You are on page 1of 17

ABDUL RAHMAN AD-DAKHIL PENERUS LEGASI UMAIYYAH:

KEPIMPINANNYA PADA TANAH ANDALUS


(Abdul Rahman Ad-Dakhil The Rectifier Of Umaiyyah Legacy:
His Leadership In Andalus)
Oleh:
Mohd Farhan Md Ariffin*
Khadher Ahmad**
Abstrak
Dewasa kini, tidak ramai yang tahu mengapa Islam lenyap dari bumi Sepanyol (Andalus).
Sedangkan dalam sejarah keilmuan Andalus banyak membuktikan tahap kemajuan
memberangsangkan yang dibawa Islam. Banyak juga persoalan mengenai pentadbiran Bani
Umaiyah di Andalus sedangkan kerajaan Abbasiyah telah mentadbir dunia Islam. Sejarah ini
tidak diketahui oleh kebanyakkan umat Islam walaupun ia tercatat sebagai peristiwa penting
dunia Islam. Dalam sejarah Andalus, Abdul Rahman ad-Dakhil merupakan nama yang cukup
harum di Sepanyol. Jasa dan pengorbanan Abdul Rahman I atau Abdul Rahman ad-Dakhil
dalam membangunkan kerajaan Andalus amat besar sekali terutamanya dalam bidang
pentadbiran dan kemajuan. Dalam artikel ringkas ini, pengkaji membincangkan sejarah beliau
dalam menggerakkan proses pembentukan semula kerajaan Bani Umaiyah di Andalus yang
akhirnya terus bertapak kukuh selama ratusan tahun. Artikel ini juga memfokuskan
bagaimana beliau membangkitkan semangat juang masyarakat untuk terus menyokong beliau
dalam menegakkan Islam dan seterusnya menentang segala macam tentangan yang dihadapi
Andalus termasuklah ancaman kerajaan Abbasiyah dan kerajaan-kerajaan Kristian yang cuba
mendapatkan tanah Andalus. Jasa dan pengorbanan beliau tidak dapat dinafikan lagi dan perlu
diketengahkan bagi tatapan generasi masa kini. Perjuangan beliau perlu diketahui setiap
lapisan masyarakat supaya roh dan semangat perjuangan beliau dapat meresap ke dalam jiwa
masyarakat.
Kata Kunci: Abdul Rahman Ad-Dakhil, Umaiyah, Kepimpinan, Sumbangan, Andalus.
Abstract
Nowadays, there are many Muslims whom are still wonder why Islam suddenly vanished
from the land called Andalus. But, in Andalus or nowadays known as Spain, there are many
evidences that notices Islam contributions in its development. Besides, there are also exists
many questions about Bani Umaiyah administration in Andalus while in the same time Bani
Abbasiyah haven conquered the Islamic world. This vital history facts seem to be forgotten by
Muslims although it have been declared among the important time in Islamic history.
Actually, in Andalus history, there is one man known as Abdul Rahman ad-Dakhil that have
great influence in Andalus history. His contributions are well noticed in Andalus especially in
country administration and growth. So, in this short article, it will discuss about his great
contributions to reconstruct Bani Umaiyah kingdom in Andalus that lasts until hundreds of
time. This article also focused on his leadership in order to strength the society and fights
against all odds that have bad intention to seize Andalus. His merit and sacrifice

Mohd Farhan Md Ariffin adalah calon Sarjana Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya. Boleh dihubungi di al.muqarrobiin@gmail.com
**
Khadher Ahmad, PhD adalah pensyarah kanan di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di khadher82@um.edu.my
1

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

are undeniable and should be highlighted for public views. His crusade must be brought
forward to public in order to educate the whole society so that his contributions will be never
forgotten.
Keywords: Abdul Rahman Ad-Dakhil, Umaiyah, Leadership, Contribution, Andalus.
Pendahuluan
Perkembangan Islam di bumi Andalus merupakan sejarah penting bagi seluruh umat Islam.
Bermula daripada usaha khalifah Al-Walid yang mendapat ilham untuk terus menyebarkan
agama Islam, maka beliau telah mengarahkan Musa Ibn Nusair iaitu gabenor di Afrika Utara
untuk meluaskan pengaruh Islam hinggalah ke bumi Andalus. Andalus suatu ketika dahulu
merupakan sebuah negara yang pernah didiami dan diperintah oleh pelbagai kekuasaan.
Menurut catatan, ia merupakan sebuah kawasan yang pernah didiami oleh suku kaum Eropah
dan Barbar. Menurut kajian para sejarawan, orang Phonecia pernah menubuhkan kerajaan di
situ pada awal kurun ke-10 sebelum Masihi. Pada kurun pertama Masihi, Andalus dikuasai
orang Romawi dan diikuti suku kaum Visigoth yang menerajui politik Andalus sehingga ke
tahun 92H/ 711M.
Andalus mendapat nama dari para pengkaji geografi Islam abad pertengahan, yang merujuk
kepada wilayah pemerintahan Islam di semenanjung Iberia yang meliputi negara Portugal dan
Sepanyol moden yang dikenali sebagai al-Andalus. Kemungkinan besar perkataan Andalus
berasal dari perkataan Vandalusia yang bererti Tanah Vandal, iaitu satu suku Eropah
yang mendiami rantau tersebut sekitar abad kelima Masihi.1 Selain itu, ia dikenali sebagai
Iberia ketika diduduki bangsa Iberia. Pada zaman pemerintahan Rom, ia dikenali sebagai
Asbania. Manakala sewaktu diduduki oleh bangsa Vandal pula dikenali sebagai Vandalusia.
Kemunculan Abdul Rahman Ad-Dakhil merupakan suatu rahmat besar dan ketetapan Allah
SWT untuk terus menegakkan pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Andalus. Bermulanya
kisah pemerintahan Abdul Rahman ad-Dakhil di Andalus apabila gerakan menjatuhkan
kerajaan Bani Umaiyah secara besar-besaran dilakukan oleh Abu Jaafar as-Saffah di Damsyik
bagi mendirikan kerajaan Abbasiyah.
Metodologi Kajian
Metodologi utama yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis berasaskan metode
dokumentasi bagi mengetengahkan isu-isu yang menjadi fokus perbahasan kajian.
Berdasarkan kajian kepustakaan yang dijalankan, pengkaji memfokuskan tentang sejarah
Andalus secara ringkas sebelum Islam dan latar belakang kehidupan serta sumbangan Abdul
Rahman ad-Dakhil dalam pentadbiran Andalus dibahaskan secara terperinci.
Setakat pengamatan dan pengkajian pengkaji, setelah meneliti dengan merujuk kepada kitabkitab rujukan sejarah Islam. Pengkaji telah membuat rujukan buku-buku seperti Sejarah
Peradaban Islam Dirasah Islamiyah 22 dan Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus3
berkenaan sejarah awal Andalus dan kemasukan Islam di Andalus serta meneliti buku
1

Chejne dan Anwar G., Muslim Spain: Its History and Culture (Minneapolis: The University of Minneasota
Press, 1974), 3-4.
2
Drs. Badri Yatim, Sejarah Peradaban Islam Dirasah Islamiyah 2 (Jakarta: Lembaga Studi Islam dan
Kemasyarakatan (LSIK), 1993), 93.
3
Ustaz Azam bin Hamzah, Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus (Shah Alam Selangor: Penerbit Hizbi Sdn
Bhd, 1991).

