You are on page 1of 3

Karangan Umum - Membaca Jambatan Ilmu(skop lebih kpd cara2 utk memupuk

amalan membaca dlm dri sendiri)


Slogan "Membaca Jambatan Ilmu" dapat ditakrifkan sebagai aktiviti
pembacaan yang akan menghubungkan manusia dengan pelbagai cabang ilmu
yang terdapat di dunia. Selain itu, slogan tersebut turut menegaskan bahawa kita
mestilah membaca bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Slogan tersebut amatlah
wajar untuk kita jadikan sebagai motto atau azimat dalam kehidupan seharian bagi
menghidupkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Namun begitu, pada era pascaglobalisasi ini, mausia semakin lama semakin kurang
mengambil berat akan kepentingan membaca. Ramai daripada kalangan kita
terutamanya golongan remaja yang hanya bersikap acuh tak acuh adan
memandang enteng terhadap amalan membaca. Persoalannya, apa gunanya jika
slogan " Membaca Jambatan Ilmu " kerap meniti di bibir-bibir kita sedangkan slogan
tersebut langsung tidak terzahir oleh perbuatan dan amalan seharian kita? Oleh itu,
perancangan yang pragmatik serta inisiatif yang relevan haruslah kita aplikasikan
bagi menjadikan membaca sebagai amalan hidup kita.

Langkah prima yang dapat kita implimentasikan ialah menanam minat untuk
membaca dalam diri kita. Pepatah Melayu ada mengatakan, ' tak kenal maka tak
cinta' . Prinsip yang sama boleh dikaitkan dengan amalan membaca kerana kita
tidak akan dapat membiasakan diri dengan amalan membaca sebagai salah satu
aktiviti dalam rutin harian kita sekiranya minat untuk membaca tidak dipupuk.
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menyemai minat untuk membaca
dalam diri kita serta keluarga kita? Kecenderungan untuk membaca pelbagai jenis
bahan bacaan berbeza yang terdapat di sekeliling kita seperti buku cerita, majalah,
surat khabar, jurnal dan juga karya sastera warisan bangsa kita sendiri. Selain itu,
ibu bapa pula seharusnya memainkan peranan masing-masing dengan aktif bagi
menyemai minat membaca dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah, '
melentur buluh biarlah dari rebungnya ' . Apabila diri kita sudah terdedah dengan
pelbagai jenis bahan bacaan yang berbeza, kita akan dapat mengenalpasti genre
bahan bacaan yang sepadan dengan minat dan kecenderungan kita sendiri. Dengan
ini, sudah tidak dapat dinafikan bahawa memupuk minat membaca akan
menyumbang terhadap keberkesanan pengaplikasian amalan membaca dalam
kehidupan seharian.

Selain itu, kita juga seharusnya mengisi masa lapang dengan melakukan
aktiviti yang berfaedah seperti membaca. Pada zaman kini, sebilangan besar
daripada masyarakat di negara kita gemar atau cenderung untuk memenuhi waktu
senggang mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,

bermain permainan video, berpelesaran di pusat-pusat beli belah dan melibatkan


diri dengan gejala sosial yang membimbangkan. Hal ini biasanya terjadi dalam
kalangan remaja yang belum dewasa akibat desakan nafsu dan keinginan diri untuk
menggapai kebebasan bukan seperti ' burung di dalam sangkar, mata terlepas
badan terkurung' . Bagi mengatasi hal ini, ibu bapa hendaklah meluangkan masa
yang lebih berkualiti bersama anak-anak di samping mendorong mereka untuk
menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti bagi memanfaatkan masa lapang
mereka secara optimum. Di samping itu, ibu bapa juga sewajarnya menjadi teladan
yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak dengan turut menjadikan amalan
membaca sebagai aktiviti wajib semasa waktu senggang. Dengan ini, anak akan
meniru perbuatan kedua-dua orang tua mereka bak kata pepatah, ' ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' .

