You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN

YANG DIPERTUA PIBG

FORUM KEIBUBAPAAN
IBU BAPA CAKNA, ANAK CENDEKIA

OLEH :
HAJI AZMAN BIN IDRIS

PADA :

8 OGOS 2009

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih puan pengerusi majlis,
Yang berusaha,
Puan Sofia Nor Binti Molhit

(Penolong Kanan SMK Cheras Jaya)

Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash

(PK Kokurikulum)

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG


Barisan Ketua-ketua Bidang,
Guru-guru
Seterusnya ibu-ibu dan bapa-bapa yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu, saya mewakili PIBG ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih terutama sekali kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk program Forum Keibubapaan ini.

Dalam keadaan semasa yang kurang

mengizinkan untuk kita berkumpul, masih ada kalangan ibu bapa yang bersikap
cakna terhadap perkembangan akademik anak-anak masing-masing. Terima kasih
juga kepada ahli-ahli jawatankuasa pelaksana majlis forum ini, terutama dari
kalangan guru-guru yang bertungkus-lumus mengatur persiapan untuk menjayakan
majlis yang serba sederhana ini. Semoga Allah melindungi kita semua daripada
sebarang mala petaka, kerana niat kita ikhlas untuk menambahkan ilmu
pengetahuan kita tentang pendidikan anak-anak, khususnya anak-anak yang bakal
menduduki peperiksaan awam tidak lama lagi.

Ibu bapa cakna, anak cendekia demikianlah tajuk forum kita pada hari ini. Cakna
bermaksud prihatin atau sikap mengambil berat, manakala cendekia bermakna bijak
pandai dan kaya ilmu pengetahuan. Antara cakna dan cendekia saling berkait rapat.
Tidak ada anak-anak yang cendekia, jika ibu bapanya tidak cakna, Tidak ada ibu
bapa yang tidak mahu anak-anaknya cendekia. Oleh itu, melalui forum yang akan
dimulakan sebentar lagi, kita akan mendengar pandangan yang akan dikemukakan
oleh dua orang ahli panel yang amat berwibawa.
Antara objektif forum ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran keibubapaan. Hal ini demikian kerana kadang-kadang, perkara yang kita
lakukan di rumah mungkin kurang bersesuaian dengan jiwa anak-anak remaja.
Selain itu, forum ini juga diharap dapat mengatasi masalah perbezaan jurang antara
ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak pada zaman ini berbeza dengan zaman kita
seusia mereka. Sebagai ibu bapa sokongan kita amat diperlukan ke arah
meningkatkan keyakinan anak-anak, nescaya hasrat untuk melahirkan anak-anak
yang cendekia akan dapat dicapai.

Bagi pihak PIBG juga, forum ini merupakan satu pendekatan terbaik untuk
merapatkan jurang antara guru-guru dan ibu bapa. Mungkin pada kali ini, kehadiran
ibu bapa didapati kurang menggalakkan oleh sebab banyak faktor yang
menghalang, namun tidak mematahkan semangat kita untuk berhadapan dengan
cabaran dalam mendidik anak-anak. Saya juga memohon maaf bagi pihak rakanrakan ahli jawatankuasa PIBG yang tidak dapat hadir kerana terikat dengan urusan
kerja.

Pertemuan yang seumpama ini sebenarnya amat ditunggu-tunggu,

khususnya bagi ibu bapa yang sentiasa ingin memperbaharui kaedah pendidikan
anak-anak.

Saya tidak bermaksud untuk berucap panjang kerana ada agenda yang lebih
penting untuk kita hayati bersama. Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan
kepulangan kita nanti penuh dengan ilmu-ilmu baharu yang dapat dipelajari dan
diamalkan nanti.
Sekian, yang baik semuanya dari Allah, sementara yang tidak baik itu adalah
daripada kekhilafan saya sendiri.
Terima kasih.

You might also like