Abdul Rahman Ad-Dakhil Penerus Legasi Umaiyyah: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

Sejarah Islam dari Andalus sampai Indus4, buku Dinasti-Dinasti Islam5 dalam merungkai
kronologi para pemimpin keturunan Bani Umaiyah yang dipelopori Abdul Rahman ad-Dakhil
sehingga zaman Hisyam 3 al-Mutadhi (Muluk at-Tawaif) dan sejarah kejatuhan Bani
Umaiyah sehingga zaman kejatuhan Islam Andalus.
Pengkaji turut menelaah buku tulisan Joesoef Soyyb, Sejarah Daulat Umayyah 2 di
Cordoba6, History Of Muslim Spain7 karangan Sahibzada Masus-al-Hasan Khan Sabri,
Earnest Bruce Iwan-Muller bertajuk Spanish Islam8 dan History of The Islamic People9
karya Carl Brockelmann. Buku-buku ini membicarakan keadaan menjelang kedatangan Abdul
Rahman ad-Dakhil dan kepimpinan beliau setelah berjaya meloloskan diri ke Andalus. Selain
itu, cerita mengenai pembangunan dalam aspek pentadbiran diceritakan secara terperinci
termasuklah bagaimana beliau memulakan pembangunan infrastruktur di Andalus mengikut
acuan Islam. Semua buku ini menjadi tumpuan pengkaji dalam membahaskan tentang Abdul
Rahman I dan pembaharuannya secara lebih terperinci.
Dapatan Kajian
Tahap pertama (711-755 M): Sejarah Pembukaan Islam Di Andalus
Pada tahap ini, Sepanyol berada di bawah pemerintahan gabenor yang dilantik khalifah Bani
Umaiyah berpusat di Damsyik. Pada period ini kestabilan politik Sepanyol belum sempurna,
gangguan-gangguan masih terjadi, baik dari dalam mahupun luar. Gangguan dari dalam
berupa perselisihan antara penguasa, terutamanya akibat perbezaan etnik dan golongan.10 Di
samping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika
Utara yang berpusat di Khairawan. Masing-masing mengaku bahawa mereka yang paling
berhak menguasai daerah Sepanyol ini. Oleh kerana itu, terjadilah dua puluh kali penggantian
gabenor Sepanyol dalam jangka waktu singkat. Perbezaan pandangan politik itu juga
menyebabkan sering terjadi perang saudara. Hal ini ada hubungannya dengan perbezaan etnik,
terutamanya antara Barbar asal Afrika Utara dan Arab. Dalam etnik Arab sendiri terdapat dua
golongan yang terus-menerus bersaing iaitu suku Qaisy (Arab Utara) dan Arab Yamani (Arab
Selatan). Perbezaan etnik ini sering kali menimbulkan konflik politik, terutama ketika tiada
pengganti kepada gabenor. Itulah sebabnya di Sepanyol tiada gabenor yang mampu
mempertahankan kekuasaannya untuk jangka waktu lama. Period ini berakhir dengan
datangnya Abdul Rahman ad-Dakhil ke Sepanyol pada tahun 138 H/755 M.
Penaklukan pertama Andalus diinspirasikan oleh khalifah Bani Umaiyah iaitu al-Walid bin
Abdul Malik (705-715M) dengan menjadikan Afrika Utara yang dikuasai oleh khalifah Abdul
Malik (685-705M) sebagai batu loncatan untuk memasuki Andalus. Dalam proses
penaklukannya, tiga orang pahlawan Islam iaitu Tharif Ibn Malik, Thariq Ibn Ziyad dan Musa
Ibn Nusair adalah perintis utama dalam kejayaan pembukaan Andalus. 11Pada awalnya, Musa
Ibn Nusair menghantar panglima perangnya, Tharif bin Malik bersama-sama 400 orang
4

Muhammad Tohir, Sejarah Islam Dari Andalus Sampai Indus, (Jakarta: Dunia Pustaka Jaya, 1981), 352.
C.E.Bosworth , Dinasti-dinasti Islam (Bandung: Penerbit Mizan, 1993), 32.
6
Joesoef Souyb, Sejarah Daulat Umayyah 2 di Cordoba (Delhi: Penerbit Bulan Bintang, 1997), 6.
7
Sahibzada Masus-al-Hasan Khan Sabri, History of Muslim Spain (Delhi: Adam Publishers & Distributors,
2000), 94.
8
Earnest Bruce Iwan-Muller, Spanish Islam (Karachi: Karimsons, 1978).
9
Carl Brockelmann, History of the Islamic People (London: Routledge & Kegan Paul, London and Henley,
1980), 181.
10
Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 35.
11
Philip K.Hitti, History of the Arabs (New York: Palgrave Macmillan, 2002), 640.
5

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

tentera berjalan kaki dan 100 orang tentera berkuda.12 Mereka ditugaskan mengkaji
kebarangkalian penyebaran Islam di Andalus. Selanjutnya, pada 711 M, Musa Ibn Nusair
turut menghantar hambanya, Thariq Ibn Ziyad yang berketurunan Barbar memimpin satu
kumpulan tentera Islam seramai 7000 tentera yang kebanyakkannya berketurunan Barbar
untuk menyerang Andalus. Melalui pergunungan yang dikenali sebagai Gibraltar (Jabal
Thariq) pasukan Thariq mudah memasuki wilayah Andalus sehingga Kota Cordova, Granada
dan Toledo dapat ditawan dengan begitu mudah.
Kejayaan cemerlang dicapai Thariq telah mendorong Musa Ibn Nusair untuk turut terlibat
dalam pembukaan Andalus.13 Beliau telah memimpin sepasukan tentera yang terdiri dari 18
000 tentera yang kebanyakkannya orang Arab untuk mara ke Andalus. Mereka kemudiannya
meneruskan penaklukan yang dimulai dengan Seville. Pasukan yang dipimpin oleh Musa Ibn
Nusair berjaya menakluk wilayah Sidonia, Karmona, Seville dan Merida. Pasukan ini
akhirnya bergabung dengan tentera pimpinan Thariq di suatu kawasan berhampiran Talavera
di wilayah Toledo.14 Kedua-dua pasukan bertemu di Toledo seterusnya melakukan
penaklukan bersama-sama. Penaklukan besar-besaran kedua dilakukan pada awal abad ke-8
dan kota-kota seperti Aviriqnon (734M), Lyon (743M), Majorca, Corsia, Sardina, Creta,
Rhodes, Cyprus dan sebahagian dari Sicilia habis ditakluk. Dengan penaklukan ini, seluruh
wilayah Sepanyol dan sebahagian Perancis dan Itali dapat dikuasai oleh tentera Islam.15
Jika diteliti sejarah pembukaan Islam di Andalus, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
kerajaan Visigoth berjaya ditumbangkan oleh tentera Islam. Menurut ahli sejarah Kristian,
sewaktu kemasukan tentera Islam ke Andalus, kerajaan Visigoth telah mengalami siri-siri
kemundurannya. Mereka bergelumang dengan maksiat serta penyelewengan melampau. Maka
kehadiran tentera Islam telah dianggap sebagai suatu malapetaka dari Allah SWT atas
kesesatan dan kederhakaan kaum Visigoth. Kedua: suasana perang antara tentera Islam dan
tentera Kristian juga mengundang masuknya Islam ke Andalus. Daerah Afrika Utara sebelum
itu adalah di bawah penguasaan orang-orang Romawi, akan tetapi setelah dikalahkan tentera
Islam, mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menduduki kota Carthgina. Dari kota inilah
mereka membina semula serangan ke atas Afrika Utara dengan bantuan penduduk Sepanyol.
Ini menjelaskan bahawa serangan yang dilakukan tentera Islam ke atas Andalus bukan suatu
pencerobohan, tetapi bertujuan menghindarkan bahaya yang mengancam mereka.
Ketiga: perebutan kuasa yang berlaku menyebabkan tentera Islam memulakan serangan ke
atas Andalus. Kemasukkan tentera Islam juga adalah atas undangan pihak di Andalus.
Roderick (raja bangsa Got) merebut kekuasaan di Andalus menyebabkan anak-anak Raja
Witiza yang dikalahkannya memusuhinya dan mencari jalan untuk menggulingkannya.
Mereka seterusnya datang ke Afrika Utara dan mempelawa kaum muslimin menyerang
Andalus. Selain dari itu, Raja Roderick juga bermusuh dengan Count Julian yang memerintah
Cueta (Septah). Permusuhan itu berlaku kerana kemarahan Julian kepada Roderick yang
12

Reinhart Dozy, Spanish Islam: A History of Moslems in Spain (London: Frank Cass, 1972), 230.
Menurut seorang sejarawan Barat iaitu Philip K.Hitti dalam bukunya yang bertajuk History of The Arabs,
beliau menyatakan bahawa kedatangan Musa Ibn Nusair ke Andalus akibat terkejut dan cemburu dengan
pencapaian yang telah dimiliki oleh Thariq Ibn Ziyad. Maka beliau sendiri telah meminpin sepasukan tentera
yang terdiri daripada orang-orang Arab bagi mendapatkan harta rampasan yang lebih banyak daripada Thariq.
14
Dikhabarkan di dalam buku History of The Arabs karangan Philip K.Hitti, bahawa setelah Musa menemui
Thariq, beliau telah menghukum Thariq dengan merantai kakinya akibat daripada tidak mengendahkan
arahannya. Beliau mengatakan Thariq telah bertindak sendirian setelah melihat tentera Islam dengan mudah
menawan hampir separuh daripada Andalus dan hilang pertimbangan serta bernafsu untuk mendapatkan harta
rampasan yang lebih banyak.
15
Philip K.Hitti, History of the Arabs, 640.
13

