You are on page 1of 12

Pengurusan Kewangan

1.1

Definisi Pengurusan Kewangan


Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan
kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan
mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk
kegagalan. Kegagalan merancang kewangan dengan bijak merupakan punca utama
seseorang individu terjebak dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.
Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan
memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala
tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan
membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.
Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undangundang. Individu yang ingin menjadi "Perancang Kewangan Bertauliah" perlu mendapat
lesen daripada SC (Jadual 2, Capital Markets and Services Act 2007).
Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada 'Perancang
Kewangan' sebagai "seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu
lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan
mencapai matlamat dan objektif kewangannya." (Suruhanjaya Sekuriti).
Dari sudut semasa, industri perancangan kewangan telah lama wujud di Malaysia tetapi
bukan dalam bentuk satu disiplin profesional seperti yang ada sekarang. Diperakui oleh
Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 2004 apabila SC menjadikan perancangan
kewangan sebagai satu aktiviti yang memerlukan lesen.

1.2

Konsep perancangan kewangan menurut Islam

Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik
dan bijaksana. Mengikut kacamata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan
hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk
mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji
manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah
dalam surah al-Anfaal ayat 28 yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan
anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah adalah pahala yang
besar.
Perancangan kewangan menurut Islam adalah satu proses di mana matlamat
kewangan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik
untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan
daripada Allah" (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95).
Sebagai agama yang sempurna Islam mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai
perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat
menerusi al Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah S.W.T dalam surah Yusuf ayat 67
yag menegaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu
pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi.
Setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada
Allah. Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan
sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan
kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.
Di dalam ayat 9, surah al-Nisa' juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa
perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana
dalam menguruskan harta/kewangan.

Sebagaimana dalam surah Al-Hasyr ayat 18. Ayat ini cukup jelas menyentuh
tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung
kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah.
Perancangan kewangan juga merupakan salah satu daripada sunnah yang
ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W. menurut perspektif islam, perancangan dan
pengurusan kewangan mensasarkan sebagai satu wasilah bagi mencapai hasanah di dunia
dan di akhirat sebagai matlamat akhirnya. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat
dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan
sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain
seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti
membina masjid, hospital dan sebagainya.
Pengurusan kewangan menurut islam turut mengambil kira komponen-kompenen
moden seperti pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan
takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan
persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf. Tedapat dua aspek yang
dititikberatkan dalam pengurusan kewangan Islam iaitu:a) Bagaimana harta itu diperolehi, yang menitikberatkan kaedah pemilikan harta secara
halal dan melibatkan pemilikan dan jual beli yang sah sama ada tentang barangan
niaga, hadiah dan apa jua harta yang dimiliki.
b) Bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun sebaliknya.
Islam membataskan pengurusan kewangan umatnya kearah kebaikan sahaja dan
bukannya untuk kemudaratan sama ada kepada pihak lain ataupun diri sendiri.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Tidak akan berganjak kedua-dua
kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia
dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana
ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia
diamalkan?" Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan
kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak
membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi

fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup
melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Secara ringkasnya pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat
mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan
pendapatan yang mendapat keberkatan.

1.3

Keperluan perancangan kewangan


a) Memaksimumkan pendapatan dan kekayaan
Anda perlu mencari lebih banyak wang dengan bekerja lebih kuat; berusaha dengan
lebih gigih; melakukan pekerjaan yang memberikan pendapatan lumayan; mengambil
risiko kerjaya yang memberi bayaran gaji dalam jangka panjang; atau membuat
pilihan bijak dalam pelaburan.
b) Menggunakan wang dengan lebih berkesan
Terdapat dua asas penggunaan wang iaitu guna dan simpan. Biarpun anda seorang
penjimat, anda mungkin juga akan menghabiskan sebahagian besar pendapatan anda.
Belanjakan wang anda dengan berhemat dan buatlah keputusan bijak terhadap
rancangan kewangan anda. Elakkan belanja secara boros.
c) Memantau perbelanjaan
Anggaran perbelanjaan adalah kunci untuk mengawal pengaliran wang dan tujuan
perbelanjaan dibuat. Jika anggaran perbelanjaan tidak mencerminkan apa yang anda
inginkan daripada kehidupan baik sekarang atau masa hadapan, ia hendaklah diubah.
Maklumat juga boleh membantu anda kekal di bawah kawalan perbelanjaan anda.

