You are on page 1of 8

PENILAIAN KURSUS

SEMESTER 2 SESI 2014 / 2015


(PPG-PJJ)

QGK3023
Program Kesihatan Sekolah
Dr. Abd. Rahim Mohd Shariff (PENYELARAS KURSUS)

SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN


1.0FAKULTI
PENGENALAN
Kursus QGK3023 ini bermatlamat untuk mendedahkan pelajar tentang konsep perancangan
Program Kesihatan di sekolah seterusnya memahami dan menganalisis Program Kesihatan
Sekolah. Kursus ini membincangkan konsep perancangan Program Kesihatan Sekolah.
Penekanan diberi kepada kemahiran menganalisis program kesihatan dari aspek
perancangan, pengelolaan, perlaksanaan, bimbingan, penyelarasan koordinasi dan penilaian.

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


i.

Menganalisis Program Kesihatan Sekolah dari segi konsep Pendidikan Kesihatan, Promosi
Kesihatan dan perancangan program.

ii. Mempelbagaikan kemahiran teknikal dalam perancangan program promosi kesihatan sekolah
berasaskan Teknologi Pendidikan dan ICT.
iii. Mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkah laku beretika.
iv. Mengamalkan komunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam satu pasukan.

3.0

PENILAIAN KURSUS
3.1.

Pemberatan
Kategori

3.2.

Pemberatan

Kerja kursus

60%

Peperiksaan Akhir

40%

JUMLAH

100%

Agihan Pemberatan Kerja Kursus


Bentuk Kerja
Kursus

Individu

Jenis
Tugasan

Agihan Markah
(Peratus)

Tugasan 1

20%

Tugasan 2

20%

E-Forum

20%

Jumlah
(Peratus)
60%

JUMLAH

4.0

60%

60%

BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar
tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan

Arahan

Tarikh

Minggu ke 10

20%

TUGASAN 1
Program
Kesihatan
Sekolah

Fokus Program Kesihatan Sekolah adalah


pencegahan khusus kepada penyakit tidak
berjangkit/berjangkit. Pencegahan khusus adalah
merujuk kepada menangani punca-punca kesihatan
yang buruk untuk mencegah masalah daripada
berlaku.
Berdasarkan model Program Kesihatan Sekolah
di bawah, bentuk satu program yang boleh diguna
pakai di sekolah anda.

Perkara di bawah harus diberi penekanan yang utama


semasa menjelaskan tentang program yang
dirancang :
i.

Penulisan menggunakan font, Arial 11/ Times


New Roman 12
ii. Menyediakan senarai rujukan gaya APA yang
mengandungi semua sumber luar sah yang anda
telah gunakan dalam menerangkan reka bentuk
program kesihatan.
iii. Had muka surat adalah di antara 12 15 helai
sahaja
iv. Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti di
Lampiran 1

TUGASAN 2
Laporan
Pelaksanaan
Program /
Kesihatan

Pelajar membuat laporan berkaitan dengan program /


aktiviti kesihatan semasa yang dijalankan di sekolah.
Kenal pasti beberapa program yang sedang
dilaksanakan di sekolah anda. Pilih DUA (2) daripada
program tersebut, dan hasilkan laporan berkaitan
dengan pelaksanaannya.
Laporan perlu merangkumi skop seperti berikut:
a. carta organisasi program
b. visi dan misi, objektif dan matlamat program
c. tindakan yang dijalankan - sertakan dengan
foto aktiviti, poster dan sebagainya berkaitan
dengan perjalanan program tersebut
d. pelaksanaan, pemantauan dan penilaian
program tersebut
e. lain-lain perkara yang berkaitan
Dalam laporan tersebut juga, pelajar dikehendaki:
i. Jelaskan bagaimana program / aktiviti kesihatan
yang anda pilih dapat mempengaruhi atau
memberikan kesan terhadap terhadap hasil
pembelajaran dan pendidikan murid di sekolah.
Huraian boleh dibuat berdasarkan kepada potensi,
keberkesanan, atau kesesuaian program / aktiviti
kesihatan tersebut.
ii. Berikan justifikasi anda mengapa program / aktiviti
kesihatan yang dipilih dapat membantu,
mempengaruhi atau memberi kesan terhadap hasil
pembelajaran dan pendidikan kesihatan mereka?
iii. Panjang halaman tugasan = 15 20 helai
Ambil perhatian perkara berikut:
Penulisan menggunakan font, Arial 11/ Times New
Roman 12
Langkau baris (spacing) 1.5 spacing
Bibliografi menggunakan format APA systems
Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti
di Lampiran 1

Minggu ke 10

20%

E-Forum
E-Forum

a.Pensyarah akan memuat naik (upload) 5 soalan


untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli
kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru
(Group Forum).

Minggu ke 2

Minggu ke 10

20%

b.Pelajar MESTI memberi respon sekurangkurangnya SATU (1) kali bagi / pada setiap sesi
forum. Panjang jawapan mesti 150 patah
perkataan dan keatas.
c. Pelajar juga perlu membuat sekurang-kurangnya
TIGA (3) komentar terhadap MANA-MANA
jawapan yang dikemukakan oleh rakan bagi setiap
soalan yang dikemukakan.
d. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang
ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan
memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan
akan menjejaskan markah kerja kursus yang
disediakan.
e. E-Forum akan dimuat naik oleh penyelaras
kursus mengikut tarikh takwin akademik seperti
berikut;
1.
2.
3.
4.
5.

