You are on page 1of 5

7/4/2015

3.PerananIbuBapadalamMengatasiMasalahSosial|BAHASAMELAYUSPM

3.PerananIbuBapadalamMengatasiMasalahSosial
PerananIbuBapadalamMengatasiMasalahSosial

[http://2.bp.blogspot.com/
AtK6OJqQWD4/UUyk8MFBfBI/AAAAAAAAAHQ/FwxU0jQz76g/s1600/Picture3.png]

Remaja,
Ingatlah masa depanmu,
Kenanglah,
Jasa ibu dan ayahmu,

Susah payah mereka membesarkan kita.


Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa
menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka
dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan
mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama
malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.
(Isi 1) Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat
menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan
menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang
menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang
penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari
haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula
berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan.
http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html

1/5

7/4/2015

3.PerananIbuBapadalamMengatasiMasalahSosial|BAHASAMELAYUSPM

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian
meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu
bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.
(Isi 2) Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup
bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah
mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup
membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa
untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa
menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak
melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat
kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan
menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial.
Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.
(Isi 3) Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anakanak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan
kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah
amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak
mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anakanak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini
amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, segala-galanya
bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu
bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak
mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat
menangani masalah ini.
(Isi 4) Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada
menyebut, kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh
anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa
untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki
dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat
ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap
anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di
sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini
jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka
akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan
pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.
(Isi 5) Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah,
sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Oleh
itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan
ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan
keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang
bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi
memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti
http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html

2/5

7/4/2015

3.PerananIbuBapadalamMengatasiMasalahSosial|BAHASAMELAYUSPM

Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan
najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan
walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
(kesimpulan) Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam
mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya
berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan
pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia
hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang
dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak
tercinta.
Berkorban apa sahaja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.
Ingatlah, ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang!

[http://1.bp.blogspot.com/EIf_h1
Vg/UUyafq5OLgI/AAAAAAAAAGw/uZbtGDFZ8K0/s1600/DSC_0125.JPG]

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html

3/5

7/4/2015

3.PerananIbuBapadalamMengatasiMasalahSosial|BAHASAMELAYUSPM

[http://4.bp.blogspot.com/
_CLBv_lpyro/UUyeDD6v58I/AAAAAAAAAG8/fTeToTgLZDI/s1600/Picture1.jpg]

SAMBIL BELAJAR ANDA JUGA BOLEH MENJANA WANG UNTUK


Bayar kelas tambahan (tuition)
Beli buku rujukan
Mengurangkan beban ibu bapa
Bayar wang kolej apabila masuk ke kolej

Disiarkan20thMarch2013olehNirmalaDevi
Label:KARANGAN

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html

4/5

7/4/2015

3.PerananIbuBapadalamMengatasiMasalahSosial|BAHASAMELAYUSPM

2 Lihatulasan

haziqkamil 5November20134:35PG
sikitnauulasankau?
Jawab

SarahAnne 22Januari201411:42PTG
gr8karangan!!!
justloveitsomuch!!!
ihopeitbeusefulformyPMRexam!!!
Jawab

Masukkanulasananda...

Ulassebagai:

Terbitkan

AkaunGoogle

Pratonton

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html

5/5

You might also like