You are on page 1of 2

LAPORAN PENGERUSI PROJEK

Pada 14 Julai 2015, Kolej Matrikulasi Pahang telah mengadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan
yang bertema Louisa Bombastika di BT13 pada pukul 3:15 petang.

Selaku pengarah projek ini,sebelum majlis ini berlangsung saya telah melaksanakan tugas saya dengan
melantik ahli jawatankuasa untuk mengadakan majlis sambutan ini. Malah, saya turut bertanggungjawab
dalam menguruskan pentadbiran ,kewangan, dan aktiviti yang akan dijalankan. Saya turut menjana idea
untuk menambahbaikkan majlis ini contohnya mencadangkan supaya mengadakan persembahan. Selain
itu, saya juga memantau persediaan dan membantu ahli jawatankuasa yang lain dalam menguruskan dan
melaksanakan setiap tugasan.

Semasa majlis, saya telah memastikan semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas dengan baik. Di
samping itu, saya juga telah bertungkus-lumus dalam mangatur majlis ini dalam keadaan baik.
Seterusnya, saya turut berusaha dalam menyempurnakan majlis ini.

Selepas majlis, saya telah memastikan semua ahli jawatankuasa membuat laporan tentang apa yang telah
mereka lakukan sebelum majlis, semasa majlis, dan selepas majlis. Yang terakhir, saya bertanggungjawab
menentukan hala tuju laporan majlis ini dengan memastikan setiausaha untuk membuat buku laporan
untuk dihantar ke pihak atasan.

Disediakan oleh,
.
(NANTHA REVI CHANDER)
Pengerusi Projek
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Kolej Matrikulasi Pahang,
Sesi 2015/2016

LAPORAN PERALATAN DAN PA SISTEM

Saya selaku jawatankuasa bagi peralatan dan PA sistem telah menjalankan tugas untuk mencari lagu-lagu
untuk dimainkan pada persembahan dalam majlis tersebut serta mencari alunan bagi menyambut
kedatangan tetamu kehormat. Dalam masa yang sama,, saya turut menyediakan peralatan dan PA sistem.

Semasa majlis, saya telah memastikan PA sistem berfungsi dengan baik tanpa sebarang gangguan bunyi.
Malah, saya turut menyelia dan menentukan sistem pembesar suara befungsi dengan baik.

Selepas majlis, saya telah berusaha untuk mengemas peralatan dan PA sistem dengan baik.

Disediakan oleh,

..
(NANTHA REVI CHANDER)
Jawatankuasa Peralatan dan PA Sistem,
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Kolej Matrikulasi Pahang,
Sesi 2015/2016

You might also like