You are on page 1of 4

1.

Tajuk : Diri saya


Nama saya Tan Sang Kui. Saya dilahirkan pada 31 Januari 1998. Kini, saya
berusia 12 tahun. Saya merupakan anak bongsu dalam sebuah keluarga yang
sederhana. Saya mempunyai seorang abang dan dua orang kakak.
Bapa saya seorang mekanik. Ibu saya pula seorang tukang jahit. Saya amat
menyayangi mereka. Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah
keluarga sederhana, tetapi bahagia.
Sekarang saya belajar dalam tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Sedenak. Saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Setiap hari saya
membawa bekal yang disediakan oleh ibu ke sekolah.
Di sekolah saya bergiat aktif dalam sukan dan unit beruniform. Malah, saya
menjadi wakil sekolah dalam acara olahraga dan pingpong peringkat negeri. Walau
bagaimanapun, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran.
Pada masa lapang, saya suka pergi memancing. Selain itu, saya juga suka
mendengar radio dan membaca buku. Saya tidak suka membazir masa dengan
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Saya bercita-cita menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu, saya harus rajin
belajar supaya tidak menyesal kemudian hari.

1. sederhana - ___________

2. sekarang - __________

3. bekal - _____________

4. disediakan - _________

5. bergiat - _____________

6. aktif - _____________

7. wakil - _______________

8. mengabaikan - _______

9. membazir - ___________

10. peguam - __________

11. bertauliah - __________

12. menyesal - _________

2. Tajuk : Ayah saya


Saya mempunyai seorang ayah yang baik hati dan penyayang. Nama ayah saya
ialah Lim Jian Qin. Umurnya 51 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah
menengah. Walaupun sibuk dengan tugas hariannya, ayah saya tidak pernah
mengabaikan masa untuk bersama-sama kami.
Di sekolah, ayah ialah jurulatih pasukan bola keranjang. Saya selalu mengajak
ayah bermain bola keranjang sekiranya ada masa lapang. Kadang-kadang kami juga
berjoging di taman rekreasi berhampiran rumah kami.
Ayah saya juga suka bercerita. Saya suka mendengar cerita-ceritanya. Ayah
suka bercerita tentang kisah teladan dan ahli-ahli sukan yang telah berjaya
mengharumkan nama negara.
Ayah merupakan seorang yang tegas. Ayah sentiasa mengambil berat akan
pelajaran kami. Beliau mahu kami berjaya dalam pelajaran.
Saya berbangga kerana mempunyai seorang ayah yang sentiasa mengambil
berat akan keluarga. Oleh itu, saya sentiasa berdoa semoga beliau sentiasa sihat dan
dipanjangkan umur.

1. penyayang - ___________

2. bertugas - _______________

3. sibuk - _____________

4. jurulatih - _______________

5. mengajak - _____________

6. berhampiran - _____________

7. kisah - _______________

8. teladan - _______

9. mengharumkan - ___________

10. tegas - __________

11. berbangga - __________

12. berdoa - _________

3. Tajuk : Guru Kesayangan Saya


Sekolah saya mempunyai 15 orang guru dan 190 orang murid. Banyak guru yang
mengajar saya. Mereka mengajar saya dengan penuh dedikasi. Walau bagaimanapun,
guru yang paling saya suka ialah Cikgu Wong. Cikgu Wong berumur 25 tahun.
Cikgu Wong mengajar kami Bahasa Malaysia dan Pendidikan Jasmani. Beliau
sangat rajin dan bertanggungjawab. Semasa mengajar, beliau begitu tegas tetapi
pandai berjenaka. Oleh itu, kami tidak berasa bosan mengikuti pengajaran yang
disampaikan.
Cikgu Wong juga pandai mengambil hati kami. Apabila kami melakukan sesuatu
kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami. Sebaliknya, beliau akan membimbing dan
menasihati kami supaya tidak mengulangi kesalahan itu.
Pada sebelah petang, Cikgu Wong akan mengajar kami bermain badminton.
Beliau juga merupakan jurulatih badminton di sekolah kami. Corak latihan yang
diberikan oleh beliau dapat meningkatkan kemahiran kami dalam permainan
badminton.
Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Wong akan berbual-bual dengan kami. Oleh
itu, kami bersyukur kerana mempunyai guru yang baik hati seperti Cikgu Wong yang
begitu prihatin dengan masalah muridnya.

1. mengajar - ___________

2. dedikasi - _______________

3. berjenaka - _____________

4. bosan - _______________

5. mengikuti - _____________

6. kesalahan - _____________

7. sebaliknya - _______________

8. membimbing - _______

9. mengulangi - ___________

10. meningkatkan - __________

11. berbual-bual - __________

12. prihatin - _________

4. Tajuk : Pak Long Seorang Peniaga


Nama Pak Long Nasi Ayam memang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk
di Pekan Maran. Setiap hari, dia berniaga nasi ayam dan minuman di sebuah warung.
Walaupun ada banyak peniaga yang turut berniaga berhampiran warung Pak Long,
tetapi mereka tidak dapat menyaingi keenakan nasi ayam Pak Long.
Pak Long akan memulakan perniagaannya pada pukul 1.30 petang. Walau
bagaimanapun, Pak Long akan menutup warungnya pada pukul 4.00 petang. Selepas
itu, dia akan membersih dan menyediakan makanan untuk dijual pada sebelah malam
pula. Pada sebelah malam, dia akan berniaga dari pukul 7.30 hingga 11.30 malam.
Pak Long gigih mengusahakan perniagaan nasi ayam dengan dibantu oleh anakanaknya. Isteri Pak Long tidak berapa sihat tetapi merupakan pendorong utama Pak
Long dalam perniagaan nasi ayam. Mereka sekeluarga bekerjasama melayan
pelanggan yang datang ke warung mereka. Ada yang menyediakan nasi ayam,
membuat minuman, mencuci pinggan mangkuk, dan mengelap meja.
Warung Pak Long sentiasa dikunjungi oleh pelanggan. Mereka mengatakan nasi
ayam warung Pak Long sungguh enak dan harganya pula berpatutan.
Pak Long berasa gembira berniaga di warung itu. Walaupun hidupnya tidak
mewah tetapi dia dapat menampung perbelanjaan keluarga.

1. asing - ___________

2. kalangan - _______________

3. berniaga - _____________

4. warung - _______________

5. keenakan - _____________

6. memulakan - _____________

7. menutup - _______________

8. mengusahakan - _______

9. pendorong - ___________

10. melayan - __________

11. berpatutan - __________

12. mewah - _________

You might also like