Abdul Rahman Ad-Dakhil Penerus Legasi Umaiyyah: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

merosakkan anak gadisnya, Florinda. Bagi membalas dendam, Julian memberikan tawaran
kepada tentera Islam jika Andalus dapat ditawan selain berjanji memberikan bantuan-bantuan
yang diperlukan tentera Islam.
Keempat: undangan dari penduduk Andalus untuk menjaga hak-hak mereka yang telah
diambil kerajaan Visigoth. Tentera-tentera Islam telah mendapat sokongan dan bantuan
daripada rakyat Andalus sejak awal lagi. Setelah Islam menguasai Andalus, maka khalifah
Bani Umaiyah ketika itu iaitu al-Walid bin Abdul Malik (705-715M) dalam memahami
pemerintahan di Andalus, berikut adalah salasilah gabenor dan pemerintah berketurunan Bani
Umaiyah di Andalus:
Salasilah Gabenor Islam Andalus16
i.
Abdul Aziz bin Musa (713-715)
ii.
Ayub bin Habib Lakhmi (716)
iii.
Hur bin Abdul Rahman Saqfi (716-718)
iv.
Samah bin Malik alKhulani (718-721)
v.
Abdul Rahman bin Abdullah Ghafiqui (721)
vi.
Anbass bin Sahim Kalbi (721-725)
vii.
Azra bin Abdullah Fahri (725)
viii.
Yahya bin Salma (725)
ix.
Usman bin Ali Ibaida (726)
x.
Usman bin Abi Nasa Khasami (727)
xi.
Huzaifa bin Ahwas Qaisi (728)
xii.
Haisam bin Ubaid Kalabi (729)
xiii.
Muhammad bin Abdullah Ashjaiin(729)
xiv.
Abdul Rahman al-Ghafiri (731-732)
xv.
Abdul Malik bin Qatn Fahrin (732-734)
xvi.
Aqbabin Hajjaj Sloohi (735-738)
xvii.
Abdul Malik bin Qatn Fahri (739-742)
xviii.
Balj bin Bashar Qusairi (742)
xix.
Salaba bin Salama Alameli (742-743)
xx.
Abdul Khattar Husam bin Zarrar Kalbi (743-746)
xxi.
Yousuf bin Abdul Rahman al-Fihri (747-756)
Salasilah Pemerintah Andalus Keturunan Bani Umaiyah17
i.
Abdul Rahman I ad-Dakhil (756- 788)
ii.
Hisyam I (788-792)
iii.
Al-Hakam I (796-822)
iv.
Abdul Rahman II Al-Mutawassith (822-852)
v.
Muhammad I (852-886)
vi.
Al-Mundzir (886-888)
vii.
Abdullah (888-912)
viii.
Abdul Rahman III An-Nashir (912-961)
ix.
Al-Hakam II Al-Mustanshir (961-976)
x.
Hisyam II Al-Muayyad (976-1009)
xi.
Muhammad II Al-Mahdi (1009)
xii.
Sulayman Al-Mustain (1009-1010)
xiii.
Muhammad II (1010)
16
17

Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 21-32.


C.E.Bosworth, Dinasti-dinasti Islam (Bandung: Penerbit Mizan, 1993), 32-33.
5

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

xiv.
xv.
xvi.
xvii.
xviii.
xix.
xx.
xxi.
xxii.
xxiii.
xxiv.

Hisyam II (1010-1013)
Sulayman (1013-1016)
Hammudiyyah Ali An-Nashir (1016-1018)
Abdul Rahman IV Al-Murtadha (1018)
Hammudiyyah Al-Qasim Al-Mamun (1018-1021)
Hammudiyyah Yahya Al-Mutali (1021-1022)
Hammudiyyah Al-Qasim (1022-1023)
Abdul Rahman V Al-Mustazhhir (1023-1024)
Muhammad III Al-Mustakfi (1024-1025)
Hammudiyyah Yahya (1025-1027)
Hisyam III Al-Mutadhi (1027-1031)

Abdul Rahman ad-Dakhil Dalam Pelarian


Melalui penelitian, ketika mana kerajaan Umaiyah dalam keadaan terumbang ambing dan
mengalami masa-masa pemerintahan terakhir, kerajaan Abbasiyah terus menerus melakukan
revolusi dan mendesak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Akhirnya, pada tahun
132H/750M, Marwan II iaitu bapa saudara Abdul Rahman ad-Dakhil telah dibunuh dengan
kejam oleh pemberontak Abbasiyah. Kerajaan Abbasiyah berjaya mengalahkan kerajaan
Umaiyah dengan serangan terakhir di Damsyik.18 Semasa kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah
ke tangan Bani Abbasiyah pada tahun tersebut, kerajaan Abbasiyyah mengambil tindakan
kejam menghapuskan seluruh keturunan Bani Umaiyah atas perintah as-Saffah. Al-Baladuri
mencatatkan bahawa as-Saffah mengarahkan semua keturunan Umaiyah yang bernama
Muawiyah, Sufyan, dan Marwan dibunuh dengan mengecualikan orang yang tidak bernama
seperti nama-nama tersebut. Hampir semua keturunan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah
dibunuh hidup-hidup dan turut mengarahkan gabenor di setiap wilayah memburu saki baki
keturunan pemerintah Bani Umaiyah.
Akan tetapi, Abdul Rahman ad-Dakhil, salah seorang ahli keluarga pemerintah Umaiyah
berjaya meloloskan diri dari tentera Abbasiyah. Diceritakan sewaktu tentera Abbasiyah
diarahkan membunuh saki-baki keturunan pemimpin Bani Umaiyah, Abdul Rahman dan
adiknya, Yusuf Ibn Muawiyah Ibn Hisham19sedang berehat di sebuah khemah dan mereka
telah diserbu tentera Abbasiyah. Maka beliau terjun ke dalam sungai dan mengajak adiknya
untuk turut serta.20 Ditakdirkan adiknya tidak pandai berenang dan telah termakan pujukan
dan janji manis tentera Abbasiyah. Apabila adiknya berpatah balik ke tebing sungai, maka
beliau telah dibunuh di depan mata Abdul Rahman ad-Dakhil yang ketika itu meneruskan
renangan hingga sampai ke seberang. Akhirnya, beliau terus melarikan diri dan berhasrat
berlindung ke Andalus.21 Dengan penuh tabah beliau menghadapi segala rintangan dan
berjalan kaki menuju ke arah barat daya. Kedua-dua mereka kemudiannya meloloskan diri
sehingga ke Mesir melalui jalan berbelit-belit, berbukit bukau, meredah padang pasir dan
menghindari kota-kota yang mungkin mengandungi pengintip Abbasiyah. Akhirnya beliau
sampai ke Palestin bersama seorang hamba suruhannya, Baldj Ibn Bishr. Mereka
kemudiannya meneruskan perjalanan ke Afrika Utara. Ketika di Afrika Utara, beliau
terselamat daripada dibunuh oleh seorang berketurunan Yusuf al-Fihri. Abdul Rahman dan
hambanya telah menyamar dengan cekap.22
18

Joesoef Souyb, Sejarah Daulat Umayyah, 6.