Forum 1
Forum 2
Forum 3
Forum 4
Forum 5

Jumlah

60 %

PERHATIAN

Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan pensyarah
kumpulan kuliah masing-masing.

5.0
Gred

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS


Kriteria Pemarkahan Rekabentuk
Program Kesihatan Sekolah

Tahap perbahasan ilmiah yang cemerlang,


penyampaian yang cemerlang dan kemas, menarik
dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi
yang baik.

A-

Tahap perbahasan ilmiah yang baik, penyampaian


yang baik, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada
elemen interaksi yang baik.

B+

Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana,


penyampaian yang baik, menarik dan kreatif, idea
yang bernas, ada elemen interaksi.

Tahap perbahasan ilmiah sederhana, penyampaian


yang baik, menarik dan idea yang bernas.

B-

Ada perbahasan ilmiah, penyampaian yang baik dan


menarik dan ada idea yang kemas

C+

Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada


idea sendiri yang baik.

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian


sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang
kemas.

C-

Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak


berkesan, idea yang tidak jelas.

D/E

Gagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab


soalan, serahan melewati tarikh akhir.

Kriteria Pemarkahan Laporan Pelaksanaan Program /


Aktiviti Kesihatan Sekolah
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi
di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang
baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan
kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan
bahasa.
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi
dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada
idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada
kesalahan bahasa.
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi
di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.
Tiada kesalahan bahasa.
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi
di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.
Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Menepati format penulisan kajian ilmiah, kesalahan format
yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan
bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Ada penulisan kajian ilmiah, kesalahan format yang minima
(tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan
ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).
Ada penulisan kajian, kesalahan format tidak melebihi 4
perkara. Isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada
Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak
melebihi 7 perkara.
Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi,
isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil
dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Kriteria E-Forum
Tahap perbahasan ilmiah , berkeyakinan cemerlang,
penyampaian yang cemerlang, bahan yang kemas,
menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2
hala yang baik.
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan tinggi,
penyampaian yang baik, bahan yang menarik dan
kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala yang
baik.
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana,
penyampaian yang baik, bahan yang menarik dan
kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala.
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana,
penyampaian yang baik, bahan yang menarik, idea yang
bernas, ada komunikasi.
Tahap perbahasan ilmiah, ada keyakinan diri,
penyampaian yang baik, bahan yang menarik,
ada idea yang kemas, ada komunikasi.
Ada perbahasan, ada keyakinan diri, penyampaian yang
sederhana, ada menggunakan bahan, ada idea sendiri,
ada komunikasi.
Ada perbahasan, ada keyakinan, penyampaian
sederhana, bahan yang digunakan sekadar ada, ada
idea tetapi kurang kemas, ada komunikasi tetapi lemah.
Kurang perbahasan, tidak ada keyakinan, penyampaian
yang tidak berkesan, penggunaan bahan yang kurang
bersesuaian, idea yang tidak jelas, tiada komunikasi.
Tiada perbahasan, tiada forum, melewati tarikh akhir.

6.0

PEPERIKSAAN AKHIR

Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir di akhir semester 2 2014/15. Markah bagi
peperiksaan mewakili sejumlah 40% daripada keseluruhan kursus ini. Kertas soalan
peperiksaan terdiri daripada 40 (EMPAT PULUH) soalan objektif aneka pilihan. Kesemua
soalan yang dikemukakan adalah berasaskan kepada tajuk-tajuk yang terdapat dalam modul
QGK 3023 yang diberi. Peruntukan waktu untuk peperiksaan akhir ialah selama 1 jam.

7.0

PERHATIAN DAN PERINGATAN


i.

Jawapan E-Forum adalah di tapak forum yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor
e-Learning kumpulan masing-masing.

ii. Penghantaran Tugasan 1 (Rekabentuk Program Kesihatan Sekolah) dan Tugasan 2


(Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan) adalah melalui tapak assignment
yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing.
iii. Sebelum penghantaran Tugasan 1 dan 2, fail perlu ditukar ke format pdf (.pdf) terlebih
dahulu dan dapatkan url bagi fail tersebut.
iv. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah pada hari terakhir minggu 10. Sila ikuti
arahan Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing melalui MyGuru3.
v. Ketepatan tarikh dan waktu perlu diberi pertimbangan utama. Sebarang kelewatan
yang melibatkan pemarkahan akan ditanggung oleh pelajar.
vi. Perlu diingat juga bahawa keaslian adalah diberi keutamaan. Ketidakaslian seperti
plagiarisme dan sebagainya tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.
vii. Kebernasan idea serta hasil kerja pada tahap Ijazah Sarjana Muda adalah aspek
kualiti yang diambil kira.

PERINGATAN!!!!!!!
i.

Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

ii.

Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

iii.

Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

iv.

Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

v.

Kegagalan anda melengkapkan dan menghantar tugasan adalah tanggungjawab


anda sendiri.

vi.

Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

vii.

Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan pensyarah kumpulan


masing-masing

LAMPIRAN 1
PEMARKAHAN

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

QGK3023
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
TAJUK

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

NO TELEFON

KUMPULAN KULIAH:

NAMA TUTOR E-LEARNING:

______________________________________________

TARIKH SERAH:

___________________

You might also like