Inisiatif berikutnya ialah membawa buku ke mana-mana sahaja. Perbuatan


ini sebenarnya mudah dan tidak sukar sama sekali untuk dipraktikkan. Namun
begitu, amalan ini diabaikan oleh masyarakat di negara kita. Sekiranya kita melihat
penduduk di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, mereka sudah
sekian lama mengimplimentasikan amalan ini dalam kehidupan mereka. Oleh itu,
tidak hairanlah sekiranya masyarakat di negara-negara tersebut sangat
bertamadun dari pelbagai sudut seperti lahiriah, rohaniah dan juga ekonomi negara.
Jadi, sampai bilakah kita ingin berdiam diri dan terus berada di takuk lama? Kita
sewajarnya mencontohi perbuatan mereka kerana perbuatan tersebut akan
mendatangkan faedah yang besar kepada diri, masyarakat dan negara bak kata
pepatah, ' yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan' . Oleh
yang demikian, kita mestilah membiasakan diri dengan membawa bersama sebuah
buku ke mana-mana tempat sahaja yang kita pergi agar waktu senggang kita akan
dapat dimanfaatkan dengan pembacaan ilmiah biarpun sekejap.

Di samping itu, kita mestilah melazimkan diri untuk berkunjung ke pesta


buku. Pesta buku adalah bertujuan untuk memapar dan mempromosikan karyakarya baharu kepada khalayak ramai. Di pesta buku juga biasanya terdapat
potongan harga yang menarik bagi judul-judul buku yang terpilih. Dengan ini, kita
akan dapat menjimatkan wang yang sedia ada selain dapat membeli judul-judul
buku yang terbaharu di pasaran. Selain itu, kita juga berpeluang untuk bertemu
dengan penulis-penulis buku yang terkenal dan masyhur seperti A. Samad Said, Ain
Maisarah dan ramai lagi. Peluang keemasan seperti ini tidak seharusnya kita
lepaskan kerana melalui pertemuan tersebut kita akan dapat berbual-bicara dengan
pengarang buku yang kita minati. Dengan ini, minat kita terhadap membaca akan
bertambah di samping dapat meluangkan masa bersama-sama insan tersayang
dengan berkunjung ke pesta buku bersama-sama.

Pertukaran bahan-bahan bacaan dengan rakan turut dapat mendorong kita


untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup. Dalam kehidupan, kita tidak
akan dapat lari daripada fitrah manusia yang memerlukan rakan dan sahabat bagi
meneruskan kehidupan. Oleh itu, kita hendaklah saling berganding bahu bersama
rakan-rakan kita bagi menggalakkan antara satu sama lain untuk memupuk minat
membaca. Hal ini dapat dilakukan dengan bertukar-tukar buku dan meluangkan
masa bersama untuk berbincang mengenai judul buku yang disukai oleh diri
masing-masing. Dengan ini, secara tidak langsung dapat mengelakkan diri kita dan
rakan-rakan daripada terjebak dengan gejala negatif seperti merokok, pergaulan
bebas, vandalisme dan lain-lain. Tambahan pula, talian persahabatan antara kita
dan rakan-rakan akan dapat dieratkan ' bagai isi dengan kuku ' . Tuntasnya, rakanrakan dapat menjadi pemangkin untuk membantu kita dalam usaha untuk
menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

Bagi menggulung segala pernyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh


bahawa amalan membaca sememangnya penting dan perlu diamalkan dalam
kehidupan. Hal ini demikian kerana dengan membaca, kita akan memperoleh
pelbagai ilmu pengetahuan yang akan dapat memacu diri kita ke puncak jaya. Oleh
itu, pihak-pihak seperti ibu bapa, guru, sasterawan serta Dewan Bahasa dan
Pustaka ( DBDP ) seharusnya saling bekerjasama bagai ' aur dengan tebing ' bagi
menjamin kejayaan usaha murni ini. Sekiranya membaca dapat dijadikan sebagai
amalan hidup dalam diri segenap lapisan masyarakat di negara kita, maka visi kudsi
negara iaitu ingin melahirkan modal insan pertama dan menjadikan negara kita
sebagai sebuah negara maju akan dapat dicapai

You might also like