Earnest Bruce Iwan-Muller, Spanish Islam (Karachi: Karimsons, 1978), 161.
20
Ibid., 162-163.
21
Philip K.Hitti, History of the Arabs, 642.
22
Joesoef Souyb, Sejarah Daulat Umayyah, 10.
19

Abdul Rahman Ad-Dakhil Penerus Legasi Umaiyyah: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

Ketika mana mereka tiba di Maghribi pada tahun 137H/755M, mereka diberi layanan
istimewa dan mendapat sambutan baik orang-orang Barbar yang mempunyai hubungan darah
dengan ibu Abdul Rahman. Wilayah Maghribi pada waktu itu dalam wilayah Andalus dan
tunduk kepada Amir Andalus yang berpengkalan di Toledo. Inilah buat pertama kalinya
seoang Amir berketurunan Bani Umaiyah menjejakkan kaki dalam wilayah kekuasaan
Andalus. Seterusnya, Abdul Rahman ad-Dakhil menghantar Badlj untuk meninjau sambutan
masyarakat Syria. Mereka berasal dari Sham dan datuk dan nenek moyang mereka dahulu
menjadi penyokong kepada tertegaknya kerajaan Bani Umaiyah di bawah pimpinan
Muawiyah Ibn Abi Sufyan. Kedatangan keturunan Bani Umaiyah amat dialu-alukan tentera
Syria. Ini kerana kebanyakan pemimpin tentera di sana terdiri daripada Bani Umaiyah.
Mereka seterusnya menyertai division tentera Syria ke Elvira dan Jaen di Andalus. Ketika itu,
usia beliau baru mencecah 22 tahun. Badlj berjaya menghubungi tokoh-tokoh besar dan
pemimpin pihak Yamani yang bersedia menyokong Abdul Rahman ad-Dakhil bagi merebut
kekuasaan di Andalus. Mereka telah berangkat secara sembunyi bersama Badlj untuk
berjumpa Abdul Rahman di Melilia. Maka, di situlah terikatnya baiah dan janji setia di dalam
perjuangannya. Peristiwa tersebut terjadi pada tahun 756M. Mereka turut mengirimkan
sebuah kapal di Cueta dengan 20 orang pengiring untuk menjemput Abdul Rahman adDakhil. Kapal ini mendarat di sebuah kampung berhampiran Elvira.
Bersama-sama tokoh-tokoh Yamani, Abdul Rahman menyeberangi Jabal Thariq memasuki
kota Al-Gesiras. Pembesar-pembesar di wilayah tersebut menyatakan taat setia kepada beliau.
Lalu beliau menuju ke kota Sidonia dan mendapat baiah pemimpin dan masyarakat di sana.
Kemudiannya, beliau meneruskan perjalanan menuju ke kota Moron de La Frontera (alMoror) dan gebenornya Ibn Sabbah mengangkat baiah kepadanya. Sesampainya Abdul
Rahman ad-Dakhil di Cordova, beliau telah disambut oleh para pembesar Yamani. Abdul
Rahman yang berketurunan khalifah terpaksa menjalani kehidupan yang sukar. Daripada
kehidupan mewah, disebabkan tragedi yang telah menimpa seluruh keturunannya, maka
beliau telah hidup dalam pelarian bersama seorang hambanya. Dengan pengalaman tersebut,
Abdul Rahman telah belajar memahami kehidupan rakyat-rakyatnya dan dilakukan perubahan
pemerintahan selepas beliau menjadi pemerintah Andalus. Pelarian mereka dicatatkan
berlangsung selama lima tahun.
Tahap Kedua (755-912 M): Period kedatangan Abdul Rahman ad-Dakhil
Pada tahap ini, Andalus berada di bawah pemerintahan Amir (gabenor) tetapi tidak tunduk
kepada pusat pemerintahan Islam yang ketika itu dipegang oleh khalifah Abbasiyah di
Baghdad. Amir pertama adalah Abdul Rahman 1 yang memasuki Sepanyol pada tahun 138
H/755 M dan diberi gelaran Al-Dakhil (yang masuk ke Sepanyol). Beliau berjaya mendirikan
dinasti Bani Umaiyah di Sepanyol. Beliau merupakan pengasas pemerintahan kerajaan Bani
Umaiyah di Andalus (755 M) yang mana merupakan sebuah dinasti Islam yang memerintah
sebahagian besar Iberia selama hampir tiga abad.23 Pada period ini, umat Islam Sepanyol
mula berkembang maju. Abdul Rahman ad-Dakhil mendirikan masjid Cordova dan sekolahsekolah di kota-kota besar Sepanyol.

23

Ibid.
7

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

Abd al-Rahman I atau nama penuhnya Abdul Rahman Ibn Muawiyah Ibn Hisham Ibn Abdul
Malik Ibn Marwan (731-788M).24 Variasi ejaan namanya termasuklah Abd ar-Rahman I,
Abdul Rahman I dan Abderraman I. Abdul Rahman dilahirkan pada 113H/731M di Damsyik.
Ibunya Rahah merupakan salah seorang keturunan Barbar yang datang dari Maghribi. Beliu
telah menjadi anak yatim sejak berusia 10 tahun.25 Datuk dan moyangnya iaitu Hashim Ibn
Abdul Malik dan Abdul Malik Ibn Marwan, masing-masing pernah menjadi khalifah Bani
Umaiyah sewaktu pusat pemerintahan Islam di kota Damsyik. Abdul Rahman Ibn Muawiyah
dikenali dengan gelaran ad-Dakhil (yang memasuki), Saqr Quraisy (Helang Quraisy) dan ada
juga yang memberi gelaran Knight of Andalusia.26 Sejarah bagaimana beliau mendapat
gelaran tersebut bermula apabila tercatitnya sejarah mengenai kejayaan beliau menyelamatkan
diri daripada diburu oleh sekutu-sekutu kerajaan Bani Abbasiyah. Khalifah al-Mansur juga
pernah berkata sesuatu kepada pengawal istananya berkenaan gelaran yang diperolehi Abdul
Rahman ad-Dakhil ini.
Dipetik daripada karangan Joesoef Souyb Sejarah Daulah Umayyah di Cordova.
Siapakah yang layak digelar sebagai burung helang suku Quraish? Pengawalnya menjawab:
Tentunya tuan sendiri. Jawab al-Mansur: Tidak! Burung helang suku Quraish ialah Abdul
Rahman yang mengembara seorang diri menembus padang pasir Asia dan Afrika dan berhati
waja untuk menentukan nasibnya tanpa pasukan di belakangnya mengharungi laut menuju
negeri yang tidak dikenalinya.
Beliau juga telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Hulal. Dikatakan beliau telah
mengahwini beberapa wanita lain, namun identiti mereka tidak dapat dipastikan. Beliau turut
dikurniakan beberapa orang anak hasil daripada perkahwinan dengan Hulal dan wanita-wanita
lain. Menurut Saud Khan Rohilla, Abdul Rahman ad-Dakhil mempunyi seramai 150 orang
anak bersama isteri-isterinya.27 Dalam sejarah, Abdul Rahman ad-Dakhil telah
membahagikan wilayah kekuasaannya dan diserahkan kepada tiga orang putera
kesayangannya. Putera pertama ialah Amir Sulaiman (gabenor kota Toledo), Amir Hisyam,
putera kedua (gabenor kota Merida) dan putera terakhirnya Amir Abdullah (gabenor kota
Valencia). Namun anaknya yang terkenal dan pengganti beliau sebagai Amir Andalus ialah
Hisyam Ibn Abdul Rahman atau dikenali sebagai Hisyam 1. Setelah memerintah selama
hampir 32 tahun, maka pada tahun 172H/788M Amir Abdul Rahman I menghembuskan nafas
terakhir pada usia 61 tahun. Dari seorang pelarian politik, beliau akhirnya menjadi seorang
penguasa yang disegani dan dihormati oleh pihak lawan dan kawan. Beliau meninggal di kota
Cordova dan dikebumikan di suatu tempat yang dipanggil Mezquita. 28
Peribadi Abdul Rahman ad-Dakhil
Kejayaan perluasan kuasa wilayah Bani Umaiyah tidak hanya disandarkan oleh kekuatan
tentera. Ia juga didorong oleh kelebihan dalam bidang pentadbiran serta pemerintahan negara.
Ditinjau daripada penelitian sejarah, berbeza dengan khalifah-khalifaah sebelumnya
khususnya khalifah Muawiyah sebagai pengasas kerajaan Bani Umaiyah, mereka lebih
banyak memasukkan unsur-unsur sistem pemerintahan dan pentadbiran Parsi. Sebagai contoh,
telah diterapkan sistem pemerintahan monarki mutlak dan sistem pentadbiran pembahagian
24

Dr. Abdul Halim bin Hj Mat Diah, Intisari Sejarah Islam Di Afrika Utara Dan Sepanyol (Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1989), 33.
25
Earnest Bruce, Spanish Islam, 164.
26
Masud al-Hasan, History of Islam Vol 1 (Lahre Pakistan: Islamic Publications, 1998), 548.
27
Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 115.
28
Ibid.

