You are on page 1of 15

PERKEMBANGAN KOGNITIF

DAN BAHASA MENGIKUT


PERINGKAT
TEORI JEAN PIAGET

 Jean piaget merupakan pengasas kepada teori ini.


 Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu

tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh.


 Latar belakang beliau ini memberikan banyak

sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau

bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian

keceredasan mental.
 Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat
untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh
kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-
pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
apabila mereka memberikan jawapan yang salah.

 Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh


memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana
proses pembentukan pemikiran berkembang di
kalangan kanak-kanak.

 Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan


adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif
kanak-kanak.
TAHAP SENSORIMOTOR ( 0- 2 TAHUN )

 Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan


antara badannya dengan persekitaran.

 Kebolehanderia motornya berkembang dari


semasa ke semasa.

 Bayitersebut mempelajari tentang dirinya


dengan melihat, menyentuh, dan mendengar
di sekelilingnya kemudian menirunya.
 Kebolehan untuk meniru tingkah laku
dikenali sebagai pembelajaran melalui
pemerhatian (observational learning)
(Mussen dan Kagan, 1974).

 Dalam perkembangan sensorimotor ini,


terdapat enam sub tahap yang dikategorikan
dengan melihat perkembangan kebolehan
tertentu pada umur yang tertentu.
Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan.


Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah
laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan
(genggaman dan sebagainya), penyesuaian,
pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.

Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya.


Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah
untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan
pantulan sahaja.
Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi


sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya
yang tertentu.

Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku


yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan,
dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan


dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan
menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.

Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan


itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada
andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru.

Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk


pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan


dan pemerhatian yang lebih.

Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam


tangannya. Contohnya bayi itu sengaja memasukkan barang mainan
ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali
barang tersebut.

Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses


pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti
mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya.
Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud


sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain.

Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan


sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan
kebolehan mental asas pada bayi.

Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku.


Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan
berbunyi.
Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang


dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Hal ini, bayi memerlukan
kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku
apabila berada di dalam sesuatu situasi baru.

Di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung


dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep
yang kukuh tentang sesuatu objek.

Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang
mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan
tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.
Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran
awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai


keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.

Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba


jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang
diperhatikan.

Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi


individu dalam rumahtangga.
TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11
TAHUN)

Tahap ketiga Piaget


dikenali sebagai tahap
operasi konkrit iaitu
berlaku semasa kanak-
kanak berusia 7 hingga 11
tahun.
Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara
egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.
Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini
akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka
kepada orang yang lebih dewasa.

Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan


mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak
akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan
yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula
memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit


demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran
logik.
Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan
padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda
atau objek.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum


memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak
seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya.

Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif


seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
KESIMPULAN

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958)


menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini
boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas
objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas
operasi atau proses pemikirannya sendiri.

You might also like