You are on page 1of 5

Keyakinan Diri

Apakah harga diri?


Harga diri adalah aset atau nilai diri yang menggambarkan perwatakan diri.
Mengapa perlu ada harga diri?
Nilai harga diri yang tinggi akan menjadikan anda:
Berkeyakinan
Bermotivasi
Dapat mengatasi masalah dengan baik
Harga diri membolehkan membuat pilihan semada menuju ke arah kejayaan atau kegagalan.
Dengan keyakinan diri yang baik saya mampu mencapai kejayaan.
Bagaimana saya dapat menilai harga diri sendiri?
Jika tiada harga diri, saya merasa:
Tidak yakin pada diri sendiri
Menyalahkan diri sendiri semasa mengalami kegagalan
Rasa bersalah
Merasakan diri tidak penting
Takut untuk memberi idea atau pandangan
Menyebabkan ketegangan perasaan
Rasa tidak selamat untuk menghadapi masa akan datang
Apakah kesan jika saya tidak menangani keadaan ini?
Kemungkinan:
Hilang keyakinan pada diri sendiri
Bertindak mengikut hawa nafsu untuk kepentingan diri sendiri
Rasa sedih
Sentiasa mengalah atau merendah diri
Cuba meniru
Merasa diri gagal
Gagal untuk menjadi dewasa
Kemungkinan berakhir dengan bunuh diri

Bagaimana untuk memperbaikinya?


Lakukan yang berikut:
Beri tumpuan pada kehendak dan kemahuan
Fokus dan tumpukan perhatian kepada kejayaan
Bina jati diri
Dapatkan bahan bacaan yang positif atau membina
Fokus kepada kekuatan diri
Pamerkan kehebatan atau keistimewaan diri anda
Elakkan:
Mengkritik diri sendiri
Mudah mengalah atau merendah diri
Meniru orang lain
"Kegagalan itu bererti anda masih belum mencapai kejayaan"
Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.
1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang manamana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan
kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.
2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain.
Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras
maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri
misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita
bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan
kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.
3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah
yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan .
Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa
berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan
dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang
lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.
4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh
menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh
berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda
jadikan panduan membina keyakinan diri.
5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun.
Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri
seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah
raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.
6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali
sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan
dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental
kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun
mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan
dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda
bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa
berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)
7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara
beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang

ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan
anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.
8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan
selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat,
majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.
9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita
berkomunikasi
10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara
berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara
berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.
11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang
berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan
dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan?
Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?
12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan
ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan
membina keyakinan diri anda.
13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha .
Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal
tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7 Yang Membuat Bermotivasi Selalu


"Pagi" jeritan orang dari salah satu syarikat motivasi terkenal
Tips ini juga untuk pelajar-pelajar atau juga guru yang selalu ceria dan jammed atas jambatan ....hehe
teruskan jihad dan juang anda..

Perkara terbaik yang anda patut lakukan adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada
kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel
motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Khasnya di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join
sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda
dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.


Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM.
Termasuk jam 7.30 pagi di Ikim.fm dengan motivasi islamic. Luangkan masa 3-5 minit memberi
motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak
bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan
syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup cas betri saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak
bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat
keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang NIAT anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya,
anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri untuk 2011
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak
tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah,
berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap
hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang
anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda
nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa
keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni
dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda
menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan
kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh
dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test

sendiri, berkesan sungguh!


Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi
positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari
dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya,
anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap
orang, setiap situasi dan setiap benda.
Ohya tips terakhir pastikan sehari anda dapat berorganisasi(baca:Solat berjemaah) 5 kali dan
pastikan dapat baris yang terkedepan sekali
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri untuk dunia dan akhirat anda.
Bila lagi!
Anak-anak dah membesar..umur bertambah dan rumah kata pergi kubur kata mari..Ada berani !!
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

You might also like