Abdul Rahman Ad-Dakhil Penerus Legasi Umaiyyah: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

jabatan-jabatan.29 Selain itu, Muawiyah turut memakai pakaian dan perhiasan khalifah
sebagaimana dipakai kisra-kisra Parsi. Contohnya, penggunaan pakaian kebesaran, mahkota
di atas kepala, berjalan didampingi pengawal, menggunakan gelaran khalifah dan Muawiyah
turut meletakkan jarak dengan rakyat biasa sehingga menjadikan beliau tidak mesra rakyat.
Begitu juga dengan Amir Abdul Rahman ad-Dakhil yang mewarisi sifat kepimpinan daripada
keturunannya Bani Umaiyah. Beliau tidak jauh beza dengan khalifah-khalifah kerajaan Bani
Umaiyah di Damsyik sebelum kejatuhannya.
Namun, apa yang membezakan Abdul Rahman ad-Dakhil dengan khalifah-khalifah lain
adalah sifatnya yang lemah-lembut, tidak gopoh dalam membuat keputusan, tidak berlebihlebihan dalam perhiasan dan apa yang penting adalah sikap beliau yang mesra rakyat. Amir
Abdul Rahman sangat aktif menjelajah setiap kota sekitar Andalus bagi memastikan setiap
masyarakat telah berbaiah dengannya dan hidup dalam keadaan aman. Tidak hanya
masyarakat yang beragama Islam, namun masyarakat bukan Islam turut menyenangi sifat dan
tingkah laku Abdul Rahman ad-Dakhil sebagai pemerintah yang adil. Semasa zaman
pemerintahan Abdul Rahman ad-Dakhil di Andalus, beliau telah menggunakan gelaran Amir
sebagai orang paling berkuasa di wilayah itu. Beliau tidak merebut gelaran khalifah yang
digunakan oleh kerajaan Bani Abbasiyah ketika itu.
Sumbangan Abdul Rahman ad-Dakhil di Andalus
i. Mengekalkan Dinasti Bani Umaiyah
Antara sumbangan Abdul Rahman ad-Dakhil dalam pentadbiran Andalus adalah
mengekalkan kekuasaan Bani Umaiyah. Sejak Abdul Rahman menjadi penguasa di kota
Cordova,30 beliau berniat memulihkan kembali kekuasaan dinasti Bani Umaiyah, walaupun
sukar untuk diterima. Namun beliau telah berjaya mendapat sokongan masyarakat Andalus.
Ramai penduduk-penduduk Andalus berkumpul dibelakangnya dan setelah enam bulan,
mereka telah memberi kepercayaan kepada pemimpin baru mereka iaitu Abdul Rahman I.
Kempen untuk melonjakkan pengaruh Abdul Rahman ad-Dakhil ke singgahsana kekuasaan di
Andalus semakin menggalakkan. Beliau sendiri turut mengelilingi kota untuk menyeru
kepada seluruh rakyat untuk mendukung segala usahanya.
Setelah semuanya siap, Abdul Rahman telah mengerahkan semua pengikutnya ke sebuah
tempat di Cordova. Peristiwa ini terjadi pada hari Isnin bersamaan enam Zulhijjah 756 M.
Yusuf al-Fihri (penguasa Andalus sebelum kedatangan Abdul Rahman) dan Shumeil serta
pasukan-pasukannya tiba di Almodovar, daerah Megara (berhampiran Cordova). Abdul
Rahman telah bersiap sedia menghadapi peperangan segera menuju ke Megara. Maka
berlakulah satu pertempuran antara kedua-dua pihak. Sebelum tengah hari, ramai anggota
pasukan Yusuf al-Fihri terkorban dan beliau telah berundur ke Merida dan sebahagian
pengikut Shumeil berundur ke Yodar.31 Justeru, beliau telah berjaya memulihkan kekuasaan
Bani Umaiyah di Andalus. Buat pertama kalinya, ia menjadi sejarah pemerintahan paling
stabil di semenanjung Iberia itu.

29

Mohamad Nurhakim, Jatuhnya Sebuah Tamadun, (Kuala Lumpur: PTS Islamika, 2009), 70.
Muhammad Tohir, Sejarah Islam Dari Andalus Sampai Indus (Jakarta: Dunia Pustaka Jaya, 1981), 365.
31
Earnest Bruce, Spanish Islam, 179-181.
30

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

Setelah peristiwa tersebut, masih terjadi beberapa siri rusuhan,32 tetapi ia dapat dipatahkan
oleh Abdul Rahman ad-Dakhil. Rusuhan pertama dilakukan oleh Syakkana Ibn Abdul Wahid
di pesisir timur Andalus sekitar tahun 773 M. Rusuhan kedua dari kelompok suku Yamani di
Sevilla di bawah pimpinan Abdul Ghaffar dan Haiwat Ibn Malabis pada tahun 774 M.
Rusuhan ketiga berlaku dibawah gerakan kerajaan Abbasiyah pimpinan Abdul Rahman Ibn
Junaib al-Fihri pada tahun 779 M. Rusuhan keempat dilakukan oleh Abul Aswad Muhammad
Ibn Yusuf dan saudaranya Kasim Ibn Yusuf yang berlanjutan selama tiga tahun semenjak
785-787 M. Manakala selebihnya adalah masa-masa yang sangat aman selama masa
pemerintahan Abdul Rahman ad-Dakhil. Dengan terjaminnya keamanan tersebut, maka
kemakmuran hidup rakyat umum berkembang dalam wilayah Andalus termasuklah di dalam
dunia perdagangan.
ii. Mewujudkan Sistem Pentadbiran Berkesan
Sumbangan beliau dapat dilihat pada keberkesanan pentadbiran beliau. Pentadbiran negara
telah dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu:
Pertama: Pemerintahan dipimpin oleh seorang Amir iaitu beliau sebagai ketua negara.
Manakala wilayah atau daerah-daerah kecil dipimpin oleh seorang gabenor yang dilantik oleh
Amir. Gabenor didampingi oleh setiausaha, pengawal, dan jabatan-jabatan penting lain
contohnya pejabat pendapatan, pejabat polis, dan ketua keagamaan dan hakim (Qadi).
Kedua: Pada peringkat pemerintahan pusat pula, dibentuk suatu sistem lembaga dan jabatan
contohnya Dewan Negara yang terdiri daripada setiausaha negara, setiausaha pendapatan,
setiausaha tentera, setiausaha polis, dan ketua keagamaan dan hakim.33
Beliau juga telah memindahkan kedudukan ibu kota Andalus dari Toledo ke kota Cordova
disebabkan faktor politik dan strategi demi mempertahankan kedudukan Andalus. Beliau
membangunkan tembok terkenal di kota Cordova dan beliau turut membahagikan kota-kota di
Andalus kepada enam wilayah utama dan setiap wilayah diperintah oleh seorang gabenor.34
Jika dilihat kepada penggunaan bahasa pentadbiran, Abdul Rahman ad-Dakhil telah
meneruskan tradisi zaman khalifah Abdul Malik. Pada asalnya, pentadbiran Muawiyah
menggunakan bahasa Yunani dan bahasa Palawi. Namun pada zaman pemerintahan khalifah
Abdul Malik bin Marwan, beliau telah menukar bahasa pentadbiran kepada bahasa Arab.
Begitu juga yang diamalkan oleh Abdul Rahman ad-Dakhil dalam pentadbiran. Beliau tidak
mempunyai banyak masalah dalam pentadbiran kerana sebelum kedatangannya lagi, gabenorgabenor di Andalus telah menerapkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi pentadbiran. Maka
pada zaman Amir Abdul Rahman I, beliau hanya meneruskan tradisi yang sudah diterapkan
dan dipelopori nenek moyangnya.35 Malah, orang bukan Arab pada waktu itu telah mahir
berbahasa Arab. Bahasa Arab diberi lebih perhatian, terutamanya pada unsur tatabahasa.
Perkara inilah yang telah mendorong Sibawayh untuk menyusun kitab tatabahasa sehingga
menjadi rujukan pengkaji tatabahasa Arab dewasa ini.