1.4

Kepentingan Pengurusan Kewangan

a) Asas Pengurusan Wang


Ia melibatkan pengurusan akaun simpanan dan cek. Dalam menguruskan aset kewangan,
ini merupakan langkah pertama terhadap pengurusan aset kewangan yang lebih rumit
seperti pelaburan dan akaun bersara. Anda mestilah bijak memilih akaun cek di
bank/institusi kewangan yang tepat. Menguruskan akaun simpanan melibatkan
pemahaman pentingnya simpanan, menetapkan tujuan simpanan, dan memilih pilihan
terbaik simpanan.
b) Pengurusan Kredit
Kredit adalah bidang kewangan peribadi yang menyebabkan ramai orang terjebak dalam
masalah kewangan. Kredit membolehkan seseorang untuk menerima wang, barang, atau
perkhidmatan dalam bentuk pinjaman dengan bersetuju untuk membayar pinjaman pada
jangka waktu dan kadar bunga kredit tertentu. Pengurusan kredit yang betul adalah
tentang kefahaman tentang pinjaman wang bagi mendapat tawaran yang baik; dan
bagaimana untuk mengira beban kewangan dan bayaran bulanan. Ia juga melibatkan
bagaimana untuk memperbaiki catatan kredit yang buruk dan tempat untuk mendapatkan
bantuan jika anda mendapat kesulitan.
c) Pengurusan Cukai
Membayar cukai adalah aspek yang penting dalam perancangan kewangan diri. Tujuan
pengurusan cukai adalah untuk menimbang pendapatan semasa dan akan datang
seseorang serta membangunkan langkah yang berlainan dan/atau mengurangkan
pembayaran cukai. Terdapat salah anggapan yang biasa dibuat iaitu hanya yang
berpendapatan tinggi sahaja yang perlu terlibat dengan perancangan cukai. Semua
pengguna harus merancang cukai mereka.

d) Perbelanjaan Berkesan
Dalam lingkungan had belanjawan diri sendiri, setiap individu melatih diri atau hak
sebagai pengguna untuk memilih atau menolak pelbagai kebanjiran produk dan
perkhidmatan yang sedia ada. Seperti anda membeli tanah dan kereta, wang anda dapat
digandakan atau diboroskan. Jangan mensia-siakan pendapatan anda dan simpan lah
untuk tujuan kesihatan diri.
e) Insurans
Walaupun betapa berhati-hatinya anda dalam menjalani kehidupan, anda tidak boleh
mengelak daripada berdepan dengan kemalangan. Insurans telah direncanakan untuk
melindungi harta anda daripada kemalangan, kesakitan, kecacatan, dan kematian.
Matlamat anda adalah untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setiap perkara
insurans utama (hidup, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan).
f) Pengurusan Pelaburan
Pelaburan

adalah

proses

yang

membolehkan

wang

diperoleh

melalui

kerja,

warisan/peninggalan, atau sumber yang lain. Pengurusan pelaburan yang baik adalah
komponen penting bagi perancangan kewangan dan boleh membuatkan ia mudah untuk
mencapai matlamat utama lain seperti membeli rumah, menghantar anak ke universiti,
memulakan perniagaan, atau bersara dengan selesa. Amat sukar pada masa sekarang ini
untuk menggandakan kekayaan tanpa melabur.
g) Perancangan Kewangan Untuk Masa Depan
Merancang untuk pembelajaran anak, tahun persaraan, dan mengenal pasti cara yang
terbaik mewariskan harta kepada bakal pewaris anda. Terdapat dua pelan gaji persaraan
iaitu persaraan ditaja majikan dan pelan persaraan individu. Selain itu, perancangan

kewangan untuk masa depan ialah perancangan tanah (real estate). Untuk semua
perancangan diri, perancangan tanah adalah relevan untuk anda.

h) Faktor Sampingan

Semasa menyediakan matlamat dan rancangan kewangan, anda perlu menimbangkan


impak daripada faktor sampingan seperti cukai dan kadar faedah bagi pilihan kewangan
anda. Tambahan pula, perubahan sampingan dalam persekitaran dan keadaan lain boleh
merubah perancangan kewangan anda walaupun matlamat individu anda tidak berubah.
Secara umumnya, dua faktor sampingan utama yang berkaitan dengan perancangan
kewangan peribadi adalah polisi kerajaan (cukai, pengeluaran dan peraturan) dan situasi
ekonomi umum (kitaran perniagaan, inflasi dan kadar faedah).
Menyedari pentingnya perancangan kewangan, anda hendaklah sentiasa berhatihati dalam perbelanjaan. Setiap individu perlu merancang kewangan agar tidak
terjerumus dengan hutang. Ini melibatkan jaminan masa depan kerana pelbagai
kemungkinan boleh berlaku sama ada baik atau buruk, kedua-duanya memerlukan
aktiviti pengaliran wang keluar masuk. Sedarlah bahawa setiap perubahan dan tindakan
bermula daripada anda semua.

