
daripada penutur. Manakala kata sapaan Beta digunakan oleh raja ketika bertutur
dengan rakyat jelata.
Kesantunan bahasa yang digunakan dalam diri seseorang individu itu dapat
menunjukkan kebangsawannya iaitu, taraf sosialnya, taraf pendidikannya serta taraf
kehalusan budinya. Sekiranya kita ingin masyarakat memandang kita sebagai
seorang yang berpendidikan, maka, praktikkanlah penggunaan kesantunan bahasa
yang betul serta tidak menjengkelkan mana-mana pihak. Melalui kesantunan bahasa
yang dimiliki seseorang, kita dapat menentukan sama ada individu itu berbudi
bahasa atau pun tidak. Dalam pertuturan, kita seringkali terlupa serta tidak
menyedari apa yang kita ucapkan. Sekiranya kita mampu berhati-hati ketika
memandu kereta agar tidak melanggar peraturan, kenapa tidak kita berhati-hati
dalam menuturkan suatu percakapan.

44

Terdapat pelbagai cara untuk menampilkan kesantunan berbahasa, di


antaranya ialah cara sapaan lisan atau bertulis menggunakan bahasa Melayu
dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi
bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yang berbeza yang menuntut kita, yakni
penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang bersesuaian, nada atau intonasi
yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling (George
Yule, 1985)
Sebagai penganut agama Islam, kesantunan bahasa boleh digunakan tidak
kira masa. Seperti contoh, memberi salam kepada sesiapa sahaja yang beragama
Islam serta bersikap ramah dan mesra terhadap masyarakat sekeliling. Seperti
sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya ALLAH menyukai sikap berlemah lembut
dalam semua perkara. Maka, kita haruslah mempraktikkan kesantunan bahasa
serta kelakuan yang baik tanpa mengharapkan balasan.
Kesimpulannya,

budi

bahasa

dan

kesantunan

bahasa

yang

tinggi

meninggalkan kesan di hati masyarakat. Budi bahasa haruslah dijaga dan dipelihara
agar suatu hari nanti kita tidak disajikan dengan cerita-cerita tentang kerosakan
akhlak masyarakat yang semakin menular di negara kita sekarang. Kesantunan
bahasa merangkumi dua bentuk hubungan iaitu hubungan manusia sesama
manusia dan juga hubungan manusia dengan Pencipta. Perhubungan yang baik
sesama manusia tidak bermakna kita mempunyai kesantunan yang tinggi sekiranya
hubungan dengan Pencipta tidak dijaga rapi. Kita harus mempertahankan
kesantunan bahasa kita seandainya tidak mahu masyarakat Melayu yang dikenali
dengan budi bahasa yang elok serta kesantunan bahasa yang mulia dipandang sinis
oleh masyarakat lain.

(2,266 patah perkataan)

45

Sepanjang penghasilan kerja kursus pendek ini, saya telah menerima pelbagai
ilmu pengetahuan yang baru tentang budi bahasa dan juga kesantunan bahasa.
Sebagai orang Melayu yang terkenal dengan kelembutan dalam berbicara serta baik
budi bahasa, saya berbangga dan seharusnya saya lebih berwaspada dalam
pertuturan dan perlakuan. Selain itu juga, dalam kesantunan bahasa, sistem sapaan
dan panggilan sangat dititikberatkan. Dalam konteks masyarakat Melayu pada hari
ini, sistem sapaan dan panggilan ynag menunjukkan kesantunan bahasa semakin
dipandang enteng.
Kanak-kanak sekarang semakin tidak berbudi bahasa dan sekiranya tidak
ditekankan aspek budi bahasa dan kesantunan bahasa ini, tidak mustahil bangsa
Melayu akan dipandang rendah oleh bangsa. Bahasa yang digunakan dalam
kehidupan seharian sepatutnya mencerminkan keperibadian seseorang inidividu.
Maka, penting bagi kita untuk menjaga pertuturan dan juga perbuatan seandainya
tidak mahu diri kita dicemuh oleh masyarakat.
Selain itu juga, saya mempelajari bahawa berbudi bahasa tidak hanya melalui
percakapan atau pertuturan, tetapi juga melalui perbuatan dan memek muka. Cukup
dengan memberikan salam kepada orang yang ditemui, masyarakat akan
memandang kita sebagai individu yang mempunyai budi bahasa. Era globalisasi ini,
ramai yang mempunyai bahasa namun tidak ramai yang berbudi bahasa serta
mempunyai kesantunan bahasa.
Penekanan terhadap budi bahasa dan kesantunan bahasa ini hendaklah bermula
dari rumah oleh ibu bapa. Seterusnya, pihak sekolah dan guru-guru hendaklah
memainkan peranan penting dalam menyemai budi bahasa dan kesantunan bahasa
dalam diri para pelajar. Dengan tersemainya budi bahasa dan kesantunan bahasa
dalam diri para pelajar, masalah-masalah disiplin pelajar seperti buli, gangsterism
dan sebagainya dapat dikurangkan.
Kesimpulannya, kerja kursus pendek ini memberikan saya kesedaran
bahawasanya penting untuk seseorang individu itu untuk mengamalkan budi bahasa
dan kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, Harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dengan berbudi
bahasa, jasa kita akan dikenang sehinggalah kita tiada di muka bumi ini.

46

Kesantunan Berbahasa.Dipetik daripada


http://www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.html
Kesantunan Melayu Kian Pudar, Sirna Kalam Maya, Februaru 2011. Dipetik daripada
http://sirnakalammaya.wordpress.com/2011/02/11/kesantunan-bahasa-melayu-kian-pudar/
Prakata Kesantunan Bahasa Lisan, Profesor Emeritus Abdullah Hasan, Ogos 2011.
Dipetik daripada

http://www.semanggol.com.my/v1/tata-berbahasa/505-prakata-kesantunanbahasa-lisan.html
Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia, Raminah Hj. Sabran(1989),
Kursus Bahasa Fajar Bakti.
Indah Budi Kerana Bahasa, Zaidi Ismail(2008), Dewan Bahasa dan Pustaka

47

You might also like