32

Ibid., 17-18.
Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 108.
34
Syed Amir Ali, A Short History of Saracens (New Delhi India: Adam Publishers & Distributors, 2010), 475.
35
Mohamad Nurhakim, Jatuhnya Sebuah Tamadun, 71.
33

Abdul Rahman Ad-Dakhil Penerus Legasi Umaiyyah: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

iii. Mempertahankan Kestabilan Andalus


Bagi mempertahankan keamanan Andalus, langkah yang diambil beliau ialah mengukuhkan
pertahanan negara dan ditubuhkan division tentera yang dianggotai hamba-hamba dari utara
Pyrenee. Selain itu, beliau turut mengukuhkan kekuasaan Islam dengan terus menerus
melakukan pertahanan terhadap kota-kota yang ditakluki Islam.
Kekuasaan negara Kristian turut sama mengambil perlindungan daripada kekuasaan Islam
pimpinan Amir Abdul Rahman I kerana khuatir negara mereka akan terus pupus di dalam peta
sepertimana yang telah terjadi kepada kerajaan Visigoth. Sebagai contoh, Fruela I telah
memohon pengakuan dari Amir Abdul Rahman ad-Dakhil. Fruela I (757-768 M) adalah
putera kepada Alfonso I (739-757 M) dari kerajaan Asturia berkedudukan di penjuru barat
laut semenanjung Iberia itu. Menurut The Historians History of The World, vol. X halaman
42, beliau telah memohon pengakuan Amir Abdul Rahman I dari Codova ke atas kerajaan
beliau dan bersedia untuk membayar ufti tahunan kepada kerajaan Islam Andalus. Fruela
yang mengetahui kekuatan dan pengaruh yang dimiliki oleh Abdul Rahman I berasa khuatir
tentang kerajaannya yang baru tumbuh setelah diperluaskan oleh ayahnya Alfonso I, maka
beliau tidak segan memohon perlindungan dari kerajaan Abdul Rahman I dengan kesediaan
membayar jizyah. Beliau telah bertindak tepat selepas menyaksikan nasib kerajaan Visigoth
di Malaga pada tahun 756 M yang telah lenyap.36
Kepintaran Abdul Rahman ad-Dakhil terhadap politik terserlah setelah beliau menyaksikan
sendiri perkembangan kekuasaan Pepin III (747-768 M) yang kian pesat di bahagian Utara
pergunungan Pyrenee.37 Kerajaan tersebut diketuai oleh bapa Charlemagne (768-814 M),
maka beliau telah mengambil inisiatif berkesan bagi Andalus iaitu dengan mewujudkan
sebuah wilayah penghalang. Dengan kedatangan kerajaan Asturia yang memerlukan
sokongan politik kerajaan Islam Andalus, apa yang diharapkan Abdul Rahman I muncul
dengan sendirinya dan dengan senang hati beliau menerima Asturia sebagai wilayah yang
menjadi dinding buat Andalus. Betapa tepat kebijaksanaan politik itu dapat disaksikan
kemudian pada pertempuran besar dengan pasukan Chalemagne pada tahun 778 M di dalam
wilayah Catalonia, Aragon dan Navarre. Bahagian terbesar pasukan musuh hancur dalam
pertempuran sengit dikenali sebagai Battle of Roncesvalles. Akibat peristiwa tersebut, pihak
Charlemagne putus harapan untuk meluaskan wilayah mereka ke semenanjung Iberia. Dengan
itu, Andalus sekali lagi bebas daripada sebarang ancaman puak Kristian dibawah pimpinan
Abdul Rahman ad-Dakhil.38
Beliau telah meninggalkan jejak besar buat sejarah kekuasaan Islam di dalam wilayah
Andalus. Bahkan Charlemagne (768-814 M) sendiri dari empayar Holy Roman menaruh
kerisauan manyaksikan perkembangan kekuasaan dan kemakmuran pada bahagian selatan
Iberia telah mengambil langkah mengirimkan perutusan ke Baghdad untuk mengikat tali
persahabatan dengan khalifah Harun ar-Rasyid (786-809M) dari kerajaan Bani Abbasiyah
sebagai langkah berjaga-jaga dari serangan bala tentera Abdul Rahman ad-Dakhil. Beliau
merupakan pemerintah paling lama di Andalus selama 32 tahun. Kejayaan beliau
mententeramkan keadaan telah menjadikan Andalus bebas daripada sebarang kekacauan. Buat
pertama kalinya ia merupakan pemerintahan yang paling stabil di semenanjung Iberia.39
36

Joesoef Souyb, Sejarah Daulat Umayyah, 21.


Ibid., 37.
38
Ibid., 38-39.
39
Ibid., 18.
37

11

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

iv. Menyebarkan Ilmu Pengetahuan


Sejak dari mula Bani Umaiyah berkuasa di Andalus, para pemimpinnya telah menunjukkan
minat mendalam dalam aktiviti keilmuan dan kesusasteraan. Abdul Rahman I iaitu pengasas
pemerintahan Bani Ummaiyah di Andalus adalah seorang pemerintah yang terpelajar,
berwibawa dan meminati bidang kesusasteraan, terutamanya syair. Beliau sendiri turut
menghasilkan beberapa buah syair yang merakamkan kisah hidupnya. Diceritakan pada suatu
hari, sedang beliau bersiar-siar di dalam taman, beliau terpandang sebatang pohon tamar yang
tumbuh, lalu dengan serta merta beliau telah menghasilkan sebuah sajak dan ia tercatat di
dalam sejarah:
Memori tentang Syria
Wahai pohon tamar, engkau terasing di negeri Barat,
Jauh dari tempat asalmu di Timur,
Seperti aku, tersingkir.
Menangislah! Tetapi engkau tidak mampu menangis,
Wahai pohon yang sedih dan bisu,
Engkau dijadikan bukan untuk bersimpati denganku.
Ah, kalau engkau boleh menangis,
Pasti engkau menitiskan air mata,
Kerana teman-temanmu jauh di tebing Furat;
Tetapi pohon-pohon tinggi yang jauh itu sukar engkau ingati,
Seperti juga aku, kerana terlalu membenci musuh,
Sahabat lama hampir terlupa.
Abdul Rahman ad-Dakhil juga menjadikan Cordova sebagai sebuah pusat perkembangan
ilmu, pengetahuan, kesenian dan kesusasteraan seluruh Eropah. Beliau sendiri berusaha
menjemput ahli fekah, alim ulama, ahli falsafah dan ahli syair ke sana.
v. Mengamalkan Sikap Toleransi Antara Bangsa & Agama
Sumbangan besar Amir Abdul Rahman I adalah mengamalkan konsep toleransi agama
terhadap penganut Kristian dan Yahudi sehinggakan mereka turut ikut mengamalkan
peradaban Arab Islam di Andalus. Bagi orang Kristian dan Yahudi, disediakan hakim khusus
untuk menangani masalah sesuai dengan ajaran agama masing-masing. Masyarakat Andalus
merupakan masyarakat majmuk, terdiri daripada berbagai komuniti, berlainan agama dan
bangsa. Dengan tertegaknya toleransi beragama, rakyat dapat bekerjasama dan
menyumbangkan kelebihan masing-masing.
Pakar sejarah melihat usaha-usaha pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dilihat sebagai
melakukan proses Arabisasi. Ditambah pula dengan kenyataan Bani Umaiyah yang hanya
mementingkan orang Arab sedangkan orang bukan Arab dianak tirikan. Berbeza pula dengan
zaman pemerintahan Amir Abdul Rahman I di mana beliau berjaya menyatupadukan
kekuatan dan ketaatan rakyat kepada satu iaitu tunduk kepada pemerintahan Amir sebagai
khalifah selagimana tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pada pemerintahan beliau, tidak
berlaku sebarang kekacauan atau pemberontakan antara bangsa Arab dan bukan Arab. Mereka
semua hidup aman damai di bawah satu pemerintahan. Beliau telah mempertahankan
kedudukan Islam di Andalus dengan kepintaran di dalam hal agama dan kepimpinan politik.
Masyarakat menaruh harapan tinggi untuk menikmati hidup yang aman dan berjanji untuk

