You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH

Pengenalan
Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang di terima pakai, akan
tetapi secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton,
1980) atau format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan
Jasmani, definisinya adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategistrategi yang tertentu .

Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pasti


beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah
pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan
beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan Jasmani (Kane, 1974)
terdapat dua penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi dalam cara
pengajaran adalah berkait rapat dengan penglibatan pelajar semasa pengajaran
dan pembelajaran. Kedua, walaupun diketahui umum setiap guru mempunyai
kaedah dan cara tersendiri dalam menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak
akan menghasilkan asas yang stabil atau cekap pengajaran dan pembelajarannya.
Pilihan cara atau kaedah pengajaran mestilah berasaskan logik dan saintifik.

Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku telah
dihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau berkenaan
interaksi antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak hasil penulisan
pertama beliau dan telah memberi satu kerangka kerja dalam konteks pengajaran
pendidikan jasmani di seluruh dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga
di katakan sebagai teori yang paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi
Pendidikan Jasmani dalam sejarah (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia berjaya?
Jawapannya terdapat didalam kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan
sebagai Spektra Gaya Pengajaran (Spectrum of Teaching Styles).

Gaya Pengajaran
Spektra mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru
dan pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan
penting dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori
yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran,
semasa pengajaran dan selepas pengajaran.

Sebelum pengajaran

keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan topik,
objektif, organisasi dan penyampaian.

Semasa pengajaran
keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.

Selepas pengajaran
penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.

Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masingmasing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan
pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada
keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh
dibahagikan kepada dua aspek iaitu :
1. Berpusatkan Guru
2. Berpusatkan Pelajar

Gaya Pengajaran
Berpusatkan Guru

Berpusatkan Pelajar

Arahan

Pembelajaran kendiri

Latihan

Daya usaha

Timbal balik

Perlaksanaan individu

Semak kendiri

Penghasilan mencapah

Inklusif

Penemuan terbimbing

Gaya A: Arahan
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan
serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru mengawal keseluruhan kelas
Guru membuat semua keputusan dalam P&P

Guru memberi arahan satu persatu


Guru melakukan demonstrasi
Guru memberi komen / ulasan tentang prestasi pelajar
Pelajar perlu beri perhatian kepada arahan guru
Pelajar melakukan perlakuan guru
Sesuai untuk aktiviti aras tinggi dan mengutamakan keselamatan
Sesuai untuk masa P&P yang terhad
Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal
Tanggungjawab berpusat kepada guru
Masa latihan pelajar adalah terhad.

Gaya B: Latihan
Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran
arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P
guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur
maju dan berperingkat.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan demonstrasi
Guru menetukan setiap apa yang ingin diajar
Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi
maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab.
Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.
Sesuai untuk masa P&P yang terhad
Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal
Pelajar mempunyai lebih masa untuk latihan.

Gaya C: Timbal balik


Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan
terhadap kaedah mengajar di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah,
setiap pelajar melakukan latihan secara berpasangan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti
Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji perlakuan pelajar
Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui pemerhatian
Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar
Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan aktiviti.
Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang telah
Guru bertanggungjawab pada awal P&P
Aktiviti dilakukan secara berpasangan
Pelajar menilai sendiri perlakuan yang telah dipelajari
Guru menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar
Fokus kepada perhubungan sosial di samping mempelajari aktiviti.

Gaya D: Semak kendiri


OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru menentukan kriteria pembelajaran
Guru memberi penerangan sebelum memulakan P&P
Pelajar bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri
Sesuai bagi perlakuan yang mudah dikenalpasti
Pelajar bertanggungjawab di atas pembelajaran
Menghadkan perhubungan sosial di antara guru dengan pelajar

Gaya E: Inklusif
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru menentukan kriteria pembelajaran
Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran
mengikut kemampuan diri

Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum melakukan aktiviti


Pelajar membuat keputusan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi.
Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kejayaan
Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri
Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.

Gaya F: Pembelajaran Kendiri


OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru sebagai pemerhati kepada pelajar
Pelajar menetapkan apa yang akan dipelajari
Pelajar menetapkan pendekatan sendiri
Semua perkara berkaitan dengan pembelajaran ditetapkan sendiri oleh pelajar
Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.

Gaya G: Penghasilan Mencapah


OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menetapkan tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan
Guru mendorong pelajar untuk menilai setiap jawapan dan membuat
perbandingan
Pelajar cuba mencari perbandingan jawapan
Pelajar menilai jawapan untuk menetapkan keberkesanannya.
Tugasan disediakan oleh guru
Tugasan mempunyai banyak cara penyelesaian
Sesuai untuk aktiviti pembangunan pasukan
Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif
Memupuk sikap kerjasama di antara pelajar

Gaya H: Pembelajaran Individu


Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang
panjang,untuk memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar

menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan


individu.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru hanya membantu pelajar sebagai penasihat
Guru memantau proses pembelajaran
Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran
Pelajar menetapkan tugasan serta penyelesaian
Tugasan dan masalah ditetapkan oleh pelajar

Gaya I: Penemuan terbimbing


Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak
peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan
dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah
membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan
mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar
mengikut tahapnya sendiri.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru menetapkan tugasan dan mempunyai pelbagai soalan yang hanya menjurus
pada satu jawapan sahaja
Guru memberi ruang masa kepada pelajar untuk berfikir dan bertindak
Guru mengubah soalan jika pelajar gagal mencari jawapan
Pelajar melakukan tugasan berdasarkan soalan yang diberkan guru.
Pelajar memberi jawapan.
Guru merancang P&P dan guru menyediakan tugasan.

Gaya J: Daya usaha


OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru memantau proses pembelajaran
Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran
Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan

Pelajar memilih gaya pembelajaran kendiri


Tugasan ditetapkan sendiri oleh pelajar
Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu

Kesimpulan
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab
dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan
kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akandapat
mewujudkan suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta
menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat
memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif
pembelajaran dalam pendidikan jasmani.

http://mondnieltalk.blogspot.com/2013/02/kertaskonsep-gaya-pengajaran-mosston.html

You might also like