You are on page 1of 4

Tarikh : 8 November 2013

Kepada :
Ahli Kelab Bola Jaring,
Sekolah Kebangsaan Malau.

Saudari,
Mesyuarat Agong 2012
Adalah dimaklumkan berhubung dengan perkara di atas,saudari dijemput hadir ke
mesyuarat tersebut tersebut yang akan diadakan pada:
Tarikh

: 9.11.2012

Tempat

: Kelas Tahun 5

Masa

: 2.00 petang

2. Agenda mesyuarat:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Ucapan Guru Penasihat
2.3 Perbincangan Aktiviti 2013
2.4 Anggaran Belanjawan
2.5 Hal-hal lain
2.6 Ucapan Penangguhan
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG
Saya yang menjalankan tugas,
.
( ANIS ROHAIZA BT. ZAKARIA)
(SETIAUSAHA KELAB BOLA JARING 2013)

Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama


Kelab Bola Jaring
Sekolah Kebangsaan Chenderawasih, 26700 Muadzam Shah, Pahang
Tahun 2015

Tarikh

: 4.2.2015

Hari

: Rabu

Masa

: 1.30 petang

Tempat

: Bilik Guru

Kehadiran : 16 orang
Minit Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Kelab Bola Jaring yang hadir pada
mesyuarat kali ini.
Tindakan : Pengerusi

2. Ucapan Guru Penasihat


2.2 Guru penasihat mengharapkan semoga aktiviti Kelab Bola Jaring bagi tahun 2015 lebih
mantap. Kerjasama dari semua ahli adalah penting bagi menjayakan semua aktiviti yang
dirancang.
Makluman : Semua ahli

3. Perancangan Aktiviti Tahunan


3.1 Pengerusi membentangkan aktiviti tahunan yang akan dijalankan:
3.1.1 Mesyuarat jawatankuasa
3.1.2 Pertandingan antara rumah.
3.1.3 Latihan kemahiran bola jarring.
3.1.4 Teori

3.1.5 Tayangan CD
3.1.6 Pertandingan persahabatan.
Makluman : Semua ahli
4. Kewangan
4.1 Semua ahli telah bersetuju untuk membuat kutipan sebanyak RM 1 bagi setiap kali
perjumpaan. Duit tersebut akan digunakan untuk menyediakan air sewaktu latihan bola
jaring. Kutipan akan diserahkan kepada Bendahari
Tindakan : Bendahari
5. Hal-hal lain
5.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli supaya mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
5.1.1 Pakaian yang sesuai
5.1.2 Kehadiran ke setiap perjumpaan
5.1.3 Penglibatan semua ahli dalam aktiviti dijalankan.
Tindakan : Semua ahli
6. Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran dan kerjasama yang
diberikan semua ahli dan setiap ahli diingatkan supaya hadir pada setiap kali perjumpaan.
Makluman : Semua ahli
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.
Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

(Siti Nurrishmah bt Rubai )

( Puan Intan Nurbaizurra bt Mohd Rosmi)

Setiausaha

Guru Penasihat

Kelab Bola Jaring

Kelab Bola Jaring

SK Malau 2013

SK Malau 2013

You might also like