Abdul Rahman Ad-Dakhil Penerus Legasi Umaiyyah: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

menaikkan nama kerajaan Andalus. Masyarakat yang berbagai telah bersatu di bawah
kepimpinan beliau. Kebanyakkan daripada penganut Kristian ramai yang telah menganut
Islam, berbanding dengan penganut agama Yahudi yang kekal dengan kepercayaan mereka
dan perlu membayar jizyah. Bagaimanapun, kepimpinan adil yang telah ditonjolkan oleh
pemerintah-pemerintah Islam ditambah dengan sifat-sifat mulia telah menarik minat penganut
agama lain untuk mendekati agama Islam dan mengamalkannya.
Pengaruh beliau juga sangat kuat sebagai ketua menyebabkan penduduk tempatan sering
melawan dan menentang segala unsur-unsur luar. Jika sebelum ini, kebanyakkan golongan
masyarakat hanya menunggu kejatuhan atau peralihan kuasa baru, tetapi dengan kedatangan
Abdul Rahman telah membuka mata setiap golongan masyarakat untuk berjuang
mempertahankan tanah air. Kehadiran beliau juga menyedarkan rakyat bahawa mereka semua
mempunyai hak dan perkara ini telah dijanjikan dalam Islam di mana semua orang berhak
mempertahankan haknya. Ini sepertimana firman Allah SWT:
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta
kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali
dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,
dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah
sentiasa mengasihani kamu.
Surah an-Nisa 4: 29
vi. Melaksanakan Projek Pembangunan Besar-Besaran
Sumbangan lain Amir Abdul Rahman I adalah pembangunan besar-besaran.40 Masa
pemerintahan beliau di Andalus digelar ahli sejarah baik barat mahupun Islam sebagai masa
pembangunan besar-besaran. Beliau telah membangunkan istana yang megah dan masjid
agung terkenal di Cordova iaitu masjid Cordova. Beliau mengeluarkan pembiayaan yang
besar bagi pembangunan masjid agung tersebut namun ia tidak sempat siap semasa
pemerintahannya. Akan tetapi, pembangunan tersebut diselesaikan oleh puteranya Amir
Hisyam I. Amir Abdul Rahman I turut membangunkan masjid-masjid di Cordova dan kotakota yang lain. Selanjutnya, beliau membangunkan gedung-gedung perguruan dan lembagalembaga ilmiah. Beliau turut berusaha untuk membangunkan bandar-bandar yang dilengkapi
pusat ibadat, rumah-rumah, tempat mandi awam, kedai-kedai dan rumah tumpangan untuk
orang kenamaan. Kegiatan pembangunan ini masih diteruskan oleh amir-amir seterusnya.
vii. Mewujudkan Sistem Pengairan Berkesan
Di samping itu, Abdul Rahman I turut mengambil berat terhadap sistem pengairan Andalus
dan beliau telah membangunkan saluran-saluran air serta empangan-empangan bagi tujuan
pertanian. Menurut ahli sejarah iaitu R. Dozy, tidak terdapat sejengkal tanah pun pada masa
pemerintahan beliau yang tidak menjadi tempat bertani. Sepertimana moyangnya iaitu
khalifah Hisyam yang telah membangunkan taman-taman indah di Damsyik, Abdul Rahman
ad-Dakhil turut membangunkan taman yang tidak kalah kepada taman yang wujud di
Damsyik iaitu taman Al-Risafat yang terletak di ibu kota Cordova.41

40
41

Joesoef Souyb, Sejarah Daulat Umayyah, 8.


Ibid., 15.
13

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

viii.

Mengutamakan Kepimpinan Terbaik Bagi Rakyat

Selain itu, beliau mengekalkan gelaran Amir sebagai pemerintah tertinggi di Andalus. Sekali
pun beliau mengumumkan Andalus bebas daripada kekuasaan pusat Abbasiyah pada tahun
763 M, tetapi beliau tidak mengumumkan dirinya sebagai khalifah sehingga perlu dipanggil
Amirul Mukminin.42 Begitulah penguasa-penguasa yang menggantikannya menggunakan
gelaran Amir sehinggalah pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III (912-961M) yang
mengubah kepada gelaran Khalifah. Di masa-masa awal pemerintahan beliau, doa terhadap
para khalifah Abbasiyah tetap diteruskan mimbar-mimbar khutbah setiap hari Jumaat dan
Solat Hari Raya. Namun setelah keamanan pulih sepenuhnya, dan kerajaannya menjadi stabil
dan terjamin, maka beliau memerintahkan untuk menghentikan doa kepada khalifah
Abbasiyah.
Abdul Rahman ad-Dakhil turut berhati-hati dalam melantik pemimpin selepasnya kelak.
Beliau mahu memastikan pemimpin tersebut mampu menggalas tanggungjawab negara baru
itu. Contohnya, beliau telah melantik Hisyam sebagai putera mahkota kerana
kebijaksanaannya dan kuat berpegang kepada agama Islam meskipun Hisyam bukanah anak
sulungnya serta melantik dua lagi puteranya sebagai gabenor di wilayah-wilayah lain atas
faktor kepimpinan.
Kejatuhan Kerajaan Islam Andalus
Setelah sekian lama bertapak, akhirnya rentetan daripada kejatuhan kerajaan Murabbithun,
maka kerajaan Islam Andalus turut menerima tempiasnya. Pemerintah terakhir di Andalus
ketika itu ialah Abu Abdullah daripada Bani al-Ahmar iaitu keturunan yang membina istana
Al-Hambra di Granada. Selain menjadi raja di Granada, Abu Abdullah turut menguasai dua
wilayah lain iaitu Valencia dan Marcia. Namun kerajaan Kristian telah bertambah kuat
terutama apabila dua buah kerajaan iaitu Aragon dan Castilla disatukan melalui perkahwinan
raja mereka iaitu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Di situ asalnya beberapa penempatan
kecil di kawasan lembah dan bukit di utara Andalus yang akhirnya telah berkembang menjadi
sebuah kerajaan yang besar akibat tidak ditangani lebih awal oleh pemerintah Islam sebelum
itu. Kerajaan Aragon dan Castilla kemudiannya bersatu untuk menyerang Granada yang
masih di bawah jajahan kerajaan Islam. Rentetan itu, maka pada tahun 1492 Masihi, Abu
Abdullah akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan Granada kepada Ferdinand dan
Isabella.
Ferdinand dan Isabella sebenarnya berhasrat untuk menyatukan semua negeri di Andalus
menjadi sebuah negara iaitu Sepanyol. Namun mereka beranggapan bahawa orang Islam dan
Yahudi merupakan ancaman bagi mereka. Oleh itu sebaik sahaja menerajui pemerintahan
Andalus, Ferdinand telah memaksa semua orang Islam dan Yahudi untuk menganut agama
Kristian Katolik. Tentera telah dikerah untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mengikut
ajaran Kristian dan kaedah untuk mengenalpasti individu yang bukan dari aliran Kristian
adalah zalim dan terlalu menghinakan. Sehingga pada suatu tahap, tentera Kristian akan
menangkap kaum lelaki semata-mata untuk memeriksa alat kelamin mereka. Jika lelaki
tersebut didapati bersunat, maka tentera Kristian bukan sahaja akan membunuh lelaki
tersebut, malah keturunannya turut dibunuh. Tentera Kristian turut mengupah perisik untuk
mengintip pergerakan rakyat Andalus.

42

Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 115.

Abdul Rahman Ad-Dakhil Penerus Legasi Umaiyyah: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

