You are on page 1of 2

Makanan Kegemaran Saya

Menurut Kamus Dewan, makanan bermaksud apa-apa


sahaja yang boleh dimakan oleh manusia seperti nasi,
roti dan sebagainya. Sebenarnya, makanan yang kita
ambil itu mengandungi zat seperti vitamin, protein
dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis makanan
yang boleh didapati di Malaysia seperti makanan laut,
makanan tradisional, makanan ringan dan kuih-muih.
Makanan kegemaran ialah makanan kesukaan kita
sehari-hari.
Negara kita, Malaysia merupakan syurga pelbagai
jenis makanan. Antara makanan yang terkenal dan
menjadi kegemaran ialah ikan bakar, sayur-sayuran,
ayam goreng, nasi goreng, buah-buahan dan lain-lain
lagi. Seperti orang lain, saya juga mempunyai
makanan kegemaran yang tersendiri. Makanan
kegemaran saya ialah ayam goreng.
Saya menyukai makanan ini kerana ayam goreng
senang dimasak dan disediakan. Bahan mentah, yakni
daging ayam mudah diperoleh di pasaran tempatan
seperti di pasar pagi, pasar malam dan pusat belibelah di seluruh negara. Harga daging ayam pula
berpatutan. Selain itu, ayam goreng juga boleh
didapati di Restoran KFC, jamuan majils perkahwinan
dan hari jadi serta perayaan-perayaan utama di
negara kita seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baharu
Cina, Deepavali dan Krismas.
Selain ayam goreng, pelbagai jenis resipi masakan
daging ayam boleh kita nikmati. Masakan atau lauk
yang berasaskan daging ayam adalah seperti rendang

ayam, kari ayam, ayam panggang, ayam percik, sate


ayam, bebola ayam dan sebagainya. Sesungguhnya,
makanan kegemaran saya, iaitu ayam goreng turut
menjadi makanan pilihan utama rakyat majmuk
Malaysia pada hari ini.