1.5

Kumpulan Akaun

1. Keperluan perbelanjaan projek (Kos perbelanjaan projek)


Perbelanjaan ini adalah perbelanjaan yang terlibat di dalam penjualan dan pentadbiran.
Segala perbelanjaan yang dicatitkan di dalam Penyata Untung Rugi tidak semuanya
melibatkan Pembayaran Wang Tunai Seperti Susutnilai yang merupakan perbelanjaan
bukan tunai yang dikenakan kepada Harta Tetap yang dimiliki. Contoh item perbelanjaan
ialah seperti gaji, KWSP/SOCSO, sewa, perlesenan telefon, elektrik, keraian, derma,
pembungkusan, susutnilai dan lain-lain.

2. Anggaran hasil (Jualan)


Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh
daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan. Terbahagi
kepada dua iaitu;
a) Hasil Kendalian
Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu
perniagaan. Contoh; klinik, firma audit : hasil daipada perkhidmatan yang diberi,
kedai jam : hasil diperolehi daripada hasil jualan jam.
b) Hasil Bukan Kendalian
Pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti
utama sesuatu perniagaan. Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank,
dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa.

3. Perbelanjaan (Penyata Pendapatan)

Memberikan gambaran perniaggan bagi tempoh tertentu

Membandingkan perbelanjaan dengan pendapatan

Menyatakan keuntungan bersih atau kerugian bersih


Keuntungan bersih = Pendapatan Perbelanjaan (Kerugian Bersih)

4. Anggaran aliran tunai perniagaan (Penyata Aliran Tunai)


-

Menunjukkan perubahan modal kerja dari permulaan tahun dengan menyatakan


sumber dan gunaan dana
Sumber Dana

Gunaan Dana

+Pinjaman

Beli peralatan

+Pelaburan peniaga

Beli Perabut

-Akaun Penerimaan

Bayar Dividen

+Akaun Pembayaran

Bayar Hutang

-Inventori

+Akaun Penerimaan

-Susutnilai

-Akaun Pembayaran
+Inventori

5. Anggaran kedudukan harta dan tanggungan (Kunci Kira-kira)


a) Menyatakan kedudukan kewangan perniagaan, aset dan liabiliti. Aset terbahagi
kepada dua iaitu aset tetap dan juga aset semasa. Manakala liabiliti juga terbahagi
kepada liabiliti tetap dan juga liabiliti semasa.
Aset : Liabiliti + Ekuiti Pemilik
b) Aset

Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk
menjalankan aktiviti perniagaan. Terbahagi kepada dua iaitu;
i. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)

Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan


semula.

Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.

Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis,


Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan
Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).

ii. Aset Semasa

Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh
perakaunan.

Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat
atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.

Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima,
Belanja Terdahulu.

c) Liabiliti

Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan
wang tunai, barang atau perkhidmatan. Terbahagi kepada dua iaitu;
i.

Liabiliti bukan semasa (jangka panjang)

Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang
lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.

ii.

Contoh; pinjaman bank, gadai janji.

Liabiliti Semasa (jangka pendek)

Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa pendek


iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun.

Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.

d) EkuitiPemilik

Pelaburan pemilik dalam perniagaan.

Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh


pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti
perniagaan.

Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.

Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.

Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.

MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG


BERSIH - RUGI BERSIH - AMBILAN

Rujukan
Adeknan. (2012, 1 14). Pengenalan Pengurusan Kewangan. Dicapai pada 4 30, 2015, dari
http://adeknan.blogspot.com/2012/01/pengenalan-pengurusan-kewangan.html#
FOMCA. (2011, 7 19). Pentingnya Perancangan Kewangan. Dicapai pada 5 2, 2015, dari
Google: http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/pengurusan-kewangan/496-pentingnyaperancangan-kewangan
Kepentingan Perancangan Kewangan. (n.d.). Dicapai pada 4 30, 2015, dari Usahawan.com:
http://www.usahawan.com/bebas-hutang/kepentingan-perancangan-kewangan.html
Mat Desa, S. (2014, November 22). Apa Itu Pengurusan Kewangan. Dicapai pada 5 1, 2015, dari
Academia.edu: http://www.academia.edu/5752812/Apa_Itu_Pengurusan_Kewangan
Mutalib, H. A. (2011, 11 11). Asas Pengurusan Kewangan. Dicapai pada 5 1, 2015, dari
Slideshare: http://www.slideshare.net/mhamdy70/asas-pengurusan-kewangan?from_action=save
Sila, C. (2008). ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA. Dicapai pada 5
2015,

dari

Google:

http://www.cikgusila.com/search?q=ASET%2C+LIABILITI

%2C+EKUITI+PEMILIK%2C+HASIL+DAN+BELANJA

You might also like