Jika seseorang didapati mandi pada waktu subuh atau berpakaian cantik pada hari Jumaat,
maka individu tersebut akan dibunuh tanpa usul periksa. Begitu juga jika seseorang itu
berpakaian cantik pada 1 Syawal atau hari-hari lain dalam kebesaran Islam, maka dia juga
dibunuh walaupun individu tersebut bukan beragama Islam.43 Akibat takut dengan kezaliman
dan seksaan tentera Kristian, maka ramai umat Islam telah mengisytiharkan diri keluar dari
Islam. Golongan murtad ini telah mengaku memeluk agama Kristian dengan harapan
keselamatan mereka terjamin. Namun malangnya, golongan ini turut dibunuh oleh tentera
Kristian. Pope dan paderi Rom turut terlibat dalam memaksa orang-orang Islam untuk
menganut Kristian. Mereka telah menyeksa dan menganiayai orang Islam Sepanyol beratus
tahun lamanya. Dikhabarkan seksaan yang dilakukan oleh pihak gereja Kristian terhadap
umat Islam seluruh dunia telah berlarutan sehingga 300 tahun lamanya.
Tahap kekejaman kerajaan Kristian mencapai puncaknya apabila Ferdinand dan Isabella
berniat untuk menghapuskan semua umat Islam dari bumi Sepanyol.44 Mereka telah
menggunakan tipu helah dengan berjanji untuk menghantar umat Islam kembali ke wilayah
Islam Afrika. Ferdinand dan Isabella telah membenarkan umat Islam untuk membawa segala
barangan masing-masing dan berjanji menyediakan kapal untuk memudahkan proses
penghijrahan. Maka ramailah umat Islam yang terpedaya dengan janji kerajaan Kristian.
Sebahagian besar umat Islam Andalus kemudiannya berkumpul di pelabuhan untuk menaiki
kapal yang disediakan. Namun sebaik sahaja umat Islam berada di atas kapal, tentera Kristian
membakar semua kapal tersebut. Berpuluh ribu umat Islam telah dibakar hidup-hidup dalam
kapal yang kononnya akan membawa mereka ke Afrika. Itulah peristiwa penghapusan etnik
yang pertama di dunia dan mereka yang terbunuh terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja,
dewasa serta orang-orang tua yang semuanya merupakan umat Islam.45 Saki baki umat Islam
Andalus yang masih berada di kediaman masing-masing juga ditangkap, dirogol, diseksa,
dikelar, dibakar, dikerat anggota badan sehinggakan ibu mengandung juga dibelah perut
hidup-hidup dan dibiarkan mati bersama bayi yang dikandung. Peristiwa umat Islam
diperdaya dan dibakar hidup-hidup ini berlaku pada tanggal 1 April yang merupakan sejarah
April Fool. Tidak ramai mengetahui insiden ini dan amat menyedihkan apabila sehingga kini
ada dalam kalangan umat Islam yang masih meraikan April Fool.
Kesimpulan
Kehadiran Abdul Rahman Ad-Dakhil ke Andalus bukan sahaja telah berjaya menghapuskan
penindasan dan kekejaman pemerintah-pemerintah Kristian sebelumnya, tetapi juga berjaya
membentuk masyarakat intelek yang menjadi model dan dikagumi masyarakat Kristian
Eropah. Sarjana-sarjana Islam Andalus yang lahir daripada keharmonian yang dipelihara
Abdul Rahman Ad-Dakhil akhirnya telah berjaya memberikan sumbangan besar pada masa
depan ke arah pertumbuhan dan perkembangan kegiatan kemajuan dan keilmuan, khususnya
dalam bidang sains yang kemudiannya menjadi asas kebangkitan negara-negara Kristian
Barat. Mereka turut menghasilkan karya-karya agung dalam bidang sains, sejarah, falsafah,
undang-undang, perubatan, keagamaan, kesusasteraan dan lain-lain. Hasil usaha mereka itu
sebahagian besarnya merupakan bidang-bidang ilmu pengetahuan yang belum pernah
diterokai manusia. Menurut laporan seorang sejarawan, pada abad ke-10 Masihi, Cordova
merupakan ibu kota pemerintahan Islam dan muncul sebagai bandar terindah dan termaju di
dunia. Di seluruh Andalus terdapat tidak kurang seribu buah institusi pengajian tinggi yang
dilengkapi dengan perpustakaan yang menyimpan ratusan ribu buah buku dan manuskrip
43

Muhammad Ali Quthub, Fakta Pembantaian Muslimin di Andalusia (Solo: CV Pustaka Mantiq, 1991), 49.
Ibid., 119.
45
Dr. Abdul Halim bin Hj Mat Diah, Intisari Sejarah Islam di Afrika Utara dan Sepanyol, 43-45.
44

15

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

dalam pelbagai lapangan ilmu. Perpustakaan Diraja sahaja telah memliki lebih daripada 400
ribu buah buku di dalam berbagai bidang. Inilah jasa dan sumbangan berterusan Abdul
Rahman ad-Dakhil dalam memartabatkan Andalus sebagai sebuah negara Islam yang
disegani.
Rujukan
Abdul Halim Mat Diah, Dr., Intisari Sejarah Islam Di Afrika Utara Dan Sepanyol (Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1989).
Akbar Shah Najeebabadi, The History of Islam Vol 3 (Lebanon: Darussalam, 2001)
Al-Maqqari, Shihabuddin Ahmad Muhammad, Nafh al-Tibb Min Ghusn al-Andalus al-Ratib
(Beirut: Dar al-Sadir, 1968).
Arnold and Guillaume, The Legacy of Islam (London: Oxford University Press, 1968).
Badri Yatim, Drs., Sejarah Peradaban Islam Dirasah Islamiyah 2 (Jakarta: Lembaga Studi
Islam dan Kemasyarakatan (LSIK), 1993).
Bernard Lewis, The Arabs in History (London: Hutchinson University Library, 1970).
Bertrand Louis, The History of Spain (London: t.tp., 1956).
C.E.Bosworth, Dinasti-Dinasti Islam (Bandung: Penerbit Mizan, 1993).
Carl Brockelmann, History of the Islamic People (London: Routledge & Kegan Paul, London
& Henley, 1980).
Chejne, Anwar G., Muslim Spain: Its History and Culture (Minneapolis: The University of
Minneasota Press, 1974).
Derek W. Lomax, The Reconquest of Spain (London: Longman Group, 1978).
Earnest Bruce Iwan-Muller, Spanish Islam (Karachi Pakistan: Karimsons, 1978).
Ezad Azraai Jamsari, Noranizah Yusuf et.al, Sejarah Kerajaan Islam Di Al-Andalus
Menurut Buku Sejarah Umat Islam Karya Hamka (Prosiding Nadwah Ulama Nusantara
(NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
25-26 November 2011).
Faridzul Anwar Ridzuan, "Abdul Rahman Ad-Dakhil (M. 788 m): Khalifah Bani Umaiyah
Dan Kepimpinannya Di Andalus (Latihan Ilmiah bagi memenuhi keperluan ijazah Sarjana
Muda Usuluddin Universiti Malaya, 2012).
Imamuddin. S.M, Some Aspects of the Sosio-Economic and Cultural History Of Muslim Spain
(Leiden: E.J. Brill, 1965).
Imhammad Abu al-Qaim Muhammad Mazwaghi, Al-Tathir al-Siyasi li- Ulama al-Andalus
fi al-Ahd al-Murabiti (479-541H) (tesis ijazah Doktor Falsafah Jabatan Sejarah Dan
Tamadun Islam, Universiti Malaya, 2012).
Joesoef Souyb, Sejarah Daulat Umayyah 2 di Cordoba (Delhi: Penerbit Bulan Bintang,
1997).
Khalif Muammar, Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran Dari Masa Lalu,
Jurnal Hadhari 2 (2009).

Abdul Rahman Ad-Dakhil Penerus Legasi Umaiyyah: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

Mahrul Afandi, Peranan Abd Al-Rahman I Terhadap Kebangkitan Daulah Bani Umayyah
Di Andalusia 750-763M (disertasi ijazah Sarjana Humaniora Universitas Islam Negeri Sunan
Kalijaga Yogyakarta, 2008).
Masud-ul Hasan, Prof., History of Islam Vol 1 (Lahore: Islamic Publications, 1998).
Mohd Roslan Mohd Nor dan Mohamad Zamri Mohamed Shapik, Baldatun Taiyyibah: Model
Andalus (Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia, 2011).
Mohd Roslan Mohd Nor, Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di
Andalusia: Teladan Dan Sempadan. t.tp.
Muhammad Abdullah Inan, Nihayat al-Andalus (Kaherah: Matbaah Misr Sharukat
Musahamah Misriyyah, 1959).
Muhammad Ali Quthub, Fakta Pembantaian Muslimin di Andalusia (Solo: CV. Pustaka
Mantiq, 1991).
Muhammad Tohir, Sejarah Islam Dari Andalus Sampai Indus (Jakarta: Dunia Pustaka Jaya,
1981).
Nadrah, Sebab-Sebab Kehancuran Islam Di Sepanyol: Suatu Tinjauan Historis (Fakultas
Sastra: Universitas Sumatera Barat).
Philip K.Hitti, History of the Arabs (New York: Palgrave Macmillan, 2002).
Reinhart Dozy, Spanish Islam: A History of Moslems in Spain (London: Frank Cass, 1972).
Sahibzada Masus-al-Hasan Khan Sabri, History of Muslim Spain (Delhi: Adam Publishers &
Distributors, 2000).
Stanley Lane-Poole, The Moors In Spain (London: T.Fisher Unwin, 1888).
Syed Amir Ali, A Short History Of Saracens (New Delhi India: Adam Publishers &
Distributors, 2010).
Umar Farukh, Al-Arab al-Islam fil Haud al-Gharbi min al-Ja al-Abyad al-Mutausith min
Fathil Maghrib wa Fathil al-Andalus ila Akhar Asr Alwilat (831H) (Beirut: Mansyurat AlMaktab At-Tijari, 1959).
Yusuf alIsy, Dr., Sejarah Dinasti Umawiyah (Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar, 1998).

17

You might also like