You are on page 1of 2

JAWAPAN PENUH

Ceraian (a)
Penentangan masyarakat tempatan
terhadap campurtangan British bertujuan untuk
mempertahankan hak mereka daripada diceroboh oleh kuasa luar.Tindakan pemjajah British
yang membawa kepada penentangan tersebut.
Dasar penaklukan British,iaitu meluaskan penguasaan politik.Contohnya,Naning dipaksa
menjadi jajahan takluk British dengan arahan menghantar satu per sepuluh daripada hasilnya
sebagai ufti ke Melaka.Ini menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin tempatan.
Manakala sistem pentadbiran barat amat menekan pendduduk dengan pelbagai peraturan
yang bertentangan dengan budaya dan adat resam tempatan.Contohnya,di Terengganu
pembukaan tanah hanya boleh dilakukan dengan kebenaran British.British juga telah
memperkenalkan sistem cukai Barat,undang-undang Barat dan peraturan tanah seperti mana
yang diamalkan di Barat.
Pemerintahan British telah mengambil alaih kuasa pembesar.Pembesar tempatan
kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran.Sebelum British,pembesar tempatan dilantik oleh
sultan dan masyarakat untuk mentadbir kawasan.
British juga mengeksploitasi dan menguasai ekonomi tempatan.British memonopoli
perdagangan bijih timah.Monopoli dilakukan melalui perjanjian dengan Kedah,Perak dan
Selangor.Ini membolehkan saudagar Negeri-Negeri Selat menjalankan perlombongan dan
perdagangan bijih timah.
[maksimum:6 markah]
Ceraian (b) i
Perjuangan tokoh Dol Said merupakan penentangan paling awal di Tanah Melayu.Penghulu
Naning iaitu Dol Said enggan menghantar 1/10 hasil tahunannya sebagai ufti ke Melaka.Beiau
tidak bersetuju dengan tindakan British yang meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada
wilayah Melaka.Pada tahun 1831, British menghantar tentera untuk menakluk Naning.Dol Said
mendapat bantuan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau,Syed Syaban,DatoKelana Sungai Ujong
dan Penghulu Gemencheh.Pasukan Dol Said telah berjaya menewaskan tentera British pimpinan
kapten Wylie yang menawan Taboh.Dol Said telah menggunakan taktik perang gerila,menebang
pokok dan menannam ranjau.Pada akhir tahun 1832,seramai 1200 tentera British menyerang
Naning sebagai serangan balas.Dol Said tidak mendapat bantuan daripada mana-mana
pihak.British berjaya mengalahkan tentera Dol Said.Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa
ke Melaka.
[Maksimum:5 markah]

Ceraian (c)

Empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia
yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara ialah mereka perlulah menguasai segala
bidang kemahiran supaya dapat bersaing dalam dunia globalisasi.
Generasi muda juga perlu memperkasakan perpaduan bangsa dengan hidup saling
bekerjasama dengan kaum Melayu,Cina,India dan lain-lain kaum di negara kita.
Generasi muda hari ini juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjauhi diri
daripada merokok,dadah,minuman keras supaya kesihatan terjamin.Dengan kesihatan yang
sempurna barulah dapat mempertahankan negara daripada apa saja bentuk ancaman.
Seterusnya generasi muda perlu menguasai ilmu pengetahuan barulah negara dapat
dibangun dan tidak mudah dijajah oleh mana-mana pihak sekalipun.
Akhir sekali generasi hari ini perlu memelihara jati diri,jangan mudah meniru unsureunsur dari luar yang boleh merosak akhlak dan akidah diri sendiri dan juga negara
[Maksimum :4 markah]

You might also like