You are on page 1of 3

8.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian ini merupakan kajian pertama yang saya jalankan dan banyak aspek perlu

ditambah baik kerana saya masih banyak perlu belajar dalam aspek pelaksaan kajian
tindakan yang betul. Walau bagaimana pun, saya berasa gembira kerana berjaya
menyiapkan kajian tindakan ini yang mana ianya merupakan kali pertama saya
melaksanakan kajian seumpama ini. Pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
telah saya perolehi sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Saya berpuas hari dengan
hasil kajian ini, namun begitu sekiranya terdapat ruang dan peluang pada masa akan
datang, saya ingin memperbaiki beberapa aspek yang telah dapat saya kenalpasti
sepanjang menjalankan kajian ini.
Kajian yang dijalankan oleh saya ini mengambil masa yang singkat, iaitu kurang
dari tempoh satu bulan dan saya beranggapan tempoh masa singkat ini tidak mencukupi
dari aspek penyediaan aktiviti hands-on yang lebih menarik dan mencabar. Sekiranya
saya diberi peluang pada masa akan datang untuk menjalankan kajian seterusnya, saya
bercadang untuk mengulangi kajian ini dengan fokus kajian yang sama tetapi menambah
baik dari segi penyediaan aktiviti hands-on yang lebih mencabar minda.
Selain itu, aspek lain yang ingin saya tambah baik adalah dari segi cara
pengumpulan data. Saya telah mengumpul data dengan mengguna tiga kaedah bagi kajian
kali ini iaitu senarai semak pemerhatian, soal selidik dan diari guru. Namun begitu, saya
rasa masih terdapat kekurangan dari segi kuantiti dan kualiti data yang dikumpul bagi
melihat keberkesanan penggunaan aktiviti hands-on dalam menambah baik penerangan
konsep sains dengan sebaiknya. Oleh itu, sekiranya saya diberi peluang pada masa akan

datang, saya ingin menambah baik kaedah pengumpulan data iaitu dengan menggunakan
kaedah temubual dan hasil kerja murid. Ini kerana menerusi kedua-dua kaedah ini, saya
akan mendapat maklum balas dengan lebih mendalam daripada murid-murid mengenai
keberkesanan penerangan konsep sains saya dengan menggunakan aktiviti hands-on.
Selain itu juga, saya berharap untuk melanjutkan kajian tersebut ke kitaran yang
seterusnya sekiranya saya ditempatkan di sekolah lain sebagai seorang guru baharu.
Memandangkan penerapan Penilaian Kemahiran Amali Sains (PEKA) semakin
dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah rendah, saya ingin
membantu murid-murid saya untuk meningkatkan kemahiran saintifik mereka
terutamanya dari segi kemahiran proses Sains asas melalui kaedah aktiviti hands-on
yang telah saya gunakan dalam kajian pertama.
Dengan ini, saya akan merancang pelbagai aktiviti hands-on dalam
pembelajaran Sains dan memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan
kemahiran-kemahiran

saintifik

yang

berkaitan

seperti

membuat

pemerhatian,

pengkelasan, berkomunikasi, pengukuran dan sebagainya supaya murid-murid boleh


membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran tersebut. Selain itu, mereka juga akan
dibimbing untuk menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut dengan cara atau prosedur
yang betul sehingga mereka boleh menguasainya.
Kesimpulannya, saya berharap agar kajian ini dapat dipertingkatkan lagi pada
masa akan datang. Setelah mempelajari kursus SCE 3133 Kajian Tindakan I-Sains
Rendah dan SCE 3153 Kajian Tindakan II-Sains Rendah, saya mendapat kesedaran
baharu yang mana kajian tindakan bukanlah satu perkara asing buat diri kita sendiri di

mana kita sebenarnya telah melakukan banyak kajian tindakan semasa mengajar di dalam
bilik darjah. Persoalannya hanyalah antara kita sedar atau pun tidak mengenai perkara ini.
Kajian tindakan merupakan satu proses yang berterusan di mana apabila selesai
melakukan refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan membuat pembacaan
dan menyelidik kaedah pengajaran yang mana satukah dapat mengatasi masalah dihadapi
oleh guru di dalam bilik darjah dan seterusnya mengimplementasikan kaedah yang
baharu ke dalam sesi pengajaran yang seterusnya. Inilah sebenarnya proses yang dilalui
oleh setiap guru, pada setiap hari. Cuma aspek yang membezakannya ialah kajian
tindakan melibatkan penulisan yang panjang, manakala guru-guru kerap lupa untuk
mencatit peristiwa di dalam bilik darjah dan langkah penambahbaikan yang telah mereka
ambil terdahulu. Oleh itu, saya menanam hasrat untuk menulis refleksi dan langkahlangkah yang bakal saya ambil bagi memudahkan saya menjalankan kajian tindakan pada
masa akan datang.

You might also like