You are on page 1of 2

9.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan Kit Pembelajaran

Rangsangan dan Gerak Balas telah dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid
Tahun 4 dalam Topik Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan. Peningkatan
dari segi peratusan markah semasa pengujian dilaksanakan iaitu praujian
(Lampiran B) dan pascaujian (Lampiran C) juga telah membuktikan bahawa
penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas ini sangat sesuai
diaplikasikan di sekolah-sekolah rendah bagi memastikan tahap pencapaian dan
prestasi murid berada di tahap yang membanggakan.
Terdapat beberapa cadangan yang boleh diusulkan bagi kajian lanjutan
seterusnya. Pada masa akan datang, dicadangkan penggunaan Kit Pembelajaran
Rangsangan dan Gerak Balas ini dijalankan kepada kumpulan sasaran yang terdiri
daripada murid Tahap 1. Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berkait rapat dengan peringkat umur mereka. Perbezaan umur
kumpulan sasaran seharusnya menjadi satu faktor yang boleh dibandingkan di dalam
kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan murid yang mempunyai tahap
pencapaian akademik yang pelbagai. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar
kajian ini difokuskan kepada kelompok murid yang mempunyai satu tahap
pencapaian iaitu sama ada berpencapaian tinggi atau lemah sahaja. Dengan ini,
keberkesanan penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas dapat
diukur pada kumpulan sasaran yang berbeza.
66

Seterusnya, rakaman video terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran Sains


yang menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas boleh dilakukan
pada kajian yang akan datang. Melalui rakaman video, data-data yang mungkin tidak
diperhatikan ketika sesi pembelajaran Sains sedang dijalankan dapat diperolehi.
Rakaman video juga dapat meningkatkan kesahan data yang telah diperolehi melalui
triangulasi data.
Secara kesimpulannya, penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan
Gerak Balas sangat sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah kerana dapat
meningkatkan kefahaman dan minat murid Tahun 4 dalam topik Manusia Bergerak
Balas Terhadap Rangsangan. Penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak
Balas dapat menjadikan pembelajaran Sains menjadi lebih menarik dan penglibatan
murid adalah maksimum.

67

You might also like