You are on page 1of 3

DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

(BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)


PETISYEN UNTUK PENERIMAAN MASUK NO. 18-1171-10/2014
Dalam Perkara di Mahkamah Tinggi di

Dalam Perkara NURUL ASYIQIN BINTI SHUKRI

Kuala Lumpur Petisyen untuk Penerimaan

beralamat di 838 SERI IMPIANA,KAMPUNG KUMPULAN

Masuk Peguambela dan Peguamcara

MUKIM ULU MELAKA, 07000 LANGKAWI, KEDAH

No. 18-1171-10/2014
Dan
Dalam Perkara Seksyen 36 (2) (a) & (b) (Akta Profesion
Undang Undang 1976

HASHIM BIN IBRAHIM

...PEMOHON

AFIDAVIT PEMBETULAN
(BORANG 4)

Saya, HASHIM BIN IBRAHIM (NO. K/P: 720502-03-5859), adalah seorang warganegara
Malaysia yang cukup umur dan beralamat di 1-03-02, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:1. Saya adalah seorang Peguambela dan Penguamcara Mahkamah Tinggi Malaya yang telah
menjalankan amalan secara aktif di Tetuan Hasan Sabri & Associates yang beralamat di
1-03-02, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
2. Saya merujuk kepada Afidavit HASHIM BIN IBRAHIM yang diikrarkan pada 16
Oktober 2014 pada Borang 4, Petisyen untuk Penerimaan masuk Peguambela dan
Peguamcara (selepas ini disebut sebagai afidavit tersebut).

3. Saya dengan ini menyatakan bahawa terdapat kesilapan perkeranian (clerical error)
pada tarikh Pelatih Dalam Kamar saya iaitu NURUL ASYIQIN BINTI SHUKRI (selepas
ini disebut sebagai Pelatih Dalam Kamar) menjalani latihan guaman di firma saya
seperti di Perenggan 3 dan Perenggan 4 afidavit tersebut.

4. Perenggan 3 dalam afidavit tersebut di sini dibetulkan kepada NURUL ASYIQIN BINTI
SHUKRI tersebut adalah seorang berkelayakan di bawah Akta

Profesion Undang-

Undang, 1976 dan sejak 14 OKTOBER 2014 menjalani latihan guaman dan menerima
arahan dan petunjuk dalam undang-undang di firma saya, Tetuan HASAN SABRI &
ASSOCIATES.
5. Perenggan 4 dalam afidavit tersebut di sini dibetulkan kepada NURUL ASYIQIN BINTI
SHUKRI tersebut telah memfailkan Petisyen di Mahkamah Yang Mulia ini pada 14
OKTOBER 2014 memohon supaya diterima masuk dan didaftaraikan sebagai
Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi di Malaya.

6. Saya memohon maaf di atas kesilapan ini dan memohon agar pembetulan ini dapat
diterima.

7. Saya berupaya membuat afidavit ini daripada fakta-fakta dalam pengetahuan saya sendiri
dan dokumen-dokumen berkenaan dengan petisyen tersebut.

Diikrarkan oleh
HASHIM BIN IBRAHIM
(NO. KP: 720502-03-5859)
Di
Pada

]
]
]
]
]

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

AFIDAVIT PEMBETULAN ini telah difailkan oleh Tetuan Hasan Sabri & Associates yang beralamat di
1-03-02, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. [Tel: 03-03-55244282 Fax: 0